Sunday, May 8, 2011

I LOVE youuuuu~

Assalamualaikum~

Setiap tahun, ahad kedua bulan may adalah hari yang cukup istimewa. Istimewa di hati aku, istimewa di hati korang semua. I know that. Every second, every minute & every single day pasti kita tak akan lupakan insan yang cukup istimewa ni. Tanpa dya kita tak akan dapat melihat dunia pada hari ini.

Setiap pengorbanan insan istimewa ini adalah untuk kita, anak2nya. Insan istimewa ini sanggup berkorban apa sahaja demi kita. Biar dimaki, dicela, dya tetap tabah. Begitu istimewa bukan insan ini ? Fuhhh~ kalau nak cerita tentang pengorbanannya, tak tercerita. Begitu besar kasihnya, sayangnya terhadap kita.

Tapi hari ini, insan istimewa ini tiada lagi untukku tatap, untukku dakap, untukku cium. Tiada lagi kenangan baru untuk dikongsi bersama, tiada lagi dan tiada lagi. Yang tinggal hanya kenangan terindah yang dulu pernah kami lalui bersama. Kenangan yang tetap terpahat dihati untuk selamanya.


Insan istimewa yang dimaksudkan itu adalah IBU, MAMA, MUMMY, MAK, UMMI..

Selamat Hari Ibu, NORLELA BINTI OSMAN

Walaupun ibu tiada lagi disisi, entry ini tetap khas buat insan yang cukup istimewa dihatiku. I LOVE YOU, IBU...




0 Orang Berkongsi Pendapat: