Wednesday, April 14, 2010

Kan dah kata ??!

Buat jahat orang akan ingat sampai kita mati tapi bila buat baik orang tak akan ingat. Lebih parah lagi bila kejahatan atau keburukan yang kita lakukan tetap diungkit bila kesalahan datang dari pihak lain, dalam erti kata lain bukan salah kita. Entry kali ni bukan berkisar tentang aku tapi tentang orang disekeliling kita. Info ni mungkin dapat beri sedikit sebanyak kesedaran yang kadang2 kita sendiri tak nampak even pada diri aku jugak yang terkadang menunding jari pada pihak yang tidak bersalah.

Adatlah kita ni cuma manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi aku cukup tak faham dengan orang yang berlagak konon dye tu PERFECT sangat sampai tak boleh nak maafkan kesilapan orang lain eventhough kesilapan orang tuh cuma sezarah kuman. Bukan nak beremosi tapi kadang2 rasa cukup geram bila berhadapan dengan orang sebegini. Apa yang aku belajar dari pengalaman aku sendiri bila orang tu tak sedar yang dye pun pernah melakukan kesilapan yang sama but when it happen same goes to them punya lah melenting glier bahabi tuh.

Banyak aku kutip dari pengalaman aku sendiri. Yela hidup pun dah 20 tahun mestilah banyak pengalaman yang kita dapat kan lagi2 lepas pemergian my parents. Baru aku sedar langit ni tinggi ke rendah, jatuh bangun aku untuk kenal erti kehidupan. Manusia kat atas bumi ni mempunyai pelbagai aneka ragam dan perangai. Dan kalau kita explore dunia ni mesti kita akan lebih mengenali siapa diri kita. Sebab hidup kita ibarat roda kadang2 kita dekat atas dan kadang2 kita dekat bawah.

Oleh itu, janganlah kita anggap diri kita dah cukup tinggi tarafnya walaupun kita berada di menara gading sekalipun. Sebab tak mustahil orang yang dekat bawah akan berada di puncak jugak. Sebab kadang2 attitude itu yang melambangkan kejayaan kita sendiri. Gambar kat bawah ni takde kena mengena pun dengan tajuk entry nih. Gambar ni diambil siang tadi masa jalan2 kat jusco permas. Chill ! ~

itu KAMO !!!

Comel tak kami ?? ngee~

berAKSI selamba.. Yabedabeduuuu..

Ha.. nie baru perempuan melayu terakhir..



Monday, April 12, 2010

QTI ohh QTI

Updated blog ??? sudah lama aku tak meng-updatednya. Bukan takde cerita nak kongsi just malas nak menaip. Dengan cuaca yang hot and spicy sekarang nih buat aku bertambah malas nak updated. Bila malam plak dah ada kerja lain so lupalah nak bukak blog untuk meng-updated ngee~

Harini aku ada QTI Test jam 9am tapi still ada latihan selama sejam bersama cikgu zaid. And the best part when hampir ke 8am aq baru bangun tidow ? Haa.. ape lagi melompat la aku dari katil bila dengar cikgu dah sampai kat depan rumah. Dengan ber-bekalkan 10-15 minit aku menyiapkan diri aku. Aku mandi ok ?? So jangan ngumpat aku belakang2 ye,, aku dengar ok ?

Cikgu zaid cakap konon kalau datang cepat bolehla belajar awal sikit memandangkan aku ni masih belum terkawal lagi. Soryla cikgu, memang tak sengaja membantutkan niat cikgu yang murni tuh. So overall QTI tadi agak teruk bagi aku. Tapi cikgu sam cakap OKlah tapi kena practice and practice lagi. Dan dye telah meluluskan QTI aku. LEGA !

Oh ya ! tadi jugak aku ada terjumpa cikgu yasin ( dye pon pernah jadi cikgu driving aku ). Masa tuh dye tengah ajar budak, sempat wish me luck. Thanks ya cikgu ! Belajar dengan cikgu memang cukup santai. Standard la orang baru nak belajar macam aku perlukan masa nak jadi perfect even taklah se-perfect2 nya, kan ? Bdw, test JPJ aku around 28hb nih dan masih ada baki 3jam untuk aku betulkan dan mantapkan pemanduan aku. Ya, insyaallah ! =)

Okla people, sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Insyaallah aku akan post entry lagi bila aku rasa free. See then ! =_+

From left cg zaid, cg yasin dan cg ???? ( tak kenal larh hehe )



Tuesday, March 23, 2010

Pick The Star

Finally, aku berjaya menamatkan slot drama korea yang dah lama aku ikuti. Drama yang membuatkan aku perlu sabar untuk men-downloadnye dengan dugaan internet yang selalu lembap~~ Aku pun tak tahu macamane aku boleh tertarik nak ikuti dan terus ikuti slot tuh. Jalan cerita yang menarik dan ending yang membuatkan aku selalu senyum sorang2 ngee~~ Jom aku cerita sikit pasal drama korea yang aku ikuti nih.

Selaku pemegang watak hero dan heroin ~

Choi Jeong-won as Jin Pal Kang,
Anak sulung daripada 6 siblings. Masa awal2 drama nih, watak dye sungguh la macam wanita2 yang ada banyak duit. Bekerja sebagai wakil insurans di JK insurans kot. Actually adek2 dye 2 sume bukanlah adek kandung tapi just adek2 angkat yang di ambil oleh parents dye. Tapi selepas parents dye meninggal dalam kemalangan jalan raya dye jadi menyesal dan menjaga kebajikan adek2 angkatnye itu. Masa perangai dye macam s#i@& dulu dye ada meminati seorang lawyer di syarikat dye bekerja. At last dye berubah menjadi seorang wanita di mata lelaki setelah dye bekerja menjadi maid di rumah lawyer tuh.


Kim Ji-hoon as Won Kang Ha,
Ha ni la lawyer yang aku maksudkan tuh. Hensem gek lah. Putih mata tengok mamat korea nih weyh hehe gatai la aten nih ! tett ! ngee~ Mamat nih masa mula2 lagilah bapak poyo gile babeng lak an. Dah ah belagak pas 2 asyik nak marah2 jep. Ha ambek kaw aku lepaskan kemarahan padahal cerita je tuh haha Yela mula2 2 cukup menyampah dengan dye nih tapi setelah aku tahu cerita sebenar, dye jadi begitu disebabkan masa silam dye larh. Lepas beberapa bulan PAL KANG jadi maid kat rumah dye, tah macamane dye jatuh chenta dengan minah tuh. Ingat senang ke KANG HA ni nak jatuh chenta beb ??


KANG HA dan PAL KANG

Antara watak2 lain lak ~

Shin Dong Wook as Won Joon Ha,
JOON HA ni plak aku dapat lihat seorang jejaka yang cukup perfect untuk seorang wanita. Sifatnya yang cool buat aku suka tengok dye. Dye ni pon suka pada PAL KANG jugak taw. Dye merupakan adek kepada KANG HA tapi tak silap aku lain mak kot. Dye nih suka melayan kerenah adek2 angkat si PAL KANG tuh. Dye banyak mengalah dengan abang dye termasuklah soal chenta. Dye ada cakap tak guna kalau cuma dye je yang sukakan PAL KANG kalau hati PAL KANG masih pada KANG HA. So sweet kan ??

Lee Kyun as Woo Tae Gyu,
Mamat ni plak merupakan anak saudara kepada KANG HA dan JOON HA. Dye nih selalu buat aku ketawa taw. Perangai memang macam budak2. TAE GYU ni pon suka pada PAL KANG jugak haha ! Dah semua berebut nak minah tuh. Dye ni sanggup buat apa sahaja asalkan PAL KANG suka pada dye tapi sayang dye tak dipandang langsung ok ! Dan dye ni jugak selalu kena siram dengan air pancut dalam toilet oleh pakcik2 dye. Memang akan ketawa bila tengok dye pegang watak nih..

Chae Young In as Jung Jae Young,
JAE YOUNG nih merupakan cucu kepada president JK insurans tuh. Mula2 tengok amat tak suka dengan minah ni. Yela tahu la pangkat tinggi tapi tak payah la nak berlagak sangat. Dye nih sayangkan KANG HA tapi sayang KANG HA tak pandang dye sebagai seorang perempuan. Means nak dijadikan teman hidup la, kowang jangan fikir lain plak haha ! Macam2 dye buat supaya KANG HA akan berkahwen dengan dye tapi yela macamane pun Sikit sayang pun KANG HA tak tunjukkan pada dye. JAE YOUNG nih jugak rupa2 nya adalah kazen kepada PAL KANG. Pelik tak ???

Ending story ~ KANG HA dan PAL KANG akhirnya bersama. JAE YOUNG dengan ikhlas melepaskan lelaki idamannya dan mendapat kekasih hati baru. Nak tahu siapa ?? Merupakan adek kepada KANG HA iaitu JOON HA. Sooo sweet sampai terbawak2 dalam mimpi aku.. ngeh3 Takde lah gurau jep hehe !

Antara slot2 dalam drama nih

Antara pelakon2 dalam drama nih

From left KANG HA, JOON HA dan TAE GYU



Sunday, March 21, 2010

Menangislah DISINI sebelum menangis DISANA !!

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ad a tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburl ah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!.............



Thursday, March 11, 2010

Again and again !

Panas tajuk entry nih ek ?? Apa yang again and again tu beb ?? Hahaha takde ape sebenarnya just nak cakap asyik berjalan jep. Hari ini ikutkan jadual aku malas dah nak keluar lepas mood aku hilang pagi tadi. Tapi sebab aku dah plan nak pergi hospital so just jalankan misi nih jela for today.

Masa awal2 rancangan, aku dan son ingat nak pergi visited yana's father kat HSA. Ayahnya kena operate sebab ada saluran yang tersumbat di jantung. Mempunyai risiko yang tinggi tuh ye sebab bersangkut paut dengan jantung. Kalau aku tak pergi hari ni that means tak tahu la bila lagi aku akan pergi. So i decided nak contact oja kalau2 dye boleh teman aku setelah son memberi kata putus tak dapat join the club. Mesej masuk , urm dari oja. Kebetulan dye ada kat plentong and setuju mahu join the club.

Exactly aku bukan ape nanti just aku sorang pompuan dalam kereta huhu Aku selamat sampai di HSA around 12 ++ gtu lah. Thanx to jojo yang sudi menghantar kami ke sana. Walaupon naik kereta dengan kaw aku rasa nyawa aku 75% akan melayang haha ! Takdelah aku guwau jep ! Kat mana2 boleh mati an kalau dah tertulis. Then yana pick up kiteowang kat bawah tuh disebabkan waktu melawat jam 1pm so we all just borak2 kat bawah dulu.

Masa kiteowang naik atas ayah yana still dalam bilik operation lagi. Dapatlah jumpa mak yana kat atas. Kalau tak silap lah dalam 7jam kot ayah dye dalam bilik tuh. Lama kan ?? So kowang jagalah kesihatan baik2,, Ceh2 ! cakap orang pandai. Kaw sendiri kolestrol tinggi. Silap hari bulan kaw jalan dulu taw tak huhu Kesian tengok family dye. Ye, aku faham yana perasaan kaw. Aku pernah merasainya sedikit masa dahulu. Tapi kaw masih beruntung. Menunggu orang yang masih taw dye sedang bernafas. Walaupon kadang2 sekelip mata boleh jadi sebaliknya kan. Banyakkan berdoa dan bersabar k. Allah suka pada hambanya yang bawak bersabar dan tidak cepat melatah. Aku doakan ayah kaw akan kembali sehat macam selalu =)

Around 2++ kiteowang chaw dari sana. Ke mane ye ?? Kami menuju ke kampung melayu untuk menikmati ABC tatkala tekak ini rasa sungguh kering sekali ( eh ! tol ke ayat aku nih ) Aku dengan oja tak makan pon, makan semangguk ABC tu pon dah buat kami kenyang. Just si azhar ni jela yang melantak isk3 kuat makan jugak kaw ni arr ek ??

Lepas perut dah kenyang kami menuju ke jusco permas jaya plak. Jojo nak jumpa kawan kesayangan dye si ungku azrul haha ! Aku dan oja merayap ke watsons dulu malas nak tengok drama swata dowang tuh haha pandai ker mereka berdrama swasta ek ?? Mencarik pencuci muka dan krim olay si oja nih buat aku sungguh geram. Sebab madang asyik takde jep. So aku suggest suruh oja guna produk lain. Nak tahu produk apa ?? SAFI BALQIS hehe ! Produk pertama dulu masa awal2 aku kenal semua benda alah nih. Actually, safi ni ok la just dah lama sangat aku pakai so agak sedikit bosan la kuut.

Biasa ada aten dan oja. Gambar mesti ada punye beb. Hah tak caya ?? Kalau tak percaya bagus lah haha ! Sila scroll ke bawah untuk mendapatkan jawapannya. Ni ada lagi satu berita gembira. Aku sudah bergelar makcik. Siang tadi aku terima mesej dari abang sepupukuh cakap kak pza dah selamat lahirkan sepasang kembar. Im so excited to heard that hot story. Dan serta merta aku menelefon abang tapi tak dapat plak. After that telefon ibu pon sama tak dapat. Jalan terakhir aku menelefon nenda dan dapat !! Nenda turut gembira sebab sudah bergelar nek yang haha ! Aku ketawa bila nenda ku mendapat status itu. Aku juga tidak terkecuali ditertawakan oleh nya sebab aku pon dah jadik makcik. Ha nenda aku nih cool dan sporting. Sayanggg nenda !

Nama tok si kembar rasanya belum ada kot. Agak jeles bile around 8++ akak sepupukuh menelefon dan dye on the way ke hospital tengok baby. Baby selamat dilahirkan di KPJ Shah Alam. Memikirkan aku di jaybee i felt so sad ! Takpe nanti dapat tengok jugak kan. Doakan kak pza cepat baik dan jage baby baik2 ok.. Okla people cter asmaradana dah nak start dah nie.. Got to go now. See then ! =)
Teka lah kami di mana ??

Aten bersama jagogot..

Masa nih nak tengok baby taw, last2 tak dapat huhu

Bersama yana masa pergi kl arytuh..
Ha nie lah anak buah kuh yang baru dilahirkan petang tadi.. =_=