Friday, February 18, 2011

Apa itu BFF ? Bila Fahrin ahmad dan FNR dotdotdot

First of all janganlah salah sangka dengan BFF aku tuh. Aku tak boleh kacau fahrin ahmad tuh sebab dya, lecturer aku yang punya hehe Takdelah lecturer aku minat dya so what ?? haha Takde kena mengena okeh. Dah jangan merepek banyak sangat nanti cepat tua, boleh tak nak cakap macam tuh ?? ngee~

BFF as you ollz tau, state for best friend kan. Actually aku dah simpan lama entry nih dah basi dah pun tapi tetap nak publish sebab mereka2 nih boleh dikatakan a part of my life. Dorang ni sangat dekat dengan diri aku. Sejak habis form6 kiteorang dah jarang nak berkumpul semua. Masing2 ada komitmen kan. Kalau cuti2 pun yang selalu lepak aku dengan sha. Buat kerja giler pun kiteorang berdua. Cuti cny hari tuh we ollz dah berpakat nak jumpa. Macam2 halangan beb tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Specialnya hari tuh sebab ada kejutan untuk orang yang dah tua dalam deep dodo nih. Why we call deep dodo ? Aku pun tak berapa ingat asal usul kiteorang hehe Nantilah aku cerita okeh ? Hari tuh buat pertama kalinya aku dan sha mampu driving lama2. Alhamdulillah mama sha dah bagi kepercayaan pada dya even taklah sepenuhnya kan. Tapi kite kena beranikan diri okeh ? Good job sha.

Disebabkan aku dah boleh drive maka pada hari itu aku terpaksa membawa bufday girls nih konon2 nak pergi tengok sunset tapi sunset apa ada kat danga tuh hehe Manakala marni, sha and oja sibuk pergi prepare beli kek semua. Alhamdulillah masa kat danga, dorang tak perasan yang sesuatu sedang berlaku. Dan bila semuanya selesai aku membawa mereka ke Malay Village.

Aku suka lah tempat tuh. Chantek tau. Sebelah d'terrace yang aku makan steambot hari tuh. Nice okeh. Penat lah nak cerita panjang2 plus korang pun mesti cakap apa benda lah kaw merepek entry panjang2 nih kan ? So layan pict jelah eh ?? Jum2~

dengan cik bobo~

Ni plak dengan cik shon~

Try to be photographer~

Six of us~

Uishhh 12 ker 21 nih ???

Siakap kap kap~

Makan sayur okehhh~

Its time to mencekik~

Aku paling tombam lah kot~

Ingat YB je busy ???~

I love you ollz~

Dorang dah tua okeh~

By me~

Pasti comel punya lah~ haha

Owez together~

Sayang menyayangi~

I mish you bobo~

Thanx kat abang yang komplot sama dengan kiteorang kat malay village tuh. Sayangnya hanya abang tuh sorang yang mampu celebrate bersama, staff yang lain takde. Nak buat suprise guna anglung pun masa tuh orang tuh baru sampai so tak payahla. Just nyanyian merdu suara kami ni jelah mampu dihadiahkan. Happy bufday bobo and shon !!!!

After that, kiteorang ingat nak pergi karok. Gerak lah pergi danga bay balik, sayang seribu kali sayang tempat tu dah tutup. Uishhhh mana nak pergi nih ? At last pergi memekak kat pelangi. Terbaik punya. Kiteorang adalah customer yang last chaw dari situ. Apa yang mampu aku cakap, hari tuh adalah hari yang sangat bahagia bagi aku even ada perselisihan faham antara kami before this. Apa yang penting be matured, jangan fikir macam budak2. Kita semua dah besar kan ? Dah boleh kawen beranak pinak dah. Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk kita terus cetuskan kontroversi okeh ? Gampang doh ayat aku. Haha ! Takpe2 bukan selalu pun kannnn.

Anak dara ai nih~

After karok~

Last but not least~~~
BFF FOREVER okeh ????

Haaaaa~ Panjang tak panjang lah entry nih. Adios~~~




Thursday, February 17, 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.


Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.


Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.


Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.


Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat


Notakaki : Hah berjaga2 lah ye. Aku ada dengar jugak masa keluar dengan sha and paan. Aku pun tak pernah kena takde pengalaman lah plak. Dan harap2 tak kena lah ye. Takut den +_+




Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS


Mari2 join segmen abang ben yang paling mudah dan pantas. Macam tau2 jep aku nak hupdate entry pendek hari nih. So jum kite ikut je syarat2 yang telah ditetapkan ~

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau !

Sampai malam nih aje tau korang. Jum hantar link ^_^



Monday, February 14, 2011

Kenapa Rose Itu Berduri? Kenapa?


"SEKADAR PESANAN BUAT WANITA YANG LAIN JUGA"

"Sekali wanita TERGODA, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA.. Sekali wanita TERNODA, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.."

Orang sering bertanyakan kepada saya. kenapa rose merah? bukan kah bunga itu biarpun dipandang cantik namun ianya berduri? saya hanya tersenyum... bagi saya mawar merah adalah bunga yang paling berani dan indah...


■ Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.

■Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.

■Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.

■Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.

■Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.

■Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


kerana itulah saya menggunakan "Rose Merah"

Kita diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Kenapa pula perlu dibuat persamaan dengan sekuntum bunga???

Ianya hanya sekadar diibaratkan bunga itu dengan seorang wanita... umpamanya...

Rose Merah... cita-citanya hanya ingin menjadi yang baik dan bukan yang terbaik. Kerana dia tahu ramai yang "terbaik" di luar sana dan dia sedar bahawa dirinya sekadar srikandi silam yang kelam. Mencuba menjadi seorang penulis yang baik biarpun pena dan kertasnya tidak seindah cantuman lagit dan lautan....






Notakaki : Entry kali ni dishare dari Jum tutup aurat dan jaga akhlak..



Kalau jodoh dah sampai

Rasa kejap je bila balik rumah tau. Tup2 dah kena balik kolej balik. Sabtu lepas my dua pupu kawen. One week before tuh kira pangkat kazen jugaklah yang kawen kat melaka. Caya tak caya lah dya cicit pertama yang mendirikan rumahtangga. Muda lagi kut. Tapi takde gambar lah plak. Bdw, masih sempat ucap Selamat Pengantin Baru kan ? Ngeee~

Okehla kite cerita yang dua pupu nih. Aku pun tak faham sangat konsep berkupu2 nih haa. Tapi korang buat2 faham jelah. Pengantin lelaki nih dah kira pangkat pakcik aku dah tapi tak panggil pakcik pun ngeh3 Adik perempuan dya sama baya dengan aku tapi just panggil nama jep, macam kekok plak kan.

Alahaiii cerita pasal orang kawen nih, nenek aku menyimpan hasrat yang cukup besar menyuruh cucunya yang sulung nih kawen cepat, kalau boleh sebelum dya menutup mata. Rasa serba salah beb kalau aku tak tunaikan. Tapi kawen nih bukan perkara main2 kan. Sape2 nak masuk minang sila ambil nombor ye hihi ( macam ada je orang nak kawen dengan kaw haha )

Cerita pasal kawen nih lagi, hari tu aku dengan sha baca satu cerita nih. Ada lah kisah minah nih, asal dya pergi majlis orang kawen je macek2 kat situ mesti tepuk bahu dya tanya, kamu bila lagi ? Tapi dya suka bila pergi majlis kematian. Dya akan tepuk bahu macek2 tuh tanya, Macek bila lagi ? Hehe Sengal kan. Tapi aku ingat tak ingatlah cerita tuh. Kalau tanya sha mesti dya ingat lagik.

Papepun aku nak wish Selamat Pengantin Baru kat syafiq & izzyanti. Gambar dorang banyak tapi semua blur2, aku pun tak tahu kenapa asal ambek pict dorang mesti blur. Tapi ambek gambar lain tak blur plak. Adehhh @_@

Pelamin yang sangat saya gemari, kalau kerusi putih lagi lawo kuttt~

Nih jela tak blur kut hihi

Luv this cake lorh~

Dua hati jadi satu~

Nih pun macam blur tak blur ahh~

Haaaa chantek nih~

Sempat aje posing nih~

Mak datin nih model part time ai~

Sebelah malam ade adegan lain lah plak~

Lets check it out ~

Bufday mak lang, paan dan mamee. Indulgence cake =)

Bukan bufday boy pun tumpang sekaki ~

Kek coklat yang super yummyyyy~

Aunty2 kuh yang cumel lah nih~

Nih pun aunty2 jugak nih~

Tak dilupakan yang giler lensa nih hakhak