Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

BANNER BEN ASHAARI

Baiklah, kali ni aku nak join lagi segmen abang ben nih. Macam tertarik jep nak join~

Kenangan yang tidak dilupakan ketika bersama ibu ? Ohhhh ibu ! saya rindu ibu. Rindukan ibu sangat2. Rindu nak dengar suara ibu. Tapi apakan daya semua tuh dah jadi kenangan. Dah tak dengar suara ibu marah, menjerit melayan karenah anak2 mu yang sangatlah degil nih. Aku nih dulu sangatlah nakal je kawan2. Suka buat ibu naik hantu sampai kadang2 ibu dah penat nak melayan karenah aku. Pernah lah dulu, family aku ikut aktiviti camping sekolah ibu aku kat sungai tekala, selangor kalau tak silap. Aku bawak sorang bestfriend aku, senang cerita kiteorang berdua tidur satu khemah kecik. Excited giler malam tuh kiteorang lupa nak bukak sikit khemah tuh. Rupenya ibu ada letak ubat nyamuk kat dalam tuh. Esok paginya aku rasa tak bernafas giler, rupa2nya asap dah penuh dalam khemah tuh. Ibu yang cepat2 bukak kan khemah tuh, kalau tak aku rasa aku dengan kawan aku dak takde kat dunia nih harini. TERIMA KASIH IBU ! Then, aku nih tak boleh kalau melawan cakap ibu, mesti aku kena balasan on the spot. Benda nih berlaku masa kat camping site tuh jugak, aku cakap nak pergi birthday party kat kapar. Ibu cakap tak boleh. Tapi aku nih degil, aku pun cakaplah " bukan orang nak pergi clubbing pun " fine ibu. fine ! Maka aku pun blah dari situ dengan membe aku. Pergi jauh sikit dari tempat mereka, main2 air then aku pun masukkanlah kaki aku kat dalam air tuh. Tapi aku terperasan sesuatu. DARAH ! omg dari mana plak datang darah ni ?? Tengok punya tengok datang dari kaki aku sendiri. Okehhh kaki aku terkoyak dan sangatlah bunguk masa tuh pergi balut dengan newpapers. Ibu sikit pun tak pujuk aku bila tengok kaki aku macam tuh, maybe dya ingat kaki aku biasa2 jep. Menangis aku kat dalam kereta. Tapi masa kat hospital tengah jahit kaki, ibu ada kat sebelah aku. Pegang erat tangan aku. Aku sayang sangat kat ibuuuu.

Antara ibu dan ayah mana yang dilebihkan ? For sure lah bukan dua2. Macamane aku sayang ibu macam tuh lah jugak aku sayang ayah. Mereka dah cukup lengkap bagi aku. Tapi hubungan aku dengan mereka tak lama, mereka hanya pinjaman bukan milik aku buat selama2 nya.

Sanggup tinggalkan ibu dan ayah di rumah orang tua ? Jawapannya mesti korang dah tau kan ? Aku dah tak ada mereka so tak mungkin lah aku kan biarkan mereka di rumah orang tua. Tapi kalau umur mereka masih panjang, aku tak akan tinggalkan mereka di rumah orang tua. Pesanan aku bagi yang masih ada ibu ada ayah, janganlah korang sesekali buat mereka macam tuh. Nanti dah ada kat situasi macam aku, baru korang tau macamane rasanya.

Pendapat tentang anak2 yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ? Oke first of all, semua tuh sangatlah offensive okeh. Semua tuh bukan harta you ollz lah, Beringat sikit, tak payah rasa semua tuh milik you ollz lah oke. Kalau dah berebut sangat, sedekah jep harta mak ayah you ollz kat rumah kebajikan ker mana2 welfare lah. Lagi bagus, dorang dapat pahala. Dari dapat dosa anak2 dorang bergaduh sebab harta milik mak ayah dorang. Ehh apesal aku emosi nih ?? hihi

Okeh done ! Pehhh sangatlah panjang oke. Never mind lah. Mari hanta link ^_^



Saturday, March 19, 2011

Contest Gambar Paling Chumel


Nampak tak banner kat atas nih ? Dengan ini saya dengan rela hati join contest nih. Tu pun sebab di tag oleh rakan saya, oja gogot tuh hihi Jikalau berhajat mahu meyertai, boleh jenguk2 kat sini okeh, cik pena eyqasara~ Tarikh tutup sampai 25APRIL 2011.

Story disebalik pict nih ? Masa nih kazen aku kawen. Nampak tak dorang posing kat belakang tuh ? Haaaa tu tanda kami pun kena posing sekali hehe Aku rasa ni jela pict yang cumel aku ade ngeee~~~

Tatau nak tag kat siapa den bedal jelah kat siapa2~




Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BANNER BEN ASHAARI

Salam !

Di petang yang indah nih, macam nak join segmen abang ben lah. Lama tak join segmen abang ben. So abang ben mintak ceritakan latar belakang. Tak nak cerita boleh ?? Bukan apa, segannn hihi

Latar belakang ? Okelah actually aku berasal dari selangor dan sekarang menetap di johor bahru. Agak2 nak consider as johorian or selangorian nih ?? Mula menetap di johor bahru since 2006 kalau tak silap. Tetap rindukan negeri kelahiran even sudah merantau ke johor. Apa yang mampu aku cakap johor and selangor banyak perbezaan. Dari pakai tudung lah, cara bawak beg pergi sekolah, makanan dll.

Profesion sekarang ? For sure as a student di Uitm kampus bandaraya johor. Lagi setahun nak grad and akan teruskan cita2 selagi mampu dan selagi dipanjangkan umur. Belajar dari kegagalan mengingatkan kita tentang sebuah kejayaan.

Blog favourite ? Urmmm ai like lyana hisham. Mungkin sebab ai ikuti kisah dya since dari dya menceburkan diri dalam arena blogging nih.

Blog yang tak suka nak masuk ? Setakat nih belum ada, tapi kalau ada pun agak2 serve lembap ai akan terus tekan button pangkah tuh hihi So kalau nak orang dengan senang hati blogwalking, first of all bagi ringan you ollz punya belog okeh ??

Impian terhadap blog sendiri ? Ai memasang angan2 nak menjadi blogger yang berjaya. Chewahhhh bapak poyo, dah macam nak jadi ahli perniagaan kan haha Tak adelah, ni siyes okeh ai tak mengharapkan ape2 dari berblogging nih just nak dijadikan medan untuk menulis tentang diri ai sendiri dan orang2 yang ai sayang disamping berkongsi info2 yang bermanfaat mungkin. Kalau ada rezki boleh jana pendapatan kan tapi itu bukan motif utama ai. Silalah klik iklan ai okeh hehe

Okeh dah cukup panjang essay ai kali ni. Mari kita submit ke lembaga peperiksaan abang ben ! ^_^



Friday, March 11, 2011

Muzium Kesenian Islam yang INDAH

Hi you ollz !
Lama dah kan tak hupdate ? Semak samun dah rasanya kan. Never mind harini aku dah bersihkan semak2 tuh semua. Entry kali ni akan dipenuhi pict2 jep. Im trying to write a short entry. Korang mesti rindu aku kan ? Ada yang cakap bila kaw nak hupdate lagi ni ? Cehhhh jangan nak bajet sangat lah kan muahaha

Last saturday MBA buat trip ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Pagi2 dah suruh berkumpul tapi dalam pukul 7lebih jugaklah baru bergerak.Nak dekat tengahari jugaklah selamat tiba di muzium yang tersergam indah nih. Before this ada jugak pergi planetarium, tasik dekat area2 situ tapi siri ( dengan memek muka yang terlampau, siri bermaksud serius ) tak perasan pun muzium nih.

Memang chantek siri aku tak tipu. Sedang asyik tengok barang2 dalam muzium tuh, suddenly aku macam terperasan seorang pakcik nih. Macam aku kenal jep, dengan was2 aku mula mendekatkan diri aku. Urmmm pakcik adnan ?? Itu assumption pertama aku. Yang pasti dya memang kawan arwah ayah aku. Dya bersama anak bongsunya. Ada trip barangkali. Alahaiii comel giler anak dya walaupun dya tidak sesempurna kita. Alhamdulillah dya ingat aku. Just aku yang terlupa nama dya. Lepas mintak diri untuk beredar aku pun kontek nenek aku. Agak memalukan ye bila nenek aku ketawa. Bukan adnan lah ten, hamdan ! haha Sorry ye pakcik hamdan, lupa sangat nama masa tuh.

Nak tau tak ?? Petang tuh kiteorang rasa macam main explorace dekat kl tuh. Hujan sangat lah lebat masa nak balik. Tapi syiokkk habis. Best layan miss NFU & miss MAZLINA karok dalam bus. Overall hari yang sangat memenatkan tapi tetap balik permas malam tuh jugak. Tak join pun aktiviti kolej, dorang buat ladies nyte. Yang lain sila layan pict ya~














Kubah yang sangat chantek ^_^

Antara masjid2 di dunia ~







Gunting yang agak panjang kan ??

Teka lah ape ni ? Sijil pernikahan tau~

Kain yang diletakkan di atas kaabah~

Sempat ambek nih jep, mata wang zaman dulu kala~



Thursday, March 3, 2011

Kalau Aku Start Mereng

Tak tahu apa aku rasa saat ini
Rasa nak menangis, meraung, macam nak jerit sekuat hati pun ada
Kenapa aku perlu rasa macamnie ?
Aku tak nak fikir tapi......
Sekuat mungkin cuba nak sentiasa tersenyum even macam nak bunuh diri jep
Uitttt tak lah sampai bunuh diri sah2 neraka jahanam aku pergi nanti
Satu persatu masalah datang
Macam dah tak mampu nak handle
Aku selalu ingatkan diri aku
Manusia tak perfect
Kita kena terima kekurangan orang lain
Orang jugak kena terima kekurangan kita
Lagi2 bila dalam sebuah friendship tuh
Jeles bila tengok orang lain happy jep
Ada boi. ada kawan yang sayang kita
Ada kehidupan yang sempurna
Tiba2 rindu kat bucuk2 aku tuh
Sha balik minggu nih tapi aku plak ada aktiviti
Tapi aku akan cuba sedaya mungkin untuk jumpa mereka
Tapi kalau tak mampu, aku mintak maaf ye
Okeh fine. kusot tetap kusot
Barang hilang tak jumpa2
Lama2 aku boleh jadi gila ! haha
Korang jangan plak buat2 tak kenal aku
Kalau aku dah gila ^__^

Mula2 macamnie =(

Then macamnie hahahaha !