Masa sampai rumah tuh keadaan sungguh tidak terkawal haha Eceh padahal takde pape pon. Rumah sungguh berabok sebab lama sudah tak mengemas yela jarang datang ziarah la katakan huhu benda pertama aq buat adalah mengemas rumah, adoi 10 kali aq mengemop kaki masih kotor tapi kerja terpaksa diteruskan. Kalau tidak aq yang buat siapa lagi kan. Hari pertama di sana memang sungguh memenatkan tapi aq sungguh gembira plus fateen nazirah ( kawan sekolah rendah ) datang menemaniku.
Hari kedua ~ Hari ini sudah decided mahu pergi berjalan-jalan. Kiteowang plan mahu ke klcc, sudah lama aq tak menjejakkan kaki ke sana plus cik salma pon belum pernah berjalan2 di sekitar kl so aq bercadang mahu bawanya berjalan2. Sorryla ma aq tak sempat nak bawak ko jalan banyak tempat, aq boleh bawak tapi tak cukup 2 3 hari lepak sana genk ! huhu Masa di kl sentral ada 1 perkara yang sungguh lucu terjadi antara aten dan atin tapi seganlah nak kepoh2 hehe ! Keadaan di klcc sungguh memeninkan. Puluhan jutaan orang ( yeke ?? ) memenuhi setiap ruang di klcc sampai nak makan pon tempat semua penuh tapi we're lucky masih ada tempat untuk kami menjamah + melantak hehe ! Tiba masa pulang ! Adoiiyai memang cukup sesak. Rasa macam bekerja di sana plak ( padan muke ko sape soh balek time org balek kerja ! ) sampai di rumah dalam pukul 7 lebey then sambung tengok bola malaysia menentang vietnam. Malaysia menang beb ! haha
Hari ketiga ~ Hari tu decided nak berjalan jugak tapi di sebelah petang sebab tunggu my beshwen which is siti noraihan ( mek kaw nama penuh aq letak ! ) bawak her mummy pergi klinik. Petang dalam pukul 4 5 gtu baru gerak. mula2 tuh nak pergi sunway tapi sebab keluar pon dah lambat so pergi jusco bukit tinggi jep. Tak silap aq nie masuk kali ke 3 kot aq pergi sana. Lebih kurang macam jusco tebrau kat jaybee jep tapi mungkin besar sikit larh. First of all pergi beli tiket movie duluw. Kami tengok movie ZOMBIELAND. Besh jugak citer tuh funny habis. Tapi ada ke zombieland kat dunia nie haha balik dalam pukul 9lebih. Pergi McD kat port jap beli some makanan sebab kami belum dinner pon lagi taw. Malam tu kat rumah aq cukup happening sebab ada 5 anak dara lepak. sayang kowang semua ~ aan, aten, salma, ain ~
Hari keempat ~ Hari ni aq terpaksa pulang ke jb semula sebab tiket sudahpon dibeli. Tiket aq jam 4.30 pm. Pagi tuh aq dan aten pergi mencari bekpes dalam keadaan hujan renyai2. Lapar punya pasal hujan taufan sanggup kuredah hehe Ingat nak singgah rumah kawan ibu tapi mereka pergi bercuti ke genting plak. Mungkin tak ada rezeki mahu berjumpa kan. Petang tu kami lunch kat rumah aten's aunty which is my jiran jep. Sangatlah baik jiran tertanggaku ini. Tak terbalas budi baik mereka tuh sob sob aten hantar kami ke klang sentral, thanx ye darl ! Sampai di perhentian larkin pukul 10 gitu.
Sesungguhnya aq sungguh gembira dapat meluangkan masa dengan kawan2 yang aq sayang. Nanti next time kita hangout lagi k.. To all my fellas yang tak sempat berjumpa aq mintak maaf sangat2 next time kita meet up ok. Picture akan diupload nanti. =)
