Monday, March 19, 2012

Sweet moments ^_^


Kalau dulu sikit2 ibu.. sikit2 ayah.. No more nak ibu or ayah lagi. Everythings berlalu macamtu je. Betul lah masa itu emas. Dan masa tu kita tak nampak kan ? Sekelip mata je semua tu Allah tarik balik. Even sebahagia mana pun kita, bila dah sampai seru kita kena redha. Redha dengan semua ketetapanNya.

Maybe orang yang rapat dengan aku akan cakap aku sangat beruntung sebab masih ada makcik2 & pakcik2 yang still caring pasal aku dan adek2. Yeahh aku akuinya walaupun dulu aku & adek2 sangat nakal. Tapi mereka tak tinggalkan we ollz terkapai2 sendiri. Bila difikirkan balik, bodohnya aku dulu buat mereka macamtu. Hopefully adek aku dah sedar apa yang dya pernah buat. Baliklah ke pangkal dek, fikir apa yang terbaik buat diri kau. Aku dah tak kuat nak tarik kau tapi kekuatan aku hanya doa untuk kau.


Insan yang pertama ni bagi aku makcik yang sangat sporting. Banyak berkongsi pengalaman & cerita. Banyak bersabar dengan kerenah we ollz. Adek2 aku semua bawah jagaan dya. Cuma aku je tak. Yup, aku & adek2 tak sama macam you ollz yang duduk serumah. Kiteorang dah lame separate. Tak dapat dinafikan saat aku menulis ni airmata aku jatuh. Aku rindukan hubungan kiteorang yang selalu bercakar macam anjing & kucing. Makcik ni we ollz panggil kala bcoz family kiteorang ada dari singapore. Adek2, please ingat pengorbanan insan ini. Insan yang banyak berkorban untuk korang. Kalau boleh sayang dya macamane korang sayangkan ibu.


Insan kedua ni aku sayang dya sangat2. Bukan lah aku tak sayangkan kala tapi aku terlalu banyak terhutang budi dengan busu. Even dya makcik aku sendiri. Tak dapat dinafikan perlakuannya tak tumpah macam ibu yang sayangkan anaknya. Datang kampus semata2 sebab aku. Saat aku susah dya ada dengan aku. Saat aku jatuh dya bagi aku semangat. Kalau dulu aku cakap dengan dya aku nak lari hujung dunia taknak faced problem yang aku ada tapi dya suruh aku pandang ke hadapan, apa aku dapat kalau aku buat macamtu. Adatlah bila aku buat salah, pasti kena marah kena bebel punya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang busu berikan buat orang ingat kat mana orang berdiri sekarang su. Terima kasih atas semua kebaikan busu pada orang.

#Ilovebothofyoudamnmuch ! :)


Friday, March 9, 2012

Kenangan itu~

Assalamualaikum~

Harini 9mac2012, kenangan itu menjelma kembali setelah setahun demi setahun aku cuba untuk tidak mengingatinya. Maybe menjadi kenangan terpahit dalam hidup aku bila orang yang kita sayang tidak lagi bersama kita. Bagaikan satu tamparan hebat bila mendengar berita orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Apa yang aku nak sampaikan bukan nak menyentuh sensitiviti siapa2 tapi aku cuma nak reminds, hargai mereka selagi mereka ada.

Ibu tahu, kakak cuba nak jadi kuat macam ibu. Tapi kadang2 kakak rasa kakak takde kekuatan macam yang ibu ada. Kadang2 kakak rasa kakak jatuh bu. Kakak nak ibu ada dengan kakak. Orang selalu cakap kakak kuat, kakak tabah tapi hakikatnya orang tak tahu kakak dah takde kekuatan nak terus lalui perjalanan hidup yang masih panjang ni bu. Kakak tahu jodoh, ajal, maut bukan kerja kita tapi saat kakak takde semangat kakak cuba cari kekuatan ibu. Kalau dulu ibu selalu usap rambut kakak before tidur, ibu selalu ikut mana kakak pergi, ibu sana ibu sini tapi sekarang ibu dah takde dengan kakak nak buat semua tu. Sampaikan ada sedara yang cakap dengan kakak, macamana life lepas ibu dah takde sebab dulu kakak bergantung kat ibu. Masa tu kakak rasa macam nak nangis bu, rupanya baru kakak sedar ibu dah takde dekat dengan kakak lagi.

Kalau dulu di awal pemergianmu, aku sering fikirkan apakah aku mampu harungi pancaroba dunia tanpamu disisi ? Selepas 6tahun pemergianmu, tak dinafikan aku kuatkan diriku untuk menjadi sepertimu. Aku takde kakak, aku takde abang nak bergantung harapan. Sakitmu aku cuba mengerti walaupun aku bukan ditempatmu. Jeritanmu buat batinku turut rasa kesakitan itu.

Kesetiaan terhadap suamimu buat aku rasa bangga menjadi anakmu. Susah senang bersama. Alangkah beruntungnya dirimu ayah mendapat bidadari seperti ibu. Setia saat susah dan senang. Kesakitan yang ayah lalui turut dilalui oleh ibu. Doaku panjatkan padaMu semoga cinta hatiku dapat mengekalkan hubungan yang dibina hingga ke syurga.

Kenangan tetap menjadi kenangan. Tak dapat diubah ketetapanNya. Namun jauh di sudut hati ini, semoga kenangan itu tetap terpahat dihati hingga hujung nafas ini. Mungkin kita boleh dapatkan 10 orang anak tapi kita cuma akan ada seorang ibu dan seorang ayah yang akan sanggup berkorban apa sahaja. Mungkin bagi yang masih ada keduanya tak merasai apa yang kami lalui. Percayalah masa itu akan tiba bila2 dari sekarang. Bersedialah untuk itu dan hargailah mereka selagi mereka masih mampu tersenyum untuk kita. :)

AL-FATIHAH buat ibuku NORLELA BINTI OSMAN~
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman & solehah. Aminnnnn~