Saturday, September 18, 2010

Edisi Raye ~Part 2~

^RAYA KEEMPAT^

Tak pergi mana2 pun hari ni. Duduk rumah menghabiskan masa dengan tengok tb dan melayan si kembar nih. Bapak cumey kalau time dorang ketawa. Abang just bawak satu buai je so kena lah gilir2 nak masukkan dorang nih. Nyenyak kalau tdow dalam buai dak kecik nih. Letak je bawah mula lah melalak. Tak pasal2 maklong jela kena dukung aiman kan. Asyik aiman je konker buai bagi chance kat amani plak lah ok.. Baru aku tahu payahnya nak jaga twins nih tapi bila dah besar nanti mesti abang dengan akak happy yela dah penat2 jaga then tengok dorang membesar depan mata hilang semua penat time jaga susah2 dulu kan. Pict dak kembar nih banyak tapi masukkan nih jelaa =)




^RAYA KELIMA^

Okeh~ Hari yang paling best kut bagi aku. Turun kl berdua dengan adik aku dari seremban. Selalu teman aku jalan nih kak ayu since kak ayu busy so adik aku lah jadi mangsa. Pagi tuh abang dengan akak yang hantar kitaorang pergi tren dorang tanya nak pergi mana jep, aku cakap lah tak tahu lagi. Destinasi yang telah kami lawati adalah sg wang, pavilion, lot 10, low yat, and midvalley. Jalan je selagi mampu itulah hasilnya apa yang kitaorang mampu hehe

Tapi macamne pun tempat paling best untuk aku shopping mesti mid and 1 utama. Tempat lain takat jalan2 cuci mata je boleh laa. Tapi paling aku heran adik aku boleh tak mengeluh penat plak hari tuh. Selalo dah membebel dah cakap macam2. Then nak merehatkan kaki yang dah penat berjalan nih kitaorang pergi nengok movie cerita step up 3.

Sebelum balik tuh singgah makan kat sushi king jup, lama giler tak pekena sushi. Kat kolej takde geng nak ajak makan sushi, geng aku dah terbang ke upm plak. Bajet konon sebelum pukul 10 ker dah boleh sampai. Last2 pukul11 jugak le sampai seremban balik.

At the same time, ada event kat jb dengan besties aku tapi aku tak dapat join. Rupa2nya dorang sambut belated bufday aku, marni, oja dengan salma. Thanx korang sebab ingat jugak kat kitaorang. Kalau nak baca pasal tuh korang boleh click sini dan sini.







^RAYA KETUJUH^

Raya ketujuh selamat sampai ke jb safely. Masa tengah tunggu kala fetch kiteorang aku duduk sorang2, adik2 pergi mana tah. Dok tengah belek2 fon tiba2 mendongak le jup. Alih2 ternampak muka seseorang yang cukup dikenali. Mak aihh masa dya tegur aku tuh sah2 memang dya lah. Dya tu adalah ex boyfie aku. Lama giler kut tak jumpa dya sejak dya masuk u dulu. Alih2 jumpa kat situ plak. Nampak dya datang dengan family so aku pun pergi jumpa mak dya jup. Hormat tetap kena hormat ye dakk. Berbual jup dengan dya, dya cakap dya tersalah tengok time. Terdatang awal katanya. Pelik gak apesal la dya balik u awal no rupanya ada aktiviti hujung minggu nih. Orang lain semua nak extend cuti lagi lorh hehe


^RAYA KELAPAN^

Baru sampai jb ada je aktiviti aku dengan bestie aku. Plan nak pergi beraya so set time pagi tuh berkumpul kat rumah qila. Ala biasa lah janji melayu kata time nih lagi 1 jam baru semua berkumpul, dah biasa dah. Masa kat rumah qila tuh, tengok macam dah nak hujan yang si sarep nih tak sampai2 jugak.

Memandangkan dah nak hujan so motor dorang tinggal je maka sumbatlah semuanya dalam satu kereta. Masa nak pergi ambik sarep dengan arr si ungku duduk depan. Si sarep nih panjang so kitaorang memang nak suruh dya duduk depan jela then masa pergi ambik dorang tuh memang hujan dah lebat giler. Budak 2 orang tadi nih berlari terus masuk kereta duduk belakang at the same time si ungku ni pun berlari pergi belakang jugak, dah tiga2 duduk belakang yang kat depan plak kosong. Situasi tuh buat aku, salma and bobo yang duduk kat belakang sekali ketawa pecah perut sampai meleleh air mata aku. Sungguh ! Lawak habis ! hahaha

Then masa odw pergi rumah oja dok pikir mana lah nak sumbat si oja ni karang. Dah tak muat kut. Masa dekat rumah oja, arr cakap jojo nak datang. Dah kira bagus sebab jojo memang dah ada kereta. Tapi si marni plak gedik cakap tak ajak dya. Penat aku ajak dya boleh cakap tak ajak. Malas dah nak pikir. Dalam 9 rumah je kitaorang serbu yang lain tak sempat dahh. At last marni ikut jugak tau, sabor jelah dengan laling sorang tuh.

Kitaorang lama sikit kat rumah shon sebab tunggu kaum adam nih pergi solat jumaat jup. Gerak pergi rumah marni and terus pergi rumah cik ita kat kg melayu. Cik ita tuh makcik kantin kitaorang masa sekolah menengah dulu. Budak2 nakal macam kitaorang nih memang orang sentiasa ingat, ye dak salma ??? haha Takdelah kitaorang memang baik dengan makcik2 kantin nih. Rasanya rumah cik ita tempat kitaorang posing sakan kutt. Maap ye cik ita.. Makin cik ita marah makin cumey plak hehe

Rumah aku memang selalu hujung2 gtu. Sonang den terus balik jep. Tapi semalam singgah jusco jup terus beli barang2 yang perlu dibeli. Ahad dah nak balik kolej, malassss nyee.. Rasa macam nak sambung cuti lagi. Bdw, layan korang semalam cukup masyuk lagi2 bab posing2 tuh kalah budak umur 5tahun haha ! Walaupun mood aku berubah jup sebab jojo yang buat aku tacing. Suka carik gaduh dengan aku tau mamat tuh, nyampah ! Tapi kejap jelah then aku dah ok balik ! Sayang deep dodo damn much !! =)


Posing rumah qila jup~


Terima kasih cik ita.. tahun depan jemput lagi yee~


Budak2 giler lensa~

Aku suka pict nih~


Mengira balang kuih raya hakhak~

Terbaik~~


Mereka2~

Cik ita sedia menunggu mereka yang kuat mencekik ini~

Candid yang macam hapee~



Mereka memang begini~


Di rumah ungku~



Marni mamat, you are cool bebeh~



Cik shon and cik bobo



Aten with cik shon

Maka dengan ini bermula lah kembali segala tugasan dan aktiviti harian yang ditinggalkan hampir 2 minggu yang lalu. Bagi yang bekerja selamat bekerja dan bagi yang belajar, ayuh bangkit teruskan perjuangan ngee~~




2 Orang Berkongsi Pendapat: