Friday, September 30, 2011

dia SAHABAT

Sahabat,
Jangan terlalu mengagumi ketabahanku
Kelak aku akan terjatuh juga
Bawalah aku bersama ketabahan itu
Supaya impian menjadi nyata

Sahabat,
Walau kita baru bersua
Banyak ilmu yang telah engkau kongsi bersama
Kata-katamu pengubat jiwa yang luka
Akan tersemat buat selamanya

Sahabat,
Tidak berniat di hati ini
Untuk menakluki hatimu yang telah dimiliki
Cukuplah sekadar menjadi peneman diri
Sahabat selamanya itu yang pasti

Terima kasih atas nasihat
Terima kasih atas segalanya
Walau berat bebanan di atas bahumu
Masih sempat menjenguk diriku
Aku turut mengagumimu
Sebagaimana orang lain mengagumimu
Kau insan yang bertanggungjawab
Kau insan yang cukup matang
Terima kasih sahabat =')

Sahabat..
Di kala kau berada di negeri dan negara orang
Sahabatmu ini turut mendoakan keselamatanmu
Semoga kau selamat pergi dan kembali
Pergimu untuk meneruskan cita-cita anak bangsa
Im impressed too
Take care sahabat =')





Thursday, September 29, 2011

Andai masa boleh diputar kembali

Sayang,
Kehilangan itu sungguh menyakitkan bukan ?
Sakit yang tiada penghujungnya
Bila-bila lagi kehilangan orang yang begitu bermakna dalam hidup kita
Yang mendengar setiap keluhan kita, jatuh bangun kita
Tipu andai diri ini tak merindui semua itu

Sayang,
Andai dapat ku undur putaran dunia
Pasti akanku abadikan segala kenangan manis bersama mereka
Sebagaimana kalian semua melakukannya
Tipu andai diri ini tak mencemburuinya
Biar lah tersimpan jauh dilubuk hati ini

Sayang,
Kehilangan cinta itu adalah lumrah kehidupan
Pasti belum temui yang sesuai denganmu
Bersabarlah..
Pasti kau akan terima ganjaran atas kesabaran itu
Pasti akan hadir seseorang yang akan mencuri hatimu

Sayang,
Senyuman itu hanya luaran
Yang mampu memberi 1001 andaian
Senyumlah semampu yang boleh
Andai itu dapat menggembirakan hati mereka

Kita tak mampu nak menggembirakan hati semua orang
Apepun kita kena kuatkan diri kita walau apepun yang terjadi

FATIN NADZIRAH MOHD RAMLAN,
YOU JUST HAVE TO LIVE YOUR LIFE
NOT CARING WHAT THEY THINK
AND SHAKE OFF THE DRAMA
AND PROVE TO THEM THAT YOU'RE BETTER
THAN THEY THINK YOU ARE ~ =)




Thursday, August 18, 2011

21 ?? Tua sangat kah ?? ^_^

Assalamualaikum~

Harini genap sudah usiaku 21 tahun 5 hari. Kalaulah 21 tahun yang lalu, aku baru berusia 5 hari. Masih dibawah ketiak ibu lagi. Arggghhh merindui waktu itu even bukan aku ingat pun kan. Kembalilah ke alam nyata dan realiti, usia semakin hari semakin tahun semakin bertambah. Semakin dan semakin dan semakin haha~

Banyak wishes yang aku terima and aku hargai sangat100x. Woowww~ Dari teman lama, teman baru, family, my dearest friends, adek2 tersayang, tak terucap lah terima kasih aku ni. And and and paling aku hargai teman baik aku dari sekolah menengah, message aku dari china just wanna said happy birthday to me. Tak mampu lah nak reply balik sebab number from obersea kan. By the way, aten nak cakap terima kasih sangat2 sebab ingat kat aten ^_^

On that day jugak, hangout with my besties. Tak kira dorang kena keluar dengan aku jugak, sebab hari tu birthday aku. Boleh tak nak cakap macam tuh ?? heee~ Hari tu kiteorang just hangout pergi angsana, then ke istana garden. Dan berbuka puasa di D'terrace. Memang full betul perut hari tu. Thanx tau korang~

Urmmm ada satu message yang aku ingat lagi. From my aunty. Dya cakap lebih kurang macam nih, umur 21 dah dapat kunci kebebasan. Kira maksud dya, dya dah suruh aku kawen. Kenapa lah macek2 dah suruh aku kawen. Dah tak sayang kat aku lagi ker ? sobsob hehe eh2 sekadar gurauan okay. Aku tau macek2 aku sayang kat aku kan. Pandai betul dorang ni bergurau. Nevermind andai kata jodoh aku awal, aku akan terus proceed okay ? Tapi bagi aku sedikit lagi ruang dan waktu untuk aku habiskan study dulu.. Aku tahu nenek aku menunggu saat tuh. Sabar okay ?? ^_^

Apa harapan aku setelah mencapai usia 21 tahun ni, aku nak jadi orang yang berguna. Of course lah berguna, ye dak ?? Aku nak buang semua attitude2 buruk aku masa zaman2 gelap dulu. Aku nak jadi aten yang baru. Aten yang dah lupakan semua kisah silam hidup dya. Aten yang ada semangat baru. Jangan bawa lagi aku ke zaman yang penuh kegelapan tu. Aku dah buang jauh semua tu. Perubahan aku bukanlah secara mendadak sebab manusia tak perfect kan ? Pasti ada cacat cela serba sedikit. Hopefully, apa yang aku azamkan akan menjadi realiti. Amin~

Before menutup tirai untuk entry kali ini, aku nak ucap jutaan terima kasih kat FATIN NAIMAH NASIR for the pink cake yang cute, comey loteh tuh. Memang terkejut giler tibe2 lampu bilik terpadam and she came in with the pink cake. Really love it darl. Ily so muchhhhh =)

Notakaki : Terima kasih jugak kat korang2 yang panggil aku orang tua kan. Aku tak kecik hati pun, teruskan niat murni anda sebab anda pun semakin hari semakin tua jugak kan ?? ;D







Saturday, August 6, 2011

Masih diberi kesempatan~

Assalamualaikum~

Alhamdulillah baru balik dari melawat rumah ibu. Tempat ibu dah bersih. Dua tiang putih pun sudah dibersihkan. Sekalung doa juga telah disampaikan. Mudah-mudahan ibu tenang di sana. Harini rasa tenang sangat. Busu bercerita tentang seminar yang dya hadiri minggu lepas. Banyak betul pengalaman yang busu kongsi pagi ni. Membuatkan spiritual aku naik mendadak. Harap2 berkekalan hendaknya.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan ? Ya, aku percaya seratus peratus. Kenapa aku jadi macamni pada harini mungkin disebabkan masa lalu. Orang kata kita tak perlu lah nak toleh kebelakang lagi. Yang lepas tu tetap lepas. Kita tak ada kuasa nak mengembalikan masa lalu.

Apa yang aku mampu cakap, aku kena jadi orang yang positif. Mungkin dah banyak sangat iron2 negatif dalam badan aku ni. Aku kena buang semua tu. Betul kata busu, mungkin kita perlukan duit untuk terus hidup, nak jadi kaya raya. Tapi kalau spiritual dalam diri kita tak ada, apa kita dapat ?? Kita cuma ibarat tin kosong yang tiada value kan.

Busu ada kongsi pasal doa dhuha yang menyebabkan aku tertarik nak memahami setiap potongan ayat dalam doa tersebut. Aku akui banyak input yang meresap dalam jiwa aku pagi ni. Terima kasih busu atas nasihat dan motivasi yang diberikan. Terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu hidayahMu untukku =')





Tuesday, August 2, 2011

Gathering JB blogger ^_^

Assalamualaikum~



Harini dah hari kedua berpuasa.. Macamane you guys punya puasa ? Everything's okay ?? Hopefully semuanya baik2 sahaja ya. Sehari sebelum puasa hari tu aku join gathering johor blogger kat starhill. Sebenarnya aku tak plan pun nak pergi tapi atas pujuk rayu oja aku pergi jugak hee~ Dan aku berpendapat tak rugi rasanya aku pergi haritu. Bukan sebab apa, aku tak join pun lagi johor blogger masa tuh, so memang aku tak kenal lah kan depa2 semua.

Dapat aku simpulkan, blogger2 jb nih memang sporting habis. Even blogger2 lelaki ada yang malu2 kucing tapi tu semua benda kecik je. Ikutkan aku lagi malu kot sebab aku bukan ahli pun masa haritu tapi buat2 macam tak malu sudah haha~ Lagilah dari atas sampai bawah aku main hentam je pakai apa aku suka sebab barang2 aku banyak tertinggal kat kampus.

Aktiviti hari tu lebih kepada aktiviti riadah a.k.a santai lah senang cerita. Apa ada kat starhill tu kalau tak kolam renang kan. Tapi tak mandi pun. Just lepak2 je kat tepi2 tuh dengan blogger2 lain. Sorry lah korang kalau muka aku nih ada macam langsi sikit. Ekceli aku ni peramah plus terjal sikit. Betullah kata abang mail dengan si putih tuh haha~ Diam2 aku sebab tak kenal orang tapi aku universal orangnya ;)

Petang tu after mandi2 plus snap picture yang nyebabkan topan garu kepala nak upload sebab banyak sangat, topan and kak mia buat icebreaking. Urmm banyak info yang kiteorang dapat daripada otai2 blogger nih. Thanks lah korang sudi berkongsi input2 pasal blogging nih ye. Urmm lepas sesi icebreaking tuh, kiteorang pergi mengisi perut yang sedari pagi lagi belum diisi. Lepak makan kat setia tropika bersama blogger2. Ada yang dah balik lepas icebreaking tuh. Masa lepak makan nih best sebab abang mail berkongsi banyak cerita dengan kiteorang.

Usai membuncitkan perut, maka berakhirlah sesi gathering bersama blogger2 jb nih. Hopefully lepas nih ada event yang lagi gempaq kan. Thanks to kak mia, abang mail, taufan bin ribut, siti rozalia, azeera ahmad, siti zaleha, Cika mia, kiera the monster, zulfahmi, putih, dosh, nas & ewan rani ~