Thursday, March 11, 2010

Aktiviti Semalam

Wah2 ! Today aku bangun amatlah cepat ye. Kol 7.30am dah seret diri sendiri masuk bilik air ( seret ???!! ) Sebenarnya hari ni aku ada latihan memandu. Setelah almost 3 time tp rasanya dah lebih kot nenek aku memekak suruh bangun, aku bangun jugak setelah jam menunjukkan jam 0728, OMG !! Macam pelesit aku masuk bilik air haha Jangan ikut perangai aku nih, gelap masa depan =p

Aku siap around 0755 gtu and then turun menikmati bekpes ( jarang bekpes skang huhu ) Tunggu punya tunggu untill 0815, tak sampai2 nih. Isk ni tak boleh jadi aku pon menelefon ke institut. Kowang tahu apa jawapan yang aku terima ?? Nama aku takde dalam list hari ni. Ok ten sabo k sabo ! Sebenarnya hati ini amatlah geram mendengarnya tapi apa boleh buat, nak marah2 pon tak guna. Tapi memang bukan salah aku sebab aku sendiri ada take note masih tetapkan waktu tuh. Siapa yang salah ??? Ha lu pikir la sendirik ! Just yang aku geram aku terpaksa bangun pagi2 gni but canceled plak. huhu Ingat nak sambung tidow jep balik, maybe after aku update blog nih la kuut. =)

Isk panjangnye intro aku eh ?? hehe Biasalah bab2 merepek ni bagi kat aku. Cett ! Sape cakap merepek ?? Luahan perasaan tuh huhu Berbalik to our entry topic nih citer pasal semalam. Tak dapat nak updated sebab penat lah semalam. Aku pergi meronggeng dengan besties aku which are sha, marni and shontot. Mula2 tuh dorang teman aku hantar surat resign kat ex-ofis aku ( kelakar jep bunyi ) Bukan saja2 resign ok ada masalah yang tak dapat dielakkan berlaku. After that kami ke SMKPJ (fuh banga nih tulis ) sebab son nak mintak cop sekolah. Tapi malangnya akak kat ofis bapak gedik suruh bawak salinan ori, apa lagik emo la minah sekor tuh =p

Then, ke post ofis minachi nih ( aku lah tu ) nak buat portal order la plak. Busy tol semlam hehe Bila semua dah settle kiteowang pon menuju ke Taman Molek ke mana lagi kalau bukan ke rumah marni. Dye kap mak dye masak bubur merah bubur putih. Aku pon tak pasti sebenarnya aku pernah makan ke tidak before this. Kumen, urmm boleh tahan sedap jugak. Senak aku sebab makan, makan dan terus makan. Mengikut kata2 sha, Bubur ni selalu org buat sebagai tanda kesyukuran atau orang kahwen. Gtu la bunyinya kot.

Selepas melantak, kiteowang lepak kat umah marni dulu. Nih la kerja penganggur tegar macam kami, makan tidow on9 hehe Around 5pm son dah bising suruh hantar dye balik so hantar la dye balik. Yang tinggal hanya aku, sha dan marni. Tiga2 still single dan tak payah nak fikir masalah boipren dah. Bercadang mahu ke danga tapi kami stop kat stulang laut. Perut agak berkeroncong lagik nih nampak lah orang yang jual cocok2 makanan tuh ( petah nama dye ! )

Then masa nak beli air, marni mahu bayar but lastly what happened ?? purse dye tertinggal beb. Yang tu tak la haru sangat yang buat haru biru bila lesen pon dye tak bawak ( for sure la kan kalo dah purse pon takde ) Bagus marni, keep it up dan pasni buat lagik ye. Dengan muka selambanya kami melepak kat area2 situ sambil menikmati makanan especially dengan angin laut. Besh2 ! Tapi lagik besh kalau ade son, oja dan bobo.

Marni skang dah pakai nset canggih Nokia E71 so macam2 aksi la kami snap. And kami telah membuat satu rakaman video tapi just untuk tatapan kami jela. Malo seyh nak tunjuk kat orang. Every time tengok video tuh pasti aku akan ketawa sorang2. Enjoy giler masa tuh. Tapi yang tak besh nye ade sekumpulan mamat2 india dok mabuk kat situ. Dahla mabuk, then kencing sesuka hati dye jep. Geram jep aku tengok taw. No adab beb. !

Before balik tuh, aku ajak marni carik burger yang kat tepi jalan tuh. Macam nak sangat makan. Selalu dekat dengan rumah aku ade jual tapi skang si shuib tuh dah tak jual plak. Haru aku nak mencari burger paling dekat ( padahal ada lagik kat depan dekat bustop sana tapi kalo dah malas taw jela ! ) Yummy2, sungguh sedap dapat menikmatinya. Bila perot dah kenyang, hati gembira dan sudah semestinya mata pon layu haha Buwok sungguh kaw ni ten ! Isk takdela akanlah makan terus tidow kan ?? Aku mandi and tunggu cerita asmaradana kat tb3 kol 10.30pm, Besh citer tuh. Tapi biasalah citer melayu dah paham dah jalan citer dye macamne. K lah sempat lagik nih kalo nak lelapkan mata sekejap. =)


Spek depa ade kaler itam, aku jep takde =(

Ni orang panggil " AKSI COMEL " hehe



Wednesday, March 10, 2010

Genap 4 Tahun

Tanggal 9 mac 2010 genaplah sudah 4 tahun seorang insan yang sangat aku sayangi meninggalkan aku. Seseorang yang sepatutnya menjadi peneman aku dikala aku menitiskan air mata kesedihan dan kegembiraan. Tak sempat aku nak kecapi saat2 itu bersamanya. Belum sempat aku mambalas jasanya melahirkan aku di dunia ini.

Sebelum ini aku tak pernah memikirkan kejayaan yang perlu dirangkul untuk membalas jasanya. Tetapi setelah satu kejadian yang terjadi membuatkan aku tersedar yang aku berada di alam realiti. Banyak masa telah aku buang begitu sahaja. Tapi buatmu ibu, aku akan kejar kembali apa yang aku bazirkan itu. Walaupun agak terlambat.

Dulu, dye lah tempat aku bermanja. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Banyak rintangan yang dilaluinya untuk membesarkan aku. Andai dye masih bernafas pada hari ini pasti tubuhnya akan kurangkul penuh erat, begitu dalamnya kasihku rinduku padamu IBU. Kaw seorang wanita yang cukup tabah cuba mengharungi segala onak selepas pemergian suamimu.

Tetapi kekuatan kaw tidak dapat bertahan lama. Aku kehilanganmu selepas arwah ayah meninggalkan kita. Orang cakap aku kuat dan tabah hadapi semua ini. Tetapi orang tak tahu aku selalu jatuh sendiri bu. Tak ada tangan ayah dan ibu yang menarikku kembali. Adakah aku mampu lalui kehidupan akan datang tanpa dorongan kalian.

Kini, aku sering menangis sendiri, aku kuatkan diri aku lalui semua ini. Banyak dugaan yang aku lalui tanpa kalian yang sepatutnya berada di sisiku. Aku terlalu merinduimu IBU. Kesakitan di jiwa hanya mampu reda buat seketika selepas meluahkan isi hatiku di pusaramu. Dan kini juga, hanya secebis doa yang mampu membuatmu tersenyum di alam sana. Semoga kaw di tempatkan di kalangan orang yang solehah dan beriman. Amin~

" Senyumannya tetap terpahat di hati "

" Kenangan bersama bondamu "

p/s : Lagu matahari by amuk selalu membuatkan aku mengingatimu.. Lagu kesukaanmu bukan ?? Pasti gugur lagi air mata ini.. ='(



Sunday, March 7, 2010

Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj ( macam ni ea eja dye ? )

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa kontroversi.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.



Pantun Buat Pasangan Berkaple..

Warghh.. Lately sangat la busy.. For this entry just nak kongsi satu pantun nih. Cube la korang hayati bait2 dye, fuh memang sakit bagi yang terkena. Just untuk hiburan. One more thing, for your information pantun ni bukan direka oleh saya ok sekadar nak berkongsi jep.. Yok layan ! ~

Pantun Orang BerCouple

>nak kata dah kahwin,
>rasanya belum lagi,
>bila tanya bila nak kawin?
>entahlah..... x tau lagi....

>perangai mengalahkan org dah kawin
>berkepit sana-sini,
>padahal bukan muhrim,
>ikut trend masa kini..

>heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
>berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
>tak kasihan mak bapak ker,
>hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

>nak kata tak belajar agama,
>kecik-kecik mak bapak hantar,
>sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
>sendiri bangang sbb x ikut apa yg diajar...

>belajar tinggi sampai gayat,
>tp tak amal sepanjang hayat,
>islam tu kan penyelamat,
>bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?!...

>sana sini buat wayang,
>orang tengok naik bengang,
>itu belum lagi rumput kat padang,
>kalau idup sure kena terajang...

>dulu masa single okey jer,
>sekarang dah couple banyak lak dosa,
>bila org tegur buat derk jer,
>apa kulit dah tebal nak masuk neraka ?!...

>bila kena tangkap khalwat,
>buat muka jadi kelat,
>malu mengalahkan ikan jelawat,
>tambah muka penuh jerawat..

>masa buat x tau malu,
>ikut sangat telunjuk nafsu,
>buat maksiat x segan silu,
>sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

>suruh sembahyang...nanti..nanti..
>boyfriend tepon terus pergi,
>nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
>boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

>yang si mamat nie pun sama,
>suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
>mana taknya dah berjanji hidup bersama,
>sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

>kesudahanya hari jumaat,
>org solat jumaat,
>dia bershopping bukan main ligat,
>layan awek sampai penat...

>kalau diri dah gatal sangat,
>kahwin jer cepat lagi selamat,
>ni couple takde matlamat,
>sajer suka² penuhi syarat..

>org couple dier ikut sama,
>tak sedar diri tu papa kedana,
>papa ilmu papa agama,
>macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....

>bkn mengata bkn mengumpat,
>siapa suruh buat wayang x bertempat,
>kalau x suka diri diumpat,
>jgn buat benda yg x tepat...

>bonceng sana bonceng sini,
>bontot tertonggek x malu pulak,
>siap bangga x terperi,
>dapat peluk pinggang balak..

>balak kat depan mata melilau,
>awek kat belakang bknya nampak,
>siap mengurat muslimah yg pegi surau,
>silap hari bln sure kena sepak..

>awek pulak bangang,
>perangai macam lalang,
>percayakan balak bergalang-galang,
>yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

>pegang sana pegang sini,
>x takut ker susutnilai,
>kahwin belum tentu lagi,
>kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

>tulah... tuhan bg akal x pakai,
>tuhan bg hati x tahu menilai,
>diri sendiri yg lalai,
>baik buruk pun x reti nak nilai..

>kalau org cakap marah,
>bila org nasihat melenting,
>"taulah...taulah xpayah susah²,
>tau lak senyap bila dah bunting....

>la ni baru nak ingat tuhan,
>itupun nasib baik ingat,
>menangis dah x leh nak tahan²,
>baru sekarang menyesal bangat....

>nasib baik tuhan tu maha penyayang,
>itupun nasib baik umur masih panjang,
>ada peluang nak mengucap panjang,
>mintak ampun, panjat doa memanjang...

>perkara lepas jgn dikenang,
>pintu taubat terbuka luas,
>hidup bkn utk bersenang-senang,
>meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

>*.....jadikanlah renungan.....*




Tuesday, February 23, 2010

Suka Duka Kehidupan

Wahh malam ini baru aku mampu nak ber-blogging. Mood takde larh plus semalam balik sakit kepala. So tak dapat larh nak updated blog semalam. Actually orang yang aku maksudkan tuh membe baik aku sendiri. Aku keluar dengan oja semalam. Manalah nak keluar dengan boipren kan, so mereka2 tu jela yang aku sayang sekarang. Truly comes from my heart ok. Aku ingatkan semalam adalah hari yang bahagia buat aku. Tapi tu lah orang cakap ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ha macam tu la perumpamaan yang aku maksudkan.

Aku sampai dekat maybank around 10++ am gtu. Oja sedia menunggu aku di sana. Sebab aku tertinggal bus, so i decided to take cab sajelah. Alah bukan jauh mana pon, so takde hal bagi aku. Masa sampai bank, dari jauh aku dah nampak oja. OMG !!!! Oja was wearing tudung ala2 pink just same with me lorh. Dah tak terkata dah aku masa tuh. Nak ketawa berdekah2 dah. Mampos orang cakap macam2 nanti hehe !


Setelah semua hal selesai, aku pon membuka beg kuh sebab nak ambil purse. Bongkar punya bongkar, TAK ADA !!!! Masa tuh memang agak seram sejuk bagi aku tapi bila tengok kad pengenalan ada pada aku, keseraman tuh sedikit kurang. Ic yang penting ok ! Bila aku tanya balik pada kaunter yang aku pergi tadi that abang said he dont know anything. Huhu Memang sedey tapi aku kental haha So takla menangis. Oja cakap kalau kena kat dye mesti dye menangis. " Ye oja, Aku tahu pasti kaw akan menangis bila benda ni berlaku kat kaw punye " hehe !

So now aku tidak mempunyai walau sesen pon ( bohong nih ! haha ) Ada la seringgit dua yang dok selit2 kat celah2 beg tuh tapi tak cukup untuk pergi lunch ok. Then aku pun decided nak pergi Cimb nak keluarkan duit. Alhamdulillah duit masih ada ;) After that both of us melangkah ke jusco. We went to SR sebab dah janji nak lunch sana kan. Oja pilih kek indulgence dan oreo milk shake while aku macam biasa lah spagetti meatball beef dan green apple kasturi. Dalam hati aku cukup yakin yang purse aku akan aku dapat balik. So i just ignored about it. Aku berserah sahaja.

After that aku just jalan2 jap cuci2 mata. Boleh la tengok2 present untuk busu dan kala. Aish kenapa lah birthday mereka dekat2 nih, budget yang diperlukan mungkin sedikit besar. Mungkin sedikit lambat kot present mereka tuh. Sorry ya aunty2 kuh. Aku dan adek kuh nak beri yang terbaik buat kalian berdua. Sabar menunggu~~

Masa dok jalan2 tuh, kiteorang merayau kat tempat ungku azrul dan azhar bekerja. Ala takde customer pon, so kacau2 lah mereka sebentar. Hari ni birthday ungku azrul. Yup, happy birthday kawanku ! Moga kaw akan bahagia dunia dan akhirat. Then jalan2 terjumpa kak syikin plak. Fuyoohh akak nih memang lawo taw, cun melecun beb hehe ! Ada sapa nak sila tinggalkan number telefon gambar akan di pos kemudian hehe ! Motifnya supaya akak tercayang tuh cepat kahwen ngee~ Sebenarnya masa dok jalan2 tuh mineral dalam beg aku tak tutup ketat. Nak dijadikan cerita air mestilah keluar kan. Maka basah lah beg aku huhu ! Kebetulan aku dok bawak buku kpp ( memandu ) habislah kuyup. Saya sedang bersabar nih. Apalah ujian yang terpaksa ku terima ini. Walaupun nampak remeh tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi ok.

Bak kata cikgu radzif, setiap yang berlaku itu ada hikmah yg Allah tetapkan. Jgn la kita anggap kita ni malang. Kenapa cikgu radzif kata begitu ??? Sebab at the moment aku rasa diri aku malang. Tapi aku sedar ini bukan malang, betul kata cikgu tuh. Inilah dugaan namanya. Orang panggil dugaan kecil ( ok tak ??? ) Suka2 aku je bagi nama kan.


Hari ini tanggal 23 februari 2010, ada berita gembira buat dirikuh. Gembira ker ?? Gembira lah kot hehe ! Purse aku sudah dapat dikenal pasti ngee~ Sebab terlalu excited, aku telah menelefon oja. Biasalah mula2 nak cerita pasal tuh jep dah lama2 macam2 cerita plak dah keluar. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Ada akak yang kerja kat maybank jugak yang jumpa. Thanx ya kak rozana. Lupa plak nak cerita, masa aku pergi maybank tuh, ada seorang mamat chumeyl taw. One of the executive la kot kat situ. Suka tengok muka dye. Ingatkan masa pergi ambil tadi dye masih ada tapi tak nampak pon batang hidung. Maybe dah balik kot. Ngee~ Gatainya kaw nih ten !! hehe Ala sekali sekala gatai takpe kan ??

Oklah aku stop dulu. Bahang la malam nih. Tak tahu la boleh tidow ke tidak malam nih. Aku tak upload banyak picture takut korang buhsan plak tengok minah pink dua ekor nih hehe ! Nyte all ! =)

Alhamdulillah kenyang sudah ~

Sangat sedih memikirkan apa yang terjadi semalam~

Amek kaw ! Minah pink dah mula beraksi ! ~

Ungku pun mahu tumpang sekaki jugak join pinky dua ekor nih he2 ~