Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Kenangan itu~

Assalamualaikum~

Harini 9mac2012, kenangan itu menjelma kembali setelah setahun demi setahun aku cuba untuk tidak mengingatinya. Maybe menjadi kenangan terpahit dalam hidup aku bila orang yang kita sayang tidak lagi bersama kita. Bagaikan satu tamparan hebat bila mendengar berita orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Apa yang aku nak sampaikan bukan nak menyentuh sensitiviti siapa2 tapi aku cuma nak reminds, hargai mereka selagi mereka ada.

Ibu tahu, kakak cuba nak jadi kuat macam ibu. Tapi kadang2 kakak rasa kakak takde kekuatan macam yang ibu ada. Kadang2 kakak rasa kakak jatuh bu. Kakak nak ibu ada dengan kakak. Orang selalu cakap kakak kuat, kakak tabah tapi hakikatnya orang tak tahu kakak dah takde kekuatan nak terus lalui perjalanan hidup yang masih panjang ni bu. Kakak tahu jodoh, ajal, maut bukan kerja kita tapi saat kakak takde semangat kakak cuba cari kekuatan ibu. Kalau dulu ibu selalu usap rambut kakak before tidur, ibu selalu ikut mana kakak pergi, ibu sana ibu sini tapi sekarang ibu dah takde dengan kakak nak buat semua tu. Sampaikan ada sedara yang cakap dengan kakak, macamana life lepas ibu dah takde sebab dulu kakak bergantung kat ibu. Masa tu kakak rasa macam nak nangis bu, rupanya baru kakak sedar ibu dah takde dekat dengan kakak lagi.

Kalau dulu di awal pemergianmu, aku sering fikirkan apakah aku mampu harungi pancaroba dunia tanpamu disisi ? Selepas 6tahun pemergianmu, tak dinafikan aku kuatkan diriku untuk menjadi sepertimu. Aku takde kakak, aku takde abang nak bergantung harapan. Sakitmu aku cuba mengerti walaupun aku bukan ditempatmu. Jeritanmu buat batinku turut rasa kesakitan itu.

Kesetiaan terhadap suamimu buat aku rasa bangga menjadi anakmu. Susah senang bersama. Alangkah beruntungnya dirimu ayah mendapat bidadari seperti ibu. Setia saat susah dan senang. Kesakitan yang ayah lalui turut dilalui oleh ibu. Doaku panjatkan padaMu semoga cinta hatiku dapat mengekalkan hubungan yang dibina hingga ke syurga.

Kenangan tetap menjadi kenangan. Tak dapat diubah ketetapanNya. Namun jauh di sudut hati ini, semoga kenangan itu tetap terpahat dihati hingga hujung nafas ini. Mungkin kita boleh dapatkan 10 orang anak tapi kita cuma akan ada seorang ibu dan seorang ayah yang akan sanggup berkorban apa sahaja. Mungkin bagi yang masih ada keduanya tak merasai apa yang kami lalui. Percayalah masa itu akan tiba bila2 dari sekarang. Bersedialah untuk itu dan hargailah mereka selagi mereka masih mampu tersenyum untuk kita. :)

AL-FATIHAH buat ibuku NORLELA BINTI OSMAN~
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman & solehah. Aminnnnn~




Sunday, December 18, 2011

#Padanmuka kau !

Assalamualaikum~

Currently baru je tukar layout & edit sana sini
Sebab.. sebab..
Sendiri cari masalah
Sendiri lah kena tanggung
Habis semua benda kat sidebar hilang
Maybe aku terdelete masa nak masukkan layout tadi
Dannnnnnnnnnnnnnnnnnn
Dya memang suruh aku ngadap belog ni sampai lebam
Belog untuk subjek mgt pun belum habis edit
Dah kena ngadap yang satu lagi ni plak
Haiiiiii apela nasib kan
Kalau rajin masa mid term nanti jela aku jenguk kau balik
Kalau balik kampus lagi lah malas aku nak jenguk kau
Takde mood beb
Ingat senang ke nak cari feel nak ber-belog ni
Sebab tu lah belog aku ni dah lama tak berusik
Padahal banyak giler story yang nak disharekan
Sabau banyak2 okay
I will be back soonnnnnnnnnn~
So check it out ^_^


Thursday, September 29, 2011

Andai masa boleh diputar kembali

Sayang,
Kehilangan itu sungguh menyakitkan bukan ?
Sakit yang tiada penghujungnya
Bila-bila lagi kehilangan orang yang begitu bermakna dalam hidup kita
Yang mendengar setiap keluhan kita, jatuh bangun kita
Tipu andai diri ini tak merindui semua itu

Sayang,
Andai dapat ku undur putaran dunia
Pasti akanku abadikan segala kenangan manis bersama mereka
Sebagaimana kalian semua melakukannya
Tipu andai diri ini tak mencemburuinya
Biar lah tersimpan jauh dilubuk hati ini

Sayang,
Kehilangan cinta itu adalah lumrah kehidupan
Pasti belum temui yang sesuai denganmu
Bersabarlah..
Pasti kau akan terima ganjaran atas kesabaran itu
Pasti akan hadir seseorang yang akan mencuri hatimu

Sayang,
Senyuman itu hanya luaran
Yang mampu memberi 1001 andaian
Senyumlah semampu yang boleh
Andai itu dapat menggembirakan hati mereka

Kita tak mampu nak menggembirakan hati semua orang
Apepun kita kena kuatkan diri kita walau apepun yang terjadi

FATIN NADZIRAH MOHD RAMLAN,
YOU JUST HAVE TO LIVE YOUR LIFE
NOT CARING WHAT THEY THINK
AND SHAKE OFF THE DRAMA
AND PROVE TO THEM THAT YOU'RE BETTER
THAN THEY THINK YOU ARE ~ =)




Wednesday, July 20, 2011

Rinduuuuuuu~

Assalamualaikum~

Lebih kurang dua minggu je lagi kita nak menghampiri bulan yang kita tertunggu2 saban tahun bukan ? Dan kita hanya mampu panjatkan kesyukuran kepada Allah sebab kita masih bernafas sampai ke saat ini. Esok lusa belum tentu umur kita panjang kan ?

Malam ni tiba2 teringat kat ibu.. kat ayah.. Suddenly rinduuuuu sangat kat dorang. Bukan tak ingat kat dorang tapi malam ni rasa sangat2 rinduu. Kadang2 rasa macam tak percaya mereka dah lama tinggalkan aku dan adek2. Kalau dulu aku dan adek2 memang tak boleh dekat, memang akan berperang. Tapi harini, aku dengan adek2 dah terpisah. Dah jarang sangat berjumpa. Kadang tu rasa rindu jugak, adek2 tak rindu kat aku ker ? ='(

Ibu,, kakak rindu ibu. Kakak rinduuuu sangat kat ibu. Kakak tak pernah lupa kat ibu.. kat ayah.. Kadang2 kakak sedih bila orang cakap kakak tak ingat kat ibu & ayah. Dalam hati kakak tak ada siapa yang tahu bu. Kakak perlukan ibu sekarang. Tapi ibu tak ada. Hari2 kakak tunggu ibu, ibu dah tak pernah datang. Kakak rindu nak makan dengan ibu.. dengan ayah.. dengan adek2.. Semua tu dah tak ada bu. Dah tinggal kenangan. Kakak tak tahu nak cakap dengan siapa. Kakak simpan sorang2. Sebab orang tak faham apa kakak rasa. Apa kakak lalui. Kakak nak ibu. Kakak nak peluk ibu. Kakak nak ibu tidur dengan kakak. Sayang kakak macam sikit masa dulu. Walaupun kakak selalu buat ibu marah, ibu tetap sayang kakak kan. Adek2 insyaAllah sihat bu, kakak dah lama tak jumpa faiz. Erry kakak baru jumpa minggu lepas. Makin lama makin gelap kakak tengok dorang. Faiz dah dismissed bu. Kakak pun dah tak tahu nak cakap apa. Dya patut bersyukur dengan apa yang dya ada. Sebab dya tak lalui macam apa yang kakak lalui. Takpelah, mungkin satu hari dya akan belajar daripada kesilapan dya kan. Kakak selalu doakan dorang. Semoga dorang pun selalu doakan ibu.. ayah jugak. Kakak nak ibu tahu, kakak sayangggggg sangat kat ibu.. kat ayah.. Kalau lah boleh masa tu diputar kembali, kakak takkan buat ibu marah.. ayah marah.. Tapi tu semua bukan kerja kakak. Tu kerja Allah kan. Kakak pun tak tahu bila kakak akan pergi. Macam ibu.. macam ayah.. Kakak rasa kakak berhenti sini dulu. InsyaAllah bila kakak rindu pasti ada lagi coretan buat ibu & ayah. Al-fatihah ;'(





Friday, May 27, 2011

Apa Khabar Jodohku?

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

- Artikel iluvislam.com




Friday, April 1, 2011

Part 3 students : SORRY YA~

Assalamulaikum~

Hati rasa tak tenang lah kalau tak luahkan. Especially pada korang2 yang sepatutnya. Baru2 nih ada malam penghargaan koko untuk budak part 3. Tapi something happened on that night. Okelah aku tak kuasa nak cakap banyak pasal benda pun dah berlaku kan.

Just aku nak mintak maaf pada korang semua, yela sepatutnya tu malam menghargai korang. Tu yang buat aku rasa serba salah plus aku pun tak tahu benda tu berlaku sebab aku sendiri sedia maklum tak kena pada tempatnya. Hope korang janganlah ambek hati or what so ever ehhh. Hanya maaf je yang mampu, aku tahu korang sangat2 tak puas hati kan.

Apa2 pun, hidup mesti diteruskan. Berjalanlah terus ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang lagi. hehe. Kita boleh mempelajari sesuatu daripada kesilapan diri kita sendiri, am i ryte ???? So lagi sekali, mintak maaf ye korang daripada kami. Chill ^_^

Notakaki : Yeayhhh !! Dapat create short entry. hihi. Daaaaaaa..






Thursday, March 3, 2011

Kalau Aku Start Mereng

Tak tahu apa aku rasa saat ini
Rasa nak menangis, meraung, macam nak jerit sekuat hati pun ada
Kenapa aku perlu rasa macamnie ?
Aku tak nak fikir tapi......
Sekuat mungkin cuba nak sentiasa tersenyum even macam nak bunuh diri jep
Uitttt tak lah sampai bunuh diri sah2 neraka jahanam aku pergi nanti
Satu persatu masalah datang
Macam dah tak mampu nak handle
Aku selalu ingatkan diri aku
Manusia tak perfect
Kita kena terima kekurangan orang lain
Orang jugak kena terima kekurangan kita
Lagi2 bila dalam sebuah friendship tuh
Jeles bila tengok orang lain happy jep
Ada boi. ada kawan yang sayang kita
Ada kehidupan yang sempurna
Tiba2 rindu kat bucuk2 aku tuh
Sha balik minggu nih tapi aku plak ada aktiviti
Tapi aku akan cuba sedaya mungkin untuk jumpa mereka
Tapi kalau tak mampu, aku mintak maaf ye
Okeh fine. kusot tetap kusot
Barang hilang tak jumpa2
Lama2 aku boleh jadi gila ! haha
Korang jangan plak buat2 tak kenal aku
Kalau aku dah gila ^__^

Mula2 macamnie =(

Then macamnie hahahaha !



Saturday, January 22, 2011

Ibuku didunia & diakhirat

Ada satu contest tentang ibu untuk anugerah tapi aku tak join. Sebab dah terlepas. Tapi tak apa aku nak berkongsi tentang seorang insan yang begitu kuat menempuh hidup. Sebabkan airmata aku dah laju membasahi bumi tatkala membaca belog2 mereka yang join contest tuh, dan2 tuh la jugak lagu ayah dan ibu serta lagu pelangi petang keluar. Betul2 memahami kan ?

21tahun yang lalu, aku dilahirkan dari rahim seorang wanita muda yang baru berkhidmat sebagai seorang guru. Aku ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh kerana aku merupakan anak sulung dan juga cucu sulung. Semua orang menanti2 kan kehadiran aku. Sangat cumel tatkala itu, aku sering diusung oleh sedare mare. Sampaikan satu hari nenek kuh nak membelaku tapi ibu amat berat hati nak melepaskan aku disebabkan akulah permata hatinya. Ahkirnya, ibu masih dapat memelukku dan membelaiku kerana nenek tidak mengambil kuh.

Kalau diingatkan kembali, gaji ibu dan ayah yang tidak sebesar mana banyak dihabiskan untuk membeli barang2 keperluanku. Ibu sanggup tidak membeli pakaian baru kerana memikirkan masalah kewangan yang dihadapi selain turut menolong ayah yang masih bergaji kecil. Aku masih ingat cerita nenek, ayah pernah berjanji yang ayah akan membalas jasa ibu sebaik kewangan ayah kukuh. 10 tahun kemudian, pendapatan ayah semakin kukuh. Ayah menunaikan janji pada ibu. Segala permintaan ibu ayah pasti tunaikan. Semua tuh masih segar dalam ingatanku tatkala ayah membawa kami pergi ke shopping mall dan ibu membeli kasut dan handbag baru berjenama bonia. Yup, ibu sangat sukakn jenama tuh. Sampai sekarang koleksi ibu masih dalam simpanan.

Tahun 2005 adalah tahun yang menyedihkan kami di mana kami menerima berita ayah menghidapi barah darah ataupun leukimia. Luaran ibu nampak dya masih kuat. Dya lalui kesakitan yang dilalui oleh ayah bersama. Tanggal 14hb april ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ibu ?? Dya jatuh ibarat sayapnya patah sebelah. Dya kurang ambil berat tentang anak2, mungkin aku fikir dya masih sedih teringatkan ayah.

Hujung tahun 2005, ibu pergi menunaikan umrah. Itulah raya pertama aku tanpa ayah dan juga ibu. Aku rasa kehilangan sangat2 even ibu masih di mekah. Aku ingatkan ibu tenang di sana. Sekali lagi ibu di uji dya jatuh sakit. Dya tidak mampu menunaikan umrah hanya jasadnya di sana. Ibu !!!!! Betapa kasihannya aku mengenangkan semua itu. Setibanya ibu di sini, Ya Allah !!!! Muka ibu lebam2. Kaki dya semakin teruk.

Malam itu, ibu dikejarkan ke PPUM. Aku berada disampingnya. Ibu ditempatkan di ICU. Malam itu adalah malam terindah, ibu membelai kepalaku. Ibu disahkan menghidapi luekimia. Aku tak pasti doktor tu betul atau tidak. Asal ambil air tulang belakang pasti confirm barah darah, kenapa ??? Yang pasti ini bukan sakit keturunan. Setelah keadaan ibu sedikit stabil, ibu dibenarkan pulang tetapi ibu perlu memasukkan darah setiap bulan. Kasihan ibu.

Di akhir2 saat ibu, ibu lebih banyak berdiam. Pernah ibu bertanya, "kak, hidung ibu nih okeh tak ?" Ya Allah !! Baru ku tahu itu tanda2 orang nak pergi. Kadang2 ibu sering berkecil hati denganku kalau aku memakai pakaian baru. Ibu !!! Maafkan anakmu ibu saat itu aku tak mengerti perasaanmu. Kini baruku mengerti engkau juga mahu memakai pakaian baru sepertiku.

Seperti biasa setiap bulan ibu akan buat check up. Ibu akan duduk rumah pak lang dulu. Hari tuh aku tak tahu kenapa aku rasa sedih nak lepaskan ibu. Ibu panggil dari bawah, "kak ! dah tak nak salam ibu ker ? cium ibu ?" Usai bersalam aku terus naik ke bilik, tidak menghantar ibu keluar. Naluri aku yang menyuruhku berbuat demikian. Tanpa ibu sedar aku menghantar ibu melalui tingkap tingkat atas. Mengalir airmata kuh bila ibu tidak menoleh lagi, walhal dalam hati berbisik pandanglah anakmu buat kali terakhir ini. Itulah pertemuan aku yang terakhir secara sedar.

Tanggal 9hb mac 2006, ibu telah pergi meninggalkan aku. Sesampai aku di hospital ibu dalam keadaan koma. Ibu pergi tanpa ucapkan apa2 padaku. Ibu, anakmu bakal menginjak 21tahun beberapa bulan lagi. Anakmu sunyi tanpamu. Tapi apakan daya anakmu terpaksa meneruskan hidup. Anakmu makin mengenal erti kehidupan hasil dugaan, pengorbanan dan ketabahan ibu dahulu. Semua itu baru anakmu sedar. Tatkala orang lain mengabdikan gambar bersama bonda terchenta, tiada lagi peluang itu untuk aku. Sikit masa dulu ada gambar2 kita dan gambarmu tika ibu di hospital. Tapi semua gambar2 itu hilang masa henfon tuh sampai di tangan orang lain. Salah aku sebab tak menjaga sebaik mungkin dan itulah kenangan terakhir kita bu. Memang terkilan dengan orang tuh tapi apakan daya benda dah terjadi kan. Yang pasti kenangan di mindaku takkan terpadam buat selama-lamanya.

Doakan anakmu kuat sepertimu ibu. Anakmu merinduimu. ='(




Tuesday, January 18, 2011

I'm Back !!! ^_^

Mulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah..
Finally !!!! Aku mampu ber-blogging jugak. Lama dah aku tak hupdate kan ? Bukan sebab apa just sebab blogger.com kat lappy aku tak boleh bukak. Orang lain sedap dah hupdate banyak yang aku geram jep tak boleh bukak kan. Habis dah idea yang mencurah2 ke ladang gandum dah membawa diri haha ! Ni pun bukak using membe punya lappy.

Okeh la entry kali nih kita cakap pasal hati manusia yang pelbagai macam aneka jenis. Lebih kurang kuih2 kat kedai yang selalu pagi2 kita nak beli untuk bekpes jugak lah senang cerita. Macam tu jugakla manusia yang ada disekeliling kita nih. Ada yang kita suka ada jugak yang kita tak suka kan ? Ada yang suka kita ada jugak yang tak suka kan ?

Urmm kelebihan pada aku nih, aku ade instinct yang kuat. Aku boleh tahu and dapat rasa kalau ada yang tak puas hati dengan aku, marah dengan aku ker. Mungkin orang tuh tak nampak tapi selalunya dari muka dya aku dah boleh tafsir. Sebab tuh kadang2 aku suka senyap dari pot pet pot pet. Silent is better ryte ? Sebab bila kita senyap orang tak boleh suka2 marah kita, nak cakap macam2 pada kita. Giler lah kalau ada orang yang macam tuh kan.

Bukan bermaksud tak reti nak bergaul or else tapi aku dah cukup bersosial sedikit masa dulu. What i means is huha2 dengan membe2. So bila sekarang nih bukan tak nak buat tapi rasa macam duduk diam2 la plak kan. Jiwa rasa lagi tenang kut even kadang2 kusut lah jugak kan huhu!

Ekceli aku rindu kat bff aku yang dah berpecah2 sekarang. Rasa macam nak jumpa nak hug dorang. Rasa nak nangis kat shoulder dorang. Nak berkongsi cerita dengan dorang. Tak sabar giler nak jumpa chinese new year nih. Koranglah bff i ever had even ada yang tak sudi nak berkongsi cerita dengan deep dodo kan. Tu semua terpulang la pada individu tapi pada aku korang lah tempat aku ketawa dan menangis. Aku kenal jaybee nih sebab korang. Segala pelusuk kita dah jelajah kan sampai dah naik buhsan. Dari yang berkaple sampai dah kembali single semua tuh kita pernah lalui bersama. Sebab tuh aku sayangkan korang. Korang janganlah buat hal sesama kita okeh. Yang paling penting jangan nak selfish sebab hubungan kita dah macam adek beradek kan.

Dah jangan nak feeling2 plak petang nih, cerita atas tuh takde kena mengena dengan cerita pasal deep dodo. Tulah excited sangat nak ber-blogging kan sampai entry pun dah macam rojak campur. Ahh never mind lah, dah tu yang bersarang dalam kepala buat masa nih. Nanti sambung lagi okeh. Pasal wedding kazen pun tak ter-hupdate2 lagi. Adehhhh @_@




Sunday, December 19, 2010

JIWA aku

Akhir2 nih aku asyik tersentap je tau. First, sebab kawan baik aku sendiri. Macam takde perasaan je dya kan. Tak rasa ker macam aku dan yang lain2 rasa ?? Owhh sebab kaw dah lama rasa kehilangan kami ye. Tapi aku rindu kenangan lama kita. Banyak moment kita bersama kan ?? Sikit pun kaw tak rasa kehilangan aku kan ? Kaw akan rasa jugak, sikit je masa lagi, sabar ye.

Kedua, sebab family aku. Kadang aku dah susah nak ringan mulut macam dulu. Asal aku nak bukak mulut mesti ade je cerita atau berborak dengan orang lain kan. Kadang nak jugak bermanja tapi rasa macam tak dipedulikan. So aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri dan bercakap perkara yang penting je, pelik je bunyinya kan ?? Itulah realiti. Rasa nak gelak jugak bila ada yang bukak mulut cakap aku makin supan hehe ! Pernah air mata aku jatuh sepanjang aku berjalan kat mall dan langkah aku sangat laju. Itu sebab aku sedey sangat. Kalau lah aku pikul lappy masa tuh mesti laju je jari aku menaip, masih segar lagi perasaan masa tuh kan.

Aku tau pengalaman aku mungkin tak sama dengan u ollz kan ? And sorry untuk entry emo tengah2 malam macam nih. Dah lama aku tak ber-emo kan. Itu yang boleh released kan jiwa aku. Dah nak naik sem, kena buang semua perkara2 sedey nih. Aku nak sesuatu yang happy. Masih ada ker untuk aku sinar kebahagiaan itu ???? Yaaa.. mungkin satu hari nanti, AKU PASTI ! Good nyte people..




Wednesday, December 8, 2010

Cinta atau Kawan ???



Salam semua readers..
Tengah2 tak ada kerja nih rajin plak dah nak menulis
Takdelah rasa nak menulis nih pun sebab dok ber-fb dengan seorang teman tadi
Aku sayang kawan2 baik aku
Tapi kenapa dya tak faham ehh
Yang hubungan kami tak melebihi landasan yang sepatutnya
Macam2 alternatif dah aku cuba buat
Urmm jangan salah sangka plak
Yang aku maksudkan tu kaum adam bukan hawa tau
Selisih you !
Susah jugak bila ade admire kan ??
U ollz pernah alami macam aku alami tak ??
Kadang2 niat bukan nak menyakitkan hati dya
Tapi kerna terpaksa *mood lagu frans kejup hehe
Kadang2 aku memang tak ambek port pun
Malas lah nak fikir
Tapi kadang2 aku takut
Takut dya akan terus kejar aku sampai hujung dunia
Haaa macam mane ???
Night mare ai tau
Patut ker aku terus jauhkan diri dan ungkapkan benci
Tak baik kan ?? plus aku tak sampai hati
Sebab dya kawan baik aku
Bila dya ungkap rindu caring pasal aku and sanggup buat apa sahaja demi aku
Aku rasa macam aku yang nak lari sampai hujung dunia
Aku tak kisah kalau satu hari nanti dya jadi jutawan or yang seangkatan
Sebab jiwa aku tak perlu dibeli dengan semua tuh
Cuma aku nak dya tahu yang dya dalam hati aku sebagai kawan baik aku
Selama-lamanyaaa
Andai dya terbaca luahan hati aku nih
Dari hujung rambut ke hujung kaki aku mohon maaf
Bukan niat aku nak jadi sombong depan kaw
Tak terima apa2 dari kaw
Tapi cukuplah sampai situ sahaja
Kalau kita nak terus berkawan
Kita kena give and take
Barulah rasa adil sesama kita
Antara cinta dan kawan
Aku tetap memilih kawan
Sorryyy =(



Friday, November 19, 2010

What happened ??

Dulu aku rasa kawan lah segalanya
Sebab aku rasa lepas mereka pergi aku tiada tempat nak bermanja
Tapi at last aku sedar family jugak yang penting
Walaupun kadang-kadang aku rasa mereka ada kehidupan
Arghhhh !! Aku kena bangun walaupun itu amat menyakitkan
Deep inside aku kena tabah walaupun realiti aku nampak lemah
Deep inside aku kena kuat walaupun realiti aku mudah ketawa
Aku bahagia ada 5 orang rakan baik
Yang dulu sangat rapat dan sentiasa bersama
Tapi aku jugak perlu sedar mereka macam family aku jugak
Mereka ada life sendiri
Kenapa aku nih stupid sangat ?? Terlalu ikutkan perasaan ??
Aku kenal kaw lebih lama dari yang lain
Tapi mereka belum pernah buat aku rasa sesakit ini
Begitu senang menuturkan maaf tanpa rasa bersalah ??
Maaf ??
Owhh aku dah lama maafkan kaw sebab aku nih bukan jenis yang pendendam
Cuma...
Aku masih terasa
Terasa dengan perangai kaw yang dari dulu tak berubah
Baru sekarang kaw rasa kelainan perangai aku
Sebab aku tak layak jadi kawan kaw kan
Lagi2 sekarang kaw bahagia dengan buah hati kaw
Kaw mungkin dah tak fikirkan aku
Nak luangkan masa dengan aku lagi kan ??
Sedangkan sikit masa dulu aku teruja nak jumpa kaw
Kaw pun senang je cancel date kita kan ??
Rajuk aku tak tahu sampai bila
Sebab aku terlalu sayangkan kaw dan yang lain
Teruskan dengan life kaw sebab aku tak seBAHAGIA kaw sekarang ni
Aku tetap doakan kebahagiaan kaw
Kenapa aku tak bertindak ??
Sebab aku masih mampu bersabar dan aku sayangkan kaw
Andai sudah tiba masanya kita pasti bertemu
Jangan bagi jawapan yang tak logik ye sahabatku..





Friday, October 1, 2010

Aku Merinduimu

Ok fine !! Badan terasa sangat letih sebab tidur tak betul. Shengal2 pun ada, kalau sambung lagi gerenti weng !! Dok belek2 gambar suddenly i ingat kat mereka. I really mish them very much. Masa semua orang tak sabar nak balik rumah nak jumpa mereka tapi aku ??? Terpaksa melupakan hasrat tuh. Hasrat yang dah lama terkubur sejak 5 tahun dulu.

Yup ! Siapa cakap tak sedih siapa cakap tak nangis siapa cakap tak sayang. Semua tuh pasti ada dalam diri seorang anak bila berjauhan dengan family lebih2 lagi yang berjauhan buat selama-lamanya. Saat semua orang melepaskan rindu di telefon, aku hanya mampu mendengar butir2 bicara mereka yang kelihatan begitu mesra sekali.

Apa mampu aku buat ???

Hanya berdoa semoga mereka ditempatkan bersama golongan orang2 yang soleh dan solehah.

Apa mampu aku buat ??

Hanya menangis di dalam yang tak mungkin orang lain dapat melihatnya.

Apa mampu aku buat ???

Berdoa supaya ditabahkan hati untuk melalui semua ini.

Ayah, ibu... Aku rindukan kalian. Setiap kali mengingatimu membuatkan airmataku sering gugur membasahi bumi. Hadirlah kalian dalam mimpiku setiap malam kerana itu mampu menghapuskan rinduku padamu. Kuatkan diriku agar aku mampu melangkah untuk hari esok.

Masih adakah hari esok untukku supaya aku mampu memberi sedekahku padamu.. Di saat aku keseorangan, kalian sering muncul dalam fikiranku. Aku amat menyayangimu wahai ibu wahai ayah.. Doakan kesejahteraan anakmu di sini.


Merinduimu..



Wednesday, September 22, 2010

Salam Takziah~~

Salam para bloggers..

Semalam aku dapat berita yang kurang menyenangkan dari membe aku tentang kehilangan seorang lagi rakan.

ZULFAKRY BIN ISNIN..

Terlibat dalam kemalangan di singapore dua hari lepas..

Even aku tak rapat dengan dia tetapi aku pernah mengenalinya sedikit masa dulu..

Memang seorang rakan yang baik..

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang soleh..

Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah..




Tuesday, September 7, 2010

Entry khas~~

First of all.. Nak minta maaf sangat2 kat beshwen aku sebab lama kot dye tunggu pict dari aku. Ada masalah sikit lah sha bukan niat aku nak lambat2 kan upload pict tuh. Sabar ye yunk~~ Dari sehari ke sehari aku nak hupdate blog kuh ini tapi sebab penat teramat terbantut dah niat aku tuh. Mana tak nya dari hari jumaat hari tu kut hari2 aku keluar tak dan nak duduk rumah sejak balik. Ada je aktiviti aku hari2 kan. Hari rabu je dapat duduk rumah buat apa2 yang patut sebab hari khamis nak keluar lagi. Penat tapi sebab dah janji dengan orang so janji kena tepati, ye dakk ??

Esok macam rajin nak buat conflakes coklat and madu rasenya. Barang2 semua dah ada just operasi je perlu dijalankan. Harap2 esok sempatlah nak buat, bukan untuk kuih raya pun just buat untuk orang2 dalam rumah ni nak makan. Bukan susah mana pun tapi tu lah masa dan masa. Insyaallah~

Esok jugak hari yang sangat busy sebab pak long nak sampai esok. Bawah semua dah kemas chantek just bilik je belum habis kemas dan itu pasti kerja aku. Wahai adik2 kuh janganlah ko orang buat sepah lagi, penat akak kaw nih nak kemas tau tak. And stop lah main game tuh kejap sebab ko orang main buat akak ko orang rasa sentiasa nak naik hanto ! Nasib baik lah pak lang sampai hari khamis kalau tak rasanya memang aku dah kena bambu dengan nenek kemas malam nih jugak. Rileks ya nenek kuh~~

Entry kali ni jugak sebenarnya entry khas buat dua sahabatkuh yang baru sahaja kehilangan bonda terchenta. Im speechless bila dapat tahu hal ni. Yela macam tak percaya je kan. Lagi aku tak percaya sebab dua orang nih memang kawan baik. Seminggu lepas mak burn meninggal mak jojo plak meninggal. Innalillah~~

Korang, aku tahu korang kuat nak tempuh dugaan nih. Aku tahu korang lagi kuat dari aku, kalau aku mampu lalui semua nih kenapa korang tak boleh kan. Korang lelaki aku tahu tanggungjawab korang lagi berat tapi korang tak boleh rasa putus asa nak teruskan hidup. Korang kena fikir yang ada orang lagi teruk diduga daripada kita. Aku tahu aku tak rasa kehilangan orang tersayang tika kita semua sedang buat persiapan nak raya kan. Yee tu yang buat aku tak terkata apa. Amat perit nak lalui kan ??

Tapi sebagai kawan yang rapat dengan korang aku tak nak tengok kawan2 aku jatuh sebab tak kuat nak harungi dugaan. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tempuh. Mulut kata semua ok, sabar dan etc kannn tapi dalam tak ada siapa yang tahu. Aku jugak pernah lalui dulu. Sampai aku naik bosan dengan perkataan sabar yang sentiasa orang cakap dekat aku. Tapi korang sedar tak yang sabar tu yang selalu buat kita fikir sejenak yang kita harus redha dengan semua ni.

Burn, kaw abang paling tua bawah2 kaw semua adik perempuan. Besar sangat tanggungjawab kaw burn. Aku tahu kaw nak bagi yang terbaik buat dorang semua tapi diri kaw jangan lupa jugak. Orang keliling hanya mampu advice kaw tapi diri kaw sendiri kena kuat.

Buat readers semua, aku cuma nak cakap macam mane aku sentiasa ingatkan kawan2 aku yang semua nih hanya pinjaman buat kita. Kita kena sentiasa bersedia untuk kehilangan mereka. Bukan aku nak takutkan korang tapi inilah hakikat yang kita terpaksa terima. Setiap hari pasti ada yang menangis gembira menerima ahli baru dan pasti ada yang menangis kehilangan juga. Benda nih sentiasa rotate dalam life kita.

Bagi yang kehilangan orang tersayang di bulan yang penuh barakah ini salam takziah dari aku. Harap korang kuat dan tabah menempuhinya. Aku sentiasa ingat dengan kata2 arwah ibu aku, SETIAP APA YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.. Ramadhan dah nak melabuhkan tirai janji terlalu teruja menanti syawal ye sebab ajal pertemuan semua di tangan Allah. Macam2 boleh berlaku dalam sekelip mata. Salam penghujung ramadhan~~



Sunday, August 29, 2010

Bercherita tentang HATI

Selamat sampai kolej around 9pm. Terasa macam tak nak balik je tadi. Warghhhh !! Sebab tuh balik malam selalu excited je nak balik, pagi ahad dah tercongok kat bilik. Takpelah minggu ni kan last before cuti raya, yehaaaa..~

Nak bukak topik pasal hati dan perasaan sikit lah malam nih. Memandangkan semua dah tidur so aku dapat menulis dengan tenang sekali. Selalu blogwalking kat blog orang semua dok cerita pasal buah hati masing2 kan. Kenapa korang tak pernah jumpa entry pasal tuh kat blog aku ?? Soalan cepumas je nih. Sah2 memang aku tak ada buah hati lah kan ngeee~~

Meh2 aku nak story mory sikit, Ada la beberapa hari lalu sorang membe aku nih. Aku kenal dia since aku form 5 masa tuh dia lower6 kat sekolah aku. Adalah sorang classmate aku nih suka bebenor kat dia. Kawan punya kawan sampai la ni lah. Tiba2 hari tuh dia text aku, dia khabaq lagu nih. " NAK ATEN BOLEH ? " Bapak terkujat aku lemah jantung segala bagai laa. Tak ada arah melintang angin puting beliung semua tiba2 je kan. Bila aku tanya macam2 then dia cakap tak adelah gurau je. Aduh nak bergurau tuh masuk surau lah abang oii~~ Bikin jantung aku tercabut aje +_+ Tapi perangai dia nih aku tengok agak pelik jugak lah. But no comment at all. hehe

Lagi satu kes, adelah jugak membe aku nih. Tacing kot sebab aku tak jemput dia datang raya rumah aku. Masalahnya puasa pun belum habis apetah lagi raya kan ?? haha So di sini aku ingin menegaskan kepada korang yang nak datang beraya rumah aku tuh, pintu pagar rumah aku sentiasa terbuka okeh ?? Jangan cakap aku tak jemput plak. Yang tak boleh handle kalau nak suruh dia datang, aku kena masak ?? Owh i c.. aku kena masak ??! hahaha insyallah aku tolong nenek aku masak ye. Yela masak jugak tu kan.

Tadi masa aku tengah basuh pinggan kat dapur, makcik aku usha aku soalan baik punya. Dia tanya takde buah hati ker ?? Jawapan yang sangat mudah aku nak membalasnya, TAK ADA ! hehe Then ada soalan lagi tuh. Couple la balik dengan si tuttt. WHAT ??? Aku hanya mampu mendiamkan diri. Yup, soalan yang aku sendiri tak ada jawapannya. Dia sambung lagi, korang kan dah masuk U tak salah pun. Jawapan aku, TAK NAK ! Then dia boleh dukung anak dia yang bongsu and cakap tak lama lagi aku nak kahwen adehh masalah negara betul makcik aku sorang nih.

Aku pernah bagitahu dia dulu andai ada jodoh antara aku dan dia mungkin kami akan bersama lagi. Kita hanya mampu merancang kan sedangkan jodoh kita telah ditentukan. Awak tetap kawan saya sampai bila2. Study rajin2 kat sana and jagalah mak awak baik2. =)

Wahhh.. Tak pernah aku tacing2 pasal orang lain selain parents aku kat sini ekk. Takpelah kita nih hanya insan biasa yang banyak kekurangan tak salah nak luahkan ryte ?? At least lapang sikit dada tuh bila buat luahan hati. Yela nak ngadu kat ibu, dah takde ibu. Nak manja2 dengan ayah dah takde ayah plak.

Dah malam nih kang sok terpisat2 mata tuh dalam kelas. Till then, SELAMAT BERSAHUR ye.. =_+

View Image




Tuesday, July 20, 2010

Entry Rojak

Salam buat semua blogger tersayang. Alhamdulillah line wifi malam nie agak memuaskan hati aku untuk meng-onlinekan diri. So far ok je semuanya just currently mengalami selsema dan batuk yang tak surut2. Dan sudah berjangkit ke semua roomates, lebih kurang sehati sejiwa gitu.

Hari ni first time menjejakkan kaki ke pasar malam di taman seri bahagia i guess. Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke pasar malam. Then makan time magrib macam time berbuka gtu. Kebetulan ada yang puasa kan. Kira dah merasai lah keadaan masa bulan ramadhan nanti.

Just now aku tengok satu video tentang kes pengguguran bayi. Seriously masa aku bukak tuh tak sampai satu minit aku dah menangis. Tak sanggup rasanya nak tengok sampai habis. Yang tengok ni pun dah macam dapat rasa kesakitan tuh apetah lagi yang buat kan ? Aku tak dapat nak upload kat sini sebab tak sanggup rasanya.

Tak takut ke dorang yang buat perbuatan gtu ?? Tak dapat bayangkan kesakitan yang dilalui oleh mereka2 yang berkenaan. Sungguh berani bertindak sedemikian rupa. Harapan aku buat korang2 semua berfikirlah sebelum bertindak dan tak payahlah buat perkara2 yang tak berfaedah tuh. Baik korang buat aktiviti tidur sepanjang hari ke kan lagi masyukk gtu hehe

Aku stop kat sini dulu. Tunggu entry yang akan datang untuk cerita yang lagi sensasi ahakzz sensasi la sangat kan.. =_+


Notakaki : Buat seseorang, mungkin awak baca mungkin jugak awak tak baca entry kali ni. Tapi saya tahu awak tahu saya tujukan pada siapa. Biarlah saya berterus terang, mungkin saya pernah terlanjur menyukai awak tapi at last saya sedar bukan buat masa ini. Mungkin awak tak akan berterus terang dengan saya, sekadar berkias2 je kan. Tak mengapalah. Teringat plak kata2 awak dulu yang awak still ada masa at night and weekends kan. Cara awak buat saya rasa sungguh pelik. Saya tahu perkenalan kita tak seGAH mana tapi saya masih tetap sayangkan persahabatan tuh. Im sorry. =(


Tuesday, June 22, 2010

Tahniah korang !!


First of all, aku nak cogrates pada rakan2 seperjuangan aku masa kat form 6 dulu batch 08/09 kerana berjaya menghabiskan masa selama setahun setengah untuk STPM. Sejuta penghargaan pada guru2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu we all masa study dulu. Entry nih khas untuk korang yang pernah bersama2 dengan aku di SMKPJ, Permas Jaya, Johor.

Pada yang berjaya meneruskan cita2 untuk sambung degree aku ucapkan tahniah dan pada yang tak berjaya aku harap korang tak patah semangat dan putus asa kay. Mungkin bukan rezeki dekat situ. Bagi aku, even tak dapat nak sambung cita2 untuk ambil degree tapi aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk buat diploma semula di UITM. Aku tak akan sia2 kan peluang nih yang mungkin juga peluang terakhir aku. Walaupun terasa rugi tapi bila aku fikirkan semangat aku nak study masih ada jadi kenapa mesti aku tolak kan ?

Aku tahu ramai yang frust sebab ramai jugak yang tak dapat sambung degree. Aku sendiri terkejut bila dapat tahu tak ramai yang dapat UPU tuh. Kalau korang nak tahu, batch kiteorang memang sentiasa di uji beb. Sebab masa batch kiteorang format MUET untuk paper writing and listening kut dah berubah. ( padahal dak2 u pun sama jep ! hehe ) saja wat gempak. Paling terkejut bila hari first exam ada pengumam penting dari cikgu. Ingatkan apa rupanya format kertas PENGAJIAN AM 2 untuk bahagian D ke E dah berubah. Kiteorang pun redah jelah. Beruntung betul budak yang lahir tahun 1990 nih yela sentiasa jadi batch pertama dalam ape2 perubahan contohnya macam PPSMI. Well, semua tuh dah pun berlalu.

Lepas nih dah tak ada lagi baju sekolah berkain beige kan ?? Mesti korang rindu macamane aku rindu nak pakai balik. Dulu selalu memekak kenapa la kena pakai baju sekolah lagi semua kan ? Dah, sekarang korang dah tak payah risau sebab zaman tuh dah pun berlalu. Dah tak ade perhimpunan tiap2 pagi lagi dah.

Teringat kata2 abang taufik ( pembantu ofis sekolah ) yang batch kita paling bikin kecah. "mungkin budaya gile2 ko org akan berkubur bersama dengan budaya lemau mereka ". Lawak bila teringat kata2 tuh. Teruk sangat kah kami nih ?? Then bila ada ape2 event mesti kelas 6ATAS SASTERA 2 yang selalu ambil part, bak kata bobo kami memang gila kuasa. hahaha

Dalam kelas kiteorang ni ada gak puak2 tau. Kira geng2 la. Teringat aku pada dijah and the geng. Masa dah hujung2 tahun dah nak periksa dah masa tuh geng dorang ni selalu hilang masa waktu makroekonomi. Dorang selalu lepak bilik kaunseling sampai cikgu makro naik pelik. Kiteorang sendiri gelarkan geng dorang tuh GGK ( geng-geng kaunseling ) Sorry you guys, buat2 gurau je.

Banyak lagi kenangan sebenarnya. Kalau nak tulis kat sini 7 hari 7 malam belum tentu habis jadi biarlah terus berada dalam ingatan kita yang melaluinya kay ?? So korang2 yang tak dapat jangan sedih k ?? Nanti aku pun sedih jugak tau. Aku doakan korang jadi insan yang berjaya akan datang. Segala gurau2 kasar, kutuk mengutuk, belanja2 makan semua aku mohon halal ( kalau adelah ). Wah terasa panjang entry kali nih hehe. Lastly, kat bawah ni aku nak rakamkan jutaan terima kasih pada guru2 yang telah berkhidmat untuk kami ( tak ramai pun ) :-

PENGAJIAN AM 1
ENCIK NORAZLEN ( Guru yang sangat sporting. Beliau akan pastikan semua student buat presentation walau apa jua halangan yang mendatang )

PENGAJIAN AM 2
PUAN ROZILAH ( amat garang sampai semua student cukup takut dengan dye. Tapi batch kiteorang nih lain sikit, takut2 pun still langgar pantang dye hehe )

P.PERNIAGAAN 1 & 2
PUAN NORA ( Guru yang serius ketika mengajar. Janganlah korang buat keje lain time dye mesti dye nampak je. Dye jua guru yang banyak bagi aku support dan kaunseling. )

MAKROEKONOMI
ENCIK YUSREE ( Guru yang lagi sporting. Siap boleh buat jamuan masa waktu dye. Lower6 sekali Upper6 sekali. Memahami jiwa kiteorang sebab jarak umur yang tidak berapa jauh. )

MIKROEKONOMI
PUAN LILY YUSNI ( Dari cikgu akaun dulu merangkap jadi guru ekonomi plak. Agak rapat dengan dye sebab pn lily memang dah kenal aku he2. Tak pernah marah student even markah kiteorang agak mengeciwakan dye. Kek coklat sungguh sedap ! hehe )

SEJARAH 1 ( DUNIA & ISLAM )
USTAZ FAUZI ( Guru sejarah yang sangat suka bercerita. Selalunya bila belajar selalu terpesong dari landasan topik yang sebenar. Tapi terbaik lah ustaz ! )
ENCIK AZHAR ( Guru yang suka melukis. Setiap kali bercerita mesti ada gambaran. )

SEJARAH 2 ( ASIA & MALAYSIA )
PUAN KO MAY SIA ( Dulu cikgu sejarah aku masa f5, suka wat masalah masa kelas dye bila masuk f6 dye dah kenal muka aku tapi dye selalu konfius antara aku dan oja haha )
PUAN ROSHIDAY ( Cikgu yang tak suka cakap banyak. Time present pastikan ready kalau tak sila keluar dari kelas/bilik hikmah )

Ni antara rakan2 rapat aku yang berjaya meneruskan cita2 ~~

Marni & Safiah.. Sorang kos akaun sorang kos HR (UNITEN, PAHANG )

Shalina.. kos Bachelor sastera-Pengkhususan bahasa asing ~bahasa perancis~ ( UPM, SELANGOR )

Lyana Zainudin..kos Pendidikan Pengajian Malaysia ( UPSI, PERAK )

Farhana.. kos Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( UUM, KEDAH )

Sarep.. kos Pentadbiran Perniagaan ( UITM, SELANGOR )

Kenangan yang tak akan dilalui oleh mereka yang tak melaluinya ( eh betul ke ayat aku nih hehe )





Ha ! Lagi satu dah alang2 nih. Aku nak ucapkan tahniah jugak kat kazen yang cukup aku sayangi nih, RUS IDAYU RUSLI yang bakal melanjutkan MASTER nya kat UNIVERSITI MALAYA dalam tempoh terdekat. Lepas nih PHD dalam rumah tangga plak ye kak ayu ! haha




Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa, Ayah !!

140.gif

Baru aku teringat semalam hari yang cukup istimewa bagi bapa2 di luar sana kan. Entry nih aku tujukan pada mereka2 yang dah bergelar bapa. Mesti seronok kan seorang bapa dapat ucapan dari anak2 yang cukup mereka sayangi.

Alangkah bahagianya kalau aku jugak dapat berbuat demikian. Siyes aku cemburu tengok kemesraan anak dan ayah orang lain. Tapi cemburu aku mati di situ je sebab aku tahu takde guna nak cemburu lebih2 kan.

Cuma aku nak luahkan yang aku cukup rindukan detik2 indah dengan arwah ayah. Bukan peluk cium yang dapat aku berikan tapi cuma doa jela yang tetap aku berikan sampai bila2.

Ayah..
Akak rindukan ayah. Akak nak ayah dengan akak sekarang nih tapi ayah takde kan. Akak rindu nak berbual dengan ayah, gelak2 dengan ayah, kena marah dengan ayah. Akak tahu akak bukan lah anak yang baik kan dari kecil akak memang nakal. Suka buat ayah marah tapi bila akak ingat balik, kenangan tuh selalu buat akak senyum sorang2. Akak paling rapat dengan ayah kan antara adik2 yang lain sebab pergi balik sekolah ayah yang hantar ayah yang ambil. Teringat dulu masa mula2 ayah suruh akak cium pipi ayah, masa tuh ayah nak hantar akak pergi sekolah. Akak taknak sebab pipi ayah ade kumis. Akak geli. Tapi lepas tuh akak dah biasa, hari2 akak cium pipi ayah. Dan sekarang akak rindu saat tuh ayah. Masa form 2 dulu henfon akak kena rampas cikgu suruh telefon parents tapi akak takut nak telefon ayah. Akak pun telefon ibu tapi ayah yang baru balik kerja datang sekolah semata2 nak uruskan masalah disiplin akak. Tapi ayah tak marah akak ayah tanya cikgu tuh anak ayah ni memang kena bawak henfon pergi sekolah. Ayah back up akak even benda tuh sah2 salah akak. Selalu petang2 ayah ambil akak balik sekolah akak selalu tolong isikan minyak kereta untuk ayah. Ayah belanja akak beli pisang goreng. Thanx ayah ! Dulu akak cuma tahu basuh pinggan je then akak akan biarkan sinki tuh banjir ayah jugakla yang ajar akak supaya bersihkan sinki tuh. Masa tuh akak geli dengan sisa2 makanan dalam sinki tuh. Ayah cakap tu kan sisa makanan kita jugak. Sekarang akak dah tak geli dah. Akak akan pastikan sinki sentiasa bersih. Banyak lagi kenangan yang masih segar dalam ingatan akak. Ayah akan buat apa sahaja demi anak2 dye nih. Sempena hari bapa nih akak nak wish Happy Father's Day kat ayah. Ayah adalah hero akak sampai bila2 walaupun ayah dah tak ada bersama akak lagi. Akak sayang ayah sangat2. ;'(