Sunday, September 5, 2010

Hari untuk meronggeng !!

Yeahhh !! Finally cuti raya sudah sampai. Selamat sampai rumah hari sabtu petang. Walaupun ada senior yang dah balik lagi awal tapi aku bersyukur sebab masih ada yang belum balik kat kolej tuh. Tiket bas, flight or train ?? Tak usah khuatir memang sentiasa ada untuk aku yang hidup di perantauan nih hehe ! So korang semua dah selamat sampai rumah or belum lagi ?? Kalau ada yang belum tuh aku doakan selamat sampai ke detinasi korang kay.

Hari jumaat bersamaan 3hb september adalah hari terakhir kuliah dan hari terakhir puasa di kampus. Tiada lagi tadarus, tiada lagi terawih ( yang nih macam selalu pergi jep hehe ) dan tiada lagi macam2 lah. Rindu plak dekat budak bilik 301. Hari tuh kitaorang pergi HP (holiday plaza ) saja nak berbuka luar. Then nak tahu what happened bila sampai di kampus around 9++pm. Tercongok mak guard kat situ, ingat kitaorang takut muahaha !

Pak guard rilek jela mak guard dye pehh kecah tol. Malas nak cakap banyak kitaorang isi jela form tuh. Dye pot pet pot pet malas aku nak dengar. Geram jugak bila aku dengar dak lelaki balik lambat mak guard selamba lepaskan dorang but bila jadi kat gurls dye ambil tindakan. Korang pernah dengar tak satu lagu nih dye kutuk pasal pak guard ?? Siyesly lawak giler ! Aku baru dengar kat phone adik aku tadi, dye cakap lagu tuh famous dekat segamat.

Baru masuk nak order tapi sempat je nak snap..

Jangan salahkan ibu mengandung, kami memang begini

Sementara tunggu berbuka, yee masih sempat *-*

Lagi dan lagi weeee~~

Angle lain plak~~

Minat yang kat atas nih..

Hari sabtu bersamaan 4hb adalah hari yang di tunggu2 oleh kami semua, Yup ! Hari untuk pulang ke rumah masing2. Kenapa tak balik hari jumaat jep ?? Ikutkan memang semua nak balik hari jumaat tapi disebabkan sabtu ada test so terpaksalah balik esoknya. Petangnya pulak aku hang out dengan sayang aku, marni and sha. Yela konon2 nak mencari baju raya so pergi lah angsana. Ramai giler orang kat sana boleh tak. Tapi tak lah macam kat midvalley on weekends. Kalau kat mid tuh orang aku dah nampak macam semut dah ngeeee~~

Aku tak beli apa pun kat angsana. Just teman sha beli kasut. Aku ?? Tak ada yang berkenan lagi masa tuh. Kitaorang ingat nak gerak pergi jusco tebrau city tapi after buka puasa lah. So dikala masa yang masih boleh di isi tuh kitaorang jalan ke bazar depan mall tuh. Nak dekat pukul 7pm dah kot masa tuh tapi masih ramai kat situ. Mak aihhh tak reti balik apa dorang nih, aku bermonolog dalam hati. Rupa2nya ramai yang berbuka dekat situ je. Memang ada disediakan 1 khemah kat situ and ada jugak yang duduk kat tepi2 tempat kereta tuh. Ni mesti kes nak sambung shopping kan mak cik kan ngee~~

Kitaorang buka dengan air je dulu. Malas nak lama2 kat situ plus dengan orang yang ramai. After that kitaorang terus gerak tc. Kat tc memang sah2 ramai lah kan but nevermind lah dah biasa dah pun. Sasaran pertama adalah mesin ATM. Masing2 kena cucuk duit dulu baru boleh shopping plus makan. Then baru pergi makan dan VIVO menjadi sasaran kami. Sedar tak sedar dah pukul 9 lebih.

Singgah Esprit jup sebab marni nak beli present untuk member dye. Aku pun macam nak beli sumthing. At last benda lain nak beli tapi benda lain yang dapat. Thanks to pakcik sha sebab ada dye kami dapat discount yang cukup masyukk. Jalan time2 gnie sebenarnya buat aku teringat masa jalan kat One Utama dulu. Banyak kedai dah nak tutup. Apa korang dapat jalan time macam tuh, geram je adelah. Paling lambat tutup mestilah jusco. Singgah jup sebab adik aku suruh belikan boxer dye. Masa kat angsana tuh segan tak segan lah aku nak pergi tempat tutt lelaki tuh. Tapi masa kat tc aku lenjan jelah sebab kaw tau dik ! hahaha

Kesimpulannya, hari tuh adalah hari yang paling penat bagi aku. Balik nak dekat pukul 12 dah la dari pagi tak rehat2. Tapi syiookk habis la sebab dah lama tak meronggeng macam tuh. Oklah better stop by here first. Nantikan next entry okeyyhh ??! Nyte reader tershayang~~

Mereka sayang saya taw * jangan jelez !!

Giler lensa jugak ini !!

Starving giler laa. mana makanan nih ??!


Notakaki : Akhir2 puasa ni banyak dapat undangan buka puasa dengan kawan2. Cehh bajet macam artis jup hehe Bagi korang yang jauh2 tuh sorry lah, aku nak berbuka dengan korang tapi jarak yang memisahkan kita. Pict aku upload besok jela, malam nih line macam hape jep..



0 Orang Berkongsi Pendapat: