Tuesday, January 5, 2010

Belated Birthday Bobo..



Semalam hari yang paling dinanti2kan. Plan yang sudah lama dirancang harap2 berjalan dengan lancar dan alhamdulillah lancar beb ! Cayela kowang ! Dan buat sahabatku nur atikah a.k.a bobo serve u right babe ! Buat sahabatku safiah yang sudah genap 20tahun semalam kaw masih bernasib baik. Waktu kaw akan datang jugak, banyak bersabar ye !
Mengikut perancangan 050110 jam 0800 adalah waktu malang bagi shontot. Tapi disebabkan aq and the genk jadik burung hantu malam sebelumnya menyebabkan kami semua tak bangun pagi. Aduyaii terlepas saat2 yang paling dinanti2kan. Aq tersedar jam 0925 macam tuh dan terus kejut marnie ( tak bangun ! ), oja dan salma.
Jumpa di jusco jam 1115 macam tuh dan jalankan tugas mencari hadiah dan kek. Sasaran sampai jam 1400 dengan muka sakit ( demam + selsema ) virus datang dari aq haha ceh ! datang2 makanan dah ada depan mata suka lah tuh haha kaw tak tahu masuk bill hutang kaw ! hahaha takdela joking only kawan2 takde hal lah. Kiteorang dah rancang after bobo datang mahu pergi ambil kek ( konon2 buat alasan nak pergi beli air la tatau nak curah kat kaw nanti ! ) dengan muka yang tak bersalah aq dengan oja memboloskan diri.
Ok lepas ambil kek, maka aq pon menonjolkan diri dengan sebijik kek di tangan.. HAPPY BIRTHDAY !!!! Tak tahu muka happy or sedey sebab sama jep muka orang sakit hehe ! Lepas makan we all pergi holiday plaza teman marni carik seluar kerja. Nak tahu tak ?? Dye dah try banyak seluar lepas tuh dye tak jadik beli ayoyo ini minah sabar saje lah. Then kiteorang pon balik odw balik tuh minachi marni ni boleh nak hantar aq dulu plak. Isk kang aq kasi hempuk itu tepung pada dye, rosak plan huhu
Nak taw ceritanye lepas tu ?? haa.. hantar la si bobo ni balik dulu dalam pada tu tangan aq dah ngular pas tepung pada salma. Lepas jep dye turun kami pon turun sama. Eppp ! jangan fikir bukan2 kami cuma nak bersalam dan berpelukan jep haha tapi lepas tuh plurp !!! hahaha bobo dipenuhi dengan tepung dan aq curahkan sebotol air mineral ( ingat nak beli air oren mula2 ) pada bobo. Alhamdulillah MISSION COMPLETE !!! ( ceh wat keje jahat cakap syukur eh ! ). Masa dalam kereta tu dok bincang2 lagik mane boleh tak baling dengan telor kan. Ha apa lagik pergilah ke kedai yang berhampiran nak carik telor. Carik akal macamne nak datang rumah dye balik dan KEBETULAN pendrive aq pada dye dan dengan alasan itulah kami dapat bertemu bobo semula. Ceh salma dengan rasa tak bersalah keluar disusuli dengan marni. Ayoyo marni awal no baling bila aq dengan oja nak sambung dye dah lari dalam rumah. its not fair !! haha
Cuba baling juga tapi tak kena pada sasaran tapi takpe telur penuh depan rumah dye.. Serve u right ya kena bersihkan rumah.
Balik rumah dengan keadaan yang senang hati plus kepenatan lalu tertidow. Dalam pukul 0045 macam tuh terjaga tengok henfon ada miskol dari si dia. Siyes beb aq tak dengar langsung bunyi henfon masa aq tidow. Bangun tidow aq mandy dan terus bukak lappy aq. Keesokkan harinya aq dapat banyak msg yang sama dari si dia. Meluahkan apa yang terbuku di hati. Perkara ni dah banyak kali aq fikirkan dan aq telah ambil keputusan untuk berpisah. Yah, memang perit untuk diungkapkan tapi aq harus membuat keputusan. Dengan lafaz bismillah aq send pada si dia. Buku untuk berchenta sudahpun ku tutup. Buat si dia, biarlah jodoh yang tentukan segalanya. Sudah tiba masanya untuk kaw berubah ten, chenta akan buat kaw lebih sengsara. Kejayaan perlukan pengorbanan. Dari 12 kaw dah merasa kan. Cukup2 lah tuh result kaw hancur pon sebab ape ?? Kaw fikirlah sendiri. Ya ! im realized now..
Dah2 cukup sampai disini. Stop crying. Build a new life, new spirit and wish the best thing for year 2010. No more love for now. Focus on what you want to reach for. Ok people ! sampai disini sahaja. Lastly aq nak wish belated birthday to my beloved friend nur atikah dan safiah.. Semoga hidup bahagia bersama dengan orang2 yang disayangi. Salam Sayang..



Sunday, January 3, 2010

Happ New Year People !

Hye people out there ! Lama tak berblogging nih. Niat tuh selalu ada tapi ada jep macam2 halangan2 yang datang. Paling latest ingat nak update lepas balik dari genting hari tuh tapi dilanda demam plus batuk plus selsema plak dah. Nie pon demam macam air laut jap pasang jap surut. Before this dah telan banyak panadol tapi tak kebah2 ngade2 nak jugak ubat doktor..
First of all aq nak wish Happy New Year 2010 !!! Even agak lambat tapi masih boleh kan. Dah masok tahun baru kan so harap2 semangat pon baru sama ye. Aq rasa macam bermimipi sejak masuk tahun baru nie. Sebelum tu aq nak kongsi saat kegirangan yang dihabiskan pada hujung tahun lepas. Sangat2 la enjoy time tuh.. Entry kali ni aq gaul semua jadik satu la ye. Nak kongsi pengalaman masa pergi genting plus entry pasal new year sekali.
Hari pertama ~ Bertolak dari jaybee dalam pukul 9lebey ar. Mula2 ingatkan tak dapat dah pergi genting sebab tertinggal tapi alhamdulillah kamilah orang terakhir yang ditunggu2 sebelum bergerak hehe sampai di genting lebey kurang pukul 4am. Tak tahu nak buat ape. Nak cek in tak boleh kena tunggu noon nanti. Akhirnya kami jadi kutu rayau selama beberapa jam. Sekejap ke sana sekejap ke sini.
Hari kedua ~ Lebih kurang pukul9 kiteorang masuk theme park sampaila pukul 12. Dalam pukul 3.10 kunci bilik sudah berada di genggaman. Sampai je di tingkat 12 tengok bilik.. Aduyaiiii.. belum berkemas. Aq cube call housekeeping tapi semuanya busy. Aq pon satu dah tentu cuti sekolah mestilah busy kan tapi kalau bilik belum berkemas kenapa mesti bagi kunci pada kami ?? Nak dijadikan cerita masa aq nak keluar pergi beli makanan aq terserempak dengan seorang mamat nie. Seems macam seorang yang gatal ! And mungkin juga dia ketua housekeeping tengok dari gaya lah tapi tak tahu la kan. Ha ! nielah masanya untuk aq mengambil kesempatan. Masa tu jugaklah si oja tu boleh jerit nama aq nak pesan apetah. Dah mamat tu tahu nama aq plak dah.
Mamat gatal : hi cik fatin !
Aq : aq hanya mampu tersenyum.
Mamat gatal : mahu ke mana ? dah ada boipren ke belum.. (aiseyhmen mamat nie tengah keje
watla cara tengah keje )
Aq : Cik abang, bilik saya tuh belum berkemas.. Tolong kemaskan ye ! 12645 dan
12646 ok !
Then aq terus ke lif untuk membeli makanan. Cayela beb ! Tak payah susah2 nak panggil housekeeping lain nak bersihkan bilik. Bila aq balik semula ke bilik semuanya sudah bersih. Good job ! hehe
Malam tuh kiteowang keluar lam 8 lebih ingatkan nak terus pergi snow world tapi tak sempat lak kena masuk yang pukul 9.10.. So biasala keluar dengan mereka yang kuat melantak nie mesti pergi mencekik dulu. Tahu tak dorang lepak mane ?? Place which is not my taste " Marrybrown " ayoyo bukan ape makanan dia tak masuk selera i la yunk.. Kawan aq yang sorang ni plak memang kurang makan so aq ajak dia pergi carik makanan lain. Lepas makan, kiteorang masuk snow world. Memang besh habesh ! rase macam tak mahu nak keluar jep. Tapi masa diberi 40 ke 45 minit gitu ha! memang sejuk giler ! giler ! Sangatlah besh bermain dengan salji. Oja paling kuat kene buli dengan mereka. Aq cuma tumpang sekaki jelah. Kadang2 aq pon terkena balingan ais yang cukup membuatkan aq menggigil tapi tetap besh !
Aktiviti pertama sudah pun selesai. Lepas nie aktiviti yang bukan je oja yang cuak malahan aq jugak. Pergi The Haunted Adventure. Mula2 tuh memang rasa tak sabar beb nak masuk. Tapi bila dah beli tiket mak oiii ! memang nak nanges taknak masuk woo.. Gimik musik dye menakutkan aq. Sepanjang dalam tuh aq dok peluk adeq aq jep.. Oja rasanye dah tak fikir panjang terus peluk ungku haha ! janji dye selamat disamping ungku hehehe Ade satu part tuh antu tu tarik cap ungku then dye terundur ke belakang. Apa jadik dengan oja ?? Dalam kesamaran dan kegelapan tuh aq tengok oja dah terjatuh ke bawah.. Ayoyo ct oiii apa sudah jadi ??? Keluar jep dari tempat tuh aq rasa lega sungguh ! tobat takmo masuk lagik ! Dalam pukul 11 lebey sampai pukul 1am kiteorang jalan2 sekitar genting tuh.. Sejuk taw.. Sambil2 tuh bercerita la pasal kejadian dalam rumah hantu tuh tadie.. Memang kelakar bila di ingat semula. Mereka2 yang konon berani nie mula nganjeng aq dengan oja huhu
Bila dah puas jalan plus bergambar kiteorang pon naik lah ke bilik. Mula2 tuh lepak bilik dak2 laki nie tujuannya adalah untuk menghabiskan jajan yang dibawa oleh ungku hehe Selepas dihalau oleh mereka aq dengan oja pon balik la bilik kiteorang.. Selang beberapa minit pintu bilik diketuk. Rupanya si ungku yang datang tak boleh tidur katenya. Dahla tadi halau kiteorang pas tu datang sini jugak. isk gewam sungguh ! Malam tuh cakap dengan mereka2 esok pagi2 kita keluar la jalan2 ambil udara pagi yang sejup sebelum balik. Tah pukul berapa tidow aq pon tak pasti..
Hari ketiga ~ Makkkkk !! dah pukul 11 lebih. Ayoyo angan2 ku musnah haha takdelah kira apa yang dirancang semalam tak jadi lah. Nilah nama nye hangat2 taik kuceng hehe Dalam pukul 12pm budak2 sebelah ni dah datang serbu.. ceh ! mereka2 dah mandi.. Haprak punya jiran bukan nak tolong kejutkan kiteorang huhu Dalam 12.30pm kami tinggalkan bilik dalam keadaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata2.. ( bukan keje aq ye tapi budak2 yang suis banyak dah putus nie ). Bergerak ke jaybee dalam pukul 3.30pm.. Selamat tinggal genting ! See you soon ! hehe Enjoy sangat2 tapi lagi besh kalau ada Marni, bobo, shontot dan salma huhu







Wednesday, December 23, 2009

Sayang Kowang.

Adoii.. Lame sudah tak ber-bloging. Banyak bende aq dah buat tapi tak sempat nak update plus bermalasan. So makin lama makin malas la nak menaip hehe for entry kali ini tak tahu nak tulis apa sebenarnya tapi terasa nak ber-bloging plak. Semalam aq telah selamat sampai di rumah nenek aq kat senawang. Before this aq merayap pergi klang dengan cik salma.

Masa sampai rumah tuh keadaan sungguh tidak terkawal haha Eceh padahal takde pape pon. Rumah sungguh berabok sebab lama sudah tak mengemas yela jarang datang ziarah la katakan huhu benda pertama aq buat adalah mengemas rumah, adoi 10 kali aq mengemop kaki masih kotor tapi kerja terpaksa diteruskan. Kalau tidak aq yang buat siapa lagi kan. Hari pertama di sana memang sungguh memenatkan tapi aq sungguh gembira plus fateen nazirah ( kawan sekolah rendah ) datang menemaniku.

Hari kedua ~ Hari ini sudah decided mahu pergi berjalan-jalan. Kiteowang plan mahu ke klcc, sudah lama aq tak menjejakkan kaki ke sana plus cik salma pon belum pernah berjalan2 di sekitar kl so aq bercadang mahu bawanya berjalan2. Sorryla ma aq tak sempat nak bawak ko jalan banyak tempat, aq boleh bawak tapi tak cukup 2 3 hari lepak sana genk ! huhu Masa di kl sentral ada 1 perkara yang sungguh lucu terjadi antara aten dan atin tapi seganlah nak kepoh2 hehe ! Keadaan di klcc sungguh memeninkan. Puluhan jutaan orang ( yeke ?? ) memenuhi setiap ruang di klcc sampai nak makan pon tempat semua penuh tapi we're lucky masih ada tempat untuk kami menjamah + melantak hehe ! Tiba masa pulang ! Adoiiyai memang cukup sesak. Rasa macam bekerja di sana plak ( padan muke ko sape soh balek time org balek kerja ! ) sampai di rumah dalam pukul 7 lebey then sambung tengok bola malaysia menentang vietnam. Malaysia menang beb ! haha

Hari ketiga ~ Hari tu decided nak berjalan jugak tapi di sebelah petang sebab tunggu my beshwen which is siti noraihan ( mek kaw nama penuh aq letak ! ) bawak her mummy pergi klinik. Petang dalam pukul 4 5 gtu baru gerak. mula2 tuh nak pergi sunway tapi sebab keluar pon dah lambat so pergi jusco bukit tinggi jep. Tak silap aq nie masuk kali ke 3 kot aq pergi sana. Lebih kurang macam jusco tebrau kat jaybee jep tapi mungkin besar sikit larh. First of all pergi beli tiket movie duluw. Kami tengok movie ZOMBIELAND. Besh jugak citer tuh funny habis. Tapi ada ke zombieland kat dunia nie haha balik dalam pukul 9lebih. Pergi McD kat port jap beli some makanan sebab kami belum dinner pon lagi taw. Malam tu kat rumah aq cukup happening sebab ada 5 anak dara lepak. sayang kowang semua ~ aan, aten, salma, ain ~

Hari keempat ~ Hari ni aq terpaksa pulang ke jb semula sebab tiket sudahpon dibeli. Tiket aq jam 4.30 pm. Pagi tuh aq dan aten pergi mencari bekpes dalam keadaan hujan renyai2. Lapar punya pasal hujan taufan sanggup kuredah hehe Ingat nak singgah rumah kawan ibu tapi mereka pergi bercuti ke genting plak. Mungkin tak ada rezeki mahu berjumpa kan. Petang tu kami lunch kat rumah aten's aunty which is my jiran jep. Sangatlah baik jiran tertanggaku ini. Tak terbalas budi baik mereka tuh sob sob aten hantar kami ke klang sentral, thanx ye darl ! Sampai di perhentian larkin pukul 10 gitu.

Sesungguhnya aq sungguh gembira dapat meluangkan masa dengan kawan2 yang aq sayang. Nanti next time kita hangout lagi k.. To all my fellas yang tak sempat berjumpa aq mintak maaf sangat2 next time kita meet up ok. Picture akan diupload nanti. =)


Monday, December 14, 2009

Aktiviti 1~

Tanggal 9dis09, maka tinggal lah seribu satu kenangan di smkpj. Aq bukanlah anak jati sekolah tuh, sebab aq mula menapak di situ dari tingkatan 4. Aq merupakan anak jati selangor dan atas sebab-sebab tertentu aq perlu berhijrah ke jb. Sedari kecil aq bernaung dibawah ketiak ibu dan ayahku tapi sejak dari itu tiada lagi istilah bermanja dengan mereka. Walaupun cuma seketika banyak kenangan yang telah tercipta di sekolah itu. Alam persekolahan hanya tinggal kenangan bagiku kerana tepat jam 4.01 petang segala-galanya telah berakhir.


Pada hari esoknya kiteorang dah plan nak ke bandar konon2 nak celebrate larh hehe aq dengan oja dah plan nak lepak rumah bobo jep. dan malam tu buat julung2 kalinya aq tido pukul4 bab temankan oja lepak atau istilah lain dating dengan encik tut. Yela bagila kesempatan untuk mereka mengenali hati budi masing2 ye dak. seb baik kiteorang ade kalau dak hai kamu tumpang nahas taw haha

Pagi tu nak bukak mata cukup susah. nak taw sape yang celik dulu ? mestilah orang yang hatinya sedang berbunga riang hehe eceh, pandai2 aq jep selak feeling orang an. Byase la kata nak gerak pukul 11 jadinya gerak pukul 12 larh. Sampai bandar kiteorang selesaikan hal dengan bank and then temankan bobo buat treatment rambut kat salun CS. Sementara tunggu bobo and geng yang lain aq dengan oja jalan2 kat dalam CS jap.

Bangun pagi kelam kabut, sampai bandar perot bernyanyi riang tapi terpaksa tunggu yang lain dulu. kiteowang decided lepak McD jep. Sementara tunggu dowang pergi order aq dengan salma berborak kosong jep. Waktu tu ada kejadian yang tak disangka2 air yang bobo bawak terjatuh and then plurp ! tumpah ! terkena seluar salma.. Ohh nOoOoO ! Tapi naseb baik salma pakai seluar hitam so tak nampak la sangat kan. nak wat macamne kan benda dah berlaku an.

Usai makan tu pergi tengok movie.. Citer santau, such a gret a movie walaupun tak seram mane. Just mengisahkan orang yang terkena santau. So always watch out dengan orang sekeliling kite nie. Kadang2 yang baik dengan kita lah yang selalu tikam kita dari belakang taw. So takmo bebel panjang2 lagi layan jelar pict2 nie yep..
Suasana Kristmas Dalam CS
Chumeyl tol bende biru kat belakang tuh
Persahabatan yang memerlukan kekuatan dari segi rohani dan fizikal..
Kami lapar mereka boleh sempat berposing kan
Aksi selamba sahaja..~



Sunday, December 6, 2009

Weekend.

Semalam jejalan with my adeq n busu.. Tak kemana pon just pergi jusco permas jep. Beli some stuff and jejalan.. Waktu nak balik tuh singgah kat kedai my news.com beli some 'jajan' and jumpe gula2 kapas.. yummy2 sedap nengok tapi segan plak nak beli.. Yelar semalam dahle weekend of koz la ramai orang kan haha kempunan aq bila dah balik tuh huhu

Masa jejalan kat jusco tuh i had seen a lot of baju baby.. lawo2 belaka tapi lupa nak take picture excited nengok baju2 tuh haha tapi duit tak banyak plak nak belikan tok syaura chumeyl tuh.. Sabar ye yunk nanti kak aten mesti belikan jugak huhu

Yok layan pict2 nie masa tunggu busu pergi kedai pet, pergi bank and blabla except pict nabiha syaura nie sebab pict tu diambil masa cukur jambul dye beberapa minggu lepas.. =)


Budak chumeyl si tembam nie..
Nabiha Syaura baru lepas cukul jambul..
Ha tu busu dah sampai dah..
merenung masa hadapan jap..
Dikala nafas berhenti..