Saturday, June 9, 2012

Bukan susah nak susah & bukan senang nak senang :)

Assalamualaikum~

Hey hi ! Yeahh it's me. Siapa lagi kan ? heee~ By the way aku rasa terpanggil nak buat entry ni, nope bukan sebab bosan ke apa, i just wanna share something.

Tak dinafikan hidup ni orang kata ibarat roda kan ? Kadang2 kita diatas & kadang2 kita akan berada di bawah. Kalau kita tanya setiap orang siapa yang taknak sentiasa berada di atas kan ? Tipuuu lah kalau kita nak berada di bawah. Tapi Allah tu Maha Adil. Dia takkan buat kita selamanya berada di atas. Sebab tu Dia datangkan kita ujian & dugaan yang insyaAllah mampu untuk kita tempuhi walau sesukar mana sekalipun :)

Okayyy dalam sesetengah situasi kita tak boleh nak judge orang sesuka hati kita. Mungkin pada kita ianya hanyalah satu gurauan tapi bagi orang tu mungkin akan terasa kan ? Siapa tahu ? Amat bertuah kalau kita ada orang2 sekeliling yang mampu buat kita tersenyum saban hari. Kalau ada yang bergembira pasti ada yang sedang berduka kan ? Fikir2 kan lah :)

Bukan susah nak jadi susah & bukan senang nak jadi senang. Aku sangat2 setuju dengan statement ni. Erti kesusahan & kegagalan begitu bermakna buat orang yang pernah melaluinya. Kesusahan tu mengajar kita erti sebuah kejayaan. Tapi nak dapatkan kejayaan itu bukan seperti memetik bunga di taman. Kita perlu sentiasa beristiqamah. Kejayaan hanya buat mereka yang benar2 berusaha. Kita tahu kan nak berjaya kena ada usaha. Usaha tu datang dari diri kita sendiri. Kita tahu tapi kenapa still kita tak dapat apa yang kita nak ? Yang pasti jawapannya ada pada diri kita sendiri :')

Dulu ayah selalu cakap, kesenangan tak mampu nak beli kebahagiaan. Dalam erti kata lain kita boleh beli rumah besar, kereta besar, barang2 branded tapi deep inside kosong. Takde apa2. Kebahagiaan tak boleh kita beli kan ? Bersyukurlah kalau masih ada yang sayangkan kita, menyokong kita sepanjang masa. Rasa bertuahnya hidup kan ? Tapi biasalah lumrah kehidupan bila kita dah senang kita lupa orang yang buat kita senang pernah merasa hidup susah. Tapi kita tak bersyukur sebab bukan kita yang lalui kesusahan tu. DitakdirkanNya kita plak yang merasai kesusahan tu baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah. Minta2 dijauhkan~

Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada aku selama hari ini. Kadang2 kita takkan dapat apa yang kita inginkan tapi dengan berusaha insyaAllah moga2 dipermudahkan. Ayah pernah cakap jangan jadi terlalu senang kalau taknak susah di kemudian hari. Bersederhanalah dalam semua perkara. Ikut kemampuan kita. Jangan jadi terlalu sombong dengan apa yang kita ada. Benda tu semua tak menjamin kita ke mana2. Apa yang aku share ni untuk mengingatkan diri aku jugak. Yang kadang2 orang takkan faham sebab hanya kita yang rasa kita yang melaluinya kan ?? :)

Life is not easy...
But we can live with worship to Allah
and lived a quiet and peaceful...

Take it easy


Friday, May 18, 2012

Holiday ! Universal Studio :)

Assalamualaikum~

Dah lama pergi baru terkedek2 nak story pasal ni heee~ No lah last month sempena my lil bro punya incoming birthday aku bawak dya pergi Universal Studio, Singapore. Hohoii plus dya baru dapat result SPM dya, tak salah rasanya spend time plus plus buah hati pengarang jantung pun pergi jugak.

Kesian buah hati aku sorang tu kena datang dari Kluang pagi2 buta. Haaa tu la orang dah suruh je tidur rumah taknak plak. Kan dah kena bangun pagi2 awal sejam dua dari aku hehe Overall, i had spent precious moments with them. Siapa yang tak happy kan ? Orang gila pun boleh senyum for a week tau hahaha Mostly entry ni banyak gambar dari story, so just check it out :)





Hollywood & New York Street

First2 masuk je excited gila lalu kat street ni. Bangunan dya sangatlah cantik okayyyy ! And aku rasa aku lah orang yang paling kecoh nak snap sana sini. Lagi 2 orang tuh macam hari2 datang sini haha Maybe dorang nak tapi malu kot ! Aku ? Do i care ? hahaha :)















Transformer kat USS ni sangat2 worth it okay. Sangat best !!! We all pun terjah 2 kali kot. Rasa macam nak masuk buat kali ketiga keempat kelima hahahaha Another one, rollercoaster yang colour blue & red tuh, memang patut naik & rasailah sendiri pengalaman yang maybe korang takkan lupakan. Habis shawl aku naik benda2 ni tau :)

Egypt

Kalau lalu sini sila try rollercoaster dya okay !! Boleh tercabut jantung aku tapi why not kita just try kan. Yang lain okaylah biasa2 je hehe





Jurassic Park

Actually dari dalam bas aku dah cakap kat buah hati aku, lapau laaaa. Tapi tak dilayan okay. Finally kat Jurassic Park ni punya food court we all balun. Urmm makan chicken rice je pun tapi harga macam boleh tapi subway wei haha Lapar punya pasal kan. Alhamdulillah terisi jugak perut aku ni :)









Far Far Away

Yessss sangat awesome  ! Aku suka ! Dah jadi macam budak2 dah layan 4D Shrek semua. Tapi tak boleh blah we all pergi masuk Donkey punya show Macam hareeemmmmm ! Tak best langsung huhu











Overall, i'm happy on that day anddddd aku nak cakap thanx sangat2 kat mereka berdua ni sebab sudi layan aku dengan perangai aku yang entah ape2. Buah hati aku tu selalu cakap aku bukan gila2 but memang gila. Tapi once again DO I CARE ??? HAHAHAHA :)


Thursday, April 26, 2012

Something.....



Assalamualaikum~

Dua kaki yang masih sempurna ni melangkah menaiki bas menuju ke satu destinasi menarik. Suddenly ditinggalkan tanpa belas kasihan sebelum sampai ke destinasi tersebut. How could you do this to us ? sobsob Never mind, sebab finally kaki ini sampai jugak ke destinasi tersebut.

Just wait okay peeps !! :)







Monday, April 2, 2012

#Hiking Expedition ^_^

Assalamualaikum~

Alhamdulillah finally selamat tinggal buat satu lagi sem. Satu yang aku kesal, tak ada rasa tanggungjawab dalam diri tu. Even you bukan orang last yang tinggalkan kolej, but please just tidy up your own place lah. Aku ni dari dulu jadi antara orang2 last yang tinggalkan kolej & aku rasa sem ni antara bilik yang paling worth. Sorry to say kalau you all tak dapat kolej lagi sem depan & kalau rasa sem depan taknak apply kolej dah, rasanya tak perlu kot you all nak buat macamtu. =_='

Haaa panjang tak mukadimah aku ? hahaha No lah actually aku bukan nak story pasal tu pun tapi dah alang2 kepalang kan. Last semester break, aku joined hiker jb club panjat gunung kat cameron highlands. Successfully covered 5 summits which was Mount Brinchang, Mount Berembun, Mount Perdah, Mount Jasar & Mount Ubi ( replacement for Mount Irau ). Just imagine 5 gunung dalam masa 2 hari. But not impossible kan ? 

For this semester break plak, once again aku join mountain hiking expedition under sports unit UiTM JB. Tapi kali ni kita ke perak plak. Gunung Berkembar Liang East West Tg Malim, Perak. Korang pernah dengar ke nama2 gunung ni semua ? Tak ? hahahaha For sure lah aku pun sama. Hopefully kali ni dapatlah tengok sunset & sunrise. Haritu tak dapat nak tengok sangat pun. Doa banyak2 dapat tengok keindahan ciptaanNya ni. Aminnnnn =)

See you all in the next entry okay ? InsyaAllah. Have a nice day people. :)

Puncak pertama, Mount Perdah~
Puncak kedua, Mount Jasar~

Puncak ketiga, Mount Berembun~
Puncak keempat, Mount Ubi~

Puncak kelima, Mount Brinchang~

Baju sponsor we all, cantik kan ?? :)


Notakaki : Dulu masa awal2 masuk U, join kelab ekspidisi & rekreasi dengan tujuan dapatlah buat aktiviti luar macamnie. At last kelab tu sunyi sepi tanpa apa2 aktiviti dah. Last activity kelab tu explorace kat hutan bandar. Never mind, i'm happy with sports unit punya aktiviti :)





Monday, March 19, 2012

Sweet moments ^_^


Kalau dulu sikit2 ibu.. sikit2 ayah.. No more nak ibu or ayah lagi. Everythings berlalu macamtu je. Betul lah masa itu emas. Dan masa tu kita tak nampak kan ? Sekelip mata je semua tu Allah tarik balik. Even sebahagia mana pun kita, bila dah sampai seru kita kena redha. Redha dengan semua ketetapanNya.

Maybe orang yang rapat dengan aku akan cakap aku sangat beruntung sebab masih ada makcik2 & pakcik2 yang still caring pasal aku dan adek2. Yeahh aku akuinya walaupun dulu aku & adek2 sangat nakal. Tapi mereka tak tinggalkan we ollz terkapai2 sendiri. Bila difikirkan balik, bodohnya aku dulu buat mereka macamtu. Hopefully adek aku dah sedar apa yang dya pernah buat. Baliklah ke pangkal dek, fikir apa yang terbaik buat diri kau. Aku dah tak kuat nak tarik kau tapi kekuatan aku hanya doa untuk kau.


Insan yang pertama ni bagi aku makcik yang sangat sporting. Banyak berkongsi pengalaman & cerita. Banyak bersabar dengan kerenah we ollz. Adek2 aku semua bawah jagaan dya. Cuma aku je tak. Yup, aku & adek2 tak sama macam you ollz yang duduk serumah. Kiteorang dah lame separate. Tak dapat dinafikan saat aku menulis ni airmata aku jatuh. Aku rindukan hubungan kiteorang yang selalu bercakar macam anjing & kucing. Makcik ni we ollz panggil kala bcoz family kiteorang ada dari singapore. Adek2, please ingat pengorbanan insan ini. Insan yang banyak berkorban untuk korang. Kalau boleh sayang dya macamane korang sayangkan ibu.


Insan kedua ni aku sayang dya sangat2. Bukan lah aku tak sayangkan kala tapi aku terlalu banyak terhutang budi dengan busu. Even dya makcik aku sendiri. Tak dapat dinafikan perlakuannya tak tumpah macam ibu yang sayangkan anaknya. Datang kampus semata2 sebab aku. Saat aku susah dya ada dengan aku. Saat aku jatuh dya bagi aku semangat. Kalau dulu aku cakap dengan dya aku nak lari hujung dunia taknak faced problem yang aku ada tapi dya suruh aku pandang ke hadapan, apa aku dapat kalau aku buat macamtu. Adatlah bila aku buat salah, pasti kena marah kena bebel punya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang busu berikan buat orang ingat kat mana orang berdiri sekarang su. Terima kasih atas semua kebaikan busu pada orang.

#Ilovebothofyoudamnmuch ! :)