Saturday, August 6, 2011

Masih diberi kesempatan~

Assalamualaikum~

Alhamdulillah baru balik dari melawat rumah ibu. Tempat ibu dah bersih. Dua tiang putih pun sudah dibersihkan. Sekalung doa juga telah disampaikan. Mudah-mudahan ibu tenang di sana. Harini rasa tenang sangat. Busu bercerita tentang seminar yang dya hadiri minggu lepas. Banyak betul pengalaman yang busu kongsi pagi ni. Membuatkan spiritual aku naik mendadak. Harap2 berkekalan hendaknya.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan ? Ya, aku percaya seratus peratus. Kenapa aku jadi macamni pada harini mungkin disebabkan masa lalu. Orang kata kita tak perlu lah nak toleh kebelakang lagi. Yang lepas tu tetap lepas. Kita tak ada kuasa nak mengembalikan masa lalu.

Apa yang aku mampu cakap, aku kena jadi orang yang positif. Mungkin dah banyak sangat iron2 negatif dalam badan aku ni. Aku kena buang semua tu. Betul kata busu, mungkin kita perlukan duit untuk terus hidup, nak jadi kaya raya. Tapi kalau spiritual dalam diri kita tak ada, apa kita dapat ?? Kita cuma ibarat tin kosong yang tiada value kan.

Busu ada kongsi pasal doa dhuha yang menyebabkan aku tertarik nak memahami setiap potongan ayat dalam doa tersebut. Aku akui banyak input yang meresap dalam jiwa aku pagi ni. Terima kasih busu atas nasihat dan motivasi yang diberikan. Terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu hidayahMu untukku =')





0 Orang Berkongsi Pendapat: