Wednesday, June 23, 2010

For The Rest Of My Life ♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥

Lama dah tak keluarkan lagu2 yang aku suka kat sini. Lama giler kut. So harini aku nak kongsi satu lagi lagu yang aku suka. Lagu nih sebenarnya ditujukan kepada hubby or wife tapi tahla ek aku begitu tertarik dengan lagu nih. Hari2 kut dengar kat lappy tershayang nih.

Feed back yang aku terima daripada mak lang aku bila aku cakap aku suka giler lagu nih, dye cakap gnie " suke ?? ha.. kawin cepat.. tujukan pada hubby.. ;) " Masalahnya bukan tak nak kawin mak lang tapi tak ada orang nak kat anak saudara mak lang nih. Aisyhh apa lah nasib aku nih hehe Takdelah aku tak kisah pun mungkin belum sampai seru lagi, ye dak ??

Oklah kang makin panjang entry nih makin banyak aku merepek plak. Jom layan lagu nih ~

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus*

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus*

I know that deep in my heart..





Tuesday, June 22, 2010

Tahniah korang !!


First of all, aku nak cogrates pada rakan2 seperjuangan aku masa kat form 6 dulu batch 08/09 kerana berjaya menghabiskan masa selama setahun setengah untuk STPM. Sejuta penghargaan pada guru2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu we all masa study dulu. Entry nih khas untuk korang yang pernah bersama2 dengan aku di SMKPJ, Permas Jaya, Johor.

Pada yang berjaya meneruskan cita2 untuk sambung degree aku ucapkan tahniah dan pada yang tak berjaya aku harap korang tak patah semangat dan putus asa kay. Mungkin bukan rezeki dekat situ. Bagi aku, even tak dapat nak sambung cita2 untuk ambil degree tapi aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk buat diploma semula di UITM. Aku tak akan sia2 kan peluang nih yang mungkin juga peluang terakhir aku. Walaupun terasa rugi tapi bila aku fikirkan semangat aku nak study masih ada jadi kenapa mesti aku tolak kan ?

Aku tahu ramai yang frust sebab ramai jugak yang tak dapat sambung degree. Aku sendiri terkejut bila dapat tahu tak ramai yang dapat UPU tuh. Kalau korang nak tahu, batch kiteorang memang sentiasa di uji beb. Sebab masa batch kiteorang format MUET untuk paper writing and listening kut dah berubah. ( padahal dak2 u pun sama jep ! hehe ) saja wat gempak. Paling terkejut bila hari first exam ada pengumam penting dari cikgu. Ingatkan apa rupanya format kertas PENGAJIAN AM 2 untuk bahagian D ke E dah berubah. Kiteorang pun redah jelah. Beruntung betul budak yang lahir tahun 1990 nih yela sentiasa jadi batch pertama dalam ape2 perubahan contohnya macam PPSMI. Well, semua tuh dah pun berlalu.

Lepas nih dah tak ada lagi baju sekolah berkain beige kan ?? Mesti korang rindu macamane aku rindu nak pakai balik. Dulu selalu memekak kenapa la kena pakai baju sekolah lagi semua kan ? Dah, sekarang korang dah tak payah risau sebab zaman tuh dah pun berlalu. Dah tak ade perhimpunan tiap2 pagi lagi dah.

Teringat kata2 abang taufik ( pembantu ofis sekolah ) yang batch kita paling bikin kecah. "mungkin budaya gile2 ko org akan berkubur bersama dengan budaya lemau mereka ". Lawak bila teringat kata2 tuh. Teruk sangat kah kami nih ?? Then bila ada ape2 event mesti kelas 6ATAS SASTERA 2 yang selalu ambil part, bak kata bobo kami memang gila kuasa. hahaha

Dalam kelas kiteorang ni ada gak puak2 tau. Kira geng2 la. Teringat aku pada dijah and the geng. Masa dah hujung2 tahun dah nak periksa dah masa tuh geng dorang ni selalu hilang masa waktu makroekonomi. Dorang selalu lepak bilik kaunseling sampai cikgu makro naik pelik. Kiteorang sendiri gelarkan geng dorang tuh GGK ( geng-geng kaunseling ) Sorry you guys, buat2 gurau je.

Banyak lagi kenangan sebenarnya. Kalau nak tulis kat sini 7 hari 7 malam belum tentu habis jadi biarlah terus berada dalam ingatan kita yang melaluinya kay ?? So korang2 yang tak dapat jangan sedih k ?? Nanti aku pun sedih jugak tau. Aku doakan korang jadi insan yang berjaya akan datang. Segala gurau2 kasar, kutuk mengutuk, belanja2 makan semua aku mohon halal ( kalau adelah ). Wah terasa panjang entry kali nih hehe. Lastly, kat bawah ni aku nak rakamkan jutaan terima kasih pada guru2 yang telah berkhidmat untuk kami ( tak ramai pun ) :-

PENGAJIAN AM 1
ENCIK NORAZLEN ( Guru yang sangat sporting. Beliau akan pastikan semua student buat presentation walau apa jua halangan yang mendatang )

PENGAJIAN AM 2
PUAN ROZILAH ( amat garang sampai semua student cukup takut dengan dye. Tapi batch kiteorang nih lain sikit, takut2 pun still langgar pantang dye hehe )

P.PERNIAGAAN 1 & 2
PUAN NORA ( Guru yang serius ketika mengajar. Janganlah korang buat keje lain time dye mesti dye nampak je. Dye jua guru yang banyak bagi aku support dan kaunseling. )

MAKROEKONOMI
ENCIK YUSREE ( Guru yang lagi sporting. Siap boleh buat jamuan masa waktu dye. Lower6 sekali Upper6 sekali. Memahami jiwa kiteorang sebab jarak umur yang tidak berapa jauh. )

MIKROEKONOMI
PUAN LILY YUSNI ( Dari cikgu akaun dulu merangkap jadi guru ekonomi plak. Agak rapat dengan dye sebab pn lily memang dah kenal aku he2. Tak pernah marah student even markah kiteorang agak mengeciwakan dye. Kek coklat sungguh sedap ! hehe )

SEJARAH 1 ( DUNIA & ISLAM )
USTAZ FAUZI ( Guru sejarah yang sangat suka bercerita. Selalunya bila belajar selalu terpesong dari landasan topik yang sebenar. Tapi terbaik lah ustaz ! )
ENCIK AZHAR ( Guru yang suka melukis. Setiap kali bercerita mesti ada gambaran. )

SEJARAH 2 ( ASIA & MALAYSIA )
PUAN KO MAY SIA ( Dulu cikgu sejarah aku masa f5, suka wat masalah masa kelas dye bila masuk f6 dye dah kenal muka aku tapi dye selalu konfius antara aku dan oja haha )
PUAN ROSHIDAY ( Cikgu yang tak suka cakap banyak. Time present pastikan ready kalau tak sila keluar dari kelas/bilik hikmah )

Ni antara rakan2 rapat aku yang berjaya meneruskan cita2 ~~

Marni & Safiah.. Sorang kos akaun sorang kos HR (UNITEN, PAHANG )

Shalina.. kos Bachelor sastera-Pengkhususan bahasa asing ~bahasa perancis~ ( UPM, SELANGOR )

Lyana Zainudin..kos Pendidikan Pengajian Malaysia ( UPSI, PERAK )

Farhana.. kos Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( UUM, KEDAH )

Sarep.. kos Pentadbiran Perniagaan ( UITM, SELANGOR )

Kenangan yang tak akan dilalui oleh mereka yang tak melaluinya ( eh betul ke ayat aku nih hehe )





Ha ! Lagi satu dah alang2 nih. Aku nak ucapkan tahniah jugak kat kazen yang cukup aku sayangi nih, RUS IDAYU RUSLI yang bakal melanjutkan MASTER nya kat UNIVERSITI MALAYA dalam tempoh terdekat. Lepas nih PHD dalam rumah tangga plak ye kak ayu ! haha




Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa, Ayah !!

140.gif

Baru aku teringat semalam hari yang cukup istimewa bagi bapa2 di luar sana kan. Entry nih aku tujukan pada mereka2 yang dah bergelar bapa. Mesti seronok kan seorang bapa dapat ucapan dari anak2 yang cukup mereka sayangi.

Alangkah bahagianya kalau aku jugak dapat berbuat demikian. Siyes aku cemburu tengok kemesraan anak dan ayah orang lain. Tapi cemburu aku mati di situ je sebab aku tahu takde guna nak cemburu lebih2 kan.

Cuma aku nak luahkan yang aku cukup rindukan detik2 indah dengan arwah ayah. Bukan peluk cium yang dapat aku berikan tapi cuma doa jela yang tetap aku berikan sampai bila2.

Ayah..
Akak rindukan ayah. Akak nak ayah dengan akak sekarang nih tapi ayah takde kan. Akak rindu nak berbual dengan ayah, gelak2 dengan ayah, kena marah dengan ayah. Akak tahu akak bukan lah anak yang baik kan dari kecil akak memang nakal. Suka buat ayah marah tapi bila akak ingat balik, kenangan tuh selalu buat akak senyum sorang2. Akak paling rapat dengan ayah kan antara adik2 yang lain sebab pergi balik sekolah ayah yang hantar ayah yang ambil. Teringat dulu masa mula2 ayah suruh akak cium pipi ayah, masa tuh ayah nak hantar akak pergi sekolah. Akak taknak sebab pipi ayah ade kumis. Akak geli. Tapi lepas tuh akak dah biasa, hari2 akak cium pipi ayah. Dan sekarang akak rindu saat tuh ayah. Masa form 2 dulu henfon akak kena rampas cikgu suruh telefon parents tapi akak takut nak telefon ayah. Akak pun telefon ibu tapi ayah yang baru balik kerja datang sekolah semata2 nak uruskan masalah disiplin akak. Tapi ayah tak marah akak ayah tanya cikgu tuh anak ayah ni memang kena bawak henfon pergi sekolah. Ayah back up akak even benda tuh sah2 salah akak. Selalu petang2 ayah ambil akak balik sekolah akak selalu tolong isikan minyak kereta untuk ayah. Ayah belanja akak beli pisang goreng. Thanx ayah ! Dulu akak cuma tahu basuh pinggan je then akak akan biarkan sinki tuh banjir ayah jugakla yang ajar akak supaya bersihkan sinki tuh. Masa tuh akak geli dengan sisa2 makanan dalam sinki tuh. Ayah cakap tu kan sisa makanan kita jugak. Sekarang akak dah tak geli dah. Akak akan pastikan sinki sentiasa bersih. Banyak lagi kenangan yang masih segar dalam ingatan akak. Ayah akan buat apa sahaja demi anak2 dye nih. Sempena hari bapa nih akak nak wish Happy Father's Day kat ayah. Ayah adalah hero akak sampai bila2 walaupun ayah dah tak ada bersama akak lagi. Akak sayang ayah sangat2. ;'(





Friday, June 18, 2010

18 june hari yang indah !

Fuhh !! Dari subuh berjaga sampai sekarang masih belum rehat lagi. Maksudnya tak lain tak bukan tidur lah hehe Badan memang dah penat tapi still mahu nak update belog kuh yang terchenta ini.

Hari ni aku dah janji dengan salma nak pergi rumah dye buat biskut batik. So seawal 8++ pagi aku sudah tercongok didepan rumah dye. Alang2 makcik aku nak pergi kerja kan aku tumpang sekali sungguh malas nak pergi sendiri hehe Lepas barang2 semua dah ready kiteorang pun mulakan operasi di dapur. Dan hasilnya TADAAAA~~

Agak pekat tapi oklah~~

Usai buat biskut batik yang sungguh simple mimple tuh kiteorang lepak2 jap sampai tengah hari. Then kiteorang gerak ke jusco plak sebab cik minah sorang nih ngidam nak makan KFC plak ( uit ada pape ke ma ?? hehe ) Selesai melantak untuk mengemokkan diri yang semakin gemok ( haha ) kiteorang menunggu ketibaan puteri2 yang bakal turun dari kayangan. Isk takdelah kiteorang tunggu membe2 yang lain datang. Sementa tunggu mereka2 aku dan salma pusing2 lah bergambar bersama miow miow dan jing ( salma je yang bergambar bersamanya ) Apesal ayat aku begitu skema nih ?? haha

Penat melayan kerenah miow miow ( hidup ke dye ) ngeh3 kiteorang menuju ke tempat aku pernah bekerja dulu. Di AKEMI ( tempat jual tilam bantal semua tuh ) jumpa dengan azhar. Borak2 jap then lalu lah seorang hamba Allah nih. Ustaz Fauzi nama dye ( korang kenal tak ? ) For sure ada yang kenal kan ?? Berbual lah dengan dye jap dok tanya membe2 lain masuk U mana semua plus dengan ceramah dan tips yang berguna.

Ketibaan puteri kami yang pertama, Oja haha Dye agak kelam kabut aku ingatkan kenapa lah rupanya nak pergi tukar size baju yang dye baru beli mungkin. Lepas selesai tuh ketibaan marni dan shontot plak. Nak dijadikan cerita kiteorang nak pergi tempat lain plak. So oja yang membawa motor terpaksa hantar motor dye balik dulu. Then kiteorang terus ke danga bay. Dah lama kot tak jalan2 sana. Before that singgah mcd drive thru dulu beli makanan untuk mencekik, nyum nyum !

Sampai kat danga, lepak kat area laut laa. Boleh tahan ramai lah jugak. Korang tahu aku rasa best sangat lepak dengan korang tadi. Tapi aku sedey sebab bobo takde dengan kita. Kalau bobo ada mesti lagi happening dengan gelak tawa plus perangai kita semua yang gila2 kan ?? Dah lah giler bergambar sampai aku kena mintak tolong kat brader sebelah kereta nak ambilkan gambar kita punya pasal. Tapi seronok sangat tadi. Tak sangka dapat berkumpul 5 orang tanpa sebarang rancangan kan ?? Semuanya kebetulan je. Bobo, we all love you so much. Aku harap kaw ada disini bersama kami tapi apakan daya kan ?? Tapi satu je aku nak cakap, aku dan membe lain tak pernah lupakan kaw, dont be sad kay my darl ?? Hope will see you soon.

Oklah badan aku dah cukup penat hari ni, nak get some rest and thats all for today. Layanlah pict yang terlalu banyak hari ni tapi sikit jela dok tepek kat sini. Have a nice day people ! =_=

Akibat terlalu lapar, tinggallah sisa tulang sahaja~~

Ini miow miow saya ye, jangan curik !

Tu miow miow salma, banyak nyeee

Tempat wajib kami ngee~~

weng ~~~

Apa nih ????

Love you girls ~~

Lamunan terhenti ye cik salma wakaka

Apelah jadi dengan aku akan datang ehh ???

Smile nih untuk kamo semua !!

Peace no war bebeh ~~

weeeee~~

Credit kat brader tuh, thanx ya !

Friendship Forever k ??

Credit to shontot ~~



Tuesday, June 8, 2010

Luangkan masa bersama mereka

Aku bercadang nak tengok Lagenda Budak Setan dan alhamdulillah semalam aku dapat pergi tengok. Mula2 tuh bercadang nak pergi dengan jojo and burn. But at last burn tak jadi pergi nasib baik ada cousin aku si fahmee tuh. Kalau tidak aku dengan jojo je ?? Pehh tak terfikir pun ok ! Jadinya fahmee la jadi peneman setia aku, thanks la ye cik momeng ! Kalau kaw tak pergi maybe aku pun tak pergi laa hehe !

Keluar dengan orang lelaki nih tak syok sangat sebernarnya. Yela dok ikut je mana kita pergi. Tapi bagusnya kazen aku nih dye tak ikut aku masuk kedai sebab dye dah kenal perangai aku haha !So duduk jela kat luar sambil tunggu aku, biasa lah orang perempuan nih tak shopping dapat window shopping pun jadi lah kan ??!

Sebabkan movie lambat lagi nak start, kiteorang jalan2 lah dulu kat TC tuh. Lama dah aku tak merayap kat situ tapi takde pape yang minarik pun sebab takde benda nak beli kan. Sebab perut aku dah berbunyi aku ajak lah depa pergi makan. Ni lagi satu hal, aku tanya nak makan kat mana pun dorang tak kisah. So aku lah yang kena decide nak pergi makan katne. Last2 aku masuk jela kedai Rasamas. Tak kenyang makan kat situ lah, biasalah orang kuat makan kan hehe

Then, jalan2 lagi. Masuk satu kedai kasut nih dengan niat nak tengok2 jep. Tup2 keluar kedai dengan satu beg di tangan. Well, perkara biasa lah tu ekk ??

LBS nih sedih sebenarnya plot cerita dye. Aku akui memang rasa sedih tengok movie nih tapi air mata aku tak mengalir pun. Maybe aku rasa dari sudut dalaman lah. Aku tertanya2 jugak membe aku tengok dari awal sampai akhir menangis kan. Rupanya memang sedih, just aku tak dapat nak menzahirkan dengan air mata maybe dah kering kot tangki aku hehe ! Sesuai lah untuk pasangan2 bercinta tuh pergi tengok supaya tak terjadi macam dalam movie tuh. I hate Que haidar dalam movie tuh. Berkesan betul dye berlakon. Tahniah que ! Antara pict2 yang berkaitan dengan movie LBS :







After tuh, kiteorang terus balik. Odw balik nak beli pisang goreng kat tempat selalu beli masa zaman sekolah2 dulu. Tapi tak ada jual plak then nak beli dekat permas 1 ada pasar malam plak. Terpaksa la pusing balik nak cari pisang punya pasal haha

Malam tuh plak, dah janji dengan oja nak pergi jusco. So petang tuh rehat2 jap tapi sibuk on9 hehe tunggu oja ambil aku naik motor dalam pukul 8 lebey then terus pergi jusco. Sampai sana terus pergi makan sebab aku memang lapar tunggu minah ni. Oja dah janji nak belanja aku pizza lagipun dah lama tak makan. Tak lama pun dapat luangkan masa, selalu berjam2 duduk dalam jusco tuh tapi malam ni rasa limited sangat2.

Then nak cari hadiah untuk buah hatinya. Aku suggest bagi perfume je, senang cerita tak payah penin2 kan. Cari kat watson rasa macam tak berkenan lah tak tahu lah nak pilih mana. Last2 pergi body shop je. Ha seratus melayang duit kaw ja !! haha Alang2 dalam masa terdekat nih bufday dye kan, aku suruh lah dye pilih perfume mane dye nak. Konon2 malu nak pilih sebab dah tak suprise katanya. Aku ugut lah dye kalau tak pilih sekarang nanti dah takde offer jangan nyesal haha Last2 dye pilih perfume sama dengan aku. Takpe2 kita kan memang kembar kan ? hehe Selesai ! dah tak payah kusut2 aku nak fikir nak beli apa lagi =_+

Balik dalam pukul sepuluh lebih. Sekejap je dapat spend time kan ja ?? Takpelah next time jumpa lagi kan. Then balik lah rumah aku dulu sebab dye nak suruh aku print kan resume buah hati dye. Tapi yang shengalnya dye terlupa nak save data dalam pendrive, sabar je la aku nih. Sebab baik kaw bestie aku tau haha Overall semalam hari yang indah bagi aku even penat lorh. Penat dah taip nih, nak pergi bum2 plak.. Nyte !

Ni gambar lama.. Macam kembar tak ?? ;)