Sunday, August 29, 2010

Persiapan Raya Part 1

Selamat sampai di rumah hari jumaat hari tuh. Rindoo woOoO dah lama tak balik rumah. cehhh!! padahal awal ramadhan hari tuh dah balik dah. Kalau hari tuh balik tengok rumah sudah bertukar kaler but for this time nak tahu apa plak yang bertukar ??! Jeng3... Perabot plak sudah bertukar dalam erti kata lain kerusi meja semua lah. Wah2, betul2 beraya orang dalam rumah nih for this eid ehh. Nenek aku nih selagi rumah dia tak full selagi tuh dia akan touchup kasi full. Aku hanya mampu geleng kepala jela.

Cerita pasal nak raya nih kan, sebenarnya aku dalam dilemma jugak lah. Whether nak first raya kat jb or seremban. Kat seremban tuh belah arwah ayah aku. Sebab kazen aku ada cakap hari tuh dah lama aku tak first raya kat sana. Mula2 runsing aku memikirkannya. At last aku buat keputusan raya kat jb dulu lah. Lagipun aku ada aktiviti meronggeng malam raya nanti with my besties. Harap2 plan yang dirancang menjadi.

Korang perasan tak selalunya orang perempuan nih yang terlalu over nak raya. Padahal puasa memang sah2 tak cukup sebulan hehe ! Bila tang shopping je mak aihhh macam nak beli buat raya tahun depan sekali. Lagi2 bila dengar ade offer discount potong harga sana sini. Ye dakk ?? Same goes kat aku jugaklah senang cerita. Tapi kan korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku tak get ready apa2 pun lagi for this eid. Just ada tempah 2 3 helai baju tapi tah dah siap ke belum. Tah2 tak siap kot. Kalau tahun2 lepas nih for sure bilik aku dah penuh dengan barang2 raya, barang2 adik2 aku semua. Nih baju melayu depa pun belum carik lagi. Maybe kitaorang beli last2 minit kot.

Cerita pasal raya nih lagi, tahun nih sedih kot sebab mak su dah takde. I means bukan dah takde pergi tuh but takde dengan kitaorang masa hari raya nanti. Maksu tu sape ?? Mak cik aku ker ?? hehe Isk bukanlah mak su tuh bibik part time kitaorang. Aku dengar dia dah balik endon kot. Yela dah berapa tahun tak balik kan. Dia nih sebenarnya jadi bibik kat rumah cina tapi hujung minggu dia selalu cari kerja part time. Sehari sebelum raya je mesti dia dah datang rumah kitaorang tolong masak semua. Kadang2 kalau ada buat majlis apa2 mesti panggil dia tolong. Dia nih suka melatah tau dan aku suka kacau dia. Kadang2 tuh duduk dengan dia dengar lah cerita2 dia kan. Sedih tau tinggalkan keluarga semata2 nak mencari rezeki lagi2 terpaksa merantau ke negara orang.

Oklah harini dah kena balik kolej. And this week banyak sangat kerja sebab next week dah start cuti kan. Tak sabar sungguh rasanyaaa. JB !!! wait for me yahhh.. Cett !! macam duduk kat perlis je nak khabaq lagu tuh hahaha ! Salam ramadhan..




0 Orang Berkongsi Pendapat: