Sunday, November 29, 2009

Kasih Ibu dan Ayah


Kasih seorang ibu dan ayah tak dapat dinafikan lagi. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak yang dikasihi plus disayangi. Kemahuan anak dituruti tanpa banyak sebab dan sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Tapi apakah seorang anak sedar akan kesanggupan ibu dan ayah mereka ?? Sedihkan bila kita mendengar cerita-cerita perihal anak-anak yang tidak mengenang jasa orang tua mereka sedangkan sedari kecil orang tua itulah yang membesarkan mereka sehingga mereka menjadi insan yang tersohor dan berguna..

Entry kali ini aq tidak tujukan kepada sesiapa just aq ingin berkongsi cerita apa yang berlaku disekeliling aq. Aq terpanggil-panggil untuk ber-bloging walaupun di dalam hatiku terdetik " nanti2 lar menulis exam belum habis ".. Tapi aq nak jugak menulis and Tadaa ! aq ber-bloging pada hari ini. Berbalik pada tajuk entry tadi sebenarnya aq tahu ramai di luar sana yang menghadapi pelbagai masalah dengan family lagi2 yang seusia dengan aq nie. Mereka inginkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Sedangkan apa yang dilakukan oleh family tu sebenarnya adalah untuk kepentingan remaja itu sendiri.

Sedihkan bila kita dengar kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Itu semua kerja siapa kalau bukan kaum kita sendiri ?? Sedangkan since dari kecil ibu ayah telah memberi pendidikan agama yang sempurna kepada si anak. Oleh kerana tidak dapat mengawal nafsu yang bergelora sanggup kita ketepikan semuanya demi orang yang baru kita kenali tidak lah begitu lama. Itulah suasana yang berlaku pada hari ini.

Satu kes lagi, ibu dan ayah yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak. Sanggup porak perandakan family demi orang ketiga yang bakal menhancurkan kehidupannya. Ya ALLAH ! inilah namanya dugaan buat insan kerdil seperti kita di atas muka bumiNya ini. Bila sedari kecil anak-anak sudah pandai mencari hidup sendiri dan apabila meningkat usia nya dia akan merasakan pengorbanan si ibu dan ayah hanyalah perkara biasa. Ada tu merasakan duit pemberian si ayah bukanlah haknya. Sedangkan itu adalah tanggungan si ayah kan ?? Si anak berasa bersalah apabila menggunakan duit ayahnya. Dia lebih suka menggunakan duitnya sendiri tak kira lah sukar atau tidak untuk mendapatkan duit.

Tahla aq sendiri sebenarnya kurang faham dengan situasi sebegitu. Alhamdulillah walaupun sekarang aq tidak mempunyai ayah tapi aq bersyukur kepadaNya kerana pernah mengurniakan ayah yang cukup sempurna dari saat aq dilahirkan sehingga arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak pernah dia melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Aq begitu menyayanginya. Walaupun kadang-kala dia seorang yang garang tetapi aq tahu itu adalah untuk kepentingan aq. Aq nie je yang degil dan selalu tidak mendengar katanya.

Untuk pengetahuan semua, ingin aq ulangi entry kali ini tidak aq tujukan kepada sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang telah pergi. Ini hanyalah luahan hatiku. Lega sikit sekarang nie. Ok sekarang boleh sambung study plak.. =)

Sekian untuk kali ini..



0 Orang Berkongsi Pendapat: