Friday, June 3, 2011

Kenangan South Korea Part 1

Assalamualaikum & annyonghaseyooo~

Yuhuuuu~ Entry kali ni dan seterusnya lebih kepada vacation aku ke negara orang. Kan aku dah bagitau awal2 belog ni berkisar tentang kehidupan aku, so aku saja nak sharing apa aku buat masa cuti sem. For your information, aku memang sangat2 teringin nak pergi korea. Dan alhamdulillah aku telah pun menjejakkan kaki aku ke sana. Cool beb~

Memang aku pergi dengan family. Tapi flight aku dengan flight dorang tak sama. So aku terpaksa independent sendiri. Dan semuanya baik2 saja. Lepas ni bolehlah pergi obersea by my own. Hehe. Siapa nak ikut ?? Jum kita pergi booking tiket. Korang treat flight ticket aku lah ea ?? heee~

Tiba saat landing di incheon airport, rasa sungguh excited. Apetah lagi ada yang sedang menantiku di pintu ketibaan. Hari pertama takde aktiviti pun sebab aku sorang je yang baru sampai. Yang lain the next day baru sampai. Untuk pengetahuan jugak, pengangkutan awam ni perkara biasa kat sana. Apa2 orang lebih senang menggunakan public transport. So nak balik ke rumah uncle aku cuma naik train and bus je. Cool kan ?? Ayah and ibu yang fetch aku, so dorang bawaklah atierah and isha sekali. Omjayyyyyy~ isha sangat lah active, siap landing kat dalam train tu. Bukan landing kat atas kerusi tau but on the floor. Haiyaaaa ini budak~


Alhamdulillah, semuanya selamat sampai dalam pukul 8 ke 9 am waktu sana. Aku pun baru bangun masa tu. Tu pun nenek dah bising suruh pergi mandi. Sebab atok aku panggil aku jerman 3. Mandi lama haha~ Tapi tak boleh kalahkan jerman 1 & 2, tak lain tak bukan kazen2 aku lorh~ Second day aku kat sana, dalam kepala dah fikir nak pergi tempat yang cantik2. Ke mana pun nak pergi, kiteorang akan naik subway from digital media city station. Hari2 naik subway dah boleh hafal setiap station dya.



First destination nak ke namdaemun. Kat situ sebijik macam petaling street tapi berganda2 lagi besar lah. Siyesly korang boleh sesat kat situ. Tujuan utama nak mengejar kedai brooch yang tutup awal. Last2 masa sampai kedai tu, semua dah tutup. Apakan daya, dahla susah nak carik sebab kat namdaemun ni dorang guna gate. Rate kat korea nih memang tinggi. Lebih kurang tiga kali ganda dari duit kita tau. So duduk lama2 kat sini boleh menyebabkan kepala jadi botak haha~







Urmm disebabkan kedai brooch kat nam dae mun tutup, kiteorang berhajat nak datang lagi nanti. So dekat area2 situ ada satu shopping mall yang agak gah, kalau korang pernah pergi korea mesti pernah dengar Shinsegae. Bagi aku mall tu macam sogo je. Tapi agak ada class lah. Tak rasa nak beli apa pun kat situ, baik shopping kat sogo kot hehe.


Dah puas snap sana sini kiteorang teruskan perjalanan tanpa tour guide ke itaewon. Rasanya masa lalu kat tengah bandar seoul tuh ternampak namsan tower. Tapi sampai last day tak dapat pergi sebab nenek dengan atok tak larat nak naik. Ayah cakap kena naik bukit kat situ. Terlepas nak pergi namsan tower huhu~ Okay lah tujuan nak pergi itaewon ni sebab nak pergi masjid kat situ. Area2 situ lebih kurang halal area lah. Jumpa ramai student malaysia kat situ. Ada tu borak2 dorang dah final year dah. Mesti best kan dorang study kat situ huuu~







Lama jugak kiteorang kat masjid di itaewon. Semua muka dah kepenatan plus kelaparan. Sebelum balik tu kiteorang singgah kedai kebab ( itu je kedai yang kiteorang jumpa halal ) sebab semua dah kebulur. Then, barulah balik rumah. Nanti sambung cerita the next day plak eh. Dah ngantuk nih, esok nak attend majlis tunang bestfriend. Tak sabau plak rasanye nak tengok dya. Gamsahamnidaaaa~ ^_^



2 Orang Berkongsi Pendapat:

Azwan@Mr Money said...

wah best nyer... teringin jugak nak pg... tp paling tringin nak g Jepun... nak ikut2x... hahahaha

miszATIN said...

azwan~

nak pergi jepun mmg boleh tapi kena stand by wet berkepul2 laaa.. rate kat sane lagi tinggi than korea kutttt~