Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

BANNER BEN ASHAARI

Baiklah, kali ni aku nak join lagi segmen abang ben nih. Macam tertarik jep nak join~

Kenangan yang tidak dilupakan ketika bersama ibu ? Ohhhh ibu ! saya rindu ibu. Rindukan ibu sangat2. Rindu nak dengar suara ibu. Tapi apakan daya semua tuh dah jadi kenangan. Dah tak dengar suara ibu marah, menjerit melayan karenah anak2 mu yang sangatlah degil nih. Aku nih dulu sangatlah nakal je kawan2. Suka buat ibu naik hantu sampai kadang2 ibu dah penat nak melayan karenah aku. Pernah lah dulu, family aku ikut aktiviti camping sekolah ibu aku kat sungai tekala, selangor kalau tak silap. Aku bawak sorang bestfriend aku, senang cerita kiteorang berdua tidur satu khemah kecik. Excited giler malam tuh kiteorang lupa nak bukak sikit khemah tuh. Rupenya ibu ada letak ubat nyamuk kat dalam tuh. Esok paginya aku rasa tak bernafas giler, rupa2nya asap dah penuh dalam khemah tuh. Ibu yang cepat2 bukak kan khemah tuh, kalau tak aku rasa aku dengan kawan aku dak takde kat dunia nih harini. TERIMA KASIH IBU ! Then, aku nih tak boleh kalau melawan cakap ibu, mesti aku kena balasan on the spot. Benda nih berlaku masa kat camping site tuh jugak, aku cakap nak pergi birthday party kat kapar. Ibu cakap tak boleh. Tapi aku nih degil, aku pun cakaplah " bukan orang nak pergi clubbing pun " fine ibu. fine ! Maka aku pun blah dari situ dengan membe aku. Pergi jauh sikit dari tempat mereka, main2 air then aku pun masukkanlah kaki aku kat dalam air tuh. Tapi aku terperasan sesuatu. DARAH ! omg dari mana plak datang darah ni ?? Tengok punya tengok datang dari kaki aku sendiri. Okehhh kaki aku terkoyak dan sangatlah bunguk masa tuh pergi balut dengan newpapers. Ibu sikit pun tak pujuk aku bila tengok kaki aku macam tuh, maybe dya ingat kaki aku biasa2 jep. Menangis aku kat dalam kereta. Tapi masa kat hospital tengah jahit kaki, ibu ada kat sebelah aku. Pegang erat tangan aku. Aku sayang sangat kat ibuuuu.

Antara ibu dan ayah mana yang dilebihkan ? For sure lah bukan dua2. Macamane aku sayang ibu macam tuh lah jugak aku sayang ayah. Mereka dah cukup lengkap bagi aku. Tapi hubungan aku dengan mereka tak lama, mereka hanya pinjaman bukan milik aku buat selama2 nya.

Sanggup tinggalkan ibu dan ayah di rumah orang tua ? Jawapannya mesti korang dah tau kan ? Aku dah tak ada mereka so tak mungkin lah aku kan biarkan mereka di rumah orang tua. Tapi kalau umur mereka masih panjang, aku tak akan tinggalkan mereka di rumah orang tua. Pesanan aku bagi yang masih ada ibu ada ayah, janganlah korang sesekali buat mereka macam tuh. Nanti dah ada kat situasi macam aku, baru korang tau macamane rasanya.

Pendapat tentang anak2 yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ? Oke first of all, semua tuh sangatlah offensive okeh. Semua tuh bukan harta you ollz lah, Beringat sikit, tak payah rasa semua tuh milik you ollz lah oke. Kalau dah berebut sangat, sedekah jep harta mak ayah you ollz kat rumah kebajikan ker mana2 welfare lah. Lagi bagus, dorang dapat pahala. Dari dapat dosa anak2 dorang bergaduh sebab harta milik mak ayah dorang. Ehh apesal aku emosi nih ?? hihi

Okeh done ! Pehhh sangatlah panjang oke. Never mind lah. Mari hanta link ^_^



8 Orang Berkongsi Pendapat:

mas saari said...

salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

awak sama dgn Mas, mak abah pun dah takde..

fRaMe+LenSeS said...

Assalamualaikum.. ibu kamu terbaik, sama sepertimana Mama Nadh, terbaik buat Nadh.. kita sama2 pastikan, kita jugak jadi anak yang baik, yang soleh buat mereka, dan masa depan, kita ibu bapa contoh buat anak2 kita ya.. ;)

solo molo said...

bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...

hamzah ian said...

sy syg ibu sy

miszATIN said...

sabarlah ye..
dah nasib kannnn ^_^

miszATIN said...

frame lenses~

betul.. betul..
=)

miszATIN said...

solo molo~

Amin~~ ^_^

miszATIN said...

hamzah ian~

saya pun sayang ibu saya
weeeee~