Monday, March 19, 2012

Sweet moments ^_^


Kalau dulu sikit2 ibu.. sikit2 ayah.. No more nak ibu or ayah lagi. Everythings berlalu macamtu je. Betul lah masa itu emas. Dan masa tu kita tak nampak kan ? Sekelip mata je semua tu Allah tarik balik. Even sebahagia mana pun kita, bila dah sampai seru kita kena redha. Redha dengan semua ketetapanNya.

Maybe orang yang rapat dengan aku akan cakap aku sangat beruntung sebab masih ada makcik2 & pakcik2 yang still caring pasal aku dan adek2. Yeahh aku akuinya walaupun dulu aku & adek2 sangat nakal. Tapi mereka tak tinggalkan we ollz terkapai2 sendiri. Bila difikirkan balik, bodohnya aku dulu buat mereka macamtu. Hopefully adek aku dah sedar apa yang dya pernah buat. Baliklah ke pangkal dek, fikir apa yang terbaik buat diri kau. Aku dah tak kuat nak tarik kau tapi kekuatan aku hanya doa untuk kau.


Insan yang pertama ni bagi aku makcik yang sangat sporting. Banyak berkongsi pengalaman & cerita. Banyak bersabar dengan kerenah we ollz. Adek2 aku semua bawah jagaan dya. Cuma aku je tak. Yup, aku & adek2 tak sama macam you ollz yang duduk serumah. Kiteorang dah lame separate. Tak dapat dinafikan saat aku menulis ni airmata aku jatuh. Aku rindukan hubungan kiteorang yang selalu bercakar macam anjing & kucing. Makcik ni we ollz panggil kala bcoz family kiteorang ada dari singapore. Adek2, please ingat pengorbanan insan ini. Insan yang banyak berkorban untuk korang. Kalau boleh sayang dya macamane korang sayangkan ibu.


Insan kedua ni aku sayang dya sangat2. Bukan lah aku tak sayangkan kala tapi aku terlalu banyak terhutang budi dengan busu. Even dya makcik aku sendiri. Tak dapat dinafikan perlakuannya tak tumpah macam ibu yang sayangkan anaknya. Datang kampus semata2 sebab aku. Saat aku susah dya ada dengan aku. Saat aku jatuh dya bagi aku semangat. Kalau dulu aku cakap dengan dya aku nak lari hujung dunia taknak faced problem yang aku ada tapi dya suruh aku pandang ke hadapan, apa aku dapat kalau aku buat macamtu. Adatlah bila aku buat salah, pasti kena marah kena bebel punya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang busu berikan buat orang ingat kat mana orang berdiri sekarang su. Terima kasih atas semua kebaikan busu pada orang.

#Ilovebothofyoudamnmuch ! :)


Friday, March 9, 2012

Kenangan itu~

Assalamualaikum~

Harini 9mac2012, kenangan itu menjelma kembali setelah setahun demi setahun aku cuba untuk tidak mengingatinya. Maybe menjadi kenangan terpahit dalam hidup aku bila orang yang kita sayang tidak lagi bersama kita. Bagaikan satu tamparan hebat bila mendengar berita orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Apa yang aku nak sampaikan bukan nak menyentuh sensitiviti siapa2 tapi aku cuma nak reminds, hargai mereka selagi mereka ada.

Ibu tahu, kakak cuba nak jadi kuat macam ibu. Tapi kadang2 kakak rasa kakak takde kekuatan macam yang ibu ada. Kadang2 kakak rasa kakak jatuh bu. Kakak nak ibu ada dengan kakak. Orang selalu cakap kakak kuat, kakak tabah tapi hakikatnya orang tak tahu kakak dah takde kekuatan nak terus lalui perjalanan hidup yang masih panjang ni bu. Kakak tahu jodoh, ajal, maut bukan kerja kita tapi saat kakak takde semangat kakak cuba cari kekuatan ibu. Kalau dulu ibu selalu usap rambut kakak before tidur, ibu selalu ikut mana kakak pergi, ibu sana ibu sini tapi sekarang ibu dah takde dengan kakak nak buat semua tu. Sampaikan ada sedara yang cakap dengan kakak, macamana life lepas ibu dah takde sebab dulu kakak bergantung kat ibu. Masa tu kakak rasa macam nak nangis bu, rupanya baru kakak sedar ibu dah takde dekat dengan kakak lagi.

Kalau dulu di awal pemergianmu, aku sering fikirkan apakah aku mampu harungi pancaroba dunia tanpamu disisi ? Selepas 6tahun pemergianmu, tak dinafikan aku kuatkan diriku untuk menjadi sepertimu. Aku takde kakak, aku takde abang nak bergantung harapan. Sakitmu aku cuba mengerti walaupun aku bukan ditempatmu. Jeritanmu buat batinku turut rasa kesakitan itu.

Kesetiaan terhadap suamimu buat aku rasa bangga menjadi anakmu. Susah senang bersama. Alangkah beruntungnya dirimu ayah mendapat bidadari seperti ibu. Setia saat susah dan senang. Kesakitan yang ayah lalui turut dilalui oleh ibu. Doaku panjatkan padaMu semoga cinta hatiku dapat mengekalkan hubungan yang dibina hingga ke syurga.

Kenangan tetap menjadi kenangan. Tak dapat diubah ketetapanNya. Namun jauh di sudut hati ini, semoga kenangan itu tetap terpahat dihati hingga hujung nafas ini. Mungkin kita boleh dapatkan 10 orang anak tapi kita cuma akan ada seorang ibu dan seorang ayah yang akan sanggup berkorban apa sahaja. Mungkin bagi yang masih ada keduanya tak merasai apa yang kami lalui. Percayalah masa itu akan tiba bila2 dari sekarang. Bersedialah untuk itu dan hargailah mereka selagi mereka masih mampu tersenyum untuk kita. :)

AL-FATIHAH buat ibuku NORLELA BINTI OSMAN~
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman & solehah. Aminnnnn~




Sunday, January 29, 2012

Bloglist Monster RAWR


Assalamulaikum~
Lagi satu post yang ditagged oleh yang empunya belog sendiri
Baru perasan dah lama dah dya suruh join *sorry kiera heeeee~
Sebab aku nak join, kau one of my friends yang kiut miut :)
So aku support kau daripada belakang bebeh
Tarikh tutup1FEBRUARI2010
Actually kena tag 3 orang
But aku alu2kan siapa2 yang nak join bloglist kiera zainal ni okay
Ape2 korang boleh click kat banner kiera di atas :)




Giveaway eDastBOUTIQUE


Assalamualaikum~
Entry yang simple for this month
Lately kenape tah malas je nak update belog
Suddenly rajin plak nak join giveaway dari butik edast ni
Takdela selalu beli kat butik edast ni
Kadang2 usha2 terjumpa yang sweet2 ke tu yang beli :)
Merajinkan diri lah join contest ni
Mana tahu ada rezeki kan
Sesiapa yang nak join boleh perg je ke = Edast Boutique =
Tarikh tutup 15FEBRUARI2012
Good Luck !! :)




Monday, January 9, 2012

Kenangan South Korea Part 3

Assalamualaikum~

Okay last part story about my vacation yang dah lama basi. Kita teruskan journey kita ke nami island plak. Such a nice place nak pergi even nak pergi sana makan kos jugak. Naik turun subway & train dah satu hal. Dah sampai nak kena naik ferry lagi ke sana. Yang aku ingat nak masuk sana dalam 8000 won.

Nami Island or Naminara nih terletak di luar kawasan bandar Seoul. Apa yang aku tahu, nami island nih tempat pengambaran cerita Winter Sonata masa zaman sekolah2 rendah dulu. Akhirnya aku dapat menjejakkan kaki aku di sana. Ya Allah, masa sampai sana aku rasa bersyukur sangat dapat melihat keindahan ciptaanNya. Cantikkkkkk sangat !

Dah lama dah cerita ni kan, so aku pun ingat tak ingat dah jalan nak pergi ke sana. Tapi sangat worth it. Rugi sangat kalau dah pergi Korea tapi tak pergi sana. Tapi lagi cantik kalau dapat pergi time winter & autumn.















Actually banyak lagi pict time pergi & balik dari Nami Island tu. Memang tak ter upload lorh. All the way pergi & balik tuh apa yang aku sangat kagum dengan rakyat jelata South Korea nih, they all sangat menjaga kebersihan. Lagi2 toilet dorang. Seriously sangat2 bersih. Aku pun rasa segan nak buat kotor heee~

Masa on the way nak balik tuh, macam biasa lah we ollz akan naik train & subway nak balik rumah. Masa dalam subway tuh, aku tertarik dengan one group ni. Kira dorang ni dari golongan muda mudi lah. Sederet tu semua busy dengan phone masing2 yang ala2 Iphone tuh. Haiyakkk sepanjang aku dekat sana jeles tau tengok dorang pakai Iphone. Kau pusing kanan kiri depan belakang mostly semua pakai smartphone tu. Rasa macam nak beli jugak kat sana tapiiiii orang luar not allowed beli phone dorang. KEDEKUTTTTT ! :P

Selain tu, aku sempat pergi one of the museum kat sana. Kalau ikutkan pergi sendiri ni takde maknanya nak pergi museum kan ? HAHAHA Tapi disebabkan trip ni under association ibu aku, so we ollz pun layan jela kan. Moreover transport semua dah ada kan. Yela ibu duduk sana geng2 dya semua ada yang dari India lah Peru lah mana tah lagi.








Antara laluan2 yang everyday we ollz lalu. Heeeee~ Dah naik hafal dah station2 kat sana time tu la kan HAHAHAHA


Last place sempat pergi ialah Myeongdong. Lebih kurang namdaemun je tapi barang2 kat sini lagi exclusive lah. Orang cakap tempat shopping yang okay sikit. Kat sini banyak jual tempat tidur orang korea tu. Yang kalau korang tengok dalam cerita korea dorang kan suka tidur kat lantai je. Harga tu takdelah mahal mana tapi bila aku terfikir nak bawak balik Malaysia tu, terus tak jadi beli. Dahla KOREA- KL- JB. Haaaa kan satu koje tu ??? =='

Before shopping kat situ, we ollz sempat jenguk satu sungai yang sangat cantik & bersih. Sumber google ada cerita sikit2 yang dulu sungai ni sungai biasa je. Alaaa macam sungai kat negara kita ni haa. Tapi after renovate sungai ni jadi sangat cun lah. Mula2 tu aku ingatkan Sungai Han tau haha !



After seminggu aku kat sana. Tiba saatnya aku meninggalkan negara republic tu. Ohhhh masa on the way ke Incheon Airport memang rasa macam taknak tinggalkan negara republic tu tapi tipu kalau aku cakap aku tak rindu negara aku sendiri. Sepanjang aku kat sana, aku rindukan nasi lemak, roti canai, karipap semua sebab makanan kita takde jual kat sana. Betul lah orang cakap hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri kan ??

Last but not least, aku rindu nak pergi korea lagi sebab banyak tempat aku tak sempat nak jelajah. Saja aku usik cik boyfriend ajak pergi honeymoon kat sana, haaaa amacam ada berani ? hehe InsyaAllah ada rezeki, sampai lah lagi ke sana. So, siapa2 yang dok sibuk nak ikut tuh, prepare everything from now on.


Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia. Rindu Seoul =')