Wednesday, February 17, 2010

17 Februari 2010 !

Hari ini aku bangun agak awal lebih kurang 5.30am setelah berhempas pulas menidurkan diri jam 2am hari sebelumnya. 3jam lebih je aku terlelap. Hari ini juga adik aku yang bongsu akan pulang ke shah alam sebab besok sudah mula bersekolah. Ingatkan aku nak ikut busu hantar adik ke larkin tapi hampeh aku kena tinggal plak. Sampai hati betul mereka tuh. Sob2 ! Lepas sarapan dengan beberapa kuih aku meng' on9 ' kan diri sehingga busu pulang. Ingatkan nak merajuk dengan busu tapi tak jadi bila busu suruh siap nak pergi bank di Pasir Gudang.

Sampai di sana, fuh semua bank penuh beb. Post office pon turut mendapat kunjungan ramai haha Tah papela kaw ni ten. Kala and the geng dah tunggu kat sana. Geng yang aku maksudkan tuh tak lain tak bukan kuncu2 nya 3 orang tuh. Memang meragam lah nanti mereka2 ini. Dalam tengah hari memang panas2 yang amat sangat. Duduk di dalam kereta semente menunggu kala memang amatla perit. Sampaikan aku terpaksa membawa syaura si chomel keluar dari kereta dan menumpang di hospital swasta ( ape tah nama aku lupa plak ). Kesian si kecik berpeluh sangat dan merah2 di seluruh badan.

Tunggu punya tunggu sampailah pukul 12.30pm. Alamak ! my practical class pukul 1pm. Amatlah gelisah waktu tuh memandangkan terpaksa berulang ke permas semula. Alhamdullillah busu sampai dan terus gerak ke permas. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, akhirnya aku sampai di institut memandu jam 1.05pm macam tuh lah. Berjalan dengan selamba sedangkan kepala lutut aku nih dah macam nak tertanggal. Dahla belum makan ape2 pon. Setelah ke kaunter aku diarahkan pergi berjumpa dengan guru yang akan mengajarku, ENCIK MOHD ZAID. Ala aku kenal dye nih sebab masa kelas kpp dye yang bagi ceramah. Dye yang ajar ?? Habislah aku. Masa masuk bilik tuh, memang skru dalam badan nih rasa macam dah tertanggal.

Itulah sangkaan aku pada mulanya. Setelah berbual dengan dye, no hal lah baik cikgu nih. Masuk2 kereta dye tanya apa 5 yang wajib tahu. Sebenarnya aku tak refresh langsung buku2 yang disediakan. Aku dah agak dah soalan2 yang dye akan acukan pada aku, dengan berbekalkan memory aku yang kadang2 lost nih aku refresh balik apa yang aku paham dalam kelas kpp dan teori. Boleh la jawab jugak. Just bila dye suruh exercise dengan pedal2 kat bawah tuh, aku rasa tak bertenaga beb, perut aku kosong. Siyes giler aku cakap lutut aku memang dah longgar bila asyik main dengan pedal2 tuh. =(

Masa dye nak hantar aku balik tuh, dye tanya rasa macam mane ?? Ok ke tak. Siyes aku cakap macam tak nak bawak dah. Nih baru praktikal ok. Belum latihan lagik.. Aduyaiii.. Macam dah surrender dah tapi kena tetap kuatkan diri. Yakin boleh ten ! Nothing impossible in this world. Usaha itu yang penting ok. ( Ada kena mengena ker ek ?? hehe )

Badan penat plus mata pon sudah ngantuk. Sebenarnya dari tadi lagi bantal dah memanggil2 aku. Degil nak buka lappy kesyangan ni jugak. Ok sekarang sudah puas sikit meng' on9 'kan diri dan boleh beradu dengan tenang hehe ! Goodnyte people ! =)






2 Orang Berkongsi Pendapat:

einaz ;D said...

einaz jarang ada mslh tido.;)
pantang baring mesti terlelap.
tak senonoh kan.;p

miszATIN said...

beshnye jadik mcm einaz..
aten tak boleh kalo dah biase tdow lmbat esok2 mesti lmbat jugak..
amek mase gek nk tdow awal balik..=)