"SEKADAR PESANAN BUAT WANITA YANG LAIN JUGA"
"Sekali wanita TERGODA, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA.. Sekali wanita TERNODA, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.."
Orang sering bertanyakan kepada saya. kenapa rose merah? bukan kah bunga itu biarpun dipandang cantik namun ianya berduri? saya hanya tersenyum... bagi saya mawar merah adalah bunga yang paling berani dan indah...
■ Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
■Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.
■Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.
■Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
■Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.
■Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
kerana itulah saya menggunakan "Rose Merah"
Kita diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Kenapa pula perlu dibuat persamaan dengan sekuntum bunga???
Ianya hanya sekadar diibaratkan bunga itu dengan seorang wanita... umpamanya...
Rose Merah... cita-citanya hanya ingin menjadi yang baik dan bukan yang terbaik. Kerana dia tahu ramai yang "terbaik" di luar sana dan dia sedar bahawa dirinya sekadar srikandi silam yang kelam. Mencuba menjadi seorang penulis yang baik biarpun pena dan kertasnya tidak seindah cantuman lagit dan lautan....
0 Orang Berkongsi Pendapat: