Monday, January 24, 2011

Gemuks. Fat. Gemuks. Fat

Mak oiiiiii. Baru dua hari aku balik kampus sudah mengamalkan amalan hidup yang tidak sihat. You know aku asyiklah makan dan terus makan tanpa henti. Entah sejak2 nih kenapa ek ?? Nak kata orang putus chenta, aishhhhh buah ati pun takde kan. So agak2 ada ke sebab lain ?

Nak story nih, harini aku melantak kedarah paling teruk kut. Lepas magrib tadi membe aku belikan chicken chop. Tapi aku tak bedal sangat pun, aku kurang sikit dengan chicken chop. Bila teringin nak makan baru aku carik. Tadi pun sebab orang dah belikan terpaksalah terima jugak kan. Ha lagi satu aku nak bagitau nih, info yang aku setuju sebulat2 nya. Bila makan chicken chop nih hanya kenyang sementara, siapa setuju angkat kaki ?? haha ! Aku tak bolehlah, kena jugak carik makanan lain bukanlah lepas je mencekik chicken chop tuh terus makan benda lain just buat standby jelah kan.

Okeh, di situ dah nampak keburukan aku kan. Tapi ada aku kisah ?? haha ! So sebab tak makan sangat aku bagilah pada budak2 bilik aku. Then, selera kedua ingat nak makan tomyam. Tapiiiii takde !! So order nasi putih ayam berlada. Yummmmy2. Tengah lepak2 tiba2 plak dah, ada orang cakap, siapa nak beli nasi lemak ???! Okeh aku dengan rasa ragu2 pergi ke pintu ( pehh, tak boleh blah kan !! Belilah sebungkus !! Tengah panas2, sedap wei ! hehe ) Okeh lepas makan nasi lemak baru rasa kenyang. So malam nih dapat tidur dengan lena ye. ^_^

Aku tau lah tabiat aku buruk sejak2 nih tapi aku rasa lapar doe, tuh la sebab aku makan. Orang kata selagi kita mampu nak makan, baik kita makan. Nanti dah sakit semua tuh dah tak boleh kan. Jummm korang2 yang seangkatan dengan aku semak sikit tips nih untuk mengelakkan kegemukan~

1. Makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. ~ Adehhh. Yang nih tak boleh tahan nih. Macam mana nak kurangkan nih ? Nanti lah cuba untuk mengurangkan pengambilan nasi, Alaaaaaa.. tapi nak makan nasi jugak lah ngeeee ( gedik ! )

2. Kurang exercise. ~ Yup ! malas lah nak pergi jogging pagi2 or petang2. Tapi rajin makan. Rajin giler woooo. Tak suruh pun aku boleh je usaha sorang2 nak mendapatkan makanan haha !

3. Makan lewat malam. ~ Yesss ! Selalu jugak aku buat TAPIIIII selalunya kalau kat rumah lah. Cara lain nak mengelakkan makan time tengah malam nih, pergi ZzZzZzZzZ. Janganlah selalu sangat tidur lewat, so secara automatiknya dapat lah jugak mengelakkan kegemukan ahakzzz !

4. Faktor genetik.~ Fakta nih memang betul okeh. Ada orang makanlah banyak mana pun tetap tak naik jugak berat badan dya kan. Tapi ada orang tuh makanlah terlebih sikit sure adalah jugak part2 yang akan naik ahakzz !

5. Makan makanan ringan.~ Janganlah suka sangat makan junk food. Sangatlah tak baik okeh. Tapi dalam stock aku still ada makanan tuh. Haaaa macamana tuh ?? Tapi dah tak makan sangat la. Tapi kalau dah lapar sebat ajelah apa yang ada kan.

Okehlah aku kongsi lima je dulu okeh, kebanyakannya semua kena sebijik pada aku. Aduhhh aku tak nak gemuk lah wei. Tolonglahhhhhh~~


Takmolah jadi sampai gniee =(



Sunday, January 23, 2011

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Sambil2 belogwalking tadi jumpa segmen nih kat belog abang ben dan sukasuki nak menyertai di ahad yang permai nih. Jommmmmmm !!!




Serba sedikit tentang header nih ~

Sapa yang buat header tersebut : Header nih ditempah dari salah seorang rakan blogger jugak, miss ezan.

Perisian yang digunakan : Kalau tak silap ezan menggunakan adobe illistrator dan photoshop.

Maksud header tersebut : Disebalik warna warni yang terdapat dalam header tuh melambangkan kisah suka duka empunya blog yang mengharungi pelbagai pancaroba hidup ( cewahhhh ^_^ )

Jangkamasa yang diambil buat header itu : Ezan ada cakap yang dya boleh siapkan dalam masa sehari jep.

Header blog lain yang anda suka tengok : of course lah fatin liyana ! =)

Okeh done ! Mahu link kan ke blog abang ben. Banyak lagi kerja nak buat apesal tah tangan nih gatal naw nak bukak belog. Aishhhhhh ! < =_+ >



Saturday, January 22, 2011

Jom Gegar Blog !


Siapa tak kenal dengan abang ben kan ? Aku tak tahu lah sejak balik rumah nih, asyikla melekat dengan belog jep. Okeh abang ben ada buat Jom Gegar Blog. Yok ramai2 join.

Agak2 kalau korang nak join boleh pergi tengok kat sini ye. Aku dah join, korang bila lagi ??? hehe ^_^



Ibuku didunia & diakhirat

Ada satu contest tentang ibu untuk anugerah tapi aku tak join. Sebab dah terlepas. Tapi tak apa aku nak berkongsi tentang seorang insan yang begitu kuat menempuh hidup. Sebabkan airmata aku dah laju membasahi bumi tatkala membaca belog2 mereka yang join contest tuh, dan2 tuh la jugak lagu ayah dan ibu serta lagu pelangi petang keluar. Betul2 memahami kan ?

21tahun yang lalu, aku dilahirkan dari rahim seorang wanita muda yang baru berkhidmat sebagai seorang guru. Aku ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh kerana aku merupakan anak sulung dan juga cucu sulung. Semua orang menanti2 kan kehadiran aku. Sangat cumel tatkala itu, aku sering diusung oleh sedare mare. Sampaikan satu hari nenek kuh nak membelaku tapi ibu amat berat hati nak melepaskan aku disebabkan akulah permata hatinya. Ahkirnya, ibu masih dapat memelukku dan membelaiku kerana nenek tidak mengambil kuh.

Kalau diingatkan kembali, gaji ibu dan ayah yang tidak sebesar mana banyak dihabiskan untuk membeli barang2 keperluanku. Ibu sanggup tidak membeli pakaian baru kerana memikirkan masalah kewangan yang dihadapi selain turut menolong ayah yang masih bergaji kecil. Aku masih ingat cerita nenek, ayah pernah berjanji yang ayah akan membalas jasa ibu sebaik kewangan ayah kukuh. 10 tahun kemudian, pendapatan ayah semakin kukuh. Ayah menunaikan janji pada ibu. Segala permintaan ibu ayah pasti tunaikan. Semua tuh masih segar dalam ingatanku tatkala ayah membawa kami pergi ke shopping mall dan ibu membeli kasut dan handbag baru berjenama bonia. Yup, ibu sangat sukakn jenama tuh. Sampai sekarang koleksi ibu masih dalam simpanan.

Tahun 2005 adalah tahun yang menyedihkan kami di mana kami menerima berita ayah menghidapi barah darah ataupun leukimia. Luaran ibu nampak dya masih kuat. Dya lalui kesakitan yang dilalui oleh ayah bersama. Tanggal 14hb april ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ibu ?? Dya jatuh ibarat sayapnya patah sebelah. Dya kurang ambil berat tentang anak2, mungkin aku fikir dya masih sedih teringatkan ayah.

Hujung tahun 2005, ibu pergi menunaikan umrah. Itulah raya pertama aku tanpa ayah dan juga ibu. Aku rasa kehilangan sangat2 even ibu masih di mekah. Aku ingatkan ibu tenang di sana. Sekali lagi ibu di uji dya jatuh sakit. Dya tidak mampu menunaikan umrah hanya jasadnya di sana. Ibu !!!!! Betapa kasihannya aku mengenangkan semua itu. Setibanya ibu di sini, Ya Allah !!!! Muka ibu lebam2. Kaki dya semakin teruk.

Malam itu, ibu dikejarkan ke PPUM. Aku berada disampingnya. Ibu ditempatkan di ICU. Malam itu adalah malam terindah, ibu membelai kepalaku. Ibu disahkan menghidapi luekimia. Aku tak pasti doktor tu betul atau tidak. Asal ambil air tulang belakang pasti confirm barah darah, kenapa ??? Yang pasti ini bukan sakit keturunan. Setelah keadaan ibu sedikit stabil, ibu dibenarkan pulang tetapi ibu perlu memasukkan darah setiap bulan. Kasihan ibu.

Di akhir2 saat ibu, ibu lebih banyak berdiam. Pernah ibu bertanya, "kak, hidung ibu nih okeh tak ?" Ya Allah !! Baru ku tahu itu tanda2 orang nak pergi. Kadang2 ibu sering berkecil hati denganku kalau aku memakai pakaian baru. Ibu !!! Maafkan anakmu ibu saat itu aku tak mengerti perasaanmu. Kini baruku mengerti engkau juga mahu memakai pakaian baru sepertiku.

Seperti biasa setiap bulan ibu akan buat check up. Ibu akan duduk rumah pak lang dulu. Hari tuh aku tak tahu kenapa aku rasa sedih nak lepaskan ibu. Ibu panggil dari bawah, "kak ! dah tak nak salam ibu ker ? cium ibu ?" Usai bersalam aku terus naik ke bilik, tidak menghantar ibu keluar. Naluri aku yang menyuruhku berbuat demikian. Tanpa ibu sedar aku menghantar ibu melalui tingkap tingkat atas. Mengalir airmata kuh bila ibu tidak menoleh lagi, walhal dalam hati berbisik pandanglah anakmu buat kali terakhir ini. Itulah pertemuan aku yang terakhir secara sedar.

Tanggal 9hb mac 2006, ibu telah pergi meninggalkan aku. Sesampai aku di hospital ibu dalam keadaan koma. Ibu pergi tanpa ucapkan apa2 padaku. Ibu, anakmu bakal menginjak 21tahun beberapa bulan lagi. Anakmu sunyi tanpamu. Tapi apakan daya anakmu terpaksa meneruskan hidup. Anakmu makin mengenal erti kehidupan hasil dugaan, pengorbanan dan ketabahan ibu dahulu. Semua itu baru anakmu sedar. Tatkala orang lain mengabdikan gambar bersama bonda terchenta, tiada lagi peluang itu untuk aku. Sikit masa dulu ada gambar2 kita dan gambarmu tika ibu di hospital. Tapi semua gambar2 itu hilang masa henfon tuh sampai di tangan orang lain. Salah aku sebab tak menjaga sebaik mungkin dan itulah kenangan terakhir kita bu. Memang terkilan dengan orang tuh tapi apakan daya benda dah terjadi kan. Yang pasti kenangan di mindaku takkan terpadam buat selama-lamanya.

Doakan anakmu kuat sepertimu ibu. Anakmu merinduimu. ='(




Review : Khurafat perjanjian syaitan

Giler kentang wei aku hupdate pasal khurafat malam2 buta gnie. Masih mampu nak buat review pasal cerita nih tapi tak mampu nak masukkan pict yang sangat menyeramkan okeh. Tak sanggup nak menatap lama2 pict tuh.

Okeh excited giler nak tengok movie nih, maka dengan itu 1o orang dak2 bilik aku sem lepas terjah city square pada cuti hari khamis yang lalu. Disebabkan cuti umum, rupanya ramai dak u aku turun cs. Dan lagi mengharukan masa tengok khurafat tuh, ramai jugak dak u aku kat dalam tuh haha !

Review sikit, urmm mungkin yang tak berani tengok movie horror pasti akan kata sangat seram. Tapi nak cakap nih, first time aku tengok movie horror tak tutup muka haha ! Even hantu dya menyeramkan okeh. Tapi biasalah cerita melayu kita dah boleh agak dah plotnya macamne kan. Habit aku nih mulut tak bole diam masa dalam movie kalau takde pun mesti seminit bebel pasal tak puas hati babak tuh. Betul lah, kalau korang sendiri dah tengok masa babak syamsul tuh kena kacau ada kalimah2 suci keluar dari mulut dya ?? Setakat tutup mata dengan jerit. Tapi dah jadi imam kan ? Nama pun khurafat kan ? So pasti ada kena mengena dengan syaiton nih. Message dya, berpegang teguhla pada Yang Esa. Semua datang dariNya. Dalam movie nih memang salah syamsul tuh pun, dan benda tuh makan diri dya balik. Movie nih banyak adegan terkejut. Orang yang ada sakit jantung tak payah la ada niat nak tengok okeh. Buat korang kondem je karang, dah satu hal plak. Aku dengar2 kutipan untuk movie nih dah jejah juta dalam masa 7 hari ek ?? Kira power lah tuh~

Psttttt~ Liyana jasmay dalam movie nih sangat cumel pakai shawl tau. Nak tau seram ke tak boleh pergi dapatkan tiket dan saksikan sendiri okeh. Nyte ! ^_^





Friday, January 21, 2011

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info


Contest lagi ?? Ape seyhh masuk je tak menang2 haha ! Takde rezki nak buat macamne kan. Janji dapat sama meriahkan contest sudah. Kalau semua orang nak menang haishh macamne tuh ? And kalau semua orang tak nak join kan tak meriah kan ? Okeh pasal contest nih aku telah di tag oleh membe aku, shasha. Syarat2 dya korang boleh tengok kat sini~

Review sikit pasal blog nih. Bukak2 jep fehh merah la seyh. Lagi semangat aku nak hantar contest nih haha ! Uishh takde lah, warna yang boleh memukau visitors hehe ! Okehla, blog yang simple dan tak berat. Lagi satu aku ada belek2 jugak blog nih, banyak jugak input yang dikongi bersama. Satu kerja yang sangat bagus tuh. Keep it up bro ! Muda giler blogger nih.

Okeh next mintak tag pada sorang, and aku nak tag :~
azeera ahmad
Kalau yang lain nak join, takde masalah okeh~

Contest Review Blog Yiedpozi [ Dot ] Info ini ditaja oleh Yiedpozi, Daus Ramli, dan Anip.



Wedding ~Part2~

Pending lama kan pasal wedding kazen aku nih. Trying to settle it asap. Okeh kali nih yok kita pergi tengok majlis nikah mereka. Mereka selamat disatukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kl. Atok cakap masjid nih dah lama dan amat besau tuan2 dan puan2 serta kawe2 sekalian. Kiteorg pun berpusing2 jugak bukan sesat tapi nak carik pak guard hehe ! Yela kiteorang datang one day before nikah sebab nak letak separuh barang hantaran kat situ.

Agak2 selamat tak ?? For sure lah selamat, sebab tuh kena carik pak guard nak kena bukak pintu bilik asrama kat situ i guess lah. Disebabkan orang nak nikah pada tarih keramat tuh cukup ramai kazen aku nih dapat giliran no2 around 8 9am gtu. Kalau lambat jep dorang tak akan tunggu nak kena ikut giliran balik lah and giliran tuh belah malam. Tapi alhamdulillah semuanya selamat ^_^

Here are some beautiful picture during that day....


Candid di kala subuh~

Ibu semangat giler time nih~

Seri pengantin ~

Ibu & kak fizah~

Di depan masjid jalan duta~

Serba putihhhh~

Mencelah untuk 1 minit ngee~

Antara barang2 hantaran~

Sangat chantek anis !~

rm10,000 serba cek~

Sijil nikah~

Suke2 ~



Tuesday, January 18, 2011

I'm Back !!! ^_^

Mulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah..
Finally !!!! Aku mampu ber-blogging jugak. Lama dah aku tak hupdate kan ? Bukan sebab apa just sebab blogger.com kat lappy aku tak boleh bukak. Orang lain sedap dah hupdate banyak yang aku geram jep tak boleh bukak kan. Habis dah idea yang mencurah2 ke ladang gandum dah membawa diri haha ! Ni pun bukak using membe punya lappy.

Okeh la entry kali nih kita cakap pasal hati manusia yang pelbagai macam aneka jenis. Lebih kurang kuih2 kat kedai yang selalu pagi2 kita nak beli untuk bekpes jugak lah senang cerita. Macam tu jugakla manusia yang ada disekeliling kita nih. Ada yang kita suka ada jugak yang kita tak suka kan ? Ada yang suka kita ada jugak yang tak suka kan ?

Urmm kelebihan pada aku nih, aku ade instinct yang kuat. Aku boleh tahu and dapat rasa kalau ada yang tak puas hati dengan aku, marah dengan aku ker. Mungkin orang tuh tak nampak tapi selalunya dari muka dya aku dah boleh tafsir. Sebab tuh kadang2 aku suka senyap dari pot pet pot pet. Silent is better ryte ? Sebab bila kita senyap orang tak boleh suka2 marah kita, nak cakap macam2 pada kita. Giler lah kalau ada orang yang macam tuh kan.

Bukan bermaksud tak reti nak bergaul or else tapi aku dah cukup bersosial sedikit masa dulu. What i means is huha2 dengan membe2. So bila sekarang nih bukan tak nak buat tapi rasa macam duduk diam2 la plak kan. Jiwa rasa lagi tenang kut even kadang2 kusut lah jugak kan huhu!

Ekceli aku rindu kat bff aku yang dah berpecah2 sekarang. Rasa macam nak jumpa nak hug dorang. Rasa nak nangis kat shoulder dorang. Nak berkongsi cerita dengan dorang. Tak sabar giler nak jumpa chinese new year nih. Koranglah bff i ever had even ada yang tak sudi nak berkongsi cerita dengan deep dodo kan. Tu semua terpulang la pada individu tapi pada aku korang lah tempat aku ketawa dan menangis. Aku kenal jaybee nih sebab korang. Segala pelusuk kita dah jelajah kan sampai dah naik buhsan. Dari yang berkaple sampai dah kembali single semua tuh kita pernah lalui bersama. Sebab tuh aku sayangkan korang. Korang janganlah buat hal sesama kita okeh. Yang paling penting jangan nak selfish sebab hubungan kita dah macam adek beradek kan.

Dah jangan nak feeling2 plak petang nih, cerita atas tuh takde kena mengena dengan cerita pasal deep dodo. Tulah excited sangat nak ber-blogging kan sampai entry pun dah macam rojak campur. Ahh never mind lah, dah tu yang bersarang dalam kepala buat masa nih. Nanti sambung lagi okeh. Pasal wedding kazen pun tak ter-hupdate2 lagi. Adehhhh @_@




Sunday, January 9, 2011

Wedding ~Part 1~

Hi blogger !
Happy sunnguh harini. Yela modul dah pun selesai semalam. Dapat jugak balik rumah even mula2 ingatkan tak dapat balik. Apesal lah gedik nau nak balik rumah kannn ?? Sebab aku nak hantar balik semua barang2 yang aku rasa tak diperlukan di kolej. Ada faham ?? hehe

Aku pernah bagitau dulu about kazen aku punya wedding pada 1111 kan ?? Sungguh chantek nombor tuh kann. Ai likeeeeee. Aku sampai di bukit jalil masa football match indon lawan malaysia, 26hb ai guess. Punya lah sesak orang and kalau lah aku tau aku takkan balik time tuh. Nak beli tiket lrt from bukit jalil pun panjang berjela2. Belum ditambah dengan bunyi bising kat situ lagi. Aku ambek keputusan untuk ambek cab and stop kat bandar tasik selatan. Dari situ baru lah aku naik tren huhu

Sepanjang aku kat sana, selalu jugak aku keluar ikut kazen aku prepare wedding dya. Tempat yang selalu aku pergi boutique pengantin depa. Then masa ikut pergi buat henna, kreatif giler aunty tuh. Dya tengok tangan jep dah tau nak lukis corak apa yang sesuai and sangatlah chantek dan halus seninye. Alang2 tuh aku pun tumpang sekaki membuat henna tapi sebelah tangan jelah. Aunty tuh ade pengalaman dalam 15tahun gtu dalam bidang nih, tuh yang sempoi jep dya buat. Masa dya buat kat tangan aku hanya mengambil masa 5 minit. Haaaa orang dah pro kan??

Citer pasal henna lagi, aunty tuh cakap selalu jugak selebriti buat dengan dya. Tapi buat henna nih pun ada musim dya. Time ramai memang betol2 ramai tapi time takde memang takde langsung. So dya buat henna nih as part time job jep. Aku respect kat aunty nih sebab rumah dya sangat clean and clear plus ada bela seekor kucing parsi yang sangatlah cumel. Siap dipakaikan baju lagi. Memang betol2 buat macam anak sendiri lah, nama dya kalau tak silap paris tau. Soooo cute ^_^

Okelah next entry aku sambung pasal masa nikah plak yek. Here some picture yang sempat aku snap. Boi2 !!


Henna yang sangat chantek di tangan pengantin

Henna di tangan aku

Aiman & amani yang makin cumel

Cheman nih memang suke senyum

Cheman & esha

Esha yang tak reti duduk diam

Cumel tak aku ? haha tanjak berwarna pink !

Tak dinafikan baju kat kedai akak nih banyak chantek2

Aku suke yang kaler hijau tuhhh



Thursday, January 6, 2011

keMALUan ^_^

Assalamualaikum..
Lama sudah aku tak meng-hupdate belog nih kan. Banyak giler story nak cerita tapi mase terlalu terhad. Cehh poyo je aku nih kan. Dah malas tuh cakap jelah kan haha Takdelah bukan aku malas tapi mase nak hupdate ade je kerja lain nak kena buat including membuta.

So you ollz mesti pelik tengok tajuk entry aku kali ni kan ? Nop bukan maksud aku nak menc**** tapi agak memalukan aku jugak lah. First of all aku nak cakap yang aku memang betol2 tak sengaja okeh. Bukan niat aku nak mintak benda macam nih berlaku.

Okelah mesti tertanya2 kannnn ?? Ekceli last tuesday aku tersalah masuk toilet. Yeee !! Toilet mana lagi kalau bukan toilet berlainan jantina dengan aku. Masa tuh giler tak tahan aku nak shin2 kannn kebetulan plak toilet aku full. And aku terlupa yang aku kat first floor sebab last sem aku duduk kat third floor. Yang menjadi punca sebab aku main menonong je berlari sebab dah tak tahan kan ??

Aku dengan konfiden jep masuk walaupun masa lalu tuh aku rase pelik giler. Siyes aku tak pernah tahu hal tuh ! Tapiii aku nak thanks dekat sorang membe aku jugak sebab dya lah aku selamat haha Dya lah yang jadi guard aku sebab ade kaum adam yang nak masuk jugak masa tuh. Pehhh malo tak malo lah aku masa tuh kan. Part funny bila aku selamba badak sempat belek2 tudung. Yela tak tahu ape2 kan ^_^

Okeh lah dah takmo cerita lagik dah, purple dah muke nih haa. Conclusionnye, berhati2 di mana sahaja okeh. Biar lambat asalkan selamat. Okeh tak trademark pinjam nih ?? Have a nice day people ! =)