Assalamualaikum~
Hi you ollz~ Korang rasa tak apa yang aku rasa sejak2 nih ? Panas ya amat kan korang ? Sangat2 bahang sampai nak tidur pun susah. Dah mandy before nak tidur pun still rasa kebahangan dya tuh. Lepas tuh apa lagi, air batu lah jadi tatapan harian. Ohhh no, perut boleh buncit tau dak ?? Dahlah kat kampus hari2 teguk air batu kat rumah pun sama. Dah jadi macam rutin harian dah. Cerita pasal kampus, teringat kat pakcek cafe. Dya ingat nama aku beb. Asal aku menonjolkan muka aku kat cafe, mesti dya tanya " tin nak apa ??? " Selalu tin jela dya sebut, tak tau lah kalau nama depan aku dya tak tau kannnn haha~
Tapiiiiii~ Bukan pasal tu aku nak story mory. Nak story aktiviti masa cuti sem nih. Ekceli tak rancang dan tak tau pun plan ni akan jadi. Sebab banyak giler halangan kut masa tuh. Sabau jelah kan~ Siyesly aku tak tau pun bobo dengan laki dya balik jb masa tuh. Dan aku tak ambek port nak sentap bagai lah kan. Yang aku tau sesampai je aku kat rumah lepas last paper aku dua minggu lepas, oja ajak aku pergi makan bubur. Alahai kesian kawan aku tuh, dah lama aku tunda nak teman dya. Thanx sebab memahami saya ^_^
Masa lepak2 malam tuh, oja ada cakap nak pergi laut. Yela orang tengah frust tertonggeng. Kira tuh malam luahan perasaan lah. Tapi kesian kat oja, asyik kena nganjing dengan kawan farith. Nasib baik dya tak melalak kat situ heee~ Farith cakap kalau nak pergi, boleh pinjam kereta dya tapi kena hantar dya pergi kerja kat second link sana. Kiteorang diam jelah, buat2 macam tak dengar. Jahat kannnn haha~
Esoknya, ingat tak jadi. Tah macamna dapat message dari oja cakap jadi ! Yahooooo~ dapat pergi laut even macam agak kelam kabut kan. Orang pergi dari pagi2 tapi kiteorang pukul 2 baru nak gerak. Dahla tak makan lagi masa tuh. Stop kat kota tinggi, sambil2 tunggu bobo dengan shontot kiteorang take away kfc. Then terus gerak sampai dalam pukul 5 lebih gitu. Alaaaa jadilah sejam dua ngadap laut tu kan. Okay oja adakah anda sudah berpuas hati ???
Masa balik tuh, aku yang drive. Kesian plak kat marni kan. Dalam 2 jam lebih driving, penat jugak driving ni beb. Tapi seronokkkkk~ Balik tuh kena pergi ambek farith dulu. Nun di second link. Redah punya redah, dengan rasa konfiden kami telah sampai ke PTP ( Pengkalan Tanjung Pelepas ). Adehhh~ Salah jalan daaaa.. Nak buat apa pergi PTP tuh haha~ Finally jumpa pun second link tuh hee~ Dah mandy ? Mestilah perut dah berbunyi. Pakat punya pakat, nak dinner kat Malay Village. Okey lets go. Lama dah tak makan sana heee~ Balik dengan muka kenyanggggg~ Alhamdulillah ^_^
0 Orang Berkongsi Pendapat: