Wednesday, April 14, 2010

Kan dah kata ??!

Buat jahat orang akan ingat sampai kita mati tapi bila buat baik orang tak akan ingat. Lebih parah lagi bila kejahatan atau keburukan yang kita lakukan tetap diungkit bila kesalahan datang dari pihak lain, dalam erti kata lain bukan salah kita. Entry kali ni bukan berkisar tentang aku tapi tentang orang disekeliling kita. Info ni mungkin dapat beri sedikit sebanyak kesedaran yang kadang2 kita sendiri tak nampak even pada diri aku jugak yang terkadang menunding jari pada pihak yang tidak bersalah.

Adatlah kita ni cuma manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi aku cukup tak faham dengan orang yang berlagak konon dye tu PERFECT sangat sampai tak boleh nak maafkan kesilapan orang lain eventhough kesilapan orang tuh cuma sezarah kuman. Bukan nak beremosi tapi kadang2 rasa cukup geram bila berhadapan dengan orang sebegini. Apa yang aku belajar dari pengalaman aku sendiri bila orang tu tak sedar yang dye pun pernah melakukan kesilapan yang sama but when it happen same goes to them punya lah melenting glier bahabi tuh.

Banyak aku kutip dari pengalaman aku sendiri. Yela hidup pun dah 20 tahun mestilah banyak pengalaman yang kita dapat kan lagi2 lepas pemergian my parents. Baru aku sedar langit ni tinggi ke rendah, jatuh bangun aku untuk kenal erti kehidupan. Manusia kat atas bumi ni mempunyai pelbagai aneka ragam dan perangai. Dan kalau kita explore dunia ni mesti kita akan lebih mengenali siapa diri kita. Sebab hidup kita ibarat roda kadang2 kita dekat atas dan kadang2 kita dekat bawah.

Oleh itu, janganlah kita anggap diri kita dah cukup tinggi tarafnya walaupun kita berada di menara gading sekalipun. Sebab tak mustahil orang yang dekat bawah akan berada di puncak jugak. Sebab kadang2 attitude itu yang melambangkan kejayaan kita sendiri. Gambar kat bawah ni takde kena mengena pun dengan tajuk entry nih. Gambar ni diambil siang tadi masa jalan2 kat jusco permas. Chill ! ~

itu KAMO !!!

Comel tak kami ?? ngee~

berAKSI selamba.. Yabedabeduuuu..

Ha.. nie baru perempuan melayu terakhir..



0 Orang Berkongsi Pendapat: