Sunday, April 21, 2013

Bersangka Baik~


Bersangka baik.

Tapi jangan pernah sesekali permainkan
Sangkaan baik orang itu pada kita.

Kepercayaan tu guna hati.
Sekali dikhianati.
Pada Yang satu tu saja
kita boleh minta petunjuk. Iaitu Ilahi.

Allahurobbi.

Sangka baik.
Percaya hanya bila ia terbukti.
Maafkan saja pada
setiap insan yang datang kembali pada diri.
Tak apa.
Lumrah, Hati mungkin akan disakiti lagi.
Allah ada, takkan tinggal kita. Tidak sesekali.


Credit to DenaBahrin~


Wednesday, April 17, 2013

Kenangan Terakhir Bersama


Assalamualaikum~

Pehhhh.. peh.. pehhh.. Lama gila tak menghupdate my belog ni. Terasa nak menulis tapi tak terbuat hee Alhamdulillah dah selesai paper akhir for last semester di UiTM JB. Even bagi aku rasa macam tak puas hati dengan last preparation untuk final. Study week 4 hari je der. Tapi still kena mengadap assignment at that time sobsss. Last semester memang betul-betul mencabar bagi aku. Kes rumah sewa satu hal. Assignment non-stop saban hari. Every week. Every single second. Chewahhhh. Takdela setiap saat tu hahaha

Tapi semua tu dah pun berlalu. Tinggal doa & tawakal jela. Operation Management adalah paper terakhir we olls tapi macam takde pape yang berlaku. We olls still happy kacau each other. Ramai yang aku tak jumpa lepas final haritu. Semua blah macamtu je termasuklah aku dan yang lain-lain. Lepas balik tu baru lah semua sibuk nak message la whatsapp la HAHAHA Aku ??? Tak rasa sedih pun sebab aku join budak-budak ni stay kolej for one night. Yela lepasni dah tak merasa dah nak peluk cium, tidur sekatil lagi.

Yesss mostly yang tak balik lagi pasti ada rencana yang tersendiri. Berjimba sudah pasti. Tapi we olls keluar lambat sikit. Overnight yang terakhir dengan dorang. Kalau dulu duduk rumah sewa balik lambat macamna pun still boleh balik rumah. Tapi ni tak dan lah. Terpaksa tunggu esoknya nak masuk kolej. Perkara pertama we olls adalah pergi mencekik steamboat di dataran. Nak dijadikan cerita adalah satu kedai ni memang tak sedap. TAK TIPUU. Kalau nak duduk situ kena beli kat kedai dya. We olls pun buat bodoh jela. Pehhh tak layan langsung beb. Berapa kali nak order tak dilayan. Okay we olls blah. Rupanya tanya kedai lain memang kedai dya macamtu HAHAHA patutlah takde orang pun hihi

Lepas mencekik, we olls pergi bazar karat. Tawaf banyak kali jugaklah. HAHAHA Agak kaki ni dah nak tercabut we olls duduk tengok ada pakcik & makcik yang dah agak berusia bergelek. Serious memang aku gelak mula-mula tapi dalam hati aku mengucap panjang bhai. Dah tua-tua macamtu kan lebih baik kita buat perkara yang sepatutnya. Tau kan maksudnya ?? =)

Before gerak we olls lepak-lepak minum sambil mencekik ayam uncle bob yang takde kat area rumah aku. Keluarlah semua cerita dulu-dulu kala kan. I know I'm gonna miss you guys after this. Tengah syok-syok tiba-tiba ada mat kelate plak dok sibuk nak usha si manis tasha ni. Apa lagi blah lah beb. Tasha ni always kena ngorat. So kadang tu kena nyamar jadi kakak dya ke kadang tu mak dya pun boleh jadi HIHIHI

At last tak tahu nak ke mana we olls lepak mamak kat larkin idaman. Memang first time aku overnight tak rasa mengantuk langsung. Aku sambung mencekik roti nan ayam. Sedap plak nok. Lisa bedal roti canai. Tasha hentam 2 tosai. Mana tak comel si tasha ni HEHE Sampai ke subuh kat situ. Dalam pukul berapa entah nampak bayangan uzair datang beli makanan. Haa tu lagi sorang groupmate aku yang kuat gila makan. Baru habis futsal la katanya. Balik je kolej lepas subuh semua tumbang.

Petang esoknya semua dah nak gerak balik. Urmmm by the way thanks afrah for the cereals aka bijirin milo yang afrah bagi. Tak sengaja nak bergurau dengan afrah heee Mulanya yana gerak balik semua tahan airmata. Siap ada gusti yana dengan atyn. Tapi yana tewas jugak on the way balik rumah. Berlaku babak airmata bila aku dengan tasha nak balik. Serious terlalu banyak cerita sukaduka kita yang orang tak tahu. Korangggggg. Simpan semuanya ya. Tak tahu nak cakap apa. Serious sedih. Sedih sangat bangun tidur takde orang nak kacau. Doakan korang semua berjaya dunia & akhirat. Memories never fade friendsss ='(

Atyn ~ Babe. Aku dah rindu nak suruh kau masak ni mcmne ? Thanks ajar aku masak sikit2. Appreciate tau hee. Takde orang nak kacau time nak tidur bngun tidur. Thanks for everything tau atyn. Halalkan semuanya. Jangan lupa aku tau. Good luck in your future. :)

Lisa ~ Lepasni dah tak boleh nak kacau lisa dengan syahmi. Meee gorenggg hehehe sampai pergi rumah syahmi pun dapat mee goreng. Sedap plak tu hehe Semoga kekal tau tau. Jangan ikutkan hati. Thanks for everything. Kalau takde lisa kena jalan kaki pergi kelas. Thanks for your superb masakan. Nanti masakkan lagi ye heee Good luck in everything you do friend :)

Cha ~ My sugar glider hehe even kena tinggal pun body lagi besar dari lisa punya haha takdelah gurau je. Eh awak cepat pergi ambil lesen tau. Nanti bawak kita jalan2. Banyak share dengan awk jugak. Thanks for everything. Ingat diet time cuti tau hehe Good luck in future :)

Yana ~ Hai awek. Awek ni garang lah. Suka gusti kita. Sakit tau tak. Ingat kau ingat time kau blurr tu semua nak tunjuk haha kau ni janganlah garang sangat. Cuba jadi perempuan melayu terakhir sikit. Baru laki sayang hahaha Takdelah goodluck in future yana. Aku doakan kau cepat kawin okay. Amiinnnn :)

Wan ~ Even tak dapat lepak sama2 haritu takpelah aku faham. Banyak kenangan kau dengan aku. Serious banyak. Jage diri baik2. InsyaAllah jumpa lagi nanti. Jaga parents baik2 okay. Ingat ajal maut bukan keje kita. Bila2 masa Allah boleh tarik nikmat tu. Halalkan semuanya ye. Doa yang terbaik untuk kau :)

Wawa ~ Hai si gemuk. Lu dah la sejak2 ni asyik hilang je. Sapa nak breakfast dengan wa beb ? haha goodluck wa. Ingat sam ingat wa. Semoga impian menjadi kenyataan. Sam tu lebih afdal tau dari ehemmm2 hihihi :)