Thursday, April 29, 2010

Berjalan Lancar

Semalam aktiviti aku cukup menarik. JPJ test hehe Korang tahu apa aku rasa dari hari sebelumnye?? Memang cukup cuak plus segala2nye larh. Mungkin bagi orang yang pernah lalui akan rasa macam apa yang aku cakap nih. Bukan selalu dapat rasa macam gnie kan ?? Tapi semalam aku still tido lena sampai pukul berapa aku bangun tah.

2 hari sebelum tuh aku ada latihan tambahan selama 3 jam. Jom aku cerita serba sedikit pasal pakej yang aku ambil kat IMBR nih. Dekat IMBR nih terdapat 2 pakej yang boleh korang ikuti. Pertama, biaselah pakej kancil dan satu lagi pakej myvi. Pendapat aku tentang pakej yang aku ambil nih secara personal lah ye, aku amat berpuas hati even harga dye mahal sikit dari biase. Cuma yang aku tak puas hati pasal nak booking dye, peh padat giler jadual dye mak cakap. Buku booking depa sentiase penuh,, memang kaya IMBR nih weyh.

Owh dok sebut IMBR2 banyak kali, apa tu erk ?? IMBR tu adalah singkatan kepada Institut Memandu Bunga Raya lah. Alah yang aku dok sibuk pot pet pot pet nih. Teringat waktu mula2 datang situ nak daftar around bulan februari hari tuh dan sekarang semuenya dah settle dah. Syukur alhamdulillah. Macam tak percaya pun ada bila aku dah lulus ujian JPJ. Sungguh ! aku tak percaya. Sebab aku ingatkan percubaan pertama aku pasti gagal. Tapi atas berkat doa yang tidak putus2 sepanjang ujian aku berjaya jugak.

Aduh, banyak dah aku melencong rupenya, niat asal aku dari tadi nak cerita tentang kelebihan pakej yang aku ambil tuh hehe Maafkan hamba ya. Ok2, antara2 lah ye depa akan ambil dan hantar u oll tapi untuk masa latihan dan masa test jpj lah ye. Memang depa ambil on time, terbaik wok ! Apa yang aku dapat info pelajar group myvi ini akan diberi pembelajaran lebih detail tapi bukan bermaksud group kancil tak detail tapi lebih padat sikit. Selain tuh depa akan suruh u oll memandu sendiri masa ambil dan hantar u oll. Care beb ! Lagik ?? In case kalau u oll gagal masa test jpj u oll dah tak payah bayar lagi untuk next booking latihan dan test jpj, kira belajar sampai lulus laa. Ha yang ini u oll diam2 eh ?? cikgu aku cakap bagi group myvi pegawai jpj dye dipilih antara yang terbaik dan masa aku test memang pegawai dye cukup2 ok. Tapi tak tahu lah apa yang cikgu cakap tu betul ke tidak. hahaha Tu jelah yang aku ingat setakat nih nanti ada lagi yang tertinggal aku hupdate ok ?

Pengalaman aku during test tuh oklah, tak ada bad things happened. Mula2 agak cuak sebab first candidate dah failed tang bukit. Untuk makluman, hari tuh just 6 calon myvi je yang test yang lain semua calon kancil. Masa kena tang aku dekat parking aku ade sedikit masalah. Aku pelik kenapa aku masuk parking tak macam selalu. 2 3 kali jugak aku keluar masuk nak betulkan posisi kereta dan alhamdulillah ngam2 choi wa cakap lu. Rupenya box parking 2 untuk kancil daa ingat body myvi dengan kancil sama ker ?? Then dah selesai aku pergi ke pondok jpj depa dok tanya kenapelah ang dok lama sangat kat parking tu dik non ?? haha aku ingat depa dah nak gagalkan aku tapi tidak. Masa dok tunggu depa dok cop2 sibuk tanya makayah aku kerja ape. Mula2 ingat malas nak jawab la nanti kang dye kasi gagal mampus aku. Dan aku pun mula la beramah mesra dengan pakcik2 tuh ( pakcik la kutt ). Dan belanjutan nak buat anak angkat dan adik angkat plak pakcik nih. Terus aku mendiamkan diri, dah sign borang tuh aku terus chaw, takut den hehehe

Part tuh dah selesai dan masa test jalan raya plak tak ada masalah sangat just lepas turun susur plentong tuh ada kereta rosak. Aku berhenti dekat situ dan bila nak jalan balik kereta terundur sikit ha amek kaw kena hon dengan kereta belakang. Yang kaw dok dekat dengan aku kenapa dah tau aku still L kan ? Masalah tul kan dengan orang2 gtuh. Tapi yang paling penting nasib baik abang jpj tuh suruh teruskan cepat. Dalam hati bersyukur sangat, TERIMA KASIH ye abang jpj. Dan aku kembali ke IMBR dengan selamat. Lepas tuh duduk berbual2 dengan rakan myvi yang lain sementara tunggu cikgu yasin nak hantar kami semua balik. Seronok berbual sampai tak perasan cikgu dah lama tunggu kiteorang. Sorry ye cikgu.

Lepas nih aku akan rindukan semua kenangan dari mula aku daftar sampailah aku dah lulus jpj. Belajar dengan cikgu yasin sangat best. One more thing masa nak isi borang P kat pejabat abang shahril suruh aku vote cikgu mana yang aku rasa terbaik dengan cara masukkan bola yang depa bagi kat lubang2 nama cikgu yang telah disediakan. Mesti korang dah tau kan cikgu siapa yang aku vote ?? Aku ada 2 pilihan whether yasin atau zaid. Tapi for me cikgu yasin is better laa. And i voted for him. Thanks a lot ya cikgu. Dan untuk pengetahuan korang pict2 yang aku sertakan nih di captured oleh him. Credit to him.


"Masuk tak nih cikgu ?? "

Ok abang jpj saya dah angkat tangan. Lulus ya ??

Pernah laggar tiang no 2 kat belakang tuh. Siyes tak perasan gler haha

Aku paling takut wat yang ini tapi at last berjaya,, yepiii !

Peace yo ! Lupe nak edit pict nih lak..

Kenangan bersama JKV 3730



Wednesday, April 21, 2010

Surat Adam Untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……



SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….


Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum
bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulahhijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!





Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....


Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?


Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....



Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Notakaki : Tersentak seketika bila aku baca warkah ini. Banyak lagi yang perlu aku dalami tentang agama aku sendiri. Moga hidayah terbuka lagi untukku. Amin !



Monday, April 19, 2010

Im Falling In Love

Ini kesah benar ok aku tak tipoo nih. Dah lama aku dok simpan perasaan nih sorang2 mana boleh jadik nih. Dye buat aku tak tidow malam, makan tak kenyang, mandi tak basah ( statement tipoo nih hehe )

Oklah sebenarnya aku dah jatuh chenta dengan EDWARD CULLEN atau ROBERT PATTISON. Ala mesti korang cakap ko ni ketinggalan la ten,, haha peduli apa aku,, masa mula2 tengok dye berlakon memang dah cakap dalam hati dye nih menepati ciri2 idaman nih. Tapi aku sendiri pelik dengan tabiat aku nih asyik dok ulang tengok citer twilight jep. Virus apa sudah melanda ini ek ??

Lagi satu,, aku dah tak sabar nak tunggu twilight ke-3, THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE. Gerenti aku akan serbu panggung punya beb. So ada siapa2 nak teman aku pergi tengok ?? Jom2 kita boking tiket awal2 dulu haha Agak2 boleh tak genk ?? Coming soon on 30 of this june. Best ke tak best belakang kira yang penting aku dah haruk sangat dengan movie nih. Mengapa semua ini terjadi, aku tak minta semua ini terjadi. Ngee~~ Jangan lupa tengok ok.. =)


The Twilight Saga






Saturday, April 17, 2010

Aktiviti yang tidak dirancang

Alhamdulillah,, hari ini cuaca tidaklah sepanas hari2 lain. Sejak2 nih hujan di sebelah petang amatlah dasyat sekali. Macam semalam hujan yang begitu lebat dengan kilat dan guruh yang berdentum2 sampai lappy aku ter-off sendiri. Kilat sudah hentam letrik rumah aku. Disebabkan terlalu takut aku pun men-shut down lappy kuh, takut kena lagi sekali kang kondem lak lappy aku. Jalan terbaik adalah dengan mendiamkan diri ( tidow la tuh ! haha )

Sebenarnya entry kali ini takde kena mengena pun dengan hujan segala bagai tuh. Petang tadi aku dapat mesej dari saudari safiah ajak keluar bersiar2 ( ayat skema sikit ) dengan ayahnya. Dye ajak g main bowling. Aku pun tengah takde kerja nak buat so takde hal la bagi aku. Fuh,, main bowling dengan peserta daerah eh ?? ( bolehla dari bukan wakil kan ), ingat aku tak terer ker ?? Aku ni Raja Longkang tau tak haha

So around 4.30pm gtuh kami pun menuju ke destinasi~ Leisure Mall. Mula2 tuh dapat link hujung sekali. Fuh, selamat so takde lah orang akan menyaksikan aksi2 kami nih. Alih2, link tuh buat hal lak so pindahlah ke link sebelah. Dok syok baling2 masuk longkang tett! link buat hal lagi dan kami diarahkan bertukar ke link tengah. OMG !!! haha Ok ! Layankan aje. Tink ! Tiba turn aku nak menjatuhkan pin segala bagai tuh,, pandang pada sasaran ye dan..... opocot !! bola terbaling ke belakang haha ! Aduh,, bapak segan aku jadinya. Dah lah link sebelah budak2 lelaki tengah main,, apa lagi kaber macam takde pape berlaku lah.

Sepanjang aku main bowling nih, inilah first time bola aku terbaling ke belakang ok. Mungkin sebab tangan aku yang licin time tuh, orang main kaw sibuk makan kan haha Tapi takpe ah jadikan kenangan terlucu pada hari ini ok ?? ngee~~ Actually,, aku kurang sikit game bowling nih sebab tangan aku pengkor time nak baling. Tapi nak buat macamne kan dah itu skill aku hehe Untuk first game aku dapat around 40++ point je but for second game aku dapat 95 point. Punya happy time itu even tak lepas 100 point pun. Tak boleh nak challenge son dengan ayahandanye.

So after that kiteowang pergi karok lak dekat sebelah bowling tuh. Chantek jugak tempat nih. Melalak untuk sejam je dan charge yang dikenakan tak silap aku rm15. Oklah lah untuk sejam kan ? Penat dah dok buat konsert yang takde orang datang tengok tuh, ayah son bawak kiteorang pergi mencekik plak. Lokasinya adalah di LC CATERING. Pernah pergi situ dengan my besties dulu and makanan dye boleh tahan sedap ah. So kalau korang datang jaybee jangan lupa singgah di LC CATERING ok ?? Tak tipuu sedap weyh. Memang senak perut aku lepas tuh. TERIMA KASIH ye pakcik SHAFE'IE. Nanti duit saya dah berkepul2 saya belanja pak cik plak ek.

Aktiviti sudah selesai dan pulang ke rumah dalam keadaan yang selamat. Haha ayat aku memang begini, harap maklum. Masa turun dari kereta tuh gelang yang aku pakai tersepit kan pintu. GOSH ! Habis putus rambu2 dye. Sangat sedeh lorh. Sebab tu gelang arwah ibu belikan. Tapi apekan daya sebak giler masa jalan masuk rumah. Aku berjanji lepas ni aku takkan pakai lagi gelang tuh. Biarlah jadi kenangan sampai bila2 eventhough rambu2 dye dah putus. sob.. sob.. Masuk bilik dan terus meng-on9kan diri. Terasa penat plak nih,, layan jela pict2 nih k. Ada yang tak clear im sorry ( tiru trademark amir raja lawak ) Cau dulu people, SALAM ! =)

Peace yo !!

Cara tak balingan si tangan pengkor nih =_+

Minah nih memang terer tang game nih..

Minah ni lak bawu belajar nak main. Well done sha !

Bz buat seketika ahakz !

Bersama safiah shafe'ie

Snap by shon..

Ha.. tengah tunggu makanan sampai..

Nilah gelang yang aku maksudkan tuh =(



Wednesday, April 14, 2010

Kan dah kata ??!

Buat jahat orang akan ingat sampai kita mati tapi bila buat baik orang tak akan ingat. Lebih parah lagi bila kejahatan atau keburukan yang kita lakukan tetap diungkit bila kesalahan datang dari pihak lain, dalam erti kata lain bukan salah kita. Entry kali ni bukan berkisar tentang aku tapi tentang orang disekeliling kita. Info ni mungkin dapat beri sedikit sebanyak kesedaran yang kadang2 kita sendiri tak nampak even pada diri aku jugak yang terkadang menunding jari pada pihak yang tidak bersalah.

Adatlah kita ni cuma manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi aku cukup tak faham dengan orang yang berlagak konon dye tu PERFECT sangat sampai tak boleh nak maafkan kesilapan orang lain eventhough kesilapan orang tuh cuma sezarah kuman. Bukan nak beremosi tapi kadang2 rasa cukup geram bila berhadapan dengan orang sebegini. Apa yang aku belajar dari pengalaman aku sendiri bila orang tu tak sedar yang dye pun pernah melakukan kesilapan yang sama but when it happen same goes to them punya lah melenting glier bahabi tuh.

Banyak aku kutip dari pengalaman aku sendiri. Yela hidup pun dah 20 tahun mestilah banyak pengalaman yang kita dapat kan lagi2 lepas pemergian my parents. Baru aku sedar langit ni tinggi ke rendah, jatuh bangun aku untuk kenal erti kehidupan. Manusia kat atas bumi ni mempunyai pelbagai aneka ragam dan perangai. Dan kalau kita explore dunia ni mesti kita akan lebih mengenali siapa diri kita. Sebab hidup kita ibarat roda kadang2 kita dekat atas dan kadang2 kita dekat bawah.

Oleh itu, janganlah kita anggap diri kita dah cukup tinggi tarafnya walaupun kita berada di menara gading sekalipun. Sebab tak mustahil orang yang dekat bawah akan berada di puncak jugak. Sebab kadang2 attitude itu yang melambangkan kejayaan kita sendiri. Gambar kat bawah ni takde kena mengena pun dengan tajuk entry nih. Gambar ni diambil siang tadi masa jalan2 kat jusco permas. Chill ! ~

itu KAMO !!!

Comel tak kami ?? ngee~

berAKSI selamba.. Yabedabeduuuu..

Ha.. nie baru perempuan melayu terakhir..



Monday, April 12, 2010

QTI ohh QTI

Updated blog ??? sudah lama aku tak meng-updatednya. Bukan takde cerita nak kongsi just malas nak menaip. Dengan cuaca yang hot and spicy sekarang nih buat aku bertambah malas nak updated. Bila malam plak dah ada kerja lain so lupalah nak bukak blog untuk meng-updated ngee~

Harini aku ada QTI Test jam 9am tapi still ada latihan selama sejam bersama cikgu zaid. And the best part when hampir ke 8am aq baru bangun tidow ? Haa.. ape lagi melompat la aku dari katil bila dengar cikgu dah sampai kat depan rumah. Dengan ber-bekalkan 10-15 minit aku menyiapkan diri aku. Aku mandi ok ?? So jangan ngumpat aku belakang2 ye,, aku dengar ok ?

Cikgu zaid cakap konon kalau datang cepat bolehla belajar awal sikit memandangkan aku ni masih belum terkawal lagi. Soryla cikgu, memang tak sengaja membantutkan niat cikgu yang murni tuh. So overall QTI tadi agak teruk bagi aku. Tapi cikgu sam cakap OKlah tapi kena practice and practice lagi. Dan dye telah meluluskan QTI aku. LEGA !

Oh ya ! tadi jugak aku ada terjumpa cikgu yasin ( dye pon pernah jadi cikgu driving aku ). Masa tuh dye tengah ajar budak, sempat wish me luck. Thanks ya cikgu ! Belajar dengan cikgu memang cukup santai. Standard la orang baru nak belajar macam aku perlukan masa nak jadi perfect even taklah se-perfect2 nya, kan ? Bdw, test JPJ aku around 28hb nih dan masih ada baki 3jam untuk aku betulkan dan mantapkan pemanduan aku. Ya, insyaallah ! =)

Okla people, sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Insyaallah aku akan post entry lagi bila aku rasa free. See then ! =_+

From left cg zaid, cg yasin dan cg ???? ( tak kenal larh hehe )