Thursday, June 3, 2010

Frusted !!

Wah sedar tak sedar dah masuk bulan june ek ?? Dan sedar tak sedar jugak dah sebulan aku tak meng-hupdate blog aku nih. Banyak cerita aku nak kongsi tapi feel nak menulis tuh asyik tak ada jep tuh sampai bersarang2 dah blog aku nih. Kalau tak sebab rasa keciwa yang amat pasal semalam belum tentu aku jadi rajin macam hari ni kan. Ada hikmah nih ;)

Semalam hari rabu !! So decided nak tengok movie sebab murah kan. Tengok citer Prince of Persia. Pagi tuh aku dengan salma pergi bank dulu sebab nak hupdate buku aku. Aku rasa macam dah kenal mostly orang2 yang keje kat bank tuh tau. Sebab everytime ada orang bank baru yang hupdate buku aku mesti korek pasal itu ini. Haishhh.

Lepas jelajah bank tuh, jalanlah nak tunggu bas dan aku nampak dah ada bus tak jauh dari situ. Kami pun berlari la naik jejantas ( pehh,, kena naik sebab ada jpj lak time tuh ) dengan berlari macam ape tah sebab cuaca dah nak hujan lak masa tuh. Nasib baik lah sempat naik, kalau tak memang membara jela kan haha

Aku kalau nak tengok movie kat CS nih, aku suka gerak awal. Sebab hari rabu sebelah petang mesti ramai yang berpusu-pusu plus dengan budak2 sekolah yang berkeliaran kan. Fuhh penin woo. Lepas dah beli tiket movie kiteorang pergi carik SUSHI KING. Nasib baik jugaklah ada kat mall tuh. Yang aku geram everytime aku order makanan selain sushi mesti tak sedap tau. Hari tuh aku order mee dye pehh cukup tak sedap. Ni order nasi pun salah pilih lagi. Takpe2 nanti aku datang lagi cuba yang lain plak. Makan sushi nih memang buat aku kenyang yela berunsurkan nasi jugak kan.


Komen tentang movie nih ?? Cukup syokk woo. Betul aku tak tipu mula2 memang aku tak nak tengok tau. Tengok macam tak best je. Tapi aku nih sebenarnya tak kisah semua jenis movie aku tengok. So try la tengok kan, siyes aku cakap memang gempak citer nih. Kalau tak percaya jugak aku tak paksa korang boleh pergi tengok sendiri ok ??! Then bagitahu aku best ke tak haha

After that kiteorang jalan2 la pusing satu cs tuh. Kiteorang berhenti lama kat satu kedai beg nih. Dok pusing2 tengok beg, rasa macam nak beli then rasa macam tak nak beli plak. So then ajaklah salma blah dari situ. Masa aku pusing belakang kan aku perasan ada orang ambil gambar kat area situ memang tak jauh dari tempat aku berdiri. Eh siapa lah yang snap pict kat tengah2 jalan tuh an ?? Sekali aku tengok macam kenal,, owh adira af8. Tak berapa excited pun masa tuh, then belakang adira ada maulana. Aksi spontan aku boleh lambai say hi to him. Salma cakap aku macam tegur kawan lama lak haha Tak excited jugak bila tengok maulana tapiii after that aku tengok ada orang dok menjenguk ke kiteorang lepas mau balas hi aku tuh dan itu shahir !! Tuk pengetahuan korang aku memang minat shahir. So bila dah face to face even bukan depan2 tapi dah buat aku kelu tak berkata kelu jugak segala tindak tanduk aku. Dari niat nak pergi kat dorang tu kan tibe2 aku rasa kaki aku macam kena gam bila shahir pandang kat kiteorang.

Tindakan aku masa tuh ?? Mesti korang ingat aku berlari ke arah dorang kan,, snap pict dorang ambil autograph dorang haha Tapi semua tuh tak berlaku sebab akibat terjumpa shahir aku jadi macam orang apetah. Kiteorang terus blah dari situ. Lepas tuh baru rasa nyesal sangat2. Carik dorang balik tapi tak jumpe. Hampa woo. Sampai malam tadi aku asyik ulang lagu dye jep. Rasa rugi tol tak pergi kat dorang sedangkan waktu tuh dye free giler takde peminat langsung serbu mamat tuh. Balik dengan rasa seribu penyesalan. Malam tadi jugak aku dok add maulana.

Ingatkan dye tak approve aku dan tadi dye approve aku as friend dye. Hepy gek time tuh and aku pun pm lah dye luahkan ape yang terjadi semalam. Then dye balas " ok2..no probs...nnt mau smpaikn salam utk shahir k.hhehee " Thanks ye mau tolong sampaikan pada shahir. Takde rezki nak jumpe you all semalam. Next time ada rezki jumpe lah lagi ye.. =_=

Memang cukup2 frust semalam ok ! tapi hari ni dah ok sikit. To shahir,, aku memang minat kaw la wei.. Good luck la ye dalam industri nih, dan teruskan perjuangan kaw dan jangan lupa daratan sudah lah ye. Aku suka style kaw yang sekarang, keep it up bro ! Pict2 nih aku ciplak dari orang, siapa tah aku pun dah tak ingat.. Pinjam gambar ye bang / kak ;)

Aku rasa dorang pg tempat lain dulu before g cs sebab aku jumpa depa masa depa pakai baju nih..

Che ahmad hoi.. hoi.. hoi

Ensem kan dye masa nih.. Kat singapore wat trek selebriti ;)

Kesian.. budak tuh jadi mangsa buli depa..

Menjayakan trek selebriti bersama aril..

Sedapkan hati.. depa nih takde pape ok ??



Sunday, May 2, 2010

Ingat MATI menenangkan jiwa



Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah.

Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala.

Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan.

Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti.

Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja.

Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.



Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:

1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.

2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.

3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.

4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.



Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”. Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.


Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya.

Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata: Lihatlah penguasa-penguasa dunia, Sibuk mengumpul kemewahan segalanya, Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan? Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat.

Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.




Ana Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.





Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"



Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.




"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"




Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.




Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...




Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.




"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
"sesungguhnya Allah maha adil..

Notakaki : Hasil nurkilan rakan blog~



Thursday, April 29, 2010

Berjalan Lancar

Semalam aktiviti aku cukup menarik. JPJ test hehe Korang tahu apa aku rasa dari hari sebelumnye?? Memang cukup cuak plus segala2nye larh. Mungkin bagi orang yang pernah lalui akan rasa macam apa yang aku cakap nih. Bukan selalu dapat rasa macam gnie kan ?? Tapi semalam aku still tido lena sampai pukul berapa aku bangun tah.

2 hari sebelum tuh aku ada latihan tambahan selama 3 jam. Jom aku cerita serba sedikit pasal pakej yang aku ambil kat IMBR nih. Dekat IMBR nih terdapat 2 pakej yang boleh korang ikuti. Pertama, biaselah pakej kancil dan satu lagi pakej myvi. Pendapat aku tentang pakej yang aku ambil nih secara personal lah ye, aku amat berpuas hati even harga dye mahal sikit dari biase. Cuma yang aku tak puas hati pasal nak booking dye, peh padat giler jadual dye mak cakap. Buku booking depa sentiase penuh,, memang kaya IMBR nih weyh.

Owh dok sebut IMBR2 banyak kali, apa tu erk ?? IMBR tu adalah singkatan kepada Institut Memandu Bunga Raya lah. Alah yang aku dok sibuk pot pet pot pet nih. Teringat waktu mula2 datang situ nak daftar around bulan februari hari tuh dan sekarang semuenya dah settle dah. Syukur alhamdulillah. Macam tak percaya pun ada bila aku dah lulus ujian JPJ. Sungguh ! aku tak percaya. Sebab aku ingatkan percubaan pertama aku pasti gagal. Tapi atas berkat doa yang tidak putus2 sepanjang ujian aku berjaya jugak.

Aduh, banyak dah aku melencong rupenya, niat asal aku dari tadi nak cerita tentang kelebihan pakej yang aku ambil tuh hehe Maafkan hamba ya. Ok2, antara2 lah ye depa akan ambil dan hantar u oll tapi untuk masa latihan dan masa test jpj lah ye. Memang depa ambil on time, terbaik wok ! Apa yang aku dapat info pelajar group myvi ini akan diberi pembelajaran lebih detail tapi bukan bermaksud group kancil tak detail tapi lebih padat sikit. Selain tuh depa akan suruh u oll memandu sendiri masa ambil dan hantar u oll. Care beb ! Lagik ?? In case kalau u oll gagal masa test jpj u oll dah tak payah bayar lagi untuk next booking latihan dan test jpj, kira belajar sampai lulus laa. Ha yang ini u oll diam2 eh ?? cikgu aku cakap bagi group myvi pegawai jpj dye dipilih antara yang terbaik dan masa aku test memang pegawai dye cukup2 ok. Tapi tak tahu lah apa yang cikgu cakap tu betul ke tidak. hahaha Tu jelah yang aku ingat setakat nih nanti ada lagi yang tertinggal aku hupdate ok ?

Pengalaman aku during test tuh oklah, tak ada bad things happened. Mula2 agak cuak sebab first candidate dah failed tang bukit. Untuk makluman, hari tuh just 6 calon myvi je yang test yang lain semua calon kancil. Masa kena tang aku dekat parking aku ade sedikit masalah. Aku pelik kenapa aku masuk parking tak macam selalu. 2 3 kali jugak aku keluar masuk nak betulkan posisi kereta dan alhamdulillah ngam2 choi wa cakap lu. Rupenya box parking 2 untuk kancil daa ingat body myvi dengan kancil sama ker ?? Then dah selesai aku pergi ke pondok jpj depa dok tanya kenapelah ang dok lama sangat kat parking tu dik non ?? haha aku ingat depa dah nak gagalkan aku tapi tidak. Masa dok tunggu depa dok cop2 sibuk tanya makayah aku kerja ape. Mula2 ingat malas nak jawab la nanti kang dye kasi gagal mampus aku. Dan aku pun mula la beramah mesra dengan pakcik2 tuh ( pakcik la kutt ). Dan belanjutan nak buat anak angkat dan adik angkat plak pakcik nih. Terus aku mendiamkan diri, dah sign borang tuh aku terus chaw, takut den hehehe

Part tuh dah selesai dan masa test jalan raya plak tak ada masalah sangat just lepas turun susur plentong tuh ada kereta rosak. Aku berhenti dekat situ dan bila nak jalan balik kereta terundur sikit ha amek kaw kena hon dengan kereta belakang. Yang kaw dok dekat dengan aku kenapa dah tau aku still L kan ? Masalah tul kan dengan orang2 gtuh. Tapi yang paling penting nasib baik abang jpj tuh suruh teruskan cepat. Dalam hati bersyukur sangat, TERIMA KASIH ye abang jpj. Dan aku kembali ke IMBR dengan selamat. Lepas tuh duduk berbual2 dengan rakan myvi yang lain sementara tunggu cikgu yasin nak hantar kami semua balik. Seronok berbual sampai tak perasan cikgu dah lama tunggu kiteorang. Sorry ye cikgu.

Lepas nih aku akan rindukan semua kenangan dari mula aku daftar sampailah aku dah lulus jpj. Belajar dengan cikgu yasin sangat best. One more thing masa nak isi borang P kat pejabat abang shahril suruh aku vote cikgu mana yang aku rasa terbaik dengan cara masukkan bola yang depa bagi kat lubang2 nama cikgu yang telah disediakan. Mesti korang dah tau kan cikgu siapa yang aku vote ?? Aku ada 2 pilihan whether yasin atau zaid. Tapi for me cikgu yasin is better laa. And i voted for him. Thanks a lot ya cikgu. Dan untuk pengetahuan korang pict2 yang aku sertakan nih di captured oleh him. Credit to him.


"Masuk tak nih cikgu ?? "

Ok abang jpj saya dah angkat tangan. Lulus ya ??

Pernah laggar tiang no 2 kat belakang tuh. Siyes tak perasan gler haha

Aku paling takut wat yang ini tapi at last berjaya,, yepiii !

Peace yo ! Lupe nak edit pict nih lak..

Kenangan bersama JKV 3730



Wednesday, April 21, 2010

Surat Adam Untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……



SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….


Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum
bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulahhijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!





Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....


Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?


Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....



Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Notakaki : Tersentak seketika bila aku baca warkah ini. Banyak lagi yang perlu aku dalami tentang agama aku sendiri. Moga hidayah terbuka lagi untukku. Amin !