Thursday, November 17, 2011

Nur Alya Arissa

Assalamualaikum~

Arissa ! New baby born yang baru dua minggu ! Cumel sangat !
Baru balik dari keyel last week tengok arissa
Kalau semua orang panggil dak kecik ni alya but maklong nak panggil arissa jugak
Maklong suka nama tu sweet macam arissa sayang !
Kalau maklong jumpe arissa lagi sekali
Mesti arissa dah bukak mata dah kenal semua orang dah kenal maklong jugak hee~
Nanti dah besar jadi orang yang penyabar okeh
Jadi orang yang tabah
Arissa kena kuat & jangan mudah putus asa
Nanti dah besar arissa mesti chantek macam mama
Jadi anak yang baik ye sayang ?
Maklong akan doakan arissa selalu ;)
Unfortunately tak dapat jumpe si kembar :(
Masa nak balik tu dapat tahu si kembar kena tahan ward
Kena sakit mulut kaki tangan, yela kut..
Kesian kat si kembar, get well soon ye cheman & amani
Si kembar yang dah nak masuk 2 years
Makin aktif & ligat
Ada masa kita jumpe lagi okay ?


Nur Alya Arissa Mohd Aziff

Nur Alyaa Amani & Muhammad Aliff Aiman Mohd Asraff



Monday, October 10, 2011

Kenangan 4 FATIN

Assalamualaikum~

Syukur alhamdulillah final telah pun berakhir. So berakhirlah juga al kisah semester kali ni. Walaupun tak colourful macam 2 sem yang lepas tapi segalanya berjalan baik2 sahaja. Entry kali ni aku nak share pasal 4 kuntum ' FATIN ' yang ada dalam dorm we all. Banyak benda yang we all share sepanjang sem nih. 3 FN & 1 FS.

Mula rapat with saadah & naimah start sem lepas. Pejam celik dah hampir setahun kan. Lagi2 saadah yang last sem duduk sebelah katil aku. Banyak kenal ragam aku ngada2 aku HAHA ! So sem ni dya ambil keputusan duduk depan katil aku plak ;) Sorry saadah kalau pernah buat u terkuciwa dengan perangai i yang kadang2 boleh buat u gile! Heeee~ Naimah si kecik comel yang sombong sem lepas. Haaa amek kau kena sebijik ! ;p Takdelah naimah gurau2 di petang hari okay ? Kita kan adek beradek. U kakak i adek HAHA ! Kite kongsi cerita yang kadang2 buat dorm banjir kadang2 jugak buat dorm bergegar dengan gelak tawa FATIN sekalian.

Nak cerita pasal anak pakcik ramlan ni kena baca selawat banyak2. Sebab selalu tersasul panggil nama ayah dya dari panggil nama dya hee~ Nama ayah kau macam lagi glemer wei dari nama kau HAHA! Ruginye kau tak sama dorm dengan kami bertiga sem lepas. Siapa suruh kau pindah dorm sebelah hehe Tapi sem ni banyak suka duka dikongsi kan. Bila ingat balik kerja BUANGTEBIAT kau pagi2 buta tuh buat aku nak ketawa guling2 tau tak ! Konon adab belajar lah sangat. Ketawa pagi2 buta dalam dorm. Meraban lebih dari study kan. Kesian kat bibah jadi mangsa kita. Walaupun aku yang start dulu tapi aku tengok korang yang lebih2 eh kacau dya. Kesian kat dya HEHE Aku rasa budak2 dalam dorm tu taubat tau dapat kita dalam dorm tuh HAHA!

Actually banyak lagi kalau nak cerita memang 7 hari 7 malam belum tentu habis. Cantuman fatin2 yang bila orang masuk bilik nak cari fatin mesti kena sebut FULLNAME ! Kalau nak panggil dari jauh kena sebut FULLNAME ! Kelakar bila refresh balik masa awal2 sem dulu ;) By the way, mungkin ada yang akan duduk luar sem depan ( takmo sebut nama ) HEHE Jangan lupakan kami semua tau. Ingat kami dalam doamu. Semoga kita bertemu lagi & hopefully relationship ini akan kekal FOREVER ! I know i'm gonna miss you guys~

I LOVE YOU =')

Fatin Nazihah Ruslin ( FN )

Fatin Naimah Abd Nasir ( FN )

Fatin Nadzirah Mohd Ramlan (FN )

Fatin Saadah Mohamed Khalid ( FS )



Wednesday, October 5, 2011

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?



Kerana wanita itu unik
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah
Aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman
Walau disakiti "orang" yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru..

WANITA ITU ISTIMEWA =)

Notakaki : Sharing is caring kannn ?? ^_^



Saturday, October 1, 2011

Craving for Tutti Frutti & Subway

Assalamualaikum~

Haaaa ambek kau sekali keluar tajuk entry kali ni
Tak mahu menagih simpati
Just nak membuat luahan hati
Tentang nafsu yang semakin menjadi-jadi
Takdelah 2 3 hari ni
Tekak teringin nak makan 2 benda ni
Tapiiiiiiii
Yang pasti
Tutti Frutti sudah berjaya dimiliki
Sebentar tadi
Hahahaha

Apa seyh aku merepek ni. haha. Okaylah just nak share makanan yang semakin menjadi favourite rakyat malaysia ni. Tah tibe2 gediksantai plak nak makan. Actually nak cakap winduuuuu kat tutti frutti. Lama dah tak menonjolkan diri. Okay stop2. Dah start nak merepek balik dah ngeee~



Tapiiiiiiiiiii
Hanya Tutti Frutti yang berjaya dimiliki
Subway tunggu di kemudian hari !
Hehehehehe





Friday, September 30, 2011

dia SAHABAT

Sahabat,
Jangan terlalu mengagumi ketabahanku
Kelak aku akan terjatuh juga
Bawalah aku bersama ketabahan itu
Supaya impian menjadi nyata

Sahabat,
Walau kita baru bersua
Banyak ilmu yang telah engkau kongsi bersama
Kata-katamu pengubat jiwa yang luka
Akan tersemat buat selamanya

Sahabat,
Tidak berniat di hati ini
Untuk menakluki hatimu yang telah dimiliki
Cukuplah sekadar menjadi peneman diri
Sahabat selamanya itu yang pasti

Terima kasih atas nasihat
Terima kasih atas segalanya
Walau berat bebanan di atas bahumu
Masih sempat menjenguk diriku
Aku turut mengagumimu
Sebagaimana orang lain mengagumimu
Kau insan yang bertanggungjawab
Kau insan yang cukup matang
Terima kasih sahabat =')

Sahabat..
Di kala kau berada di negeri dan negara orang
Sahabatmu ini turut mendoakan keselamatanmu
Semoga kau selamat pergi dan kembali
Pergimu untuk meneruskan cita-cita anak bangsa
Im impressed too
Take care sahabat =')