Friday, June 3, 2011

Kenangan South Korea Part 1

Assalamualaikum & annyonghaseyooo~

Yuhuuuu~ Entry kali ni dan seterusnya lebih kepada vacation aku ke negara orang. Kan aku dah bagitau awal2 belog ni berkisar tentang kehidupan aku, so aku saja nak sharing apa aku buat masa cuti sem. For your information, aku memang sangat2 teringin nak pergi korea. Dan alhamdulillah aku telah pun menjejakkan kaki aku ke sana. Cool beb~

Memang aku pergi dengan family. Tapi flight aku dengan flight dorang tak sama. So aku terpaksa independent sendiri. Dan semuanya baik2 saja. Lepas ni bolehlah pergi obersea by my own. Hehe. Siapa nak ikut ?? Jum kita pergi booking tiket. Korang treat flight ticket aku lah ea ?? heee~

Tiba saat landing di incheon airport, rasa sungguh excited. Apetah lagi ada yang sedang menantiku di pintu ketibaan. Hari pertama takde aktiviti pun sebab aku sorang je yang baru sampai. Yang lain the next day baru sampai. Untuk pengetahuan jugak, pengangkutan awam ni perkara biasa kat sana. Apa2 orang lebih senang menggunakan public transport. So nak balik ke rumah uncle aku cuma naik train and bus je. Cool kan ?? Ayah and ibu yang fetch aku, so dorang bawaklah atierah and isha sekali. Omjayyyyyy~ isha sangat lah active, siap landing kat dalam train tu. Bukan landing kat atas kerusi tau but on the floor. Haiyaaaa ini budak~


Alhamdulillah, semuanya selamat sampai dalam pukul 8 ke 9 am waktu sana. Aku pun baru bangun masa tu. Tu pun nenek dah bising suruh pergi mandi. Sebab atok aku panggil aku jerman 3. Mandi lama haha~ Tapi tak boleh kalahkan jerman 1 & 2, tak lain tak bukan kazen2 aku lorh~ Second day aku kat sana, dalam kepala dah fikir nak pergi tempat yang cantik2. Ke mana pun nak pergi, kiteorang akan naik subway from digital media city station. Hari2 naik subway dah boleh hafal setiap station dya.



First destination nak ke namdaemun. Kat situ sebijik macam petaling street tapi berganda2 lagi besar lah. Siyesly korang boleh sesat kat situ. Tujuan utama nak mengejar kedai brooch yang tutup awal. Last2 masa sampai kedai tu, semua dah tutup. Apakan daya, dahla susah nak carik sebab kat namdaemun ni dorang guna gate. Rate kat korea nih memang tinggi. Lebih kurang tiga kali ganda dari duit kita tau. So duduk lama2 kat sini boleh menyebabkan kepala jadi botak haha~







Urmm disebabkan kedai brooch kat nam dae mun tutup, kiteorang berhajat nak datang lagi nanti. So dekat area2 situ ada satu shopping mall yang agak gah, kalau korang pernah pergi korea mesti pernah dengar Shinsegae. Bagi aku mall tu macam sogo je. Tapi agak ada class lah. Tak rasa nak beli apa pun kat situ, baik shopping kat sogo kot hehe.


Dah puas snap sana sini kiteorang teruskan perjalanan tanpa tour guide ke itaewon. Rasanya masa lalu kat tengah bandar seoul tuh ternampak namsan tower. Tapi sampai last day tak dapat pergi sebab nenek dengan atok tak larat nak naik. Ayah cakap kena naik bukit kat situ. Terlepas nak pergi namsan tower huhu~ Okay lah tujuan nak pergi itaewon ni sebab nak pergi masjid kat situ. Area2 situ lebih kurang halal area lah. Jumpa ramai student malaysia kat situ. Ada tu borak2 dorang dah final year dah. Mesti best kan dorang study kat situ huuu~







Lama jugak kiteorang kat masjid di itaewon. Semua muka dah kepenatan plus kelaparan. Sebelum balik tu kiteorang singgah kedai kebab ( itu je kedai yang kiteorang jumpa halal ) sebab semua dah kebulur. Then, barulah balik rumah. Nanti sambung cerita the next day plak eh. Dah ngantuk nih, esok nak attend majlis tunang bestfriend. Tak sabau plak rasanye nak tengok dya. Gamsahamnidaaaa~ ^_^



Friday, May 27, 2011

Apa Khabar Jodohku?

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

- Artikel iluvislam.com




Wednesday, May 25, 2011

Sayonara sem 2 ~!!!

Assalamualaikum~

Korang apa khabar ?? Rindunyaaa nak ber-blogging. At last dapat jugak aku menulis bukan kerana nama ni. heee~ Macamane dengan sem break korang ?? Everything's oke ?? Aku ?? Alhamdulillah, bersyukur sangat2 apa yang di idam2kan termakbul~ Thanks Allah kerana masih memberi ruang untuk aku bernafas pada hari ini.

Tapi harini aku just nak pick randomly activity sepanjang sem 2 aku di UiTM kampus bandaraya ni.

  • Trip Marketing, Rengit, Johor.
Trip yang bagi aku takdelah memberi input sangat. Lebih kepada having fun on that day. Better ada dari tak ada langsung kan. At least adalah jugak markah untuk kami ni. Actually, ni bukan lah perancangan awal kami, tapi disebabkan tiada back up plan, last2 macamni lah jadinya. Takpe,, belajar dari pengalaman oke ?? Balik dari trip tu, kiteorang buat surprised birthday untuk azhar & dyra. Memang terbaik wok kena baling dengan tepung. Nasib baiklah tak bawak telur masa tuh. Kalau tak mesti lagi harummmm bau korang sepanjang perjalanan balik tuh. Weeeeeeeeee~


Muka kena baling tepung~

Azhar food pun azhar food lahhhhh~

Cuci mata di air itam~

Orang lain pun kena tempiasnyaaa~

Bagus, birthday girl pun kenakan birthday boy~

Having fun ryte ??~

  • Dinner Koko, UiTM Jb.
Ni plak al-kisah dinner koko untuk sem 2 ni. Dinner koko ni dibuat untuk menghargai senior2 part 3. Tapi malam tu ada satu kisah yang mungkin aku dah lupakan. Maleh nak ingat lagi. Tapi aku pernah buat satu entry pasal malam tu. Dont check it out~ haha


Bertemakan batik~

weeee~ ^_^

Senior part 3~

Meh sini betulkan rambut tuhhh~

  • Lecturer's wedding, Ulu Tiram, Jb.
Masa ni aku attended satu wedding di ulu tiram which is my lecturer's wedding. Tema dya hitam merah wei. Memukau setiap mata yang memandang. Just hadir nak tengok betapa cantiknya dya pada hari tu, Cehhhhh tipoo ni padahal nak makan free hehe~ Congrates ustazah shahida with her husband =)

Sedang makan beradab~

Here we are~

Congrates yee~

  • Dinner MBA, UiTM Jb.
Waluuu2~ Malam nih adalah malam MBA yang ditunggu2 bagi menghargai senior part6. Sebelah siangnya ada motivasi MBA macam tu lah. Alhamdulillah walaupun ada kekurangan pada malam tuh, tapi secara kasarnya nampak macam berjalan lancar. Tahniah pada yang dah berjaya buat event pada sebelah siang dan malam. Korang memang the best lah. Jum habiskan masa dengan pict2 yang cumel2 belaka nih~ heeeeee

Lecturer yang sudi hadir~

Pembukaan yang memukauuuuu~

Pembukaan yang aweeeesomeee~

Arabicccc theme~

With my bestie~

Rock2 check2~

Ozil & wan~

They are rock bebeh, my classmates~

My classmates~

  • Photo shoot, Istana garden, Jb.
Before final, sempat lagi merayap ke istana garden. Tujuannya saja nak bershoot2 di sana. Nice view wei kat sana. Actually aku tak pernah pergi pun before this, ada jugak orang cakap tempat orang berdating bagai kat situ. Ada orang panggil taman bunga. Banyak lah kata orang tentang tempat tu. Kalau nak tau kecantikan tempat tu boleh pergi sendiri oke???

Menikmati air sungai yang jernih~

heeee~

Di mana2 sahaja~

Khas dari kami berlima~ Yehuuuuu~

Watch outtttttttt~

Nota kaki : Sudah berakhir sem kali ni. Looking for the next sem. Apa ye rintangan untuk sem yang akan datang ?? Moga2 Allah sentiasa bersama aku, memberi aku petunjuk andai aku terleka. Result pun dah keluar, Alhamdulillah aku bersyukur walaupun bagi aku itu belum cukup terbaik. Akan terus berusaha untuk dapatkan yang lagi better. Allah takkan memberi kalau kita tak berusaha kan ?? Yaaaa~ Itu yang pasti. Thanks for reading yeee~ Daaaaaaaaaaaa ^_^



Wednesday, May 11, 2011

JUSCO tebrau & permas jaya

Assalamualaikum~

Nampak gaya macam tak sempat nak update pasal event tuh. Kejap lagi dah nak gerak tapi masih sempat updated belog. Jadilah last entry before berangkat. Lepas ni tinggallah seminggu dua belog ni menyepi. Apesal ayat aku macam tunggang langgang ek ?? HAHA. Never mind, just proceed lah eh ??

Entry kali ni banyak picture lah kot. Sempat merayap pergi jusco tebrau dengan jusco permas yang dah macam kedai runcit aku buat. HAHA. Semestinyaaa bersama orang2 yang tersayang, just check it out~

Jarang berpakaian putih nih~

Koleksi2 kuhhhh~

Semalam plak, sempat merayap dengan oja dan sha. Menghabiskan masa terluang katakan. Dan mereka layan saya makan kat sushi king. Padahal dah makan dengan oja hari tuh. Bdw, ada jugak makan nasi tapi maleh nak upload pict~ Mak aihh lepas ni aku takde, tak boleh join korang dah. Cettt dorang nak pergi tengok kongsi. Sampai hatiiiii kan tinggalkan aku ?? HAHA. so kayyy~ Selamat bergembira okay ??? Doakan aku selamat pergi dan kembali sudah cukup memadai. =)

Tokayaki~ is it ??? Sangat sedappppppp~

Apa ni sha ??? Boleh tahan jugak~

Sushi crab, menjadi pilihan~

Oppppss~ Yang ni tersalah pilih, ada telur ikan kat atas yang kaler oren tuhh~

Saya sayanggg mereka~

Cumel kannn ?

Tapiiiiiiii.. Ini lagi cumellll~ Buy for me pleaseeee~ =/

Nokaki : Boboi everyone ~~ Doakan semuanya okay yee ?? ^_^