Sunday, February 21, 2010

Hari Minggu Yang Mengasyikkan

Wah2, tengok tajuk entry kat atas macam asyik sekali ek ? Hari ahad selalu orang cakap hari untuk keluarga kan. Mesti selalu dengar kan ?? Tapi bagi aku, semua hari yang aku lalui sama sahaja. Cuma hari ini aku sedikit gembira kerana menghabiskan satu hari bersama family.

Actually, semalam aku tidor jam 5am sebab layan membe chat kat facebook. Oleh kerana kepala pon mamai2 aku tersedar jam 10am akibat alarm yang memecahkan gegendang telinga ku. ( alahai, pecah ker takat alarm tu jek cik kak oii ?? ) Aku set lagi jam 11am. Kebetulan aku dapat mesej dari busu tunda ke 12.30 pm apa lagi sambunglah tidor sekejap. Kejap2 pon sampai pukul 12pm jugakla baru bangun hehe ! Tak senonoh betul la anak dara nih ;)

Masa busu sampai, my adek paez bedegol tu ada sama. Bedegol tuh gelaran untuk dye yang amat la suke menyakitkan hatikuh ngee~ Owh ya ! Lupa lak dye nak pergi hospital pakar puteri tengok membe dye eksiden. Aku dengan busu naik la sekejap nak tengok tapi adek dye cakap dye still koma. Membe adek aku tuh koma akibat eksiden dilanggar kereta. Aisk ! Takut seyh dengar cerita2 macam tuh plus sungguh kasihan kan. Adek aku cakap budak tuh pandai, sayang kan akibat eksiden macam tuh masa depan yang cerah pon boleh bertukar mendung dan gelap. Dengar2 jugak ada gegaran kat otak dye. Masa aku dengar tuh macam nak menangis pon ada even bukan family aku yang kena. Aku rasa kasihan sangat kat budak tuh dan cukup marah dengan orang yang langgar budak tuh. Ada ke patut dah la langgar orang then boleh cabut lari. Semoga kaw akan dapat balasan yang setimpal wahai manusia yang berhati kering ! huhu

Ok2 stop about cerita sedey. Dah2 lap air mata semua ;) Lepas balik dari hospital aku dan busu bercadang nak jalan2 kat jusco tebrau city. Lama dah tak merayap kat sini, dulu sampai naik bosan aku asyik merayap kat sini jep. Teman busu carik some stuff dan ingatkan dah habis sales. Rupanya kedai2 kat luar tuh still ade sale ok ! Tapi aku just window shopping jep duit belum masuk lagi la nak shop ! Masa dok jalan belek2 beg, ada orang tegur aku. Ha nak tahu ?? Terkejut aku bila cikgu lily yang tegur. Ape hal la masa dekat2 result nak keluar nih boleh jumpa cikgu plak ? Pelik jugak sebab dye pakai baju kurung tapi malas la nak tanya. Dye just cakap hari khamis nanti kita jumpa lagi. Aku hanya mampu tersenyum kambing + lembu + unta semua keluar he2 ! Rupanya aku dapat la tahu cikgu baru balik dari majlis kawen anak murid dye punya abang ok. Lepas jalan2 kiteorang pergi makan kat vivo. Wah memang teringin sangat nak makan spagetti. Last2 dapat makan jugak, i choosed " Chessy pasta bolognese ". Balik rumah dengan hati yang berbunga2 gembira. Masa tengah carik some stuff tuh busu dapat call from kala nak ajak pergi makan kat senibong. Lama dah tak makan besar macam nih tau.

After magrib gtu we all gerak to senibong. Wah jalan pon dah ber 'tar' chantek dan parking kena bayar rm2. Aku mari senibong mesti lepak kedai pak din punya. Wah sudah makin maju jugak ini kedai ngee~ Biasa la kalau dah ramai2 nih sedikit kalut la dengan budak2 yang sememangnya nakal hanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi adat la nama pun budak2 kan. Kebetulan pakcik aku baru balik memancing semalam then dapat ikan besar, apa ek nama dye ?? ala pelik la nama
ikan tuh aku pun dah tak ingat dah. Tapi sedap weyh buat masak stim. Dapat plak dengan air carrot susu cukup buat perut aku senak. Kuat melantak tol minah sorang nih larh isk3 ! Tapi badan tak naik yang naik hanya pipi jep. Tak fair betul.

Oklah people have to take rest now because tomorrow i have a date with someone special. Ha nak tahu siapa gerangan dye ?? Tunggu jela update entry akan datang. Have your sweet dream all.. Chill ya ! =)


Rasa2 macam kembar tak kami nih ???

Peace with my life..

" Ummi, mana makanan kite nih. Akan kite sorang je yang tak makan. =( "

Nabila Syasya nih boleh tahan kepohnye. ahakz !

Kazen aku yang pandai buat muka ngee~

Mamat nih konon2 malu jep tapi sebenarnya giler lensa jugak tau.




Saturday, February 20, 2010

Sedih sekali

Pagi ini aku dikejutkan dengan sms yang masuk. Selalu orang sedar bila alarm clock yang berbunyi kan ngee~~ From kala.. Owh dye mintak tolong printkan kerja dye. Dengan perasaan malas yang masih menyelubungi diri aku bangun nak meng '0n' kan lappy kuh. Baru jep aku bukak terdengar ketukan di pintu (jarang orang ketuk pintu bilik aku, selalu semua main serbu masuk jep ) Rupenya kala yang datang. Aik cepatnya dah sampai ?? Sedangkan aku yang sambung tidow tadi hehe ! Kalis baik punya.

Setelah aku print, kala terpaksa balik ke office semula, kerja katanya. Anak2 nya di tinggalkan di sini. Owh aku belum turun lagi nak mengacau si chumeyl syora tuh. Dah alang2 lappy dan internet terbuka rasa malas nak menutupnya kembali. Terusan aku membuka blog kuh yang terchenta ni ( chenta ker ?? ) Ada membaca sebuah blog yang aku follow. Dan aku membuka video yang di 'link' kan. Masyaallah ! apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni ye. Amatlah terkejut melihat aksi yang mereka lakukan. Menghina para umat Islam. Mengeji cara umat Islam mengerjakan solat. Walaupun aku ni bukanlah baik sangat tapi aku tetap sedih agamaku dihina sebegitu rupa.

Tak terniat pun nak tulis entry nih sebenarnya takut menyentuh sensitiviti orang tapi yang aku nak tekankan di sini. Mengapa berlaku sedemikan rupa ?? Sedih beb aku sebagai umat Islam. Cukup2 sedih. Tak terfikir kah balasan Allah buat mereka ? Banyak lagi benda lain korang boleh buat weyh, ape hal la isu tentang tu jugak yang korang sibuk nak buat. Buat orang lain marah, dari komen yang aku baca siap ada cd lagi ok ! Antara petikan komen yang aku pinjam dan aku turut sertakan link nya sekali buat para akaun facebook ok ! I'll stop by here first. =)


Komen yang di pinjam :-

''blm msk lokap lg.. msh ada at my place.. dorg siap jual CD kt bdk2 lain kot..
actually ada 2 vids b4 diz 1.. tp x tau plak ape tajuk vids yg lain.. vid nie
dorg bg tajuk : ANAK2 BABI...''

Click here --> http://www.facebook.com/video/video.php?v=1332395399986&oid=283999143787


Wednesday, February 17, 2010

17 Februari 2010 !

Hari ini aku bangun agak awal lebih kurang 5.30am setelah berhempas pulas menidurkan diri jam 2am hari sebelumnya. 3jam lebih je aku terlelap. Hari ini juga adik aku yang bongsu akan pulang ke shah alam sebab besok sudah mula bersekolah. Ingatkan aku nak ikut busu hantar adik ke larkin tapi hampeh aku kena tinggal plak. Sampai hati betul mereka tuh. Sob2 ! Lepas sarapan dengan beberapa kuih aku meng' on9 ' kan diri sehingga busu pulang. Ingatkan nak merajuk dengan busu tapi tak jadi bila busu suruh siap nak pergi bank di Pasir Gudang.

Sampai di sana, fuh semua bank penuh beb. Post office pon turut mendapat kunjungan ramai haha Tah papela kaw ni ten. Kala and the geng dah tunggu kat sana. Geng yang aku maksudkan tuh tak lain tak bukan kuncu2 nya 3 orang tuh. Memang meragam lah nanti mereka2 ini. Dalam tengah hari memang panas2 yang amat sangat. Duduk di dalam kereta semente menunggu kala memang amatla perit. Sampaikan aku terpaksa membawa syaura si chomel keluar dari kereta dan menumpang di hospital swasta ( ape tah nama aku lupa plak ). Kesian si kecik berpeluh sangat dan merah2 di seluruh badan.

Tunggu punya tunggu sampailah pukul 12.30pm. Alamak ! my practical class pukul 1pm. Amatlah gelisah waktu tuh memandangkan terpaksa berulang ke permas semula. Alhamdullillah busu sampai dan terus gerak ke permas. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, akhirnya aku sampai di institut memandu jam 1.05pm macam tuh lah. Berjalan dengan selamba sedangkan kepala lutut aku nih dah macam nak tertanggal. Dahla belum makan ape2 pon. Setelah ke kaunter aku diarahkan pergi berjumpa dengan guru yang akan mengajarku, ENCIK MOHD ZAID. Ala aku kenal dye nih sebab masa kelas kpp dye yang bagi ceramah. Dye yang ajar ?? Habislah aku. Masa masuk bilik tuh, memang skru dalam badan nih rasa macam dah tertanggal.

Itulah sangkaan aku pada mulanya. Setelah berbual dengan dye, no hal lah baik cikgu nih. Masuk2 kereta dye tanya apa 5 yang wajib tahu. Sebenarnya aku tak refresh langsung buku2 yang disediakan. Aku dah agak dah soalan2 yang dye akan acukan pada aku, dengan berbekalkan memory aku yang kadang2 lost nih aku refresh balik apa yang aku paham dalam kelas kpp dan teori. Boleh la jawab jugak. Just bila dye suruh exercise dengan pedal2 kat bawah tuh, aku rasa tak bertenaga beb, perut aku kosong. Siyes giler aku cakap lutut aku memang dah longgar bila asyik main dengan pedal2 tuh. =(

Masa dye nak hantar aku balik tuh, dye tanya rasa macam mane ?? Ok ke tak. Siyes aku cakap macam tak nak bawak dah. Nih baru praktikal ok. Belum latihan lagik.. Aduyaiii.. Macam dah surrender dah tapi kena tetap kuatkan diri. Yakin boleh ten ! Nothing impossible in this world. Usaha itu yang penting ok. ( Ada kena mengena ker ek ?? hehe )

Badan penat plus mata pon sudah ngantuk. Sebenarnya dari tadi lagi bantal dah memanggil2 aku. Degil nak buka lappy kesyangan ni jugak. Ok sekarang sudah puas sikit meng' on9 'kan diri dan boleh beradu dengan tenang hehe ! Goodnyte people ! =)






Sunday, February 14, 2010

Sama Cantik Sama Padan, GURUku !

Hari ni tanggal 14 februari 2010 bersamaan hari ahad. Ramai betul orang yang melangsungkan wedding hari ni. Baguslah, perkara baik tak salah pon kan. Tapi aku tumpang gembira jugak dengan seorang dari guruku yang turut melangsungkan hari bahgianya pada hari ni. Tahniah buat Ustaz Fauzi & Wan Habibah. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat..

Setelah mengatur rancangan, akhirnya aq, shontot, salma, oja, bobo, dan qila telah berjanji mahu ke majlis ustaz. Tukang membawa kami ialah cik safiah yg ku sayangi, thanks ya yunk ! Dowang lepak rumah aku dulu sebab aku masih belum mandi waktu tuh. Dalam 1 lebih kiteowang gerak tapi before tuh pergi ambil lyana kat jusco dulu. She bought present for bibah dan ustaz. Masa kiteowang sampai tuh, kedua2 mempelai masih belum bersanding jadi kiteowang pon masukla dulu. Ternampak cikgu rozilah dan kami pon menghampirinya. Cikgu lily pon ada tau. Betapa ku rindukan guru2ku itu. Peluk cikgu rozilah erat2 sebab perot dye dah kempis. Dah bersalin larh. Agak terkejot sebab dye masih dalam pantang sanggup datang majlis ustaz.. Tapi muka dye macam lain larh, tak tahu lah mungkin berseri baru dapat baby kot.

Nak cerita sedikit pasal Ustaz Fauzi nih. Dye nih start ajar aku masa aku form4 lagi. Tak lain dan tak bukan pastilah subjek agama. Kebetulan aku sambung form6 di sekolah yang sama so, masa aku upper 6 dye kembali mengajarku tapi subjek sejarah tamadun islam.Fuh,ustaz memang best giler sebab. sebab. bila dye masuk kelas jarangla dye ajar kiteorang. Dye suke bercherita. Kadang2 tuh memang dye nak ajar tapi bila masuk topik yang nak di ajar tuh cuma 30% je yang lagi 70% tuh dye akan pusing cherita lain. Lagi satu ustaz nih sungguh kelakar, suka buat kiteorang ketawa dan selalu jugak jadi mangsa nganjing kami. Dapat plak anak murid yang giler2 macam kami nih, yang hanya mampu ustaz lakukan hanyalah tersenyum. Masa aku form 5 dulu pernahlah jugak aku ceritakan masalah peribadiku padanya, kadang2 geram jugak nak bercherita dye suke main2 tau. Aish ustaz2, semoga sentiasa menyerlah dengan senyuman ye.

Komen tentang mempelai ?? Sangatla secocok.. Bagai pinang dibelah empat eh salah ! dua ok. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Sangat suka tengok mereka tadie. Tema merah putih cukup menaikkan seri kedua2 pengantin tau. Gambar mereka di atas pelamin kurang jelas so aku tak upload. Before balik tadi baru nampak cikgu alias. Tak dapat nak berborak lama2. Just layan anak dye yang bongsu kejap dan mintak izin nak pulang. Sorry ye cikgu. Penat dah nak bebel panjang2, layan gambar jela eh.. Have a nice day people ! =)


Saat2 memotong kek bersama ;)

Tengoklah jelingan ustaz tuh, manja bukan.. Untuk bibah seorang ok he2

Senyum sampai ke telinga eh..

Wajah2 kami yang hadir..

Amboii jabbar bukan maen happening lagi ye..

Ha budak ni bile plak nak kahwen ?? haha



Thursday, February 11, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

LULUH HATIKU YANG SAYU
MENATAP WAJAHMU TENANG DALAM LENA
KASIH ZAHIRKAN LAKU
SEDANGKAN BIBIRKU JAUH DARI LAFAZNYA

DAN RAUT TUAMU MEMBEKAS JIWAKU
MEREDAKAN RINDU MENDAMAIKAN KALBU
TAK MUNGKINKU TEMU IRAS SENTUHANMU
BIARPUN KU REDAH SELURUH DUNIA
MENCARI GANTIMU OOO...

BETAPA SUKARNYA MENYUSUN BICARA
MELUAHKAN RASA MENUTURKAN SAYANG
KASIH YANG TERLIMPAH HANYA SEKADAR TINGKAH
CUMA UNGKAPAN KEBISUAAN YANG MELINDUNGKAN
KALIMAH RAHSIA

MASIH KUBIARKAN WAKTU
MELARIKAN LAFAZ KASIHKU PADAMU

MENGAPAKAH SUKAR MENYUSUN BICARA
MELUAHKAN RASA MENUTURKAN SAYANG
KASIH YANG TERLIMPAH HANYA SEKADAR TINGKAH
CUMALAH UNGKAPAN BISU KALIMAH RAHSIA

APAKAH YANG HILANG ANDAI DILISANKAN
BAIT PENGHARGAAN PENUH KEJUJURAN
TAK MUNGKIN TERLIHAT

CINTA...YANG MERONA
JIKA HANYA RENUNGAN MATA YANG BERSUARA
BUKAN ATUR KATA

TIADA LAGI ERTINYA PENGUCAPAN
ANDAI AKHIR NAFAS DI HUJUNG HELAAN

SEBELUM MATA RAPAT TERPEJAM
USAH BIAR KEHILANGAN
MENGGANTIKAN LAFAZ YANG TERSIMPAN


Entry kali ini aku nak cerita sikit tentang satu lagu nie yang cukup meruntun jiwaku. Setiap kali aku dengar lagu nie pasti aku akan menangis. Bait2 lagu nie cukup menyentuh sensitiviti aku. Kasih ibu dan ayah yang kekal selamanya. Yang tak mampu diungkapkan dengan kata2. Ya allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai insan di muka bumimu ini. Layan lagu nie yok~~ =(