Monday, July 5, 2010

Minggu Destini Siswa

Salam diberi meyambut tetamu, melawat hingga ke negeri kedah, Takdelah lama sangat tidak ketemu, Dalam blog yang tak seberapa indah.. Ceh2, malam2 buta dok ber- pantun2 plak daa~ Actually masa aq dok tulis entry nih lampu bilik semua dah padam, tinggal aku sorang jelah yang dok ngadap laptop nih..

Dah masuk 2 minggu aku menetap di sini ( uitm jb ) dan alhamdulillah kelas dah bermula awal pagi tadi. Setakat nih jadual yang paling pack adalah hari isnin dari pagi sampai petang ada kelas. Apa yang dapat aku simpulkan suasana yang cukup berbeza jika nak dibandingkan masa aku jejakkan kaki di form 6 dulu. Nak diikutkan for sure lah berbeza kan dah nama pun U. Adelah jumpe membe2 lama aku tapi depa semua dah masuk sem 5 just aku ni je baru nak mulakan kehidupan di kampus.

Tapi aku bersyukur sangat, kalau kat segamat nih sah2 lagi ramailah aku jumpe membe yang dah nak habis study dah. At least kalau 2 3 sem akan datang jadi transfer ke segamat taklah aku jumpa depa lagi kecuali yang lompat ke degree and still stay kat segamat.

Sepanjang MDS last week, segalanya berjalan lancar even penat yang teramat. Aku akui minggu orientasi nih sungguh memerlukan banyak kesabaran dengan peragai masing2 kan. Almost PM2 tuh bawah umur aku tapi siyes aku mati2 ingat dorang sama baye or atas lagi dari aku, tapi adatlah kan, sedar diri kaw tu ten oii. Senior ok senior ! ngee~~

Kenangan yang agak funny lagi bagi aku masa kuliah subuh, memang jarang kut aku dengar kuliah tuh sebab aku akan buat tasbih dan wirid sendiri lepas solat subuh. Paling tak boleh handle masa malam last minggu MDS tuh, kebetulan aku cuti tapi depa suruh gak turun ke bawah. Ape lagi sampai kat dewan semua dok tergolek kat belakang dewan disebabkan mengantuk yang amat sangat tapi bagi yang cuti sahaja lah ye. Serupa je depa suruh kiteorang tdow kat atas kan.

Uitm kampus jb nih antara yang paling kecil antara semua uitm di malaysia dan menghasilkan ramai dekan list untuk setiap semester, kira antara kampus yang terbaik jugak lah. Even kampus yang kecil tapi banyak kelebihan boleh didapati lebih2 lagi dalam sesi belajar. Kampus nih bakal melabuhkan tirai tak lama lagi sebab kampus baru di seri alam dalam progress. Actually kampus nih disewa di bawah YPJ ( yayasan pelajaran johor ).

Aku stop sini dulu lah. Bantal dah memanggil2 aku nih. Esok kelas taklah pagi sangat thats why aku masih mampu nak buat entry pertama untuk bulan julai nih. Till then, aku akan sambung celoteh pada entry akan datang.. Wee~~~

Adalah seketui pict sesat nih ~

Rakan baru, yang tengah tuh dah transfer ke segamat~

Ni ahli group aku sepajang minggu MDS tuh~

Ni plak roomates aku~

Kenangan terakhir bersama zai~



0 Orang Berkongsi Pendapat: