Wednesday, July 20, 2011

Rinduuuuuuu~

Assalamualaikum~

Lebih kurang dua minggu je lagi kita nak menghampiri bulan yang kita tertunggu2 saban tahun bukan ? Dan kita hanya mampu panjatkan kesyukuran kepada Allah sebab kita masih bernafas sampai ke saat ini. Esok lusa belum tentu umur kita panjang kan ?

Malam ni tiba2 teringat kat ibu.. kat ayah.. Suddenly rinduuuuu sangat kat dorang. Bukan tak ingat kat dorang tapi malam ni rasa sangat2 rinduu. Kadang2 rasa macam tak percaya mereka dah lama tinggalkan aku dan adek2. Kalau dulu aku dan adek2 memang tak boleh dekat, memang akan berperang. Tapi harini, aku dengan adek2 dah terpisah. Dah jarang sangat berjumpa. Kadang tu rasa rindu jugak, adek2 tak rindu kat aku ker ? ='(

Ibu,, kakak rindu ibu. Kakak rinduuuu sangat kat ibu. Kakak tak pernah lupa kat ibu.. kat ayah.. Kadang2 kakak sedih bila orang cakap kakak tak ingat kat ibu & ayah. Dalam hati kakak tak ada siapa yang tahu bu. Kakak perlukan ibu sekarang. Tapi ibu tak ada. Hari2 kakak tunggu ibu, ibu dah tak pernah datang. Kakak rindu nak makan dengan ibu.. dengan ayah.. dengan adek2.. Semua tu dah tak ada bu. Dah tinggal kenangan. Kakak tak tahu nak cakap dengan siapa. Kakak simpan sorang2. Sebab orang tak faham apa kakak rasa. Apa kakak lalui. Kakak nak ibu. Kakak nak peluk ibu. Kakak nak ibu tidur dengan kakak. Sayang kakak macam sikit masa dulu. Walaupun kakak selalu buat ibu marah, ibu tetap sayang kakak kan. Adek2 insyaAllah sihat bu, kakak dah lama tak jumpa faiz. Erry kakak baru jumpa minggu lepas. Makin lama makin gelap kakak tengok dorang. Faiz dah dismissed bu. Kakak pun dah tak tahu nak cakap apa. Dya patut bersyukur dengan apa yang dya ada. Sebab dya tak lalui macam apa yang kakak lalui. Takpelah, mungkin satu hari dya akan belajar daripada kesilapan dya kan. Kakak selalu doakan dorang. Semoga dorang pun selalu doakan ibu.. ayah jugak. Kakak nak ibu tahu, kakak sayangggggg sangat kat ibu.. kat ayah.. Kalau lah boleh masa tu diputar kembali, kakak takkan buat ibu marah.. ayah marah.. Tapi tu semua bukan kerja kakak. Tu kerja Allah kan. Kakak pun tak tahu bila kakak akan pergi. Macam ibu.. macam ayah.. Kakak rasa kakak berhenti sini dulu. InsyaAllah bila kakak rindu pasti ada lagi coretan buat ibu & ayah. Al-fatihah ;'(





Layankan mereka ^_^

Assalamualaikum~

Hi you guys.. Sehat tak ? Lately, macam2 penyakit menyerang buat aku rasa tak selesa giler. Cough and flu plezzz go far far away from meeee~ Dengan bersin lagi, suara yang dah bertukar macam penyanyi rock. Tapiiii makan minum semua macam orang sihat je, then dengarlah nenek nagging, makan ubat ! makan ubat! Saje nak tarik perhatian, al-maklumlah kekurangan kasih sayang budak nih heeee~ Apa pun tak bolehhhh hehe

Keadaan diri yang tidak sihat tidak mematahkan semangat aku untuk pergi dating dengan sha. Dah lama tunggu nak pergi tengok Harry Potter. Sha pun dah berhenti kerja and aku pun tengah cuti kan. Urmmmm tak pernah terlepas tengok HP ni dari dulu tapi bila dah sampai ke penghujungnya, rasa sedih plak. Yela daripada Harry tu secomey2 tidak sampai dah jadi bapak orang dah. Sweeet giler anak2 dya heeeee~ By the way, ending cerita nih tak mengecewakan peminat2 tegar Harry Potter ryte ? Aku tau ramai yang dah tahu ending cerita nih sebab korang dah khatam dulu buku dya kan. After this no more HP. Takde lagi nak gebang dengan membe2 bile lagi HP nak keluar kannn.


After tengok movie, kiteorang just pergi makan and round2 the world. Okay fineee world lah sangat kan. After that terus balik. Itu cerita sebelah siangnya. Ingatkan balik tu nak tumbang je terus. Suddenly dapat message from bobo ajak lepak. Outstation lah katakan, ingat jugak kau nak balik jb kan ? haha So cuma aku, sha dengan bobo jelah. Oja call2 tak angkat plak. Shon and marni memang tak balik minggu tuh.

Masing2 ada je cerita. Kiteorang ni memang pantang jumpe. Memang kecoh kecah semua lah. Boleh terbalik meja2 kat kedai makan tuh. Okayyy itu cerita tipo je, jangan pembaris sangat nak percaya hehe Tiba2, minah outstation nih bersuara, " wei korang, jom round jb " hoho. Last2 ke mane. danga jelah. Mana je lagi tempat kat jb nih nak round2 kan. Aku pun dah bosan. Tapi takpe, orang yang bukan selalu balik jb ni ajak round2 kan.

Akibat kegilaan kami malam itu, habis bertimbun2 gambar weng kiteorang. Nasib laaa tak ramai orang, tak macam weekend kan. Macam buat photoshoot di malam hari pun boleh jadi jugak. Kesian sha, nak tengok rabbit kat situ dah tak ada. Dulu banyak giler rabbit kat situ. Mungkin dorang dah hantar kat zoo kan. Lepas ni kite pergi zoo plak okay ? haha

Dah penat meng-weng kan diri, baru kiteorang calo beteh. Mesti kau rasa terharuuuu giler kan kiteorang bawak kau jalan2 kat jb hahaha~ Tu kau tak selalu balik, kalau kau selalu balik mesti lagi syiok. Sebab complete lah DDD kita ;)




Notakaki : Buat awak yang cakap cantik itu subjektif, baru perasan macam ade miscommunication semalam. Tak bermaksud pun nak cakap memang tak dinafikan tuh, sebab awak memang comel pun, Dont worry ;)




Friday, July 15, 2011

Bersyukur lah~

Assalamualaikum~

Mood terpinga2~ So sorry dah lama tak ada entry baru kat my lovely belog nih. Nak menulis pun macam, ape ek nak tulis nih ? Harini dah start cuti mid sem. Just for a week. Tapi tu pun tak sampai seminggu sebab jumaat depan ade aktiviti luar koko. Never mind kita lupakan perihal cuti sem yang tak serupa cuti ni okay.

Tadi masa aku on the way balik, aku ajak makcek aku singgah giant taman suria. Lepas beli barang semua aku pun order burger kat situ. And at the same time rupanya makcek aku dah belikan aku hotdog yang super yummy. Masa dalam kereta sambil tersekat dalam kesesakan lalulintas tuh ( cehhhh ayat bajet sikit ) aku macam bingung nak makan yang mana satu. Buruk kan perangai haha~

Tapi itu bukan isu yang nak aku bangkitkan. Apa yang nak aku katakan, aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat. Sebab masa aku kat tempat orang dulu, susah nak rasa macam aku rasa kat tempat sendiri. Boleh beli makanan di mana sahaja. Masa tuh lah terbayang roti canai, karipap, nasi lemak & banyak lagi. Even tengok hot dog tuh sampai terkecur air liur pun aku pasti takkan dapat membelinya. So sad kannnnn~

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ade hari ini takut esok tiada peluang lagi kita nak merasainya. Punya lama tersekat dalam jam tadi sampai terfikir nak buat entry nih. Sekian, see you next time~

Gamsahamida~