Wednesday, December 23, 2009

Sayang Kowang.

Adoii.. Lame sudah tak ber-bloging. Banyak bende aq dah buat tapi tak sempat nak update plus bermalasan. So makin lama makin malas la nak menaip hehe for entry kali ini tak tahu nak tulis apa sebenarnya tapi terasa nak ber-bloging plak. Semalam aq telah selamat sampai di rumah nenek aq kat senawang. Before this aq merayap pergi klang dengan cik salma.

Masa sampai rumah tuh keadaan sungguh tidak terkawal haha Eceh padahal takde pape pon. Rumah sungguh berabok sebab lama sudah tak mengemas yela jarang datang ziarah la katakan huhu benda pertama aq buat adalah mengemas rumah, adoi 10 kali aq mengemop kaki masih kotor tapi kerja terpaksa diteruskan. Kalau tidak aq yang buat siapa lagi kan. Hari pertama di sana memang sungguh memenatkan tapi aq sungguh gembira plus fateen nazirah ( kawan sekolah rendah ) datang menemaniku.

Hari kedua ~ Hari ini sudah decided mahu pergi berjalan-jalan. Kiteowang plan mahu ke klcc, sudah lama aq tak menjejakkan kaki ke sana plus cik salma pon belum pernah berjalan2 di sekitar kl so aq bercadang mahu bawanya berjalan2. Sorryla ma aq tak sempat nak bawak ko jalan banyak tempat, aq boleh bawak tapi tak cukup 2 3 hari lepak sana genk ! huhu Masa di kl sentral ada 1 perkara yang sungguh lucu terjadi antara aten dan atin tapi seganlah nak kepoh2 hehe ! Keadaan di klcc sungguh memeninkan. Puluhan jutaan orang ( yeke ?? ) memenuhi setiap ruang di klcc sampai nak makan pon tempat semua penuh tapi we're lucky masih ada tempat untuk kami menjamah + melantak hehe ! Tiba masa pulang ! Adoiiyai memang cukup sesak. Rasa macam bekerja di sana plak ( padan muke ko sape soh balek time org balek kerja ! ) sampai di rumah dalam pukul 7 lebey then sambung tengok bola malaysia menentang vietnam. Malaysia menang beb ! haha

Hari ketiga ~ Hari tu decided nak berjalan jugak tapi di sebelah petang sebab tunggu my beshwen which is siti noraihan ( mek kaw nama penuh aq letak ! ) bawak her mummy pergi klinik. Petang dalam pukul 4 5 gtu baru gerak. mula2 tuh nak pergi sunway tapi sebab keluar pon dah lambat so pergi jusco bukit tinggi jep. Tak silap aq nie masuk kali ke 3 kot aq pergi sana. Lebih kurang macam jusco tebrau kat jaybee jep tapi mungkin besar sikit larh. First of all pergi beli tiket movie duluw. Kami tengok movie ZOMBIELAND. Besh jugak citer tuh funny habis. Tapi ada ke zombieland kat dunia nie haha balik dalam pukul 9lebih. Pergi McD kat port jap beli some makanan sebab kami belum dinner pon lagi taw. Malam tu kat rumah aq cukup happening sebab ada 5 anak dara lepak. sayang kowang semua ~ aan, aten, salma, ain ~

Hari keempat ~ Hari ni aq terpaksa pulang ke jb semula sebab tiket sudahpon dibeli. Tiket aq jam 4.30 pm. Pagi tuh aq dan aten pergi mencari bekpes dalam keadaan hujan renyai2. Lapar punya pasal hujan taufan sanggup kuredah hehe Ingat nak singgah rumah kawan ibu tapi mereka pergi bercuti ke genting plak. Mungkin tak ada rezeki mahu berjumpa kan. Petang tu kami lunch kat rumah aten's aunty which is my jiran jep. Sangatlah baik jiran tertanggaku ini. Tak terbalas budi baik mereka tuh sob sob aten hantar kami ke klang sentral, thanx ye darl ! Sampai di perhentian larkin pukul 10 gitu.

Sesungguhnya aq sungguh gembira dapat meluangkan masa dengan kawan2 yang aq sayang. Nanti next time kita hangout lagi k.. To all my fellas yang tak sempat berjumpa aq mintak maaf sangat2 next time kita meet up ok. Picture akan diupload nanti. =)


Monday, December 14, 2009

Aktiviti 1~

Tanggal 9dis09, maka tinggal lah seribu satu kenangan di smkpj. Aq bukanlah anak jati sekolah tuh, sebab aq mula menapak di situ dari tingkatan 4. Aq merupakan anak jati selangor dan atas sebab-sebab tertentu aq perlu berhijrah ke jb. Sedari kecil aq bernaung dibawah ketiak ibu dan ayahku tapi sejak dari itu tiada lagi istilah bermanja dengan mereka. Walaupun cuma seketika banyak kenangan yang telah tercipta di sekolah itu. Alam persekolahan hanya tinggal kenangan bagiku kerana tepat jam 4.01 petang segala-galanya telah berakhir.


Pada hari esoknya kiteorang dah plan nak ke bandar konon2 nak celebrate larh hehe aq dengan oja dah plan nak lepak rumah bobo jep. dan malam tu buat julung2 kalinya aq tido pukul4 bab temankan oja lepak atau istilah lain dating dengan encik tut. Yela bagila kesempatan untuk mereka mengenali hati budi masing2 ye dak. seb baik kiteorang ade kalau dak hai kamu tumpang nahas taw haha

Pagi tu nak bukak mata cukup susah. nak taw sape yang celik dulu ? mestilah orang yang hatinya sedang berbunga riang hehe eceh, pandai2 aq jep selak feeling orang an. Byase la kata nak gerak pukul 11 jadinya gerak pukul 12 larh. Sampai bandar kiteorang selesaikan hal dengan bank and then temankan bobo buat treatment rambut kat salun CS. Sementara tunggu bobo and geng yang lain aq dengan oja jalan2 kat dalam CS jap.

Bangun pagi kelam kabut, sampai bandar perot bernyanyi riang tapi terpaksa tunggu yang lain dulu. kiteowang decided lepak McD jep. Sementara tunggu dowang pergi order aq dengan salma berborak kosong jep. Waktu tu ada kejadian yang tak disangka2 air yang bobo bawak terjatuh and then plurp ! tumpah ! terkena seluar salma.. Ohh nOoOoO ! Tapi naseb baik salma pakai seluar hitam so tak nampak la sangat kan. nak wat macamne kan benda dah berlaku an.

Usai makan tu pergi tengok movie.. Citer santau, such a gret a movie walaupun tak seram mane. Just mengisahkan orang yang terkena santau. So always watch out dengan orang sekeliling kite nie. Kadang2 yang baik dengan kita lah yang selalu tikam kita dari belakang taw. So takmo bebel panjang2 lagi layan jelar pict2 nie yep..
Suasana Kristmas Dalam CS
Chumeyl tol bende biru kat belakang tuh
Persahabatan yang memerlukan kekuatan dari segi rohani dan fizikal..
Kami lapar mereka boleh sempat berposing kan
Aksi selamba sahaja..~



Sunday, December 6, 2009

Weekend.

Semalam jejalan with my adeq n busu.. Tak kemana pon just pergi jusco permas jep. Beli some stuff and jejalan.. Waktu nak balik tuh singgah kat kedai my news.com beli some 'jajan' and jumpe gula2 kapas.. yummy2 sedap nengok tapi segan plak nak beli.. Yelar semalam dahle weekend of koz la ramai orang kan haha kempunan aq bila dah balik tuh huhu

Masa jejalan kat jusco tuh i had seen a lot of baju baby.. lawo2 belaka tapi lupa nak take picture excited nengok baju2 tuh haha tapi duit tak banyak plak nak belikan tok syaura chumeyl tuh.. Sabar ye yunk nanti kak aten mesti belikan jugak huhu

Yok layan pict2 nie masa tunggu busu pergi kedai pet, pergi bank and blabla except pict nabiha syaura nie sebab pict tu diambil masa cukur jambul dye beberapa minggu lepas.. =)


Budak chumeyl si tembam nie..
Nabiha Syaura baru lepas cukul jambul..
Ha tu busu dah sampai dah..
merenung masa hadapan jap..
Dikala nafas berhenti..



Friday, December 4, 2009

Club Blog-Blog Bicara Sempoi..

Beberapa minggu yang lepas, aq dok klik2 kat ternet masa tuh tengah surf apa tah suddenly aq menempek kat satu blog nie aq pon tak kenal bloger dia. Aq nie suka jadi silent reader bukan minah kepoh tau, aq suka baca kisah suka duka orang. Yela aq kan pencinta setia novel, rajin membaca tapi bila masuk tang membaca buku teks mula lah mata nie wat perangai haha menguap seribu kali dalam seminit ( tipu jep nih ! haha ).

Okey2 sambung pasal entry tadi tu yek, so lepas aq surf blog tuh aq terjumpa club blog bicara sempoi. Tengok mula2 macam best tapi aq tak layan lagi. Pagi tadi dok tengah bekpes aq teringat blog tuh so noon tadi aq berniat nak join that club. Blog sempoi ni diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan update2 terkini para2 blogger. Sistem ni mengikut update terkini posting sesebuah blog. Sesiapa yang rajin berblogging akan naik ke ranking pertama. So kalau nak kekalkan ranking tuh selalulah berblog k hehe.Nak join that club semudah abc jep. U all dikehendaki melakukan 3 langkah :

1. Pasang link or banner Club Bicara Sempoi kat blog u all.

2. Buat posting review about that club kat blog u all.

3. Lastly bagi sedikit ulasan apa tujuan u all buat blog.


Semudah abc kan ?? =) Okey review aq dah settle so sekarang aq nak bagitahu kenapa aq buat blog ? Tujuan aq membina blog nie adalah untuk memperihalkan kisah suka duka aq. Dulu aq suka tulis dalm diari ( sanggup beli diari yang siap ada mangga tuh taw ! ) tapi banyak halnya plak dengan kunci hilang lah, buku terkoyak lah so start from that moment aq stop ber-diari. Aq tak mengharapkan bloger2 bagi feedback pada aq tapi niat aq cuma satu nak meluahkan apa-apa yang aq rasa tak puas hati or apa yang telah aq lalui.

Kalau ada masa free2 tuh tak elok dibazirkan ( eceh, geli plak dengar statement sendiri haha ! ) dialu2kan join this club okies ! =)