Thursday, August 19, 2010

Suaraku Berharap

Mari layan satu lagi lagu yang selalu berkumandang di handphone dan lappy aku.. Banyak maksudnya tuh hukhuk


Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

~{}~

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo~
Suara dengarkanlah aku








Tuesday, August 17, 2010

Berwajah Baru

Salam para bloggers...

Hupdate ringkas je nih
Saja nak tanya, ok tak wajah blog aku yang baru nih ??
Atau yang lama lagi ok ??!
Ni lah dia kalau dah tak ada kerja nak buat
Padahal banyak lagi kerja lain
Tapi konon2 buat macam tak ada kerja jup
Sanggup tak tidur hari ni
Okaylah till then
Kat luar dah nak hujan
Kan sedap dapat tidur nih
Tapiiiiiiii
Kena siap kejap lagi kena pergi tadarus
Selamat Berbuka !!
Ingat makan ingat aku sekali ok ! =_+



Sunday, August 15, 2010

Entry Rojak Lagi ! =_=

Alhamdulillah dah masuk bulan ramadhan dah kita. Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Hopefully tahun nih adalah ramadhan yang lebih baik dari tahun lalu. Selalu puasa dekat rumah hari2 makan nasi for sahor but since dah duduk sini jarang dah makan nasi. Megi la antara menu yang selalu menjadi idaman. Bersyukurlah dengan apa yang ada kan.

Lama jugak aku dah tak hupdate blog nih. Memang berniat nak hupate tapi dah sebulan kut berukband aku buat hal. So agak kemalasan menggunakan wifi yang sangat lembap. Tapi sekarang berukband aku dah sihat walafiat. Rindu nak cucuk berukband nih. Jangan merajuk lagi ye berukband !

Ada banyak cerita nak membebel tapi tak tahu plak nak tulis ape. Baru2 nih pergi Masjid Sultan Abu Bakar. Siyesly selama aku menetap di jaybee nih aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana. First time masuk macam orang yang baru datang jaybee jugak lah. Melawat kawasan masjid yang bersejarah tuh. Tetiba2 teringin nak nikah dalam masjid tuh. Alangkah bertuahnya dirikuh saat itu. Berangan jup hehe

Kiteorang datang sana pun sebab nak selesaikan tugasan sempena bulan kemerdekaan nih. Alang2 tuh dapat jugaklah melawat sekali. Atas bantuan seorang ustaz dan dua orang abang kat situ misi telah berjaya diselesaikan.



Sehari sebelum tuh, genap sudah umur kuh 20 tahun. No more sweet teen lorh. Amat terharu atas ucapan dari sahabat2, rakan2 dan semua lah. Rasa macam disayangi plak hari tuh. Tepat jam 0000 pun budak2 bilik dah menyanyi ramai2, siyes terharu lah. Dorang sempat tempek bedak dengan losyen kat aku, never mind lah wangi sikit aku tidur malam tuh ngee~~

Siangnya plak dapat banyak wish from classmates, ada sorang tuh banyak kali ulang lagu bufday untuk aku. Sampai naik segan bila semua orang tengok. Luar kelas nyanyi, dalam kelas nyanyi, sepanjang jalan nak balik bilik pun dia still nyanyi lagi. Yela siapa tak suka kan tapi segan dik non. Bdw, thanks lah fatin ramlan, eko buat den tersenyum sepanjang hari tuh.

Malam tuh memang dah plan tak pergi terawih, tapi aku pelik kenapa satu bilik pun tak pergi. Dorang cakap malam tuh kita terawih dalam bilik jela. Lepas magrib, rai dak bilik aku ajak pergi toilet tapi semua taknak temankan dia. Kesian plak aku temankan lah dia tapi si fiza nih plak dok ikut sama. Tadi dia taknak teman tapi sibuk ikut. Then lepas tuh dia beriya tarik aku suruh teman dia pergi bilik basuhan. Siyes aku tak fikir apa2 masa tuh.

Bila aku masuk je bilik basuhan, sebaldi air sabun telah kena tepat ke sasaran. Fehhh tak tergambar perasaan aku. Benda pertama yang diselamatkan adalah henfon kuh. Wooo hampir nak tenggelam jugaklah bersama air sabun tuh. Rasa macam nak menangis + terharu pun ada. Nasib baik just campuran sabun2 dan shampoo segala bagai je. Bukan benda busuk2, aku tahu dorang tak sekejam mana. Alhamdulillah jugak takde tepung dan telur. Even ada dalam perancangan awal mereka. Thanks ye korang. Aku memang tak aspect pun benda nih berlaku. Memang betul2 suprised ! Banyaklah korang punya terawih kat bilik kan. Last2 terawih ke mana hehe Oryte bebeh, stop by here first. Nyte everyone.. =)





Saturday, July 31, 2010

3 in 1

In mood rajin kemalas-malasan nak meng-hupdate blog sebenarnya. Tapi sebab nak hupdate jugak maka terbitlah latest entry nih. Assignment memanggil2 nih tapi rilek la kejap. Cehh macam rajin je nak buat sekarang. Urmm by the way, entry kali ni merangkumi tiga aktiviti yang aku dah join selama 2-3 minggu nih. Really enjoy it !

Aktiviti Pertama ==> Pecah Tanah di UITM PASIR GUDANG

Rasanya dalam 2 minggu lepas. Disebabakan uitm kampus baru bakal dibina di pasir gudang maka kami lah terpaksa meramaikan majlis tersebut. Dapatlah jugak jumpa menteri pendidikan face to face. Terpaksa korbankan masa tidur hari sabtu sebab majlis nih dan tak dapat balik rumah. Betapa gedik nya aku nak balik rumah every week ! haha Takdelah minggu nih aku tak balik ok ! Sebab balik rumah mesti tak buat apa dan asyik lah menghadap tb. Overall majlis pecah tanah nih berakhir lepas zohor dan sampai je bilik semua melabuhkan tirai di katil masing2. =)

Pagi2 dah get ready

Semangat time nih =p

Adik2 kuh part 1

Adik2 kuh part 2

Aktiviti 2 ==> Walkhaton Go green Selamatkan Bumi Kita !

Haa ! Aktiviti nih berlangsung sehari selepas majlis pecah tanah. Aktiviti yang ditunggu2. Seawal pagi mereka2 yang berkenaan sudah bersiap sedia di hadapan office admin. Begitu semangatnya nak ber-walkhaton nih. Mula2 tuh aku memang tak berhasrat nak join pun tapi atas pujukan dan rayuan adik2 tershayang nih aku pun join jelah takat berjalan je kan. Tapi hampir nak pengsan jugaklah even jalan pun. Yela dah lama kot tak jogging ke buat aktiviti yang macam gnie. Masa walkhaton nih ada competition cheers tau dan nak tau tak we all menang tempat pertama ! Semangat itu penting ok ! =)

Pagi2 dah tercongok depan kampus =)

Abaikan brader peace tu buat seketika

Adikkuh fieza dan ika

Kepala ting tong dengan zati

SL terbaik wok !!

Muka2 penat ker ??!! Belum mula pun time nih =_=

Aktiviti 3 ==> Explorace Kelab XPDC

Setelah mendaftar sebagai ahli kelab xpdc beberapa minggu yang lalu maka satu aktiviti telah diadakan pagi tadi bertempat di hutan bandar. Aku masuk kelab nih sebab aku sukakan aktiviti2 luar. Sangat best ok !! Lagi2 kalau aktiviti mendaki gunung, peberet wei ! Just tak berkesempatan nak join mane2 kelab buat aktiviti. Bdw, explorace tadi pun we all dapat tempat pertama lagi. Yepiiii !! Tapi cukup geram dengan brader2 yang jaga checkpoint, dahlah suruh buat macam2 then dengan menipunya lagi sabar jelah ok ! Nasib baik sporting layan korang dan korang pun sporting kena buli dengan kiteorang haha ! Tak pernah2 aku makan peria tapi hari ini dalam sejarah aku telan peria yang pahit tuh. Buat2 macam makan timun sudah. Terbaik ahh ! =)

Berada di tempat penamat. Berentap dengan satu lagi group.

Tengoklah muka kami ?? Takdelah teruk sangat sebab ada yang lagi teruk ok !

See muka mereka ??!! haha

Red indian malaysia yang sebelah kanan dan kiri aku tuh

Apart of ahli kelab xpdc

Cukup sporting bebeh !



Thursday, July 22, 2010

Kasihanilah dia !

Entry kali ni just nak berkongsi satu video yang sangat menyentuh hati aku jugak. Sejak2 nih mood sedih je apesal tah. Sampai tengok video2 semua yang sedih2 jugak. Also menangis bila tengok video nih. Pada korang2 jangan lah begitu kejam terhadap binatang ok ! Mereka pun macam kita jugak sedih bila ada manusia yang tak berperikemanusiaan macam tuh. Till then. Have a nice day people !