Monday, April 20, 2015

Kenapa Pengambilan Vitamin/ Supplement Tidak Berkesan ?

Assalamualaikum. Kadang tu ramai yang tanya fatin kenapa saya ambil vitamin sekian-sekian tak berkesan pun ? Kalau rasa harini makan esok tak makan esok esok nya baru makan balik agak agak berkesan tak vitamin yang u olls ambil tu ? Haaa dah tahu jawapan dia kan. Takpe jommmm kita semak KENAPA PENGAMBILAN VITAMIN/ SUPPLEMENT TIDAK BERKESAN.. 

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Ingat ya walaupun kita tidak mengambil sebarang vitamin tidak bermakna tidak perlu mengambil air. AIr perlu diambil 2 3 liter sehari mengikut keperluan badan. Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. 



2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.




5. Pantang larang makan vitamin.

  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
  • Pengambilan  vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
  • Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
  • Pesakit talasemia: Vitalea
  • Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
  • Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

7. Tidak konsisten dalam pengambilan vitamin.
Ni kalau rasa nak makan then makan rasa taknak then tak makan. Well ada jugak yang stop half way je sebab tak nampak kesan. Kalau dalam badan tu penuh dengan toksin dan tak bersih penyerapan vitamin memang agak lambat. Thats why kita suggest untuk u olls detoks dulu badan bersihkan usus tu dulu. U olls kena faham kesan vitamin ke atas tubuh badan kita adalah perlahan-lahan. Ramai yang tidak pernah mengambil vitamin/ supplement before this akan mengalami healing crisis. Ini kerana badan sedang di dalam proses pemulihan. Ianya adalah positif, usah takut dan usah riasau kerana ianya bukan kesan sampingan. Berikan masa dalam 3-6 bulan untuk vitamin/ supplement benar-benar serasi dengan tubuh badan u olls. Dan jangan lupa ikut aturan yang ditetapkan pengambilan air perlu diambil 2-3 liter sehari. 

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!