Tuesday, July 20, 2010

Entry Rojak

Salam buat semua blogger tersayang. Alhamdulillah line wifi malam nie agak memuaskan hati aku untuk meng-onlinekan diri. So far ok je semuanya just currently mengalami selsema dan batuk yang tak surut2. Dan sudah berjangkit ke semua roomates, lebih kurang sehati sejiwa gitu.

Hari ni first time menjejakkan kaki ke pasar malam di taman seri bahagia i guess. Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke pasar malam. Then makan time magrib macam time berbuka gtu. Kebetulan ada yang puasa kan. Kira dah merasai lah keadaan masa bulan ramadhan nanti.

Just now aku tengok satu video tentang kes pengguguran bayi. Seriously masa aku bukak tuh tak sampai satu minit aku dah menangis. Tak sanggup rasanya nak tengok sampai habis. Yang tengok ni pun dah macam dapat rasa kesakitan tuh apetah lagi yang buat kan ? Aku tak dapat nak upload kat sini sebab tak sanggup rasanya.

Tak takut ke dorang yang buat perbuatan gtu ?? Tak dapat bayangkan kesakitan yang dilalui oleh mereka2 yang berkenaan. Sungguh berani bertindak sedemikian rupa. Harapan aku buat korang2 semua berfikirlah sebelum bertindak dan tak payahlah buat perkara2 yang tak berfaedah tuh. Baik korang buat aktiviti tidur sepanjang hari ke kan lagi masyukk gtu hehe

Aku stop kat sini dulu. Tunggu entry yang akan datang untuk cerita yang lagi sensasi ahakzz sensasi la sangat kan.. =_+


Notakaki : Buat seseorang, mungkin awak baca mungkin jugak awak tak baca entry kali ni. Tapi saya tahu awak tahu saya tujukan pada siapa. Biarlah saya berterus terang, mungkin saya pernah terlanjur menyukai awak tapi at last saya sedar bukan buat masa ini. Mungkin awak tak akan berterus terang dengan saya, sekadar berkias2 je kan. Tak mengapalah. Teringat plak kata2 awak dulu yang awak still ada masa at night and weekends kan. Cara awak buat saya rasa sungguh pelik. Saya tahu perkenalan kita tak seGAH mana tapi saya masih tetap sayangkan persahabatan tuh. Im sorry. =(


Monday, July 5, 2010

Minggu Destini Siswa

Salam diberi meyambut tetamu, melawat hingga ke negeri kedah, Takdelah lama sangat tidak ketemu, Dalam blog yang tak seberapa indah.. Ceh2, malam2 buta dok ber- pantun2 plak daa~ Actually masa aq dok tulis entry nih lampu bilik semua dah padam, tinggal aku sorang jelah yang dok ngadap laptop nih..

Dah masuk 2 minggu aku menetap di sini ( uitm jb ) dan alhamdulillah kelas dah bermula awal pagi tadi. Setakat nih jadual yang paling pack adalah hari isnin dari pagi sampai petang ada kelas. Apa yang dapat aku simpulkan suasana yang cukup berbeza jika nak dibandingkan masa aku jejakkan kaki di form 6 dulu. Nak diikutkan for sure lah berbeza kan dah nama pun U. Adelah jumpe membe2 lama aku tapi depa semua dah masuk sem 5 just aku ni je baru nak mulakan kehidupan di kampus.

Tapi aku bersyukur sangat, kalau kat segamat nih sah2 lagi ramailah aku jumpe membe yang dah nak habis study dah. At least kalau 2 3 sem akan datang jadi transfer ke segamat taklah aku jumpa depa lagi kecuali yang lompat ke degree and still stay kat segamat.

Sepanjang MDS last week, segalanya berjalan lancar even penat yang teramat. Aku akui minggu orientasi nih sungguh memerlukan banyak kesabaran dengan peragai masing2 kan. Almost PM2 tuh bawah umur aku tapi siyes aku mati2 ingat dorang sama baye or atas lagi dari aku, tapi adatlah kan, sedar diri kaw tu ten oii. Senior ok senior ! ngee~~

Kenangan yang agak funny lagi bagi aku masa kuliah subuh, memang jarang kut aku dengar kuliah tuh sebab aku akan buat tasbih dan wirid sendiri lepas solat subuh. Paling tak boleh handle masa malam last minggu MDS tuh, kebetulan aku cuti tapi depa suruh gak turun ke bawah. Ape lagi sampai kat dewan semua dok tergolek kat belakang dewan disebabkan mengantuk yang amat sangat tapi bagi yang cuti sahaja lah ye. Serupa je depa suruh kiteorang tdow kat atas kan.

Uitm kampus jb nih antara yang paling kecil antara semua uitm di malaysia dan menghasilkan ramai dekan list untuk setiap semester, kira antara kampus yang terbaik jugak lah. Even kampus yang kecil tapi banyak kelebihan boleh didapati lebih2 lagi dalam sesi belajar. Kampus nih bakal melabuhkan tirai tak lama lagi sebab kampus baru di seri alam dalam progress. Actually kampus nih disewa di bawah YPJ ( yayasan pelajaran johor ).

Aku stop sini dulu lah. Bantal dah memanggil2 aku nih. Esok kelas taklah pagi sangat thats why aku masih mampu nak buat entry pertama untuk bulan julai nih. Till then, aku akan sambung celoteh pada entry akan datang.. Wee~~~

Adalah seketui pict sesat nih ~

Rakan baru, yang tengah tuh dah transfer ke segamat~

Ni ahli group aku sepajang minggu MDS tuh~

Ni plak roomates aku~

Kenangan terakhir bersama zai~



Saturday, June 26, 2010

Deep Doo Doo ~ Sweet memories ~

Entry kali nih khas untuk korang yang sentiasa berkepit bawah ketiak aku adehh salah2 yang selalu berkepit dengan aku. Mana aku pergi mesti ada korang mane korang pergi of course ada aku. Even selalunya kita mesti tak cukup korum tapi tu semua tak mematahkan semangat kita untuk terus meronggeng kan.

Mula2 kenal korang except oja laa terselit di sudut hati aku ni ngutuk korang haha Lagi2 si marni tuh. Ke hulur ke hilir dengan boipren. Pantang cikgu takde dalam kelas mesti dating kat belakang kelas. Tapi hari ini aku akui korang memang sangat penting dalam hidup aku ok !


Ini adalah aku.. Masa nih dekat rumah marni ade kenduri kesyukuran =)

Nama dye siti rozalia. But we call her oja. Gadis yang cumel. Aku kenal dye dari form4 lagi. Tak sangka sampai sekarang hubungan kiteorang begitu akrab even pernah tercetus perang antara kami. Tapi yang kelakarnya perang tu tak berlaku face-to-face tapi melalui pendrive haha Dye nih dah macam adik beradik aku sendiri dah tak kisah ape dye nak buat kalau datang rumah aku. Kalau lapar pandaila kaw ambil sendiri kaw nak air ?? Pergi buat snediri kadang2 time raya dye yang banyak tolong aku kalau buat open house. The best la ja !

Nama dye shalina. Kiteorang panggil dye salma @ sha. Minah nih aku kenal rapat sejak masuk form 6. Dye nih suke tacing2. Kiteorang selalu perang mulut dengan dye pastu nanti dye tacing. Sejak2 nih kiteorang selalu keluar berdua sebab yang lain selalu busy. Aktiviti yang selalu kiteorang buat adalah menuntun movie. Dye merupakan penggangur terhormat lepas habis exam. Tapi badan dye tak kembang2 plak asyik duduk rumah je. Jangan sebab chenta badan kaw jadi susut ma. Kaw kan kuat aku tahu tuh.

Nama dye Nur atikah. Kiteorang panggil dye bobo. Kenapa nama dye bobo ?? korang tanya lah dye sendiri malas nak bebel panjang2 haha Korang tengok je muke dye nih brutal tapi ratu leleh beb. Masa putus chenta dulu tak usah kata la dye punya airmata tuh. Aku rasa kalau aku tadah dah penuh satu tempayan. hehe Masa skola dulu dye selalu lepak rumah aku. Banyak masalah kiteorang kongsi bersama. Tapi sekarang dye sedang bahgia bersama orang yang buat dye meraung dulu. Dye nih gerek gak kalau suruh berlakon. Tapi bila suruh pergi ujibakat ASWARA tak nak plak. Pape pun aku tengah tunggu kad dari kaw, cepatlah sikit ye !!!

Nama dye marni. Dye nih la yang aku cakapkan tadi. Yang asyik berkepit dengan boipren tuh. Tapi sekarang dye single. Anyone nak dye ?? Kontek aku k ?? haha Minah ni pun leleh jugak. Nanti pergi pahang study ye jangan berchenta plak. Nanti aku suruh shon jadi spy taw haha Dye nih jugalah yang selalu bawak kiteorang jalan2 sebab dye ade kereta. Kenangan banyak betul dekat bandar kan marni ??

Ni plak nama dye safiah tapi panggil dye shontot. Shon nih rapat dengan aku jugak. Dah nama pun meme rapat kan. Ape2 masalah aku selalu bagitahu dye. Dye gak yang selalu bagi aku semangat saat aku tengah sedih. Family dye pun banyak bantu aku. Aku hargai shon. Aku doakan kaw berjaya k ?? Nanti jangan lupa kat aku plak =)

Aku tak tahu macamne nak bagitahu korang yang aku sayang sangat2 kat korang. Bila aku jatuh korang banyak support aku. Menangis ketawa sentiasa bersama. Teringat dengan kenangan berchenta korang, kesengsaraan korang buat aku tersenyum plak. Macam2 la korang nih. By the way, ini merupakan entry terakhir aku. Bukan untuk tahun ini bukan jugak untuk selamamanya just untuk bulan nih hehe

















Thursday, June 24, 2010

Pengorbanan seorang isteri

Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.




Wednesday, June 23, 2010

For The Rest Of My Life ♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥

Lama dah tak keluarkan lagu2 yang aku suka kat sini. Lama giler kut. So harini aku nak kongsi satu lagi lagu yang aku suka. Lagu nih sebenarnya ditujukan kepada hubby or wife tapi tahla ek aku begitu tertarik dengan lagu nih. Hari2 kut dengar kat lappy tershayang nih.

Feed back yang aku terima daripada mak lang aku bila aku cakap aku suka giler lagu nih, dye cakap gnie " suke ?? ha.. kawin cepat.. tujukan pada hubby.. ;) " Masalahnya bukan tak nak kawin mak lang tapi tak ada orang nak kat anak saudara mak lang nih. Aisyhh apa lah nasib aku nih hehe Takdelah aku tak kisah pun mungkin belum sampai seru lagi, ye dak ??

Oklah kang makin panjang entry nih makin banyak aku merepek plak. Jom layan lagu nih ~

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus*

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus*

I know that deep in my heart..