Saturday, November 1, 2014

Master Celebration Master Nana & Master Firdaus


Assalamualaikum..

This time punye entry special entry sempena Master Coordinators Celebration my nanny under Spectacular Group, Master Nana & Master Firdaus. Event ni berlangsung bulan September bertempat di Marriot Hotel Putrajaya. Kenapa dah lama baru nak hupdated ? Mereka ni antara sebab kenapa fatin still kuat mengharungi dugaan dan cabaran dalam berbisnes ni.

Orang kata bila nak BERJAYA sama macam mentor kena follow mereka rapat-rapat kan. Yupp at first fatin fikir mereka dah sampai PUNCAK maybe dia dah tak pandang orang bawah. Tapi totally salah. Fatin dapat rasa didikan daripada air tangan mereka berdua. Alhamdulillah usaha fatin membuahkan hasil bila terpilih menyertai one of their programme. Program tu memang sangat memberi input untuk freshie like me. Sampailah sekarang fatin dah jad Great Leader dan mempunyai empire sendiri.

Itulah pengalaman sedikit sebanyak fatin bersama mereka. Perkongsian from Master Iffah mengatakan Master Nana adalah seorang yang sangat FOCUS. Dia tak pandang kanan kiri depan belakang tapi terus dan terus untuk mencapai misi dan matlamat yang dia sendiri telah tetapkan. Hasilnya ? Dia BERJAYA di usia yang sangat muda and for your information dia adalah Master yang termuda bukan sahaja di Malaysia tapi di dunia. We are sooo proud of you Master Nana. Bangga kerana kami dari susur galur mereka yang nak bangsa sendiri bangkit berjuang.

Kesedihan yang tak dapat dibendung bila fatin tak dapat attend Majlis Persandingan my mentor sebab at that time fatin di Bandung. Tapi fatin keep minta tolong one of the leader from Spectacular untuk pos headband yang sepatutnya di pakai oleh semua Great Leader Spectacular. Alhamdulillah still dapat rasa bahang dan bangga even dari jauh.

Fatin tak pernah rasa terabai bila berada dalam group besar or group kecil under Master Nana. Untuk anda yang nak menyertai group kami sangatlah dialu-alukan. We support each others. Itulah yang diterap oleh mentor kami. We are Shaklee's Family. InshaAllah next entry fatin akan sharing tips kejayaan Master Nana :)



Nilah anatara GREAT LEADER SPECTACULAR yang hebat-hebat







Sunday, October 12, 2014

ESP SHAKLEE : Soya BERBAHAYA ? Beza NON-GMO & GMO Soya

Assalamualaikum readers~

If kita buka cerita pasal SOYA confirm ramai yang mimpi ngeri dengar kan ? Yela orang sana cerita SOYA tak bagus untuk preggy mom. SOYA tak bagus untuk budak-budak. SOYA tak bagus untuk itu untuk ini. But we still drink that kind of soy. Takpe maybe ramai dari kita still tak tahu menahu tentang perkara ni. Jom kita kupas kenapa SOYA tidak bagus untuk kesihatan ?



Firstly kita kena tahu SOYA ni terbahagi kepada dua jenis iaitu GMO SOY & NON-GMO SOY. Haaa confirm menari-nari dalam kepala tu apa beza GMO & NON GMO kan ?

GMO SOY.. 
GMO ialah Genetically Modified Organisms. Yang bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah kita hampir semua produk makanan kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO ? Kenapa ?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar industri pemakanan terpaksa mengubah genetik tumbuhan atau haiwan supaya tanaman cepat masak, buah-buahan lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. So takde lah jadi krisis kekurangan makanan berlaku.

Sedarkah kita perubahan genetik ni bukan sahaja berlaku kepada soya tetapi berlaku kepada hasil pertanian yang lain ?

NON-GMO SOY..
NON-GMO Soy bermaksud soya yang dihasilkan tidak diubahsuai secara genetik. Ia bermaksud soya tersebut tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Kebiasaannya tumbuhan bukan organik akan ditambah baja kimia untuk membantu tumbesarannya. Bahan kimia inilah yang bahaya dan memberi kesan sampingan.

Kacang Soya GMO sudah semestinya adalah lebih murah berbanding dengan NON-GMO. Bagi yang tak tahu lagi NON-GMO ni boleh didapati di dalam ESP SHAKLEE.



Apa itu ESP SHAKLEE ?

ESP adalah protein soya berkualiti tinggi yang diproses dengan suhu yang rendah bagi menjaga kualiti protein dalam kacang soya dan diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone. Untuk pengetahuan kita semua, protein soya dari sumber tumbuhan lebih mudah dihadam berbanding protein daripada sumber haiwan.

Antara kelebihan mengamalkan ESP :

  • Menjadikan kulit muka yang cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (termasuk bekas jerawat)
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi cepat kenyang 
  • Menganjalkan kulit dan payudara yang kendur
  • Membantu dalam menurunkan berat badan dan cepat kenyang
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
  • Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat


Well rugi rasanya bagi yang belum mengenali HOT SELLING PRODUCT ni tapi masih belum terlambat untuk anda memiliknya hari ni. Anda boleh berkongsi dengan adik beradik, sahabat taulan, jiran tetangga, sedara mara untuk dapatkan BUY 6 FREE 1 atau boleh terus dapatkan dengan harga yang super duper jimat hanya padan bulan OCTOBER 2014.

Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:


FATIN NAZIHAH RUSLIN
♥ sms/whatsApp: 014-9194898
♥ Instagram : fatin shaklee
♥ Emel : fatin_nazihah@yahoo.com
♥ Fb: Fatin Nazihah Ruslin




Wednesday, September 3, 2014

Cantik dengan COLLAGEN POWDER Shaklee

Assalamualikum...

Most of the women out there sangat mementingkan kecantikan. By the way cantik tu subjektif. Semua orang nak cantik ? Semua orang nak gebu ? Nak kulit yang glowing ? Tanpa kita sedar dalaman kita tak secantik luaran. Tapi bila dalaman kita cantik automatic luaran akan sama cantik.

Well, apa ni cerita pasal cantik je dari tadi. Meh kita cerita satu produk yang buat kita cantik dalaman dulu. Collagen Powder Shaklee one of the hot selling product bagi mereka yang betul-betul mementingkan kecantikan. Sebab Collagen Powder Shaklee mampu mengembalikan keanjalan kulit, melicinkan, mencerahkan dan melembapkan kulit. Haihh siapa tak nak kulit macam telur yang baru dikupas kan ?    





Kandungan utama Collagen Shaklee adalah dari sisik ikan merah, salah satu sumber premium collagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang kecil berbanding collagen dari sumber yang lain. Selain itu, terdapat 6 lagi kandungan tambahan di dalam Collagen Powder:


Ekstrak kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis berdalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan kenajalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih gebus dan anjal. 

Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usu mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan collagen.

Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazl yang bila digabungkan dengan estrak biji benih Camellia Japonica yang dapat menyokong pembentukan collagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut dan lembap.

Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Vitamin C & Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluran collagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran collagen dalam sel. 





Mesti ada yang terkejut mendengar harga Collagen Shaklee ni. Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana KUALITI yang dijaga untuk penghasilan collagen tersebut. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harganya sangatlah setanding dengan kualiti yang akan diperoleh. 


Alohhhhh kalau boleh pehabis beli handbag, baju or kasut yang mahal-mahal. Apa lah sangat untuk kesihatan diri sendiri dan orang yang kita sayang kan ? Kalau anda cakap beli barang mahal sebab kualitinya. Same goes to this situation. Anda dapatkan produk yang berkualiti setanding dengan harganya. 

TAPIII. Bulan ni anda boleh jimat banyak. Sebab bulan ni promo terbaik untuk Collagen Powder. Malah anda boleh dapatkan FREE MEMBERSHIP dengan pembelian Collagen Powder bulan ni. Plus ada sesuatu yang menarik untuk anda anda yang mendapatkan Collagen Powder pada bulan ni. 

Masalah seperti jerawat, jeragat, bintik hitam dan putih, bekas parut yang sukar hilang, kulit sensitif dan kulit jenis oily dapat diatasi dengan pengambilan Collagen Powder secara konsisten. Collagen Powder Shaklee adalah produk yang terbaik untuk anda. Dapatkan sebelum akhir bulan September. Kerana Dirimu Begitu Berharga......




Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:


FATIN NAZIHAH RUSLIN
♥ sms/whatsApp: 014-9194898
♥ Instagram : fatin shaklee
♥ Emel : fatin_nazihah@yahoo.com
♥ Fb: Fatin Nazihah Ruslin



Sunday, August 31, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee Sangat Mudah



Assalamualaikum~

Alhamdulillah semakin ramai yang sedar tentang shaklee effect yang melanda negara kita baru-baru ini. Ada juga yang tak tahu apa-apa yang berlaku. Apapun yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan. Fatin sedikit teruja sebab semakin ramai yang nak bersama-sama berjuang meneruskan bisnes Shaklee ni even macam-macam cerita kebelakangan ni. Semua ni kerana Allah dah merancang yang terbaik untuk kita semua. 

Baru-baru ni ada customer repeat order sebab gembira husband dia semakin sihat selepas consume Shaklee. Dan terus menjadi ahli Shaklee kerana banyak kelebihan yang akan akan diperoleh. Lagi haru dia menjadi ahli tanpa mengeluarkan sesen pun modal untuk yuran seumur hidup. Best kan dengar ? Sebenarnya apabila kita daftar menjadi ahli kita boleh memilih sama ada nak menjadi ahli untuk tambah pendapatan atau menjadi ahli untuk makan sendiri. Pengalaman fatin sendiri, fatin memilih untuk makan sendiri dulu. Apabila Shaklee memberi effect kepada diri fatin barulah mula mengorak langkah untuk berkongsi dengan orang lain. Tetapi tidak semestinya ya. Boleh je kalau nak terus memilih untuk menambah pendapatan kalau sudah bersedia. Sambil-sambil tu for sure boleh ambil untuk makan sendiri juga.

Kelebihan menjadi ahli Shaklee?

1. Modal serendah RM65/Rm75 sahaja seumur hidup. Tak perlu nak renew membership setiap tahun lagi. Kalau anda nak makan sendiri, anda tidak perlu maintain points atau minimum pembelian . But if you want to start a business dan nak mendapatkan 3C dari Shaklee anda perlu ada maintain points tertentu setiap bulan.
2. FREE MEMBERSHIP untuk yang membuat pembelian melebihi 200 point (dalam lingkungan RM650).
3. Segalanya di hujung jari. Boleh membuat pembelian melalui website tanpa perlu beratur panjang untuk bank in duit atau beratur panjang di pos office untuk penghataran barang. Semuanya Shaklee yang akan uruskan untuk anda.
3. Boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli (25% less than retail price)
4. Dapat BONUS hasil belian/jualan setiap bulan from 5% to 21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus tau.
5. Berpeluang menuntut ilmu bersama dengan mentor-mentor yang hebat dan yang dah berjaya. 
6. Dapat ACCESS ke secret group kami untuk lebih mengenali produk-produk di dalam Shaklee, testimoni & ahli-ahli yang lain.
7. Shaklee menawarkan 3C, CASH, CAR & Convention (local-International umrah for muslim) 

Kenapa Shaklee menjadi pilihan ?
1. Shaklee sudah 50tahun berada di dalam pasaran. Produknya diperbuat daripada bahan semulajadi dan memberi kesan positif kepada pengguna. Tiada kesan jangka masa panjang. 
2. Shaklee suplemen yang selamat digunakan. Shaklee menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti terhadap produk setiap tahun. Keaslian juga turut terjamin dimana 350 ujian pencemaran dilakukan terhadap setiap bahan botani.
3. Shaklee dijamin berkesan dan selamat. Shaklee melaburkan kira-kira 250 juta USD terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D). Selain itu, 70 kajian klinikal telah diterbitkan dan Shaklee mempunyai lebih daripada 60 orang saintis sendiri untuk membuat kajian terhadap produk.
4. Shaklee tidak mengamalkan sistem piramid jadi bonus dibayar mengikut daya usaha masing-masing. Bukan seperti sesetengah bisnes, orang bawah perlu bekerja untuk orang atas. Bukan sahaja dari segi pendapatan, malah kita mampu untuk jump melebihi rank upline kita jika lebih rajin berusaha. 
5. Harga produk mampu dimiliki. Produk daripada bahan semulajadi terbukti apabila tiada silical gel di dalam semua produk Shaklee. Product talk by itself.

So for those yang berminat untuk menjadi ahli untuk berbisnes atau cuma untuk makan sendiri, boleh terus contact fatin:

Whatsapp 014-9194898
Wechat fatinruslin
Email shakleebyfatin@yahoo.com

Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk anda

 
Anda diberi 2 option untuk anda pilih snediri.



Sijil HALAL yand dikelurkan ISA sendiri :)





Wednesday, August 13, 2014

GLA COMPLEX : Terbaik untuk Pesakit Cyst & Fibroid

Assalamualaikum.

Cyst dan fibroid adalah penyakit yang sinonim dengan wanita kerana 75% wanita akan mengalaminya. Satu kemungkinan yang tinggi untuk kita juga mengalaminya. Tapi tahukah kita apa itu cyst dan fibroid ? Malangnya jika kita sekadar tidak ambil peduli, fibroid boleh bertukar menjadi barah atau kanser jika tidak diatasi pada peringkat awal. Terdapat dua cara menghilangkan cyst dan fibroid iaitu sama ada melalui pembedahan atau pengambilan supplements. 

Punca berlakunya pertumbahan cyst & fibroid ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Pertumbuhan luar biasa ini berlaku pada sel di dalam rahim wanita dan adakalanya tumbuh di dalam ovari. Oleh itu pengambilan supplements amatlah digalakkan sebagai langkah pencegahan.

Salah satu supplements yang boleh di ambil adalah GLA Complex. Ia adalah salah satu vitamin bagi langkah pencegahan masalah cyst & fibroid. Ia bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat membantu merawat masalah ni. Kita selalu salah anggap di mana apabila kita mengambil supplements mindset kita akan terus set akan kembali pulih dalam masa yang singkat. Supplements hanya sekadar membantu dan mencegah. Rawatan secara lebih terperinci dari doktor pakar juga perlu dilakukan. Pengambilan secara konsisten mungkin boleh memulihkan kembali dengan izinNya.

Kebanyakan GLA dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO). Mesti selalu dengar kan ? Tapi apa beza GLA Shaklee berbanding EPO lain ? GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali berkesan dari EPO. Shaklee mengestrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.




GLA Complex juga menjadikan hormon lebih teratur, dapat melegakan kesakitan semasa period, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Sebagai bonus, kulit pun akan menjadi semakin cantik dan halus. 




Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

FATIN NAZIHAH RUSLIN
♥ sms/whatsApp: 014-9194898
♥ Instagram : shakleebyfatin
♥ Emel : shakleebyfatin@gmail.com
♥ Fb: Tips SIhat & Cantik, sila klik LIKE utk info terkini



Wednesday, August 6, 2014

GLA Complex : Senggugut dan Peluang Untuk Hamil

Assalamualaikum.

Senggugut disebabkan oleh penyakit di alat peranakan. Penyakit yang biasa dikaitkan adalah endometriosis, edonomyosis, fibroids dan jangkitan kuman pada organ peranakan.

Terdapat banyak rawatan kepada penyakit senggugut teruk ni. Sebagai contoh sakit senggugut yang teruk yang disebabkan oleh endometriosis perlu melalui proses pembedahan di mana tiada jaminan bahawa endometriosis akan terus hilang. Mungkin perlu dibedah beberapa kali jika endometriosis masih ada. Kan lebih baik jika ada rawatan yang tidak perlu kepada pembedahan. Dengan pengambilan yang konsisten senggugut teruk hilang, juga kulit muka pun bertambah cantik berseri. GLA Complex Shaklee adalah jawapan kepada segala masalah yang berkaitan senggugut. 


Kebiasaan produk Shaklee GLA Complex disamakan dengan EPO. Sebelum tu jom kita kenali apa itu Evening Primrose Oil (EPO). EPO ni sejenis minyak yang diperbuat daripada bunga bernama Evening Primrose yang mempunyai banyak khasiat. EPO banyak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah sendi dan masalah berkaitan kewanitaan.

Jadi apakah perbezaan antara EPO dengan Borage Oil?

Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Selain tu, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, Insha-Allah. Salah-seorang yang mendapat manfaat darinya adalah kawan baik fatin sendiri. Alhamdulillah bukan seorang tapi dua orang sekali. Satu berita gembira buat diri fatin kerana mampu menolong orang lain untuk tersenyum gembira.

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.


Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?
Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?
Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!

Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.









Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

FATIN NAZIHAH RUSLIN
♥ sms/whatsApp: 014-9194898
♥ Instagram : shakleebyfatin
♥ Emel : shakleebyfatin@gmail.com
♥ Fb: Tips SIhat & Cantik, sila klik LIKE utk info terkini



Wednesday, July 16, 2014

Kebaikan VIVIX SHAKLEE *Berkesan & Selamat*



Assalamualaikum~

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

Di kala usia meningkat, pengambilan jenis ubat atau vitamin menjadi sukar. Tetapi dengan VIVIX anda hanya perlu mengambil SATU SUDU TEH sahaja sehari. Sangat mudah dan senang untuk mereka yang sukar untuk menelan segala jenis tablet. 

Antara KEBAIKAN VIVIX Shaklee :

Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan


Memelihara keseluruhan kesihatan

 Anti oksida yang sangat baik - awet muda

 Membantu anda merasa lebih bertenaga

Mengurangkan risiko kanser

Membantu pesakit diabetic

Menguatkan sistem imun



Bulan ni Shaklee buat promo yang TERBAIK DARI LADANG kerana banyak penjimatan dari bulan-bulan lain. RUGI kalau tak grab bulan ni. Paling BEST untuk bulan ni sahaja dengan setiap pembelian 2 BOTOL VIVIX anda akan terus mendapat KEAHLIAN PERCUMA + BONUS SHAKLEE. Nak jugak dapatkan free membership dengan pembelian hanya sebotol vivix ? Tiada masalah boleh terus direct contact fatin :)

Siapa yang MEMERLUKAN VIVIX SHAKLEE ?

Pesakit SLE
Wanita/Lelaki yang berisiko mendapat kanser
Darah Tinggi
Strok
Diabetes
Cyst
Anti Penuaan
Membantu Baik Pulih PEROKOK Tegar
Pesakit Jantung
Mengurangkan Penyakit Nyanyuk
Masalah Mata
Astma
Sakit Sendi/ Lutut
Allergik
Wanita/Lelaki yang Mahu Mengurangkan Mendapat Penyakit












Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:
FATIN NAZIHAH RUSLIN
♥ sms/whatsApp: 014-9194898
♥ Instagram : shakleebyfatin
♥ Emel : shakleebyfatin@gmail.com
♥ Fb: Tips SIhat & Cantik, sila klik LIKE utk info terkini



Tuesday, July 8, 2014

KERANA SHAKLEE KAMI TIDAK MENURUT SUNNAH ???!!!

Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.

SOALANNYA


Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.

6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.


9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

ISLAM itu MUDAH kan ? Semoga dapat memberi lebih keyakinan untuk anda lebih BERJAYA dalam bisnes SHAKLEE. Credit to wafiqulya.

Sebarang pertanyaan atau yang berminat untuk join GROUP HEBAT kami boleh terus contact 0149194898. Atau email to shakleebyfatin@gmail.com