Showing posts with label Rest Our Mind. Show all posts
Showing posts with label Rest Our Mind. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Bersyukur lah~

Assalamualaikum~

Mood terpinga2~ So sorry dah lama tak ada entry baru kat my lovely belog nih. Nak menulis pun macam, ape ek nak tulis nih ? Harini dah start cuti mid sem. Just for a week. Tapi tu pun tak sampai seminggu sebab jumaat depan ade aktiviti luar koko. Never mind kita lupakan perihal cuti sem yang tak serupa cuti ni okay.

Tadi masa aku on the way balik, aku ajak makcek aku singgah giant taman suria. Lepas beli barang semua aku pun order burger kat situ. And at the same time rupanya makcek aku dah belikan aku hotdog yang super yummy. Masa dalam kereta sambil tersekat dalam kesesakan lalulintas tuh ( cehhhh ayat bajet sikit ) aku macam bingung nak makan yang mana satu. Buruk kan perangai haha~

Tapi itu bukan isu yang nak aku bangkitkan. Apa yang nak aku katakan, aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat. Sebab masa aku kat tempat orang dulu, susah nak rasa macam aku rasa kat tempat sendiri. Boleh beli makanan di mana sahaja. Masa tuh lah terbayang roti canai, karipap, nasi lemak & banyak lagi. Even tengok hot dog tuh sampai terkecur air liur pun aku pasti takkan dapat membelinya. So sad kannnnn~

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ade hari ini takut esok tiada peluang lagi kita nak merasainya. Punya lama tersekat dalam jam tadi sampai terfikir nak buat entry nih. Sekian, see you next time~

Gamsahamida~




Saturday, February 19, 2011

Famous Amos Kah Mereka ???

Salam hujung minggu wahai bloggers sekalian. Lai2 mari skodeng entry sempena weekend nih nak gossip sat ! No no no.. Bukan gossip nak kepoh jep hihi Aku dah ber-blogging hampir 2 tahun tapi start last year baru active. Tu pun bila rajin sesangat baru update belog nih. Aku nih suka membaca kisah hidup orang. Sebab tak semestinya kita belajar dari experience kita sendiri. Actually lagi bagus kalau kita belajar daripada experience orang lain. Kenapa aku berkata sedemikian ?? Aku pernah dengar orang cakap macam tuh.

Selain belog2 yang bercerita about their personal life aku suka gak yang berkisar isu2 semasa. Tak payah susah2 baca surat khabar kan. Nampak sangat kaw pemalas kan ten ! Bukanlah, al maklumlah duduk kolej rajinlah sangat nak beli newspaper hari2 kan. Nak tengok berita lagi lah jauh panggang dari api. So melalui blog2 orang lah kadang dapat manfaat. Ngee~~

Nih antara belog2 yang aku rajin berjalan2 setiap kali aku log in belog. Mari kita bongkar rahsia mereka ^_^

Well siapa tak kenal gadis cumel loteh nih. Bermula menjadi silent reader di belog gadis ini aku dah jadi follower fanatic dya haha Walaupun belog dya tak sehebat belog abang ben ker hanis zalikha tapi bagi aku, aku suka cara dya menyampaikan sesuatu cerita. Belog gadis manis nih banyak berkisarkan personal hidup dya. Aku ikuti dari dya jadi student kmj and ukm sampailah dya dah bekerja sekarang. Seeeeeee ~ Teruja tak yana ?? Dah macam artis you hehe Kazen dya ada buat shopping on9 dan aku menjadi loyal customers kazen dya. So siapa2 nak shopping kebanyakkannye shawl lah boleh jalan2 kat sini.

Pernah dengar cerita sis yang chantek nih ?Apa yang buat aku tertarik nak mengikuti kisah sis lynna nih adalah sepasang twins yang sangat cumel. Aku start jadi silent reader untuk belog sis nih after dya kawen. Siapa cakap bila dah kawen traffic akan down ? Tengoklah sis nih macamane traffic dya. Alhamdulillah ye sis. Ibu kepada sepasang kembar nih ada buat bisnes kecantikan. Kalau tak silap, sis in law dya punya bisnes kot. Aku sendiri pernah mencubanya tapi tak lama sebab aku nih susah nak stick pada satu produk. Last2 ubat doktor yang dapat menyembuhkan muka aku. Syukran2. Sis nih rajin jugak berkongsi ilmu2 kecantikan dan masakan. Rasa nak tengok tips boleh lah selongkar entry2 lama sis nih okeh ?

Wahhhhh nampak set sofa tuh ? Siapa yang berjaya up kan traffic belog brader nih akan dapat satu set sofa seperti header belog beliau haha Opsss abang naz sorry lah ye. Gurau2 di petang sabtu nih. Aku menulis bukan kerana nama nak promote sikit belog suratan kebetulan nih. Aku rajin tengok belog brader nih sebab dya suka jalan2 kat belog aku dan kadangkala bagi komen2 yang memberangsangkan. haha Yeke abang naz ?? Bestnya belog abang naz nih dya suka buat entry yang berunsurkan dialog yang dya bikin sendiri. Kadang2 berguling2 jugak aku baca entry dya haha! ( Tipo je nih =p ) Tapi abang naz memang superb lah, kalau orang lah dah tepu otak nih nak bikin dialog macam tuh ngeee~


Phewiiit2. Awek cun nih beb ada siapa2 nak ngorat dya ? Sila tinggalkan jejak kat belog dya okeh hehe Gadis yang berasal dari sarawak nih aku dah follow lama dah. Hi einaz kenal kite tak ?? hihi Belog einaz nih lebih kepada personal belog di mana dya suka menceritakan kisah hidup dya dan bany dya. Opssss itu cerita lama yek einaz. Sorry2 janji tak cakap lagi. Apa yang aku suka tentang einaz nih, dya tak sombong. I loikeeeee bebeh. Dan.. dan.. pipi dya yang tombam macam ai tuh. Kite senasib lah. So kalau siapa2 yang suka baca kisah hidup orang boleh pergi melawat okeh ?

Tipo lah kalau ada yang tak kenal. Menang award hari tuh. Cik nadia nih sudah berpunya okeh, jangan ngada2 nak pergi usha dya plak. Marah plak hubby dya kang. Tapi hubby cik nadia memang sempoi habis. Layankan cik nadia yang sweet nih. Belog sis nih lebih ke arah kisah hidup bersama hubby dya. Start follow belog sis nih after dya kawen jugak. So lets check it out pasal sis nadia bersama hubby dan family dya. Ayuhhhhh~

Actually ramai lagi blogger2 yang superb habis macam abang ben, irine marcello, hanis zalikha, maria elena, redmummy dll. Aku pick randomly je nih. Wahhh dahlah nak sambung selak buku tapi hujan lebat giler kat luar. Kan masyuk tidow ke makan pisang goreng time2 macamnih. Dugaan ohhh dugaan. Daaaaaaa~



Thursday, December 16, 2010

Wisdom

Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.




Tuesday, November 30, 2010

Can you read this ??


Haaa.. amacam kacang goreng je kann ?? Agak2 tak nampak huruf tuh boleh click kat image oke... ahakzzz =)


Monday, November 29, 2010

Story Mory =)


Semalam aku dah start balik ber-blogwalking. Banyak blog yang aku jumpa agak nice and padat dengan info2. Best2 ! Buat2 tambah ilmu kan. Tapi tak banyak lorh sebab belum betul2 nak spend masa ngadap blog jep. Lepas nih aku dah free and gerenti aku jalan2 blog u ollz okeh. So cuti sem aku nih akan dihabiskan depan lappy jela kan.

Baru2 nih aku ada bace jugak yang kekuatan blog tuh bukan semata2 pada followers dya kan ?? Tapi pada isi dya. Tapi macam blog aku nih lebih ke arah personal. Saja place for release my mind. Nak luahkan apa yang terbuku ke berbuku2 hape2 jelah. Tapi kadang2 aku fikir jugak mesti ada yang meluat ke nyampah bace pasal semua tuh kan. So you better blah lah kan sebab ai tak paksa pun you bace, ade paham ?? haha

Blog2 macam abg naz, abg ben, kak nadia bayu, irine, hanis zalikha, redmummy, siapa tak kenal kan ?? Actually banyak lagi blog2 yang menarik minat aku nak pergi visit. Lepas nih aku dah tak busy boleh lah selalu tinggalkan jejak kan. Blog aku jarang buat pasal info2 nih kecuali kalau aku begitu rajin laa. Selalu copy paste jep tapi with permission oke.. Nanti karang kena saman plak kan. Susah plak nanti haha Soo sorry kalau aku dah lama tak jenguk korang ye wahai followers =_+



Sunday, November 28, 2010

2 in 1

Haaa.. its time to write sumthing here. Dok merapu meraban semua pastinya di sini. So kalau siapa2 yang tak nak bace dipersilakan tekan button merah kat belah atas tuh ye.. Aku menulis bukan kerana nama ?? ada paham ?? haha Sebenarnya entry nih aku nak combine award and tag thats why la tajuk dya 2 in 1.

Sebelum tuh, aku baru lepas pergi tengok pencalonan blogger pilihan malaysia. Wahh, ramai blogger2 yang gah2 bertanding tatau nak undi yang mane yee. Buatlah pilihan yang bijak oke ( ayat aku tak boleh blah ) Tapi ade jugak blog2 yang agak pemes tapi tak tersenarai, macam mane tuh ??

Oke kita story pasal award yang aku terima plak ye. Thanx to cik mimie yang sudi bagi award nih kat aku. Ai lap you larhh hehe. Sweet ker aku nih ?? agagaga. Sape aku nak tag ?? T kat bawah aku include sekali la ye..


Okayyyy, next thanx kat arif mohamad sebab tagged saya. Alang2 sekali jela terus kan..

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Siyes memang banyak. Tak tersenarai kut semua tuh. agagaga

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
Henfon nokia xpress music sebab guna duit gaji tapi sayang adek dah hilangkan. Menangis tak berlagu la den.

3. Di mana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
Nak buat kat eropah, agak2 bakal laki den nak tak ?? haha tema ?? Nanti den bincang dengan dya dulu ehh sebab kalau ikut den banyak dalam kepala den nih haa. hakhak

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Owhh belum sampai lagi jodohnya. Jodoh oh jodoh di mane kamo ye ??

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Sampai den tutup mate la yob. Harap2 lah kekasih den tuh jadi laki den nanti.

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Novel thriller tapi tajuk dya ingat2 lupa plak. Sangat besh !!

7. Antara mak ayah korang, mana yang korang lebih mesra?
Dengan ayah sebab ayah sudi layan kepala anak dya yang sorang ni ha. Tapi semua dah tinggal kenangan.

8. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Prince charming den.. awak dekat mane ye skang ??

9. Adakah krang basuh baju korang sendiri?
Yup !! walaupun mesin yang selalu basuhkan haha

10. Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Korea !!! Nak jumpa kim hjun joong and park jung min laaa.

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Dua2 nak kalau dapat buat kat ibu and ayah !!!

12. Beritahu 1 bende tentang orang yang tag anda
Dya suke buat den tersonyum. Ade je lawak dya tuh an. Dah nak satu jep kan ?? =)

13. 5 lagu yang korang suka dan selalu dgr
Love ya, kebahagiaan dalam perpisahan, Because im stupid, Takkan pisah, Making a lover.

14. Blogger yang dipertanggung jawabkan utk menjawab tag ini??

Kalau korang rase nak jawab dipersilakan. Tak salah pun, tuh aku pilih random jep.. =)



Sunday, August 29, 2010

Persiapan Raya Part 1

Selamat sampai di rumah hari jumaat hari tuh. Rindoo woOoO dah lama tak balik rumah. cehhh!! padahal awal ramadhan hari tuh dah balik dah. Kalau hari tuh balik tengok rumah sudah bertukar kaler but for this time nak tahu apa plak yang bertukar ??! Jeng3... Perabot plak sudah bertukar dalam erti kata lain kerusi meja semua lah. Wah2, betul2 beraya orang dalam rumah nih for this eid ehh. Nenek aku nih selagi rumah dia tak full selagi tuh dia akan touchup kasi full. Aku hanya mampu geleng kepala jela.

Cerita pasal nak raya nih kan, sebenarnya aku dalam dilemma jugak lah. Whether nak first raya kat jb or seremban. Kat seremban tuh belah arwah ayah aku. Sebab kazen aku ada cakap hari tuh dah lama aku tak first raya kat sana. Mula2 runsing aku memikirkannya. At last aku buat keputusan raya kat jb dulu lah. Lagipun aku ada aktiviti meronggeng malam raya nanti with my besties. Harap2 plan yang dirancang menjadi.

Korang perasan tak selalunya orang perempuan nih yang terlalu over nak raya. Padahal puasa memang sah2 tak cukup sebulan hehe ! Bila tang shopping je mak aihhh macam nak beli buat raya tahun depan sekali. Lagi2 bila dengar ade offer discount potong harga sana sini. Ye dakk ?? Same goes kat aku jugaklah senang cerita. Tapi kan korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku tak get ready apa2 pun lagi for this eid. Just ada tempah 2 3 helai baju tapi tah dah siap ke belum. Tah2 tak siap kot. Kalau tahun2 lepas nih for sure bilik aku dah penuh dengan barang2 raya, barang2 adik2 aku semua. Nih baju melayu depa pun belum carik lagi. Maybe kitaorang beli last2 minit kot.

Cerita pasal raya nih lagi, tahun nih sedih kot sebab mak su dah takde. I means bukan dah takde pergi tuh but takde dengan kitaorang masa hari raya nanti. Maksu tu sape ?? Mak cik aku ker ?? hehe Isk bukanlah mak su tuh bibik part time kitaorang. Aku dengar dia dah balik endon kot. Yela dah berapa tahun tak balik kan. Dia nih sebenarnya jadi bibik kat rumah cina tapi hujung minggu dia selalu cari kerja part time. Sehari sebelum raya je mesti dia dah datang rumah kitaorang tolong masak semua. Kadang2 kalau ada buat majlis apa2 mesti panggil dia tolong. Dia nih suka melatah tau dan aku suka kacau dia. Kadang2 tuh duduk dengan dia dengar lah cerita2 dia kan. Sedih tau tinggalkan keluarga semata2 nak mencari rezeki lagi2 terpaksa merantau ke negara orang.

Oklah harini dah kena balik kolej. And this week banyak sangat kerja sebab next week dah start cuti kan. Tak sabar sungguh rasanyaaa. JB !!! wait for me yahhh.. Cett !! macam duduk kat perlis je nak khabaq lagu tuh hahaha ! Salam ramadhan..




Tuesday, August 17, 2010

Berwajah Baru

Salam para bloggers...

Hupdate ringkas je nih
Saja nak tanya, ok tak wajah blog aku yang baru nih ??
Atau yang lama lagi ok ??!
Ni lah dia kalau dah tak ada kerja nak buat
Padahal banyak lagi kerja lain
Tapi konon2 buat macam tak ada kerja jup
Sanggup tak tidur hari ni
Okaylah till then
Kat luar dah nak hujan
Kan sedap dapat tidur nih
Tapiiiiiiii
Kena siap kejap lagi kena pergi tadarus
Selamat Berbuka !!
Ingat makan ingat aku sekali ok ! =_+



Thursday, June 24, 2010

Pengorbanan seorang isteri

Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.




Monday, April 19, 2010

Im Falling In Love

Ini kesah benar ok aku tak tipoo nih. Dah lama aku dok simpan perasaan nih sorang2 mana boleh jadik nih. Dye buat aku tak tidow malam, makan tak kenyang, mandi tak basah ( statement tipoo nih hehe )

Oklah sebenarnya aku dah jatuh chenta dengan EDWARD CULLEN atau ROBERT PATTISON. Ala mesti korang cakap ko ni ketinggalan la ten,, haha peduli apa aku,, masa mula2 tengok dye berlakon memang dah cakap dalam hati dye nih menepati ciri2 idaman nih. Tapi aku sendiri pelik dengan tabiat aku nih asyik dok ulang tengok citer twilight jep. Virus apa sudah melanda ini ek ??

Lagi satu,, aku dah tak sabar nak tunggu twilight ke-3, THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE. Gerenti aku akan serbu panggung punya beb. So ada siapa2 nak teman aku pergi tengok ?? Jom2 kita boking tiket awal2 dulu haha Agak2 boleh tak genk ?? Coming soon on 30 of this june. Best ke tak best belakang kira yang penting aku dah haruk sangat dengan movie nih. Mengapa semua ini terjadi, aku tak minta semua ini terjadi. Ngee~~ Jangan lupa tengok ok.. =)


The Twilight Saga






Sunday, March 7, 2010

Pantun Buat Pasangan Berkaple..

Warghh.. Lately sangat la busy.. For this entry just nak kongsi satu pantun nih. Cube la korang hayati bait2 dye, fuh memang sakit bagi yang terkena. Just untuk hiburan. One more thing, for your information pantun ni bukan direka oleh saya ok sekadar nak berkongsi jep.. Yok layan ! ~

Pantun Orang BerCouple

>nak kata dah kahwin,
>rasanya belum lagi,
>bila tanya bila nak kawin?
>entahlah..... x tau lagi....

>perangai mengalahkan org dah kawin
>berkepit sana-sini,
>padahal bukan muhrim,
>ikut trend masa kini..

>heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
>berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
>tak kasihan mak bapak ker,
>hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

>nak kata tak belajar agama,
>kecik-kecik mak bapak hantar,
>sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
>sendiri bangang sbb x ikut apa yg diajar...

>belajar tinggi sampai gayat,
>tp tak amal sepanjang hayat,
>islam tu kan penyelamat,
>bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?!...

>sana sini buat wayang,
>orang tengok naik bengang,
>itu belum lagi rumput kat padang,
>kalau idup sure kena terajang...

>dulu masa single okey jer,
>sekarang dah couple banyak lak dosa,
>bila org tegur buat derk jer,
>apa kulit dah tebal nak masuk neraka ?!...

>bila kena tangkap khalwat,
>buat muka jadi kelat,
>malu mengalahkan ikan jelawat,
>tambah muka penuh jerawat..

>masa buat x tau malu,
>ikut sangat telunjuk nafsu,
>buat maksiat x segan silu,
>sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

>suruh sembahyang...nanti..nanti..
>boyfriend tepon terus pergi,
>nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
>boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

>yang si mamat nie pun sama,
>suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
>mana taknya dah berjanji hidup bersama,
>sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

>kesudahanya hari jumaat,
>org solat jumaat,
>dia bershopping bukan main ligat,
>layan awek sampai penat...

>kalau diri dah gatal sangat,
>kahwin jer cepat lagi selamat,
>ni couple takde matlamat,
>sajer suka² penuhi syarat..

>org couple dier ikut sama,
>tak sedar diri tu papa kedana,
>papa ilmu papa agama,
>macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....

>bkn mengata bkn mengumpat,
>siapa suruh buat wayang x bertempat,
>kalau x suka diri diumpat,
>jgn buat benda yg x tepat...

>bonceng sana bonceng sini,
>bontot tertonggek x malu pulak,
>siap bangga x terperi,
>dapat peluk pinggang balak..

>balak kat depan mata melilau,
>awek kat belakang bknya nampak,
>siap mengurat muslimah yg pegi surau,
>silap hari bln sure kena sepak..

>awek pulak bangang,
>perangai macam lalang,
>percayakan balak bergalang-galang,
>yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

>pegang sana pegang sini,
>x takut ker susutnilai,
>kahwin belum tentu lagi,
>kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

>tulah... tuhan bg akal x pakai,
>tuhan bg hati x tahu menilai,
>diri sendiri yg lalai,
>baik buruk pun x reti nak nilai..

>kalau org cakap marah,
>bila org nasihat melenting,
>"taulah...taulah xpayah susah²,
>tau lak senyap bila dah bunting....

>la ni baru nak ingat tuhan,
>itupun nasib baik ingat,
>menangis dah x leh nak tahan²,
>baru sekarang menyesal bangat....

>nasib baik tuhan tu maha penyayang,
>itupun nasib baik umur masih panjang,
>ada peluang nak mengucap panjang,
>mintak ampun, panjat doa memanjang...

>perkara lepas jgn dikenang,
>pintu taubat terbuka luas,
>hidup bkn utk bersenang-senang,
>meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

>*.....jadikanlah renungan.....*




Wednesday, February 17, 2010

17 Februari 2010 !

Hari ini aku bangun agak awal lebih kurang 5.30am setelah berhempas pulas menidurkan diri jam 2am hari sebelumnya. 3jam lebih je aku terlelap. Hari ini juga adik aku yang bongsu akan pulang ke shah alam sebab besok sudah mula bersekolah. Ingatkan aku nak ikut busu hantar adik ke larkin tapi hampeh aku kena tinggal plak. Sampai hati betul mereka tuh. Sob2 ! Lepas sarapan dengan beberapa kuih aku meng' on9 ' kan diri sehingga busu pulang. Ingatkan nak merajuk dengan busu tapi tak jadi bila busu suruh siap nak pergi bank di Pasir Gudang.

Sampai di sana, fuh semua bank penuh beb. Post office pon turut mendapat kunjungan ramai haha Tah papela kaw ni ten. Kala and the geng dah tunggu kat sana. Geng yang aku maksudkan tuh tak lain tak bukan kuncu2 nya 3 orang tuh. Memang meragam lah nanti mereka2 ini. Dalam tengah hari memang panas2 yang amat sangat. Duduk di dalam kereta semente menunggu kala memang amatla perit. Sampaikan aku terpaksa membawa syaura si chomel keluar dari kereta dan menumpang di hospital swasta ( ape tah nama aku lupa plak ). Kesian si kecik berpeluh sangat dan merah2 di seluruh badan.

Tunggu punya tunggu sampailah pukul 12.30pm. Alamak ! my practical class pukul 1pm. Amatlah gelisah waktu tuh memandangkan terpaksa berulang ke permas semula. Alhamdullillah busu sampai dan terus gerak ke permas. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, akhirnya aku sampai di institut memandu jam 1.05pm macam tuh lah. Berjalan dengan selamba sedangkan kepala lutut aku nih dah macam nak tertanggal. Dahla belum makan ape2 pon. Setelah ke kaunter aku diarahkan pergi berjumpa dengan guru yang akan mengajarku, ENCIK MOHD ZAID. Ala aku kenal dye nih sebab masa kelas kpp dye yang bagi ceramah. Dye yang ajar ?? Habislah aku. Masa masuk bilik tuh, memang skru dalam badan nih rasa macam dah tertanggal.

Itulah sangkaan aku pada mulanya. Setelah berbual dengan dye, no hal lah baik cikgu nih. Masuk2 kereta dye tanya apa 5 yang wajib tahu. Sebenarnya aku tak refresh langsung buku2 yang disediakan. Aku dah agak dah soalan2 yang dye akan acukan pada aku, dengan berbekalkan memory aku yang kadang2 lost nih aku refresh balik apa yang aku paham dalam kelas kpp dan teori. Boleh la jawab jugak. Just bila dye suruh exercise dengan pedal2 kat bawah tuh, aku rasa tak bertenaga beb, perut aku kosong. Siyes giler aku cakap lutut aku memang dah longgar bila asyik main dengan pedal2 tuh. =(

Masa dye nak hantar aku balik tuh, dye tanya rasa macam mane ?? Ok ke tak. Siyes aku cakap macam tak nak bawak dah. Nih baru praktikal ok. Belum latihan lagik.. Aduyaiii.. Macam dah surrender dah tapi kena tetap kuatkan diri. Yakin boleh ten ! Nothing impossible in this world. Usaha itu yang penting ok. ( Ada kena mengena ker ek ?? hehe )

Badan penat plus mata pon sudah ngantuk. Sebenarnya dari tadi lagi bantal dah memanggil2 aku. Degil nak buka lappy kesyangan ni jugak. Ok sekarang sudah puas sikit meng' on9 'kan diri dan boleh beradu dengan tenang hehe ! Goodnyte people ! =)






Sunday, November 29, 2009

Kasih Ibu dan Ayah


Kasih seorang ibu dan ayah tak dapat dinafikan lagi. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak yang dikasihi plus disayangi. Kemahuan anak dituruti tanpa banyak sebab dan sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Tapi apakah seorang anak sedar akan kesanggupan ibu dan ayah mereka ?? Sedihkan bila kita mendengar cerita-cerita perihal anak-anak yang tidak mengenang jasa orang tua mereka sedangkan sedari kecil orang tua itulah yang membesarkan mereka sehingga mereka menjadi insan yang tersohor dan berguna..

Entry kali ini aq tidak tujukan kepada sesiapa just aq ingin berkongsi cerita apa yang berlaku disekeliling aq. Aq terpanggil-panggil untuk ber-bloging walaupun di dalam hatiku terdetik " nanti2 lar menulis exam belum habis ".. Tapi aq nak jugak menulis and Tadaa ! aq ber-bloging pada hari ini. Berbalik pada tajuk entry tadi sebenarnya aq tahu ramai di luar sana yang menghadapi pelbagai masalah dengan family lagi2 yang seusia dengan aq nie. Mereka inginkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Sedangkan apa yang dilakukan oleh family tu sebenarnya adalah untuk kepentingan remaja itu sendiri.

Sedihkan bila kita dengar kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Itu semua kerja siapa kalau bukan kaum kita sendiri ?? Sedangkan since dari kecil ibu ayah telah memberi pendidikan agama yang sempurna kepada si anak. Oleh kerana tidak dapat mengawal nafsu yang bergelora sanggup kita ketepikan semuanya demi orang yang baru kita kenali tidak lah begitu lama. Itulah suasana yang berlaku pada hari ini.

Satu kes lagi, ibu dan ayah yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak. Sanggup porak perandakan family demi orang ketiga yang bakal menhancurkan kehidupannya. Ya ALLAH ! inilah namanya dugaan buat insan kerdil seperti kita di atas muka bumiNya ini. Bila sedari kecil anak-anak sudah pandai mencari hidup sendiri dan apabila meningkat usia nya dia akan merasakan pengorbanan si ibu dan ayah hanyalah perkara biasa. Ada tu merasakan duit pemberian si ayah bukanlah haknya. Sedangkan itu adalah tanggungan si ayah kan ?? Si anak berasa bersalah apabila menggunakan duit ayahnya. Dia lebih suka menggunakan duitnya sendiri tak kira lah sukar atau tidak untuk mendapatkan duit.

Tahla aq sendiri sebenarnya kurang faham dengan situasi sebegitu. Alhamdulillah walaupun sekarang aq tidak mempunyai ayah tapi aq bersyukur kepadaNya kerana pernah mengurniakan ayah yang cukup sempurna dari saat aq dilahirkan sehingga arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak pernah dia melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Aq begitu menyayanginya. Walaupun kadang-kala dia seorang yang garang tetapi aq tahu itu adalah untuk kepentingan aq. Aq nie je yang degil dan selalu tidak mendengar katanya.

Untuk pengetahuan semua, ingin aq ulangi entry kali ini tidak aq tujukan kepada sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang telah pergi. Ini hanyalah luahan hatiku. Lega sikit sekarang nie. Ok sekarang boleh sambung study plak.. =)

Sekian untuk kali ini..



Saturday, October 24, 2009

3 Tanda Si Dia Suka Pada You All ( for gurlz )

Boyz memang sukar untuk menunjukkan dan mempamerkan perasaan hatinya pada gurlz2. Byasenya mereka cuma akan memberikan signal2 kecil aje pade gurlz2 yang mereka sukai. Adakalanya kita tidak pedulikan. Bahkan kita buat tak tahu sahaja. Alamak ! ruginye... hehehe


1. Berceritan tanpa batasan..

Walaupun takde perkara yang penting tetapi si dia kerap menelefon atau SMS u all. Setiap kali u all membalas ceritanya si dia akan membalas ungkapan2 u all tuh 2 kali lebih panjang supaya perbualan u all tak terhenti di situ. Keinginan dia untuk mengenali u all dengan lebih dekat lagi cuma boleh direalisasikan menerusi telefon dan SMS. Si dia menaruh harapan agar ikatan tersebut akan membuatkan u all berdua menjadi semakin akrab dan ini bermakna peluangnya untuk mendekati u all semakin terbuka luas gitu !


2.Peneman setia..

Si dia suka sangat mengajak u all berdua keluar bersama. Menonton wayang, mencuba menu baru di kafe kegemarannya, menemaninya membeli hadiah untuk adeknya, atau ape jua aktivitinya dan u all akan menjadi orang pertama yang akan diajak untuk menemaninya. Sebenarnya si dia berasa sangat selesa berada disamping u all dan ingin menghabiskan banyak waktu berduaan. Cuma kerana belum ada status, jadilah dia pengarang hebat dengan seribu sejuta alasan agar boleh berada dekat dengan u all.


3.Lebih banyak menurut..

Si dia sudah banyak kali menonton filem yang ingin u all tengok, tetapi si dia tetap tidak keberatan untuk menemani u all. Membiarkan u all memutarkan lagu ' Love is you ' ( ten 2 five ) berulang kali di kereta padahal u all tahu si dia peminat setia My Chemical Romance. Ini bukan sembarangan kompromi, kalau u all lihat
p/s : ha sekarang mesti u all dah perasan sape yang suke pade u all kan ? kan ? kan ?



Tuesday, September 8, 2009

Bohsan...Besh wat nie.. =)

Name 7 things about yourself that people might find it interesting .

- i'm still cool when i was in trouble..
- sometimes i'm not believe in myself..
- laughing makes my life full of happiness..
- i can eat a lot of cheap doughnut but not the expensive one!
- i hate people those who are cheating me..
- i'm not a perfect person what you think about..
- experience set up me more matured..

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
>> wonderpets

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
>> kau dipaksa aku terpaksa ( scan )

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
>> cinta ini membunuhku ( d'massive )

HOW DO YOU FEEL TODAY?
>> just so you know ( jesse mcCartney )

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
>> bleeding love ( jesse mcCartney )

WHAT'S YOUR MOTTO?
>> do you ( piring hitam )

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
>> helah ( sodo )

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
>> dibius cinta ( melly goeslow ft yusry )

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
>> bourgenvilla ( spring )

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
>> kau tetap dalam anganku ( azie )

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
>> burnin' up ( jonas brothers )

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
>> permata yang dicari ( dehearty )

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
>> bukan superman ( the lucky laki )

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
>> i'm yours ( jason marz )

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
>> akulah kekasihmu ( axl's )

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
>> secret valentine ( we the kings )

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
>> a lonely september ( plain white t's )

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
>> bintang ( statik )

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
>> tak tahu antara dua ( farah & adam )

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
>> dalam gerimis (visa )

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
>> silly lily ( bunkface )

done!

now it's you turn people :))

1. anda
2. awak
3. saudari
4. saudara
5. encik
6. cik
7. kamu
8. kalian
9. you
10. sape2 yang nak mencube! :)

selamat menjawab k...

JUJUR!!!


Wednesday, August 5, 2009

TEMUDUGA

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

SOALAN2 BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.