Monday, April 18, 2011

Yang lahir 80/90 an JOM BACA !!

"budak2 yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat
masa skola rendah dulu:

- Kat skola ada salesman jual buku
cerita.
Harini bagi list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

Salesman susu pon camtu gak.


- Kat library, budak2 memang baca buku tapi
just tengok gambar je.
Bila ada program nilam,
sibuk semua nak pinjam buku.


- RMT kat skola makan tak best, tapi yang
berduit pon join RMT, tak paham....

- Pakai pensel box yg boleh bukak depan
belakang, pastu ada sharpener kat tengah2 dia.


- Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk
padam.
padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!

- Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam
ada air pastu ada benda berkilat dalam air tu.


- Cikgu pakai pembaris kuning panjang.
Ada
pemegang kat tengah2 tapi tak pernah nampak cikgu
pegang pon kat situ.


- Bulu ayam jadi ramping kerana sering
dijadikan rotan.


- Time pendidikan seni, lukis semua boleh
tapi bila time kaler semua hampeh.
Ada gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- Main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, semua pakai tape.


- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh
tukar2 kaler ikut suhu dan cuaca.


- Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

- Balik skola beli JoJo tak pon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli semata2 nak
mainan, coklat dia tak makan pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia
kat tV boleh tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan macam lagi.


Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak2 tak
sempat layan benda2 ni.
Kita akan sentiasa
berubah, cuma asal-usul kita yang
permanent.
huhu~

Ni la baru zaman kita kawan2

Notakaki : Mesti tersengih2 kan kita baca benda nih ngeee~




0 Orang Berkongsi Pendapat: