Monday, February 1, 2010

Sahabat Sejati..

Bila kita bercherita tentang sahabat dan kawan ni, besar skop nye.. Tapi kowang sedar tak mostly masa kita banyak kita habiskan dan buangkan untuk para sahabat terchenta. Bukan maksud aq family tak penting tapi jiwe kita lebih serasi dengan sahabat kan. Maybe ade beberapa percent yang akan menafikan statement aq nie sebab ada juga yang menjadikan ibu mereka sebagai sahabat mereka. Ya ! tak dapat dinafikan ye.

Tapi tujuan aq post entry kali ni sebenarnye nak meluahkan apa yang pernah berlaku sikit masa dulu. Ya mereka memang boleh dikatakan rapat denganku disebabkan kami pernah jadi classmates. Maybe sampai sekarang mereka masih terguris denganku even mulut menidakkannya. Aq pernah keluar bersama mereka dan satu kejadian yang aq tak rancang pon, kami balik agak lewat. Itupun disebabkan kami menunggu transport untuk balik. Apakan daya naseb tak menyebelahiku apabila family aq amat marah dan memarahi membe2 ku. Memang tidakku sangka. Kowang tahu apa aq rasa time tuh ?? Perasaan marah + geram + sedey semua sudah bercampur2.

Aq terus masuk ke bilik tanda protes ku. Kesian mereka, sedangkan itu salahku tapi mereka plak yang dipersalahkan. Guys im really2 sorry atas kejadian tu. Kalau aq tahu akan berlaku macam tuh memang aq tak balik that night. Aq tetap kena marah kan ?? Aq tahu kowang masih marahkan aq. Mr Y, aq tak tahu kenapa kaw masih nak berkawan dengan aq even kaw tahu aq kan kawan paling teruk pernah kaw ada ?? Maafkan aq. Aq jadi serba salah selepas kejadian itu.

Walau apa pun terjadi aq masih berpegang pada prinsip aq, selagi kita tak buat salah kenapa kita takut nak mengakuinya kan. Aq bukan lah jenis gurl yang liar tapi aq juga mahu luangkan masa bersama kawanku. Bukannya hari2 aq begitu just sekali sekala. Tapi mereka tetap tidak akan memahami aq. Aq sedar aq nie bukanlah anak/cucu yang baik. Takpelah as long as aq kenal siapa diri aq, itu pon dah cukup baik kan.

Kadang2 aq dah takut nak berkawan rapat, yela takut benda yang sama berulang. Kita ni manusia biasa yang tak lari dari buat silap kan. Tapi Allah tetap temukan aq dengan kawan2 aq sekarang. Buat bobo, oja, salma, piah dan marni aq nak minta maaf andai sepanjang kita menjalinkan tali persahabatan ni aq pernah "ter" dengan kowang ker. Aq tak sangka kita akan bersama sebagai sahabat karib. Sungguh ! aq tak percaya. Yela kita semua dari latar belakang yang berbeza tapi kita tetap boleh easy going kan. Aq sayangkan friendship kita dan juga kowang. Hopefully hubungan kita tak akan putus. I always pray for it. Harap2 kowang jugak.

Buat sahabat2 yang rapat denganku, ( Deep DoDo, qila, pza, raihan, faten, saliza, izzatie, itcha, rozaira, farah, zawin, aien, sahza, jojo, ungku, wan, yazid, paan ) mintak maaf kalau ada yang tak sebut, korang semua akan tetap segar dalam ingatan aq sampai bila2. Tanpa korang aq tak kenal erti sebuah persahabatan. Tak kenal erti pengorbanan buat sahabat. Banyak cabaran yang kita lalui bersama. Aq ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi a part of my life dan aq cukup menghargainya.

Akhir sekali, betul kata orang tanpa kawan dan sahabat mungkin life kita tak seperti sekarang kan guys ??? Even aq dah tak ada parents tapi aq masih ada kawan2 yang still anggap aq sebagai kawan. Thanx ya ! Buat meraka yang selalu mengkhianati kawan, tikam kawan dari belakang, ada perasaan hasad dengki sedar lar wahai manusia. Balasan tetap akan diterima bawak2 la bertaubat. Bak kata bobo, what goes around will come around. Rasanya entry kali ni dah macam untuk HARI SAHABAT sedunia dah hehe ! ok lah tu kan =)


















Ciuman Terakhir..

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....
saya terima info ni dari rakan

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka..... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka supaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku.....sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali..... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali..... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta..

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong....... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih sayang.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari..
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir.... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.

YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami.... "kubur ayah dikorek... pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga..... Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan.....

**Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada.....

~ sedeykan kite dengar cerita sebegini. Aq sendiri pernah merasakan detik2 itu. Kata2 tak mampu nak menggambarkan apa yang kita rasa. Kehilangan mereka yang amat kita sayangi adalah suatu perkara yang amat menyakitkan..

Teringat masa arwah ayah nak dikafankan, ciuman terakhir untuk ayah tercinta. Ye aq ulangi ciuman terakhir. Saat aq mencium arwah ayah aq dapat melihat air mata nya mengalir. Aq tahu orang yang sudah tiada mampu melihat apa yang terjadi selepas dye pergi, tapi aq amat2 terkejut melihat air mata itu jatuh. Adakah tanda arwah ayah menangis gembira meninggalkan kami atau menangis tak sanggup meninggalkan anak dan bini nya ??

Nak dibandingkan saat pemergian arwah ayah dan ibu aq amat2 terasa semasa pemergian arwah ayah. Memang tak mampu aq terima hakikat bahawa aq tidak lagi mempunyai ayah. Semuanya masih segar dalam ingatanku. Dan tetap tersemat di dadaku dorongan dan semangat yang pernah diberikan padaku sikit masa dahulu.

Moral of the story, hargailah kedua2 ibu bapa kalian selagi mereka masih bernafas. Tak guna nak disesalkan di kemudian hari. Sesungguhnya aq amat rindukan pelukan seorang ibu dan ayah.. =( ~



Friday, January 15, 2010

Kebuhsanan..

Duduk rumah ?? Tak ada kerja ?? Apa yang aq perlu buat ni ye.. Kehidupan yang aq tak pernah lalui sepanjang 19tahun aq hidup. Hidup seperti mayat hidup ( bak kata oja ) berjaga sampai 4 5 pagi dan bangun sebelah petangnya. Hampir semua membe2 ku hidup sepertiku. Tidak berkerja sementara menunggu result. Apa nak jadi nie wahai anak2 dara sekalian yang teruna usah cerita larh. Menghadap lappy hari2 dan laman sosial yang dilawati. ( skema giler ayat aq ).

Kerja perlu dicari untuk mengelakkan kepala bertambah serabut akibat otak tidak dapat berkembang dengan sempurna. Lagi2 bagi makhluk seperti aq yang bukan jenis duduk diam. Novel jadi hidangan aq setiap hari, buku mike robbins masih belum habis dikhatam. Feeling untuk membaca semakin berkurang akibat jiwa yang semakin serabut.

Bila agaknya semua ini akan berakhir. Aq dah tak mampu nak menghadapinya. Kawan2, akan kita nak tengok movie every week ?? Melepak di mall jep. Menghabiskan duit ?? Ya itu memang kerja kami pon. Kaki shoping ! Lagi2 bagi aq sendiri. Fuh tak pandang belakang aq bab2 shoping nie. Buhsan ! Buhsan !

Ikutkan driving class start this week. Memandangkan ceramah yang wajib didengar hampir 8jam. Aq seorang ?? Memang boleh tapi tengokla macam mane. Sebab minggu depan salma dengan paan dalam kelas yang sama. Patutkah aq menyertai mereka. Menyertai mereka bermaksud aq perlu menunggu seminggu lagi. Makkkk !! Mati kejung aq dibuatnya.

Aq pon tak tahu nak buat apa lagi. Kalau tak terikat dengan kelas driving ni, mahu tak aq merayap lagi haha Takpelah sabar banyak2 ye ten. Buatlah perancangan supaya hidup kaw akan lebih terancang dan mudah diuruskan. Wahh ! cakap memang mudah beb. Nak melaksanakan tuh agak payah. Sampai jumpe kowang lagi people. Buhsan2 nanti aq akan sambung lagi bebelan aq nih. C u soon. =)

Apa jadi pada aq 5 tahun akan datang ye ???



Friday, January 8, 2010

The Vampire's Assistant Movie..

Tanggal 6bh lepas aq dan bobo ke bandar. Bukan apa pada mulanya cuma nak teman dye pergi bank untuk menguruskan sesuatu. Cuaca di luar tak panas sangat dan juga tak mendung tetapi perjalanan yang agak jauh membuatkan aq penat. Nasib baik ada bawa mineral so tak mempunyai masalah untuk mencari mineral kelak.
Urusan penting telah diselesaikan jam di tangan menunjukkan pukul 11 lebih. Aduyai nak buat apa nie nak lunch masih awal. " Bo, tengok movie nak tak ?? " " Ok ! " Bagos ! Aq dan bobo terus naik ke level5 untuk membeli tiket. Cerita apa ye nak tengok ??? Tengok punya tengok but at last kami telah decided nak tengok movie " Cirque Du Freak : The Vampire's Assistant " jam 1.20pm. Perut sudah bernyanyi rentak yang tak dapat dikenal pasti dan kami terus ke Mcdonald untuk mencekik ! As usual aq akan makan chicken prosperity that's my favourite meal. Yum ! yum ! Lepas tu kami terus tengok movie. Perut dah kenyang elakkan tertidow jep nanti hehe

Ternyata rm6 yang dikeluarkan pada hari ini berbaloi ( eceh ! padahal murah jep hehe ). Movie yang so awesome ! Ada part yang sungguh kelakar and i enjoy to see it. Kisah dye bermula seorang budak yang bernama Darren Shan yang terpaksa menjadi separa vampire untuk membantu bestfriend dye yang tersangat lah nakal. Nak dijadikan cerita sebenarnya Darren tuh tak teringin pon nak jadi vampire sebab yang obses terhadap vampire ni bestfriend dye. Darren ni just obses pada binatang yang bernama labah2. Penjaga Darren nie, Larten Crepsley nakkan Darren jadi vampire dan dye bawa ke satu tempat cirque du freak. Yo orang2 kat situ memang so freak wo. Nak tahu kemuncak cerita tuh.. Yok pergi tengok ! Tak rugi pon.

Then lepas habis movie kiteorang bercadang nak mencuba nasib mencari kerja di bandar. So pergilah try tanya di MPH, POPULAR, some kedai baju yang ada tulis " vacancy job " but almost yang kiteowang pergi semua cakap takde ! Takpe bo jangan patah semangat yok kite pergi The Zone plak. Hamprak pon tak ada. Yang sangat memeranjatkan kami bila ada seorang mamat macam orang philipine yang menegur mahu berkenalan dengan bobo. Ayoyo sungguh menakutkan, nasib baik dye tak ikut kiteorang. Masa nak balik tuh ingat nak singgah cafe favourite bobo, Uncle John Cafe tapi setelah siasat rupa2nya cafe tuh dah tutup yang ada di sekitar situ just club and launch only !

Our last destination jeng ! jeng ! jeng ! mana lagi kalau bukan jusco. Dapat berjumpa dengan cik shontot yang sedang berkerja. Rindu sama dye ingatkan suka sudah bekerja rupa2nya mahu berhenti juga. Tak tahan katanya penat kot. Then teman bobo cari kerja dekat memory lane tapi dye nak pekerja cina plak dah. Ada sorang amoi ni panggil suruh kerja tempat dye. Ala tempat budak2 main kaler2 kertas guna pasir berwarna tuh. Salary dye boleh tahan lah 1 k for 1 month tapi dye suruh kerja sebulan jep sebab dye nak pergi bercuti. Setelah bertukar2 no telefon kiteorang masuk Body Shop plak. Leader dye cakap datang balik pada hari jumaat sebab form dah takde. Nak cari kerja temporary pon punyalah susah apa lagi nak cari yang permanent nanti.

Before balik singgah kfc for our dinner. Lame sudah tak makan macaroni cheese tuh. Yummy2 ! Ok perut dah kenyang. Sudah boleh balik. Mahu mandi dan tidow hehe Ok guys.. Stop sampai sini.. Will come back later ! Daa..

Lepak MPH.. Buku biru tuh akan ku beli jugak nanti.

Cik bobo yang sudah kepenatan




Tuesday, January 5, 2010

Belated Birthday Bobo..



Semalam hari yang paling dinanti2kan. Plan yang sudah lama dirancang harap2 berjalan dengan lancar dan alhamdulillah lancar beb ! Cayela kowang ! Dan buat sahabatku nur atikah a.k.a bobo serve u right babe ! Buat sahabatku safiah yang sudah genap 20tahun semalam kaw masih bernasib baik. Waktu kaw akan datang jugak, banyak bersabar ye !
Mengikut perancangan 050110 jam 0800 adalah waktu malang bagi shontot. Tapi disebabkan aq and the genk jadik burung hantu malam sebelumnya menyebabkan kami semua tak bangun pagi. Aduyaii terlepas saat2 yang paling dinanti2kan. Aq tersedar jam 0925 macam tuh dan terus kejut marnie ( tak bangun ! ), oja dan salma.
Jumpa di jusco jam 1115 macam tuh dan jalankan tugas mencari hadiah dan kek. Sasaran sampai jam 1400 dengan muka sakit ( demam + selsema ) virus datang dari aq haha ceh ! datang2 makanan dah ada depan mata suka lah tuh haha kaw tak tahu masuk bill hutang kaw ! hahaha takdela joking only kawan2 takde hal lah. Kiteorang dah rancang after bobo datang mahu pergi ambil kek ( konon2 buat alasan nak pergi beli air la tatau nak curah kat kaw nanti ! ) dengan muka yang tak bersalah aq dengan oja memboloskan diri.
Ok lepas ambil kek, maka aq pon menonjolkan diri dengan sebijik kek di tangan.. HAPPY BIRTHDAY !!!! Tak tahu muka happy or sedey sebab sama jep muka orang sakit hehe ! Lepas makan we all pergi holiday plaza teman marni carik seluar kerja. Nak tahu tak ?? Dye dah try banyak seluar lepas tuh dye tak jadik beli ayoyo ini minah sabar saje lah. Then kiteorang pon balik odw balik tuh minachi marni ni boleh nak hantar aq dulu plak. Isk kang aq kasi hempuk itu tepung pada dye, rosak plan huhu
Nak taw ceritanye lepas tu ?? haa.. hantar la si bobo ni balik dulu dalam pada tu tangan aq dah ngular pas tepung pada salma. Lepas jep dye turun kami pon turun sama. Eppp ! jangan fikir bukan2 kami cuma nak bersalam dan berpelukan jep haha tapi lepas tuh plurp !!! hahaha bobo dipenuhi dengan tepung dan aq curahkan sebotol air mineral ( ingat nak beli air oren mula2 ) pada bobo. Alhamdulillah MISSION COMPLETE !!! ( ceh wat keje jahat cakap syukur eh ! ). Masa dalam kereta tu dok bincang2 lagik mane boleh tak baling dengan telor kan. Ha apa lagik pergilah ke kedai yang berhampiran nak carik telor. Carik akal macamne nak datang rumah dye balik dan KEBETULAN pendrive aq pada dye dan dengan alasan itulah kami dapat bertemu bobo semula. Ceh salma dengan rasa tak bersalah keluar disusuli dengan marni. Ayoyo marni awal no baling bila aq dengan oja nak sambung dye dah lari dalam rumah. its not fair !! haha
Cuba baling juga tapi tak kena pada sasaran tapi takpe telur penuh depan rumah dye.. Serve u right ya kena bersihkan rumah.
Balik rumah dengan keadaan yang senang hati plus kepenatan lalu tertidow. Dalam pukul 0045 macam tuh terjaga tengok henfon ada miskol dari si dia. Siyes beb aq tak dengar langsung bunyi henfon masa aq tidow. Bangun tidow aq mandy dan terus bukak lappy aq. Keesokkan harinya aq dapat banyak msg yang sama dari si dia. Meluahkan apa yang terbuku di hati. Perkara ni dah banyak kali aq fikirkan dan aq telah ambil keputusan untuk berpisah. Yah, memang perit untuk diungkapkan tapi aq harus membuat keputusan. Dengan lafaz bismillah aq send pada si dia. Buku untuk berchenta sudahpun ku tutup. Buat si dia, biarlah jodoh yang tentukan segalanya. Sudah tiba masanya untuk kaw berubah ten, chenta akan buat kaw lebih sengsara. Kejayaan perlukan pengorbanan. Dari 12 kaw dah merasa kan. Cukup2 lah tuh result kaw hancur pon sebab ape ?? Kaw fikirlah sendiri. Ya ! im realized now..
Dah2 cukup sampai disini. Stop crying. Build a new life, new spirit and wish the best thing for year 2010. No more love for now. Focus on what you want to reach for. Ok people ! sampai disini sahaja. Lastly aq nak wish belated birthday to my beloved friend nur atikah dan safiah.. Semoga hidup bahagia bersama dengan orang2 yang disayangi. Salam Sayang..