Thursday, February 11, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

LULUH HATIKU YANG SAYU
MENATAP WAJAHMU TENANG DALAM LENA
KASIH ZAHIRKAN LAKU
SEDANGKAN BIBIRKU JAUH DARI LAFAZNYA

DAN RAUT TUAMU MEMBEKAS JIWAKU
MEREDAKAN RINDU MENDAMAIKAN KALBU
TAK MUNGKINKU TEMU IRAS SENTUHANMU
BIARPUN KU REDAH SELURUH DUNIA
MENCARI GANTIMU OOO...

BETAPA SUKARNYA MENYUSUN BICARA
MELUAHKAN RASA MENUTURKAN SAYANG
KASIH YANG TERLIMPAH HANYA SEKADAR TINGKAH
CUMA UNGKAPAN KEBISUAAN YANG MELINDUNGKAN
KALIMAH RAHSIA

MASIH KUBIARKAN WAKTU
MELARIKAN LAFAZ KASIHKU PADAMU

MENGAPAKAH SUKAR MENYUSUN BICARA
MELUAHKAN RASA MENUTURKAN SAYANG
KASIH YANG TERLIMPAH HANYA SEKADAR TINGKAH
CUMALAH UNGKAPAN BISU KALIMAH RAHSIA

APAKAH YANG HILANG ANDAI DILISANKAN
BAIT PENGHARGAAN PENUH KEJUJURAN
TAK MUNGKIN TERLIHAT

CINTA...YANG MERONA
JIKA HANYA RENUNGAN MATA YANG BERSUARA
BUKAN ATUR KATA

TIADA LAGI ERTINYA PENGUCAPAN
ANDAI AKHIR NAFAS DI HUJUNG HELAAN

SEBELUM MATA RAPAT TERPEJAM
USAH BIAR KEHILANGAN
MENGGANTIKAN LAFAZ YANG TERSIMPAN


Entry kali ini aku nak cerita sikit tentang satu lagu nie yang cukup meruntun jiwaku. Setiap kali aku dengar lagu nie pasti aku akan menangis. Bait2 lagu nie cukup menyentuh sensitiviti aku. Kasih ibu dan ayah yang kekal selamanya. Yang tak mampu diungkapkan dengan kata2. Ya allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai insan di muka bumimu ini. Layan lagu nie yok~~ =(




Wednesday, February 10, 2010

Kejadian Yang Agak Memalukan..

Hari ni dah plan dengan salma nak pergi bandar. Nak pegi tengok cerita Adnan Sempit. Wah2 tak sabar sangat nak pergi tengok seems semua yang dah tengok cakap sangat best ! Sampai bandar dalam pukul 12 lebih. Tengok screen cerita tuh pukul 1.40pm. Tengah2 mem'busy'kan diri tengok timing untuk movie, aku disapa oleh seseorang. Eh farah zunnurain larh ! My friend since form 1 lagik. Dah lama giler tak jumpe cik akak tuh. Dia ajak g rumah dye kat gelang patah, dye tengah cuti sebulan. Memang nak pergi rumah kaw cik farah tapi takde transport larh hehe ! Ha datang ambil aku larh yunk =)

Lepas beli tiket movie kiteowang jalan2 jap window shopping then kiteowang pergi lunch. Sudah lama tak pekena hotplate ( padahal last makan dengan bobo a few weeks ago hehe! ).Pukul 1.40pm cam tu baru kiteowang masuk wayang. Ala cerita baru nak start, masih sempat. Fuh komen aq tentang cerita tuh ??? Bapak best weyh, gelak sampai pecah perut tengok movie tuh. Aku dah tak peduli siapa duduk sebelah ke dua belah aku, memang ketawa giler2 larh hehe !

Lepas habis movie, kami pon menuju lah ke escalator dan kebetulan rosak plak. Masa nak turun tuh tah macam mane plak aku boleh nak tergelincir semasa nak melangkah. Ha amek kaw, ter
' peot ' lah kaki aku tuh. Peh aku tak tahu la berapa ramai yang nampak eksiden tu kan ?? Malu eden weyh hehe ! Tapi nak buat macam mane kan ?? Benda dah nak berlaku. Sabar jela banyak2. Nasib baik ada salma dapat jugak aku berpaut pada dye huhu Rasa macam serik plak nak gune escalator yang rosak nie. Aku tahu la bukan salah escalator tuh tapi keyakinan diri tuh macam dah kurang plak =(

Ha lepas eksiden tuh, aku dengan salma dah ketawa eh. Macam kelakar la plak ( tak tahu kalau silap langkah tadi kaw bakal menjunam ke bawah dan bakal masuk hospital cik ateeenn oii !! ) Isk taubat sudah ! Then kiteowang pergi carik present untuk kawan cik salma nie. Binatang yang aku sangat2 suke !! POOH la weyh !! Aku adelah beli shirt untuk dok2 rumah kan. Sikit jep shopping ( maklumlah poket tengah rabak ! ). Then naik tingkat atas balik nak beli raping untuk binatang tuh. Then, kiteowang pergi POPULAR BOOKSOTE nak belikan kad plak. Banyaknye kad !!! Lama dah tak beli kad sejak semua benda dah boleh guna sms nih. Tapi aku tetap sukakan kad2. Walaupon agak kuno tapi itulah kenangan tau.

Banyaknyee kaddd !! =)

Lepas keluar dari popular, kiteowang jalan2 jap before balik. Masa tuh kaki ni rasa dah sengal2 kiot dah. Masa dah sampai permas singgah beli pisang goreng jap. Mak cik sampai tegur kenapa dengan aku nih ?? Nak kalis baik cakap tak ada ape2 jela mak cik uii. Dah tuh boleh jumpa dengan aris plak lepas tuh. Dye nampak aku jalan macam tuh, dye suruh tumpang motor dye jep. I just said thanks to him. Kerana salah diri sendiri sekarang menyusahkan orang plak ye aten oii. Jangan nak mengada2. So, aq sambunglah perjalanan ku. Ala small the pieces la beb ! Bukan jauh mane pon. hehe ! Oklah, nak pergi tdow dulu. Penat sangat hari ini. Enjoy my day !


Kilauan yang bershinar2..


Mestilah ada pict kami berdua =)



Tuesday, February 9, 2010

ABC kampung melayu

Jam menunjukkan 1.26am, selalu mata nie masih segar bugar di kala waktu sebegini. Tapi malam nie mata sudah memberi isyarat supaya berehat hehe ! ( ayat tak boleh balah lol ). Ya ! mungkin lepas update blog nie aq akan melabuhkan tirai. Ngantok yang amat tapi tetap nak update jugak. Nak cuba aktif ber-blogging, itu pon kalau mampu aq lakukan.

Ok2 bab2 melalut ni bagila kat aq, konfem aq lakukan dengan successful ok hehe ! Back to our entry tittle, masa aq tengah mengadap lappy ( keje harian aq ) aq dapat call from marni ajak pergi lepak. Biaselah tempat biasa. ahmad khan. Suddenly masa mereka ambil aq kat rumah mereka tukar plan mahu pergi kampung melayu.

Agak2 pergi tak ?? ( haha tanya soalan bengong an ?? tengok tajuk entry pon dah tahu jawapan kan ? ) Marni meragam, patotla dia sorang pakai seluar pendek hawaii yang lain semua pakai jeans hehe ! Aq pon terpaksa panjat semula tangga rumahku nak bagi si marni pinjam seluar. Sampai di kampung melayu. Owh nie tempatnye, aq pernah pergi sekali kat sini dulu dengan busu. Just kedai je lain tapi abc dia sama jeq kot.

Sedapnya dapat makan abc tadi. Masih terbayang2 abc yang ada aiskrim pas 2 ada cokelat. yummy2 ! Lepas kempunan hehe ! Dapat merasa pon dah cukup sebenarnya. Thanks to marni sebab bawak kami tadi. Tapi agak sedih bila just 5 of us yang join. Bobo takde bersam kami sebab dia kerja kat kl. Minggu ni baru balik. Mish you damn much bobo. Semoga selamat sampai di jaybee ok.. Oryte bantal dah memanggil2 ku. Nak ber-dreaming dulu k. =)


Gambar yang takde kene mengene. Just 5 of us je yang join =(



Saturday, February 6, 2010

Ladies Day..

Hari ini hari yang agak memenatkan. Semalam tah pukul berapa tido dan pagi tadi terpaksa bangun awal sebab ada kelas teori. Tapi aq langsung tak mengantuk taw. Sebab. Sebab. Sebelum pergi kelas tuh aq dah hentam satu cawan kopi hehe ! Memanglah mata amatlah segar bugar. Kelas tadi macam biasa jep tak adalah bosan sangat sebab faci dia ada la buat lawak. Lepas ni ke kelas praktikal plak. Fuh, aq nak belajar kereta ?? Macam tak percaya seyh hehe !

Masa kelas tadi ada jumpa seorang rakan baru budak sentosa. Mula2 tengok dye amat pasti bukan islam. Tetapi setelah berbual2 rupenya seorang islam ok ! Nama dia rachel kalau tak silap aq. Nama islam dia syafika, nice kan ?? Agak comel budaknya. Nice to meet you there. Balik rumah dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Sejak2 ni, cuaca sangatlah panas sangat2. Ikut busu pergi ambil cousin balik dari sekolah, ada hari sukan hari ini. Amatlah tidak percaya yang cousin aq akan menjadi sebegitu gelap akibat duduk berjemur di bawah matahari ( kawad ). Air con dalam kereta macam tidak pasang, begitu panasnya di luar sana. Sebelum balik singgah pergi beli air kelapa, peh mesti lega giler dapat minum kan. =)

Lepas lunch, makcik2 ku ber ' pot pet pot pet ' kata nak pergi butik ariani. Sape tah yang baca paper kata ada jualan lelong. Ha ape lagi semua sibuk bersiap dan dalam pukul 4 kiteorang keluar rumah. Before that pergi ambil kala dekat TI Hotel, makcik aq yang seorang tuh sedang sibuk berkhursus nak jadi seorang usahawan. Wah2 ! nanti dah ada bisnes sendiri jangan lupa ajak aten kerja dengan kala ye hehe ! Ha nie la baru masuk tajuk entry aq kali ini. LADIES DAY ?? sebab yang pergi semua ladies2 sahaja, guys not allowed to follow.

Sampai di destinasi yang dituju. Tampoi~~ sebenarnya aq hanya berniat nak tengok2 sahaja. Tapi disebabkan tak dapat menahan nafsu ( nafsu shoping ok ! ) aq pon sama menarik tudung2 kat situ. Tapi aq memang nak ketawa bila makkcik aq yang seorang nih, yang lain sibuk carik tudung ekin tuh dye just beli tudung bawal jep. Bila kiteorang puji2 cakap lawa2 then dye pon terniat mahu mencuba nya dan ??? hampir 3 pasang kot dia beli. Aq hanya mampu tersenyum ok. Yang busu usah cerita larh pantang kata lawa habis semua dia rembat. Katanya susah nak dapat tudung macamnie nanti. Tak dinafikan tudung ariani ni memang lain. Kain dia pon selesa dipakai dan buat aq pon merembat sama bila aq tengok ' oning ' dia. Chantek !

Sebenarnya aq nak gelakkan diri aq jugak. Yela dulu aq cukup kutuk orang yang pakai tudung macamnie. Tak suke ok ! Aq tak pernah beli dan pakai pon tudung macamni. Tapi akhirnya aq tewas dengan tudung ariani. Mungkin lepas ni boleh beli lagi kot. Kalau tak boleh beli kat tampoi mungkin boleh pergi danga bay. Kat sana ada butik ariani tak silap aq si ekin mawi punya la.


" Berjaya mencuit hatiku untuk memiliki "

" Salah satu tudung yang telah menyebabkan fulus aq melayang "


Ok2 ! dah habis cerita pasal tudung. Sekarang ni aq cukup rindukan kawan2 aq. Lama tak jumpe cik ct aq tuh. Merayap je dia sekarang nie. Yang mengganggur sekarang cuma aq, salma dan oja je. Yang lain sibuk dengan kerja. Bobo pon dah kerja kat kl. Mesti bertambah sibuk kan. Kalau tak ada arah melintang aq pon akan carik kerja kat kl. Insyaallah baru merancang setakat ini. Kepala amatlah kusut tika dan saat ini. Mata pon dah ngantok, mahu pergi ke alam fantasi. hehe ! Goodnyte ! ( ops, salah ! morning.. )


"Miss all of you.. "




Monday, February 1, 2010

Sahabat Sejati..

Bila kita bercherita tentang sahabat dan kawan ni, besar skop nye.. Tapi kowang sedar tak mostly masa kita banyak kita habiskan dan buangkan untuk para sahabat terchenta. Bukan maksud aq family tak penting tapi jiwe kita lebih serasi dengan sahabat kan. Maybe ade beberapa percent yang akan menafikan statement aq nie sebab ada juga yang menjadikan ibu mereka sebagai sahabat mereka. Ya ! tak dapat dinafikan ye.

Tapi tujuan aq post entry kali ni sebenarnye nak meluahkan apa yang pernah berlaku sikit masa dulu. Ya mereka memang boleh dikatakan rapat denganku disebabkan kami pernah jadi classmates. Maybe sampai sekarang mereka masih terguris denganku even mulut menidakkannya. Aq pernah keluar bersama mereka dan satu kejadian yang aq tak rancang pon, kami balik agak lewat. Itupun disebabkan kami menunggu transport untuk balik. Apakan daya naseb tak menyebelahiku apabila family aq amat marah dan memarahi membe2 ku. Memang tidakku sangka. Kowang tahu apa aq rasa time tuh ?? Perasaan marah + geram + sedey semua sudah bercampur2.

Aq terus masuk ke bilik tanda protes ku. Kesian mereka, sedangkan itu salahku tapi mereka plak yang dipersalahkan. Guys im really2 sorry atas kejadian tu. Kalau aq tahu akan berlaku macam tuh memang aq tak balik that night. Aq tetap kena marah kan ?? Aq tahu kowang masih marahkan aq. Mr Y, aq tak tahu kenapa kaw masih nak berkawan dengan aq even kaw tahu aq kan kawan paling teruk pernah kaw ada ?? Maafkan aq. Aq jadi serba salah selepas kejadian itu.

Walau apa pun terjadi aq masih berpegang pada prinsip aq, selagi kita tak buat salah kenapa kita takut nak mengakuinya kan. Aq bukan lah jenis gurl yang liar tapi aq juga mahu luangkan masa bersama kawanku. Bukannya hari2 aq begitu just sekali sekala. Tapi mereka tetap tidak akan memahami aq. Aq sedar aq nie bukanlah anak/cucu yang baik. Takpelah as long as aq kenal siapa diri aq, itu pon dah cukup baik kan.

Kadang2 aq dah takut nak berkawan rapat, yela takut benda yang sama berulang. Kita ni manusia biasa yang tak lari dari buat silap kan. Tapi Allah tetap temukan aq dengan kawan2 aq sekarang. Buat bobo, oja, salma, piah dan marni aq nak minta maaf andai sepanjang kita menjalinkan tali persahabatan ni aq pernah "ter" dengan kowang ker. Aq tak sangka kita akan bersama sebagai sahabat karib. Sungguh ! aq tak percaya. Yela kita semua dari latar belakang yang berbeza tapi kita tetap boleh easy going kan. Aq sayangkan friendship kita dan juga kowang. Hopefully hubungan kita tak akan putus. I always pray for it. Harap2 kowang jugak.

Buat sahabat2 yang rapat denganku, ( Deep DoDo, qila, pza, raihan, faten, saliza, izzatie, itcha, rozaira, farah, zawin, aien, sahza, jojo, ungku, wan, yazid, paan ) mintak maaf kalau ada yang tak sebut, korang semua akan tetap segar dalam ingatan aq sampai bila2. Tanpa korang aq tak kenal erti sebuah persahabatan. Tak kenal erti pengorbanan buat sahabat. Banyak cabaran yang kita lalui bersama. Aq ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi a part of my life dan aq cukup menghargainya.

Akhir sekali, betul kata orang tanpa kawan dan sahabat mungkin life kita tak seperti sekarang kan guys ??? Even aq dah tak ada parents tapi aq masih ada kawan2 yang still anggap aq sebagai kawan. Thanx ya ! Buat meraka yang selalu mengkhianati kawan, tikam kawan dari belakang, ada perasaan hasad dengki sedar lar wahai manusia. Balasan tetap akan diterima bawak2 la bertaubat. Bak kata bobo, what goes around will come around. Rasanya entry kali ni dah macam untuk HARI SAHABAT sedunia dah hehe ! ok lah tu kan =)