Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Sweet moments ^_^


Kalau dulu sikit2 ibu.. sikit2 ayah.. No more nak ibu or ayah lagi. Everythings berlalu macamtu je. Betul lah masa itu emas. Dan masa tu kita tak nampak kan ? Sekelip mata je semua tu Allah tarik balik. Even sebahagia mana pun kita, bila dah sampai seru kita kena redha. Redha dengan semua ketetapanNya.

Maybe orang yang rapat dengan aku akan cakap aku sangat beruntung sebab masih ada makcik2 & pakcik2 yang still caring pasal aku dan adek2. Yeahh aku akuinya walaupun dulu aku & adek2 sangat nakal. Tapi mereka tak tinggalkan we ollz terkapai2 sendiri. Bila difikirkan balik, bodohnya aku dulu buat mereka macamtu. Hopefully adek aku dah sedar apa yang dya pernah buat. Baliklah ke pangkal dek, fikir apa yang terbaik buat diri kau. Aku dah tak kuat nak tarik kau tapi kekuatan aku hanya doa untuk kau.


Insan yang pertama ni bagi aku makcik yang sangat sporting. Banyak berkongsi pengalaman & cerita. Banyak bersabar dengan kerenah we ollz. Adek2 aku semua bawah jagaan dya. Cuma aku je tak. Yup, aku & adek2 tak sama macam you ollz yang duduk serumah. Kiteorang dah lame separate. Tak dapat dinafikan saat aku menulis ni airmata aku jatuh. Aku rindukan hubungan kiteorang yang selalu bercakar macam anjing & kucing. Makcik ni we ollz panggil kala bcoz family kiteorang ada dari singapore. Adek2, please ingat pengorbanan insan ini. Insan yang banyak berkorban untuk korang. Kalau boleh sayang dya macamane korang sayangkan ibu.


Insan kedua ni aku sayang dya sangat2. Bukan lah aku tak sayangkan kala tapi aku terlalu banyak terhutang budi dengan busu. Even dya makcik aku sendiri. Tak dapat dinafikan perlakuannya tak tumpah macam ibu yang sayangkan anaknya. Datang kampus semata2 sebab aku. Saat aku susah dya ada dengan aku. Saat aku jatuh dya bagi aku semangat. Kalau dulu aku cakap dengan dya aku nak lari hujung dunia taknak faced problem yang aku ada tapi dya suruh aku pandang ke hadapan, apa aku dapat kalau aku buat macamtu. Adatlah bila aku buat salah, pasti kena marah kena bebel punya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang busu berikan buat orang ingat kat mana orang berdiri sekarang su. Terima kasih atas semua kebaikan busu pada orang.

#Ilovebothofyoudamnmuch ! :)


Monday, February 14, 2011

Kalau jodoh dah sampai

Rasa kejap je bila balik rumah tau. Tup2 dah kena balik kolej balik. Sabtu lepas my dua pupu kawen. One week before tuh kira pangkat kazen jugaklah yang kawen kat melaka. Caya tak caya lah dya cicit pertama yang mendirikan rumahtangga. Muda lagi kut. Tapi takde gambar lah plak. Bdw, masih sempat ucap Selamat Pengantin Baru kan ? Ngeee~

Okehla kite cerita yang dua pupu nih. Aku pun tak faham sangat konsep berkupu2 nih haa. Tapi korang buat2 faham jelah. Pengantin lelaki nih dah kira pangkat pakcik aku dah tapi tak panggil pakcik pun ngeh3 Adik perempuan dya sama baya dengan aku tapi just panggil nama jep, macam kekok plak kan.

Alahaiii cerita pasal orang kawen nih, nenek aku menyimpan hasrat yang cukup besar menyuruh cucunya yang sulung nih kawen cepat, kalau boleh sebelum dya menutup mata. Rasa serba salah beb kalau aku tak tunaikan. Tapi kawen nih bukan perkara main2 kan. Sape2 nak masuk minang sila ambil nombor ye hihi ( macam ada je orang nak kawen dengan kaw haha )

Cerita pasal kawen nih lagi, hari tu aku dengan sha baca satu cerita nih. Ada lah kisah minah nih, asal dya pergi majlis orang kawen je macek2 kat situ mesti tepuk bahu dya tanya, kamu bila lagi ? Tapi dya suka bila pergi majlis kematian. Dya akan tepuk bahu macek2 tuh tanya, Macek bila lagi ? Hehe Sengal kan. Tapi aku ingat tak ingatlah cerita tuh. Kalau tanya sha mesti dya ingat lagik.

Papepun aku nak wish Selamat Pengantin Baru kat syafiq & izzyanti. Gambar dorang banyak tapi semua blur2, aku pun tak tahu kenapa asal ambek pict dorang mesti blur. Tapi ambek gambar lain tak blur plak. Adehhh @_@

Pelamin yang sangat saya gemari, kalau kerusi putih lagi lawo kuttt~

Nih jela tak blur kut hihi

Luv this cake lorh~

Dua hati jadi satu~

Nih pun macam blur tak blur ahh~

Haaaa chantek nih~

Sempat aje posing nih~

Mak datin nih model part time ai~

Sebelah malam ade adegan lain lah plak~

Lets check it out ~

Bufday mak lang, paan dan mamee. Indulgence cake =)

Bukan bufday boy pun tumpang sekaki ~

Kek coklat yang super yummyyyy~

Aunty2 kuh yang cumel lah nih~

Nih pun aunty2 jugak nih~

Tak dilupakan yang giler lensa nih hakhak



Saturday, January 22, 2011

Ibuku didunia & diakhirat

Ada satu contest tentang ibu untuk anugerah tapi aku tak join. Sebab dah terlepas. Tapi tak apa aku nak berkongsi tentang seorang insan yang begitu kuat menempuh hidup. Sebabkan airmata aku dah laju membasahi bumi tatkala membaca belog2 mereka yang join contest tuh, dan2 tuh la jugak lagu ayah dan ibu serta lagu pelangi petang keluar. Betul2 memahami kan ?

21tahun yang lalu, aku dilahirkan dari rahim seorang wanita muda yang baru berkhidmat sebagai seorang guru. Aku ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh kerana aku merupakan anak sulung dan juga cucu sulung. Semua orang menanti2 kan kehadiran aku. Sangat cumel tatkala itu, aku sering diusung oleh sedare mare. Sampaikan satu hari nenek kuh nak membelaku tapi ibu amat berat hati nak melepaskan aku disebabkan akulah permata hatinya. Ahkirnya, ibu masih dapat memelukku dan membelaiku kerana nenek tidak mengambil kuh.

Kalau diingatkan kembali, gaji ibu dan ayah yang tidak sebesar mana banyak dihabiskan untuk membeli barang2 keperluanku. Ibu sanggup tidak membeli pakaian baru kerana memikirkan masalah kewangan yang dihadapi selain turut menolong ayah yang masih bergaji kecil. Aku masih ingat cerita nenek, ayah pernah berjanji yang ayah akan membalas jasa ibu sebaik kewangan ayah kukuh. 10 tahun kemudian, pendapatan ayah semakin kukuh. Ayah menunaikan janji pada ibu. Segala permintaan ibu ayah pasti tunaikan. Semua tuh masih segar dalam ingatanku tatkala ayah membawa kami pergi ke shopping mall dan ibu membeli kasut dan handbag baru berjenama bonia. Yup, ibu sangat sukakn jenama tuh. Sampai sekarang koleksi ibu masih dalam simpanan.

Tahun 2005 adalah tahun yang menyedihkan kami di mana kami menerima berita ayah menghidapi barah darah ataupun leukimia. Luaran ibu nampak dya masih kuat. Dya lalui kesakitan yang dilalui oleh ayah bersama. Tanggal 14hb april ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ibu ?? Dya jatuh ibarat sayapnya patah sebelah. Dya kurang ambil berat tentang anak2, mungkin aku fikir dya masih sedih teringatkan ayah.

Hujung tahun 2005, ibu pergi menunaikan umrah. Itulah raya pertama aku tanpa ayah dan juga ibu. Aku rasa kehilangan sangat2 even ibu masih di mekah. Aku ingatkan ibu tenang di sana. Sekali lagi ibu di uji dya jatuh sakit. Dya tidak mampu menunaikan umrah hanya jasadnya di sana. Ibu !!!!! Betapa kasihannya aku mengenangkan semua itu. Setibanya ibu di sini, Ya Allah !!!! Muka ibu lebam2. Kaki dya semakin teruk.

Malam itu, ibu dikejarkan ke PPUM. Aku berada disampingnya. Ibu ditempatkan di ICU. Malam itu adalah malam terindah, ibu membelai kepalaku. Ibu disahkan menghidapi luekimia. Aku tak pasti doktor tu betul atau tidak. Asal ambil air tulang belakang pasti confirm barah darah, kenapa ??? Yang pasti ini bukan sakit keturunan. Setelah keadaan ibu sedikit stabil, ibu dibenarkan pulang tetapi ibu perlu memasukkan darah setiap bulan. Kasihan ibu.

Di akhir2 saat ibu, ibu lebih banyak berdiam. Pernah ibu bertanya, "kak, hidung ibu nih okeh tak ?" Ya Allah !! Baru ku tahu itu tanda2 orang nak pergi. Kadang2 ibu sering berkecil hati denganku kalau aku memakai pakaian baru. Ibu !!! Maafkan anakmu ibu saat itu aku tak mengerti perasaanmu. Kini baruku mengerti engkau juga mahu memakai pakaian baru sepertiku.

Seperti biasa setiap bulan ibu akan buat check up. Ibu akan duduk rumah pak lang dulu. Hari tuh aku tak tahu kenapa aku rasa sedih nak lepaskan ibu. Ibu panggil dari bawah, "kak ! dah tak nak salam ibu ker ? cium ibu ?" Usai bersalam aku terus naik ke bilik, tidak menghantar ibu keluar. Naluri aku yang menyuruhku berbuat demikian. Tanpa ibu sedar aku menghantar ibu melalui tingkap tingkat atas. Mengalir airmata kuh bila ibu tidak menoleh lagi, walhal dalam hati berbisik pandanglah anakmu buat kali terakhir ini. Itulah pertemuan aku yang terakhir secara sedar.

Tanggal 9hb mac 2006, ibu telah pergi meninggalkan aku. Sesampai aku di hospital ibu dalam keadaan koma. Ibu pergi tanpa ucapkan apa2 padaku. Ibu, anakmu bakal menginjak 21tahun beberapa bulan lagi. Anakmu sunyi tanpamu. Tapi apakan daya anakmu terpaksa meneruskan hidup. Anakmu makin mengenal erti kehidupan hasil dugaan, pengorbanan dan ketabahan ibu dahulu. Semua itu baru anakmu sedar. Tatkala orang lain mengabdikan gambar bersama bonda terchenta, tiada lagi peluang itu untuk aku. Sikit masa dulu ada gambar2 kita dan gambarmu tika ibu di hospital. Tapi semua gambar2 itu hilang masa henfon tuh sampai di tangan orang lain. Salah aku sebab tak menjaga sebaik mungkin dan itulah kenangan terakhir kita bu. Memang terkilan dengan orang tuh tapi apakan daya benda dah terjadi kan. Yang pasti kenangan di mindaku takkan terpadam buat selama-lamanya.

Doakan anakmu kuat sepertimu ibu. Anakmu merinduimu. ='(




Friday, January 21, 2011

Wedding ~Part2~

Pending lama kan pasal wedding kazen aku nih. Trying to settle it asap. Okeh kali nih yok kita pergi tengok majlis nikah mereka. Mereka selamat disatukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kl. Atok cakap masjid nih dah lama dan amat besau tuan2 dan puan2 serta kawe2 sekalian. Kiteorg pun berpusing2 jugak bukan sesat tapi nak carik pak guard hehe ! Yela kiteorang datang one day before nikah sebab nak letak separuh barang hantaran kat situ.

Agak2 selamat tak ?? For sure lah selamat, sebab tuh kena carik pak guard nak kena bukak pintu bilik asrama kat situ i guess lah. Disebabkan orang nak nikah pada tarih keramat tuh cukup ramai kazen aku nih dapat giliran no2 around 8 9am gtu. Kalau lambat jep dorang tak akan tunggu nak kena ikut giliran balik lah and giliran tuh belah malam. Tapi alhamdulillah semuanya selamat ^_^

Here are some beautiful picture during that day....


Candid di kala subuh~

Ibu semangat giler time nih~

Seri pengantin ~

Ibu & kak fizah~

Di depan masjid jalan duta~

Serba putihhhh~

Mencelah untuk 1 minit ngee~

Antara barang2 hantaran~

Sangat chantek anis !~

rm10,000 serba cek~

Sijil nikah~

Suke2 ~



Sunday, January 9, 2011

Wedding ~Part 1~

Hi blogger !
Happy sunnguh harini. Yela modul dah pun selesai semalam. Dapat jugak balik rumah even mula2 ingatkan tak dapat balik. Apesal lah gedik nau nak balik rumah kannn ?? Sebab aku nak hantar balik semua barang2 yang aku rasa tak diperlukan di kolej. Ada faham ?? hehe

Aku pernah bagitau dulu about kazen aku punya wedding pada 1111 kan ?? Sungguh chantek nombor tuh kann. Ai likeeeeee. Aku sampai di bukit jalil masa football match indon lawan malaysia, 26hb ai guess. Punya lah sesak orang and kalau lah aku tau aku takkan balik time tuh. Nak beli tiket lrt from bukit jalil pun panjang berjela2. Belum ditambah dengan bunyi bising kat situ lagi. Aku ambek keputusan untuk ambek cab and stop kat bandar tasik selatan. Dari situ baru lah aku naik tren huhu

Sepanjang aku kat sana, selalu jugak aku keluar ikut kazen aku prepare wedding dya. Tempat yang selalu aku pergi boutique pengantin depa. Then masa ikut pergi buat henna, kreatif giler aunty tuh. Dya tengok tangan jep dah tau nak lukis corak apa yang sesuai and sangatlah chantek dan halus seninye. Alang2 tuh aku pun tumpang sekaki membuat henna tapi sebelah tangan jelah. Aunty tuh ade pengalaman dalam 15tahun gtu dalam bidang nih, tuh yang sempoi jep dya buat. Masa dya buat kat tangan aku hanya mengambil masa 5 minit. Haaaa orang dah pro kan??

Citer pasal henna lagi, aunty tuh cakap selalu jugak selebriti buat dengan dya. Tapi buat henna nih pun ada musim dya. Time ramai memang betol2 ramai tapi time takde memang takde langsung. So dya buat henna nih as part time job jep. Aku respect kat aunty nih sebab rumah dya sangat clean and clear plus ada bela seekor kucing parsi yang sangatlah cumel. Siap dipakaikan baju lagi. Memang betol2 buat macam anak sendiri lah, nama dya kalau tak silap paris tau. Soooo cute ^_^

Okelah next entry aku sambung pasal masa nikah plak yek. Here some picture yang sempat aku snap. Boi2 !!


Henna yang sangat chantek di tangan pengantin

Henna di tangan aku

Aiman & amani yang makin cumel

Cheman nih memang suke senyum

Cheman & esha

Esha yang tak reti duduk diam

Cumel tak aku ? haha tanjak berwarna pink !

Tak dinafikan baju kat kedai akak nih banyak chantek2

Aku suke yang kaler hijau tuhhh



Saturday, December 18, 2010

Makan-makan

Salam people !
Dah lama tak pot-pet kat sini kan. Semalam went out to senai dengan family. Mula2 merancang tak nak ikut sebab.. sebab segannnn. Entry pun pasal makan2 kan so sah2 aku memang pergi lah kan. Ngeee~

Senai ??? Fuhhh memang jauh no. Last aku pergi pun masa turun flight kat senai nih beberapa tahun yang lalu. Sebab tuh leceh kalau nak naik flight from senai nih sebab takde orang nak hantar. Tujuan pergi sini semata2 nak makan je pun. Sebenarnya untuk ofis macek. Tapi ada aku kesah ?? haha

And betol aku tak tahu pun kat johor nih ade sate kajang. Satu lagi tempat kat taman scientex kut. Taklah sejauh senai nih. Makin kurang lak sate nih and aku memang kurang dengan sate. Takat nak jamah2 boleh lah nanti kepala aku mulalah pusing. So aku dengan kazen makan nasi berlaukkan asam pedas ikan pari. Sedappppp !

Okey, sampai jumpe lagi. Boi u ollzz !! =)

Kami memang suke bab2 nih ngee~~


Macek saya !!

Close up ! hahaha

Sempat aje =_=

Sedaaaapppp !

Candid !!

Last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaa ! =)



Tuesday, December 7, 2010

Aku nak kahwen !

Pagi tadi bangun dengan mata terpisat-pisat sebab lagu airplanes memecahkan gegendang aku. Nombor tak dikenali dari celcom muncul di skrin. Dengan suara orang bangun tidow aku pun pick up phone.

Dya : Wei kaw cuti bile ??
Aku : Adoii sape plak nih ?? *dengar suara, ohhh kazen aku rupanye. Owhh aku tengah cuti lah ni.
Dya : Naik balik bile ??
Aku : 3hb apesal wei ??
Dya : Aku nak kahwen !
Aku : Hah ???? Terlopong jup*
Dya : Aku kahwen 1hb nih.
Aku : Alaa.. apesal lambat sangat buat ??
Dya : Suke hati aku lah. Naik kl nanti lepas christmas ker.
Aku : Tengok ah nanti macamne. Buat kat mane ??
Dya : Kl lah, dewan @#%^&*
Aku : Owhhhh..
Dya : Kaw tahu ker kat mane ??
Aku : Tah mane lah aku tau, T aku roger.

Aku terkejut sebab cuti dah nak habis kut mase tuh. Memang agak kelam kabut la nampaknya. Kena prepare betul2. Kesian plak adek aku nak balik segamat nanti. Tapi bisa diatur rasenya. Memang aku tau dorang planning nak kahwen 2011 tapi tak sangka 1hb tuh haha Takpelah jeb dah jodoh kaw kan. Jagelah anes tuh betul2, anes tuh baik doe.

Bulan nih je ade lagi 2 temujanji dengan membe bermaksud fulus akan keluar. Nak kena pergi carik baju lagi nih. Kalau masa wedding abang dulu, baju aku di sponsor okeh. Nilah kazen aku yang kahwen muda, seawal 23tahun muahaha Lepas nih turn kak ayu plak lah. Aku ?? Tunggu korang gerak dulu lah hahaha

Dah jangan nak merapu bin merepek banyak sangat kat sini. Pergi buat apa yang patut. Sambil jalan sampai fikir bila ek nak kawen ? Nak buat kat mane ek ?? Bak kata abang naz bajet hot kejup lalalala =p

Daaaa !!! =)