Sunday, February 21, 2010

Hari Minggu Yang Mengasyikkan

Wah2, tengok tajuk entry kat atas macam asyik sekali ek ? Hari ahad selalu orang cakap hari untuk keluarga kan. Mesti selalu dengar kan ?? Tapi bagi aku, semua hari yang aku lalui sama sahaja. Cuma hari ini aku sedikit gembira kerana menghabiskan satu hari bersama family.

Actually, semalam aku tidor jam 5am sebab layan membe chat kat facebook. Oleh kerana kepala pon mamai2 aku tersedar jam 10am akibat alarm yang memecahkan gegendang telinga ku. ( alahai, pecah ker takat alarm tu jek cik kak oii ?? ) Aku set lagi jam 11am. Kebetulan aku dapat mesej dari busu tunda ke 12.30 pm apa lagi sambunglah tidor sekejap. Kejap2 pon sampai pukul 12pm jugakla baru bangun hehe ! Tak senonoh betul la anak dara nih ;)

Masa busu sampai, my adek paez bedegol tu ada sama. Bedegol tuh gelaran untuk dye yang amat la suke menyakitkan hatikuh ngee~ Owh ya ! Lupa lak dye nak pergi hospital pakar puteri tengok membe dye eksiden. Aku dengan busu naik la sekejap nak tengok tapi adek dye cakap dye still koma. Membe adek aku tuh koma akibat eksiden dilanggar kereta. Aisk ! Takut seyh dengar cerita2 macam tuh plus sungguh kasihan kan. Adek aku cakap budak tuh pandai, sayang kan akibat eksiden macam tuh masa depan yang cerah pon boleh bertukar mendung dan gelap. Dengar2 jugak ada gegaran kat otak dye. Masa aku dengar tuh macam nak menangis pon ada even bukan family aku yang kena. Aku rasa kasihan sangat kat budak tuh dan cukup marah dengan orang yang langgar budak tuh. Ada ke patut dah la langgar orang then boleh cabut lari. Semoga kaw akan dapat balasan yang setimpal wahai manusia yang berhati kering ! huhu

Ok2 stop about cerita sedey. Dah2 lap air mata semua ;) Lepas balik dari hospital aku dan busu bercadang nak jalan2 kat jusco tebrau city. Lama dah tak merayap kat sini, dulu sampai naik bosan aku asyik merayap kat sini jep. Teman busu carik some stuff dan ingatkan dah habis sales. Rupanya kedai2 kat luar tuh still ade sale ok ! Tapi aku just window shopping jep duit belum masuk lagi la nak shop ! Masa dok jalan belek2 beg, ada orang tegur aku. Ha nak tahu ?? Terkejut aku bila cikgu lily yang tegur. Ape hal la masa dekat2 result nak keluar nih boleh jumpa cikgu plak ? Pelik jugak sebab dye pakai baju kurung tapi malas la nak tanya. Dye just cakap hari khamis nanti kita jumpa lagi. Aku hanya mampu tersenyum kambing + lembu + unta semua keluar he2 ! Rupanya aku dapat la tahu cikgu baru balik dari majlis kawen anak murid dye punya abang ok. Lepas jalan2 kiteorang pergi makan kat vivo. Wah memang teringin sangat nak makan spagetti. Last2 dapat makan jugak, i choosed " Chessy pasta bolognese ". Balik rumah dengan hati yang berbunga2 gembira. Masa tengah carik some stuff tuh busu dapat call from kala nak ajak pergi makan kat senibong. Lama dah tak makan besar macam nih tau.

After magrib gtu we all gerak to senibong. Wah jalan pon dah ber 'tar' chantek dan parking kena bayar rm2. Aku mari senibong mesti lepak kedai pak din punya. Wah sudah makin maju jugak ini kedai ngee~ Biasa la kalau dah ramai2 nih sedikit kalut la dengan budak2 yang sememangnya nakal hanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi adat la nama pun budak2 kan. Kebetulan pakcik aku baru balik memancing semalam then dapat ikan besar, apa ek nama dye ?? ala pelik la nama
ikan tuh aku pun dah tak ingat dah. Tapi sedap weyh buat masak stim. Dapat plak dengan air carrot susu cukup buat perut aku senak. Kuat melantak tol minah sorang nih larh isk3 ! Tapi badan tak naik yang naik hanya pipi jep. Tak fair betul.

Oklah people have to take rest now because tomorrow i have a date with someone special. Ha nak tahu siapa gerangan dye ?? Tunggu jela update entry akan datang. Have your sweet dream all.. Chill ya ! =)


Rasa2 macam kembar tak kami nih ???

Peace with my life..

" Ummi, mana makanan kite nih. Akan kite sorang je yang tak makan. =( "

Nabila Syasya nih boleh tahan kepohnye. ahakz !

Kazen aku yang pandai buat muka ngee~

Mamat nih konon2 malu jep tapi sebenarnya giler lensa jugak tau.




0 Orang Berkongsi Pendapat: