Tuesday, September 28, 2010

SUTERA

Hupdate ringkas mingkas sebab.. sebab.. banyak kerja belum siap.. Last sunday ada sutera kat kampus. Ala yang sukan2 tuh. Kalau tak kerana nama saya ada kat list netball gerenti saya tak turun tau. Bersukan atas katil lagi masyuk ngeee~

Pagi tuh seawal 7am dah get ready nak erobik tapi bukan aku lah sebab 7.30am baru aku nak mandi. Budak2 dalam bilik aku nih memang semangat giler kalau buat apa2 aktiviti, chaiyok2 lah korang. Pagi tuh lepas erobik tunggu lah nak pergi main netball. Aduhh lama giler tunggu sebab budak ramai yang belum turun. Kalau dah start lambat tuh faham2 lah habis pun lambat lah. Setelah kami redah panas terik dan hujan akhirnya nak dekat pukul 2jugaklah team kiteorang habis sebab dorang buat liga. +_+

Balik2 tuh dah runsing assignment banyak belum siap. Macamne nih ?? Oklah bagi rehat kejap last2 tertidur sampai ke petang. Malamnya hambek kau terpisat2 nak nyiapkan kerja tuh. So jangan tiru cara aku okeh ?? hehe

Dah2.. Sebenarnya nak pergi search kerja management tadi tapi terbuka blog plak. Ada masa nanti akan hupdate lagik. Sayang korang.. papai =)

notakaki : Aku buat kerja giler hari ni. Ni semua pasal member aku ahh. Member punya pasal so layankan aje lah~~



kampus sape ??

sempat posing jep =)


Mereka pun sama jugak..


Penat tunggu.. bila nak habis daa ??


Main dengan penuh semangat dak2 nih =)




Wednesday, September 22, 2010

Salam Takziah~~

Salam para bloggers..

Semalam aku dapat berita yang kurang menyenangkan dari membe aku tentang kehilangan seorang lagi rakan.

ZULFAKRY BIN ISNIN..

Terlibat dalam kemalangan di singapore dua hari lepas..

Even aku tak rapat dengan dia tetapi aku pernah mengenalinya sedikit masa dulu..

Memang seorang rakan yang baik..

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang soleh..

Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah..




Saturday, September 18, 2010

Edisi Raye ~Part 2~

^RAYA KEEMPAT^

Tak pergi mana2 pun hari ni. Duduk rumah menghabiskan masa dengan tengok tb dan melayan si kembar nih. Bapak cumey kalau time dorang ketawa. Abang just bawak satu buai je so kena lah gilir2 nak masukkan dorang nih. Nyenyak kalau tdow dalam buai dak kecik nih. Letak je bawah mula lah melalak. Tak pasal2 maklong jela kena dukung aiman kan. Asyik aiman je konker buai bagi chance kat amani plak lah ok.. Baru aku tahu payahnya nak jaga twins nih tapi bila dah besar nanti mesti abang dengan akak happy yela dah penat2 jaga then tengok dorang membesar depan mata hilang semua penat time jaga susah2 dulu kan. Pict dak kembar nih banyak tapi masukkan nih jelaa =)




^RAYA KELIMA^

Okeh~ Hari yang paling best kut bagi aku. Turun kl berdua dengan adik aku dari seremban. Selalu teman aku jalan nih kak ayu since kak ayu busy so adik aku lah jadi mangsa. Pagi tuh abang dengan akak yang hantar kitaorang pergi tren dorang tanya nak pergi mana jep, aku cakap lah tak tahu lagi. Destinasi yang telah kami lawati adalah sg wang, pavilion, lot 10, low yat, and midvalley. Jalan je selagi mampu itulah hasilnya apa yang kitaorang mampu hehe

Tapi macamne pun tempat paling best untuk aku shopping mesti mid and 1 utama. Tempat lain takat jalan2 cuci mata je boleh laa. Tapi paling aku heran adik aku boleh tak mengeluh penat plak hari tuh. Selalo dah membebel dah cakap macam2. Then nak merehatkan kaki yang dah penat berjalan nih kitaorang pergi nengok movie cerita step up 3.

Sebelum balik tuh singgah makan kat sushi king jup, lama giler tak pekena sushi. Kat kolej takde geng nak ajak makan sushi, geng aku dah terbang ke upm plak. Bajet konon sebelum pukul 10 ker dah boleh sampai. Last2 pukul11 jugak le sampai seremban balik.

At the same time, ada event kat jb dengan besties aku tapi aku tak dapat join. Rupa2nya dorang sambut belated bufday aku, marni, oja dengan salma. Thanx korang sebab ingat jugak kat kitaorang. Kalau nak baca pasal tuh korang boleh click sini dan sini.







^RAYA KETUJUH^

Raya ketujuh selamat sampai ke jb safely. Masa tengah tunggu kala fetch kiteorang aku duduk sorang2, adik2 pergi mana tah. Dok tengah belek2 fon tiba2 mendongak le jup. Alih2 ternampak muka seseorang yang cukup dikenali. Mak aihh masa dya tegur aku tuh sah2 memang dya lah. Dya tu adalah ex boyfie aku. Lama giler kut tak jumpa dya sejak dya masuk u dulu. Alih2 jumpa kat situ plak. Nampak dya datang dengan family so aku pun pergi jumpa mak dya jup. Hormat tetap kena hormat ye dakk. Berbual jup dengan dya, dya cakap dya tersalah tengok time. Terdatang awal katanya. Pelik gak apesal la dya balik u awal no rupanya ada aktiviti hujung minggu nih. Orang lain semua nak extend cuti lagi lorh hehe


^RAYA KELAPAN^

Baru sampai jb ada je aktiviti aku dengan bestie aku. Plan nak pergi beraya so set time pagi tuh berkumpul kat rumah qila. Ala biasa lah janji melayu kata time nih lagi 1 jam baru semua berkumpul, dah biasa dah. Masa kat rumah qila tuh, tengok macam dah nak hujan yang si sarep nih tak sampai2 jugak.

Memandangkan dah nak hujan so motor dorang tinggal je maka sumbatlah semuanya dalam satu kereta. Masa nak pergi ambik sarep dengan arr si ungku duduk depan. Si sarep nih panjang so kitaorang memang nak suruh dya duduk depan jela then masa pergi ambik dorang tuh memang hujan dah lebat giler. Budak 2 orang tadi nih berlari terus masuk kereta duduk belakang at the same time si ungku ni pun berlari pergi belakang jugak, dah tiga2 duduk belakang yang kat depan plak kosong. Situasi tuh buat aku, salma and bobo yang duduk kat belakang sekali ketawa pecah perut sampai meleleh air mata aku. Sungguh ! Lawak habis ! hahaha

Then masa odw pergi rumah oja dok pikir mana lah nak sumbat si oja ni karang. Dah tak muat kut. Masa dekat rumah oja, arr cakap jojo nak datang. Dah kira bagus sebab jojo memang dah ada kereta. Tapi si marni plak gedik cakap tak ajak dya. Penat aku ajak dya boleh cakap tak ajak. Malas dah nak pikir. Dalam 9 rumah je kitaorang serbu yang lain tak sempat dahh. At last marni ikut jugak tau, sabor jelah dengan laling sorang tuh.

Kitaorang lama sikit kat rumah shon sebab tunggu kaum adam nih pergi solat jumaat jup. Gerak pergi rumah marni and terus pergi rumah cik ita kat kg melayu. Cik ita tuh makcik kantin kitaorang masa sekolah menengah dulu. Budak2 nakal macam kitaorang nih memang orang sentiasa ingat, ye dak salma ??? haha Takdelah kitaorang memang baik dengan makcik2 kantin nih. Rasanya rumah cik ita tempat kitaorang posing sakan kutt. Maap ye cik ita.. Makin cik ita marah makin cumey plak hehe

Rumah aku memang selalu hujung2 gtu. Sonang den terus balik jep. Tapi semalam singgah jusco jup terus beli barang2 yang perlu dibeli. Ahad dah nak balik kolej, malassss nyee.. Rasa macam nak sambung cuti lagi. Bdw, layan korang semalam cukup masyuk lagi2 bab posing2 tuh kalah budak umur 5tahun haha ! Walaupun mood aku berubah jup sebab jojo yang buat aku tacing. Suka carik gaduh dengan aku tau mamat tuh, nyampah ! Tapi kejap jelah then aku dah ok balik ! Sayang deep dodo damn much !! =)


Posing rumah qila jup~


Terima kasih cik ita.. tahun depan jemput lagi yee~


Budak2 giler lensa~

Aku suka pict nih~


Mengira balang kuih raya hakhak~

Terbaik~~


Mereka2~

Cik ita sedia menunggu mereka yang kuat mencekik ini~

Candid yang macam hapee~



Mereka memang begini~


Di rumah ungku~



Marni mamat, you are cool bebeh~



Cik shon and cik bobo



Aten with cik shon

Maka dengan ini bermula lah kembali segala tugasan dan aktiviti harian yang ditinggalkan hampir 2 minggu yang lalu. Bagi yang bekerja selamat bekerja dan bagi yang belajar, ayuh bangkit teruskan perjuangan ngee~~




Edisi Raye ~Part 1~

Ramadhan sudah melabuhkan tirai dan syawal sudah menjelma. Pasti ramai yang tak sabar kan nak tunggu 1 syawal tuh. Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 syawal dah. Terasa sekejap je kan masa berlalu ?? Walaupun baju raya tahun ni tak siap, tak mematahkan semangat aku nak beraya pun. Cehh macam excited no nak raya kan.. Biasa2 je raya tahun nih macam tahun2 lepas.

^RAYA PERTAMA^

Macam biasa raya pertama aku pasti di jb. Sebab semua adik-beradik ibu aku akan balik jb. Pagi raya tahun ni agak kelam kabut sebab balik dari kubur agak lambat. So masa aku tengah siap2 orang2 kat bawah dah jerit2 suruh cepat turun untuk segmen memohon ampun dan maaf. Aku lah insan yang terakhir bersalam dengan semua orang kut. Owh duit raya ?? Mestilah dapat lagi, umur aku kecik lagi kut haha

Kalau tahun2 lepas raya pertama pasti merayap ke mall tapi tahun nih tak. Terasa penat plak tahun nih. Selalu berjalan pergi rumah orang tapi tahun ni orang plak datang rumah. Sebelah malamnya plak ingat nak pergi beraya dekat taman saujana last2 pergi beraya dekat kedai mapelei jep. Then terus balik sebab mata semua dah ngantuk giler.

Anak dah 5 still nampak ayuu~

Yang ni anak baru 3 tapi still comel ekk~

Yang ni belum ada anak harap maklum hehe

Ni plak anak orang nama dye syora cedegek~

Anak dara bukan janda okeh ( betolkan statement paan )

Nenek cuma ada 7 orang cucu perempuan sahaja~

Area2 kazen jup nihh~

Gossip jup~

Candid~

Haa ni baru betull..

^RAYA KEDUA^

Urm memang dari aku kecik sampai dah besar la nih raya kedua pasti beraya di melaka. Kira dulu arwah moyang duduk situ and memang ada tanah family dekat situ. So dorang dirikan rumah atas tanah masing2 laa. Kira semua tuh rumah adik-beradik and anak buah nenek. Kalau ikutkan betul2 memang cukup ramai kalau semua turun berkumpul tapi jarang lah semua berkumpul sebab masing2 ada komitmen kan.

Even tiap2 tahun turun melaka aku boleh cakap kitaorang antara dua pupu ke tiga pupu ke pat pupu ke memang tak rapat. Tapi still kenal each others. Sebab ramai sangat kut pupu2 nya. Kalau korang kenal bekas kapten negeri selangor dulu, syukor adan kan hah dya tuh dua pupu aku. Tapi kenal gtu2 jep ada sekali raya dulu pernah jumpa dya tapi just duduk2 je dengar cerita dya. Anak dya cumel gler boleh tak~

Petang tuh ada acara bagi duit raya tau. Since last year aku memang dah tak beratur dah. Tapi tahun nih aku beratur balik beb hehe Tu pun sebab dukung si syora. Bukan ambil kesempatan tapi dah alang2 kan. Ikut perancangan asal, sebelah malam aku ingat nak gerak balik senawang rumah nenek belah ayah. Tapi tiket plak dah takde malam tuh so terpaksa balik esok nya. So malam tuh just lepak2 gossip2 dengan makcik2 and kazen2 aku yang boleh tahan jugak dorang nih hehe

Si baju hijau nih sangat hyperaktif okeh~

Baru lepas dapat duit raya~

Busu dengan syora~

Cik ayu tuh excited no nak bergambar tuh~

Candid~

^RAYA KETIGA^

Okeh pagi2 buta dah kena gegar dengan busu. BANGUN ! BANGUN ! Cepat siap. Pehh aku tengok jam baru pukul 5am kut masa tuh. Sambung tdow lah aku masa tuh. Lepas subuh pun aku sambung tdow gek, ngantok kutt. Peh gegaran kali kedua nih agak berbisa lah sebab busu dah start nagging. Terus bangun mandi lah den. Last2 gerak pukul 9am, sabor jela aku.

Pergi melaka sentral and bas gerak 930am, cukup chantek. Sampai around 11am dan terus menuju ke rumah makcu shariah. Kat sana semua dah ada, maklong ina yang dah lama tak jumpa pun dapat jumpa balik. Cumaaa.. kak ayu takde. Owh dya dah balik putrajaya malam sebelumnya sebab nak get ready pergi labuan lagi 2 hari. Anyah and mak ngah cakap dya tunggu aku malam sebelum tuh. Soo sorry kak ayu, dah tak dapat jumpa kak ayu raya nih.

Then kitaorang pergi sendayan lak ada orang bertunang. Masa dah masuk rumah orang tuh aku pun tanya lah mak ngah sape yang bertunang nih. Mak ngah cakap kazen aku. OMG... kazen ?? how come aku tak tahu aku ada kazen lagi ?? Masa tuh aku dengan mak ngah dah ketawa kaw2 dah. Rupa2nya atok aku kawen dua le. Tuh cucu dya dengan bini pertama dya. Adehhh buat malu jep. Dulu kecik2 mana lah tahu apa2 kan, tau datang beraya main2 makan and dapat duit raya hehe

Balik tuh pergi port dickson plak rumah nekcu. Lepak sampai malam kat sana then baru balik senawang. Sangat2 penat hari tuh. Telefon busu petang tuh dya cakap dya tengah jalan2 kat melaka. Terlupa plak dorang berjalan raya kat melaka raya ketiga tuh. Masa pergi rumah kazen bertunang tuh terlupa plak nak snap picture. Pelamin dya chantek tau. Sekarang nih bertunang pun dah ada pelamin nanti bersanding tak tahu la plak ngeee~~

Okeh~ nanti sambung lagi yee.. ^-^




Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran~

Di kesempatan yang ada nih, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua readers tersayang. ( Nak buat font kaler2 macam wan hazel ajar tapi belum terer la ). Takmo bebel panjang2 dah sebab penat ya amat. Esok pagi2 dah nak pergi kubur ibu. Jom2 kita pergi bobok yok. Bdw, conflakes tadi buat tapiiii yang madu tuh tak berapa ngam sebab... Nanti lah kita story mory yek..

Ape2 pun, Selamat Beraya semua. Pada yang nak pulang ke kampung tuh aku doakan semoga selamat sampai ke destinasi. Raya tuh raya jugak jangan lupa aku kat sini ye.. heeee Nak interprem jugak masa korang beraya. Ada story2 best masa raya jangan lupa kongsi dengan aku yee..

SALAM MINAL AIDILWALFAIZIN..
*Jangan main mercun yaaaaa !!!!





Tuesday, September 7, 2010

Entry khas~~

First of all.. Nak minta maaf sangat2 kat beshwen aku sebab lama kot dye tunggu pict dari aku. Ada masalah sikit lah sha bukan niat aku nak lambat2 kan upload pict tuh. Sabar ye yunk~~ Dari sehari ke sehari aku nak hupdate blog kuh ini tapi sebab penat teramat terbantut dah niat aku tuh. Mana tak nya dari hari jumaat hari tu kut hari2 aku keluar tak dan nak duduk rumah sejak balik. Ada je aktiviti aku hari2 kan. Hari rabu je dapat duduk rumah buat apa2 yang patut sebab hari khamis nak keluar lagi. Penat tapi sebab dah janji dengan orang so janji kena tepati, ye dakk ??

Esok macam rajin nak buat conflakes coklat and madu rasenya. Barang2 semua dah ada just operasi je perlu dijalankan. Harap2 esok sempatlah nak buat, bukan untuk kuih raya pun just buat untuk orang2 dalam rumah ni nak makan. Bukan susah mana pun tapi tu lah masa dan masa. Insyaallah~

Esok jugak hari yang sangat busy sebab pak long nak sampai esok. Bawah semua dah kemas chantek just bilik je belum habis kemas dan itu pasti kerja aku. Wahai adik2 kuh janganlah ko orang buat sepah lagi, penat akak kaw nih nak kemas tau tak. And stop lah main game tuh kejap sebab ko orang main buat akak ko orang rasa sentiasa nak naik hanto ! Nasib baik lah pak lang sampai hari khamis kalau tak rasanya memang aku dah kena bambu dengan nenek kemas malam nih jugak. Rileks ya nenek kuh~~

Entry kali ni jugak sebenarnya entry khas buat dua sahabatkuh yang baru sahaja kehilangan bonda terchenta. Im speechless bila dapat tahu hal ni. Yela macam tak percaya je kan. Lagi aku tak percaya sebab dua orang nih memang kawan baik. Seminggu lepas mak burn meninggal mak jojo plak meninggal. Innalillah~~

Korang, aku tahu korang kuat nak tempuh dugaan nih. Aku tahu korang lagi kuat dari aku, kalau aku mampu lalui semua nih kenapa korang tak boleh kan. Korang lelaki aku tahu tanggungjawab korang lagi berat tapi korang tak boleh rasa putus asa nak teruskan hidup. Korang kena fikir yang ada orang lagi teruk diduga daripada kita. Aku tahu aku tak rasa kehilangan orang tersayang tika kita semua sedang buat persiapan nak raya kan. Yee tu yang buat aku tak terkata apa. Amat perit nak lalui kan ??

Tapi sebagai kawan yang rapat dengan korang aku tak nak tengok kawan2 aku jatuh sebab tak kuat nak harungi dugaan. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tempuh. Mulut kata semua ok, sabar dan etc kannn tapi dalam tak ada siapa yang tahu. Aku jugak pernah lalui dulu. Sampai aku naik bosan dengan perkataan sabar yang sentiasa orang cakap dekat aku. Tapi korang sedar tak yang sabar tu yang selalu buat kita fikir sejenak yang kita harus redha dengan semua ni.

Burn, kaw abang paling tua bawah2 kaw semua adik perempuan. Besar sangat tanggungjawab kaw burn. Aku tahu kaw nak bagi yang terbaik buat dorang semua tapi diri kaw jangan lupa jugak. Orang keliling hanya mampu advice kaw tapi diri kaw sendiri kena kuat.

Buat readers semua, aku cuma nak cakap macam mane aku sentiasa ingatkan kawan2 aku yang semua nih hanya pinjaman buat kita. Kita kena sentiasa bersedia untuk kehilangan mereka. Bukan aku nak takutkan korang tapi inilah hakikat yang kita terpaksa terima. Setiap hari pasti ada yang menangis gembira menerima ahli baru dan pasti ada yang menangis kehilangan juga. Benda nih sentiasa rotate dalam life kita.

Bagi yang kehilangan orang tersayang di bulan yang penuh barakah ini salam takziah dari aku. Harap korang kuat dan tabah menempuhinya. Aku sentiasa ingat dengan kata2 arwah ibu aku, SETIAP APA YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.. Ramadhan dah nak melabuhkan tirai janji terlalu teruja menanti syawal ye sebab ajal pertemuan semua di tangan Allah. Macam2 boleh berlaku dalam sekelip mata. Salam penghujung ramadhan~~



Sunday, September 5, 2010

Hari untuk meronggeng !!

Yeahhh !! Finally cuti raya sudah sampai. Selamat sampai rumah hari sabtu petang. Walaupun ada senior yang dah balik lagi awal tapi aku bersyukur sebab masih ada yang belum balik kat kolej tuh. Tiket bas, flight or train ?? Tak usah khuatir memang sentiasa ada untuk aku yang hidup di perantauan nih hehe ! So korang semua dah selamat sampai rumah or belum lagi ?? Kalau ada yang belum tuh aku doakan selamat sampai ke detinasi korang kay.

Hari jumaat bersamaan 3hb september adalah hari terakhir kuliah dan hari terakhir puasa di kampus. Tiada lagi tadarus, tiada lagi terawih ( yang nih macam selalu pergi jep hehe ) dan tiada lagi macam2 lah. Rindu plak dekat budak bilik 301. Hari tuh kitaorang pergi HP (holiday plaza ) saja nak berbuka luar. Then nak tahu what happened bila sampai di kampus around 9++pm. Tercongok mak guard kat situ, ingat kitaorang takut muahaha !

Pak guard rilek jela mak guard dye pehh kecah tol. Malas nak cakap banyak kitaorang isi jela form tuh. Dye pot pet pot pet malas aku nak dengar. Geram jugak bila aku dengar dak lelaki balik lambat mak guard selamba lepaskan dorang but bila jadi kat gurls dye ambil tindakan. Korang pernah dengar tak satu lagu nih dye kutuk pasal pak guard ?? Siyesly lawak giler ! Aku baru dengar kat phone adik aku tadi, dye cakap lagu tuh famous dekat segamat.

Baru masuk nak order tapi sempat je nak snap..

Jangan salahkan ibu mengandung, kami memang begini

Sementara tunggu berbuka, yee masih sempat *-*

Lagi dan lagi weeee~~

Angle lain plak~~

Minat yang kat atas nih..

Hari sabtu bersamaan 4hb adalah hari yang di tunggu2 oleh kami semua, Yup ! Hari untuk pulang ke rumah masing2. Kenapa tak balik hari jumaat jep ?? Ikutkan memang semua nak balik hari jumaat tapi disebabkan sabtu ada test so terpaksalah balik esoknya. Petangnya pulak aku hang out dengan sayang aku, marni and sha. Yela konon2 nak mencari baju raya so pergi lah angsana. Ramai giler orang kat sana boleh tak. Tapi tak lah macam kat midvalley on weekends. Kalau kat mid tuh orang aku dah nampak macam semut dah ngeeee~~

Aku tak beli apa pun kat angsana. Just teman sha beli kasut. Aku ?? Tak ada yang berkenan lagi masa tuh. Kitaorang ingat nak gerak pergi jusco tebrau city tapi after buka puasa lah. So dikala masa yang masih boleh di isi tuh kitaorang jalan ke bazar depan mall tuh. Nak dekat pukul 7pm dah kot masa tuh tapi masih ramai kat situ. Mak aihhh tak reti balik apa dorang nih, aku bermonolog dalam hati. Rupa2nya ramai yang berbuka dekat situ je. Memang ada disediakan 1 khemah kat situ and ada jugak yang duduk kat tepi2 tempat kereta tuh. Ni mesti kes nak sambung shopping kan mak cik kan ngee~~

Kitaorang buka dengan air je dulu. Malas nak lama2 kat situ plus dengan orang yang ramai. After that kitaorang terus gerak tc. Kat tc memang sah2 ramai lah kan but nevermind lah dah biasa dah pun. Sasaran pertama adalah mesin ATM. Masing2 kena cucuk duit dulu baru boleh shopping plus makan. Then baru pergi makan dan VIVO menjadi sasaran kami. Sedar tak sedar dah pukul 9 lebih.

Singgah Esprit jup sebab marni nak beli present untuk member dye. Aku pun macam nak beli sumthing. At last benda lain nak beli tapi benda lain yang dapat. Thanks to pakcik sha sebab ada dye kami dapat discount yang cukup masyukk. Jalan time2 gnie sebenarnya buat aku teringat masa jalan kat One Utama dulu. Banyak kedai dah nak tutup. Apa korang dapat jalan time macam tuh, geram je adelah. Paling lambat tutup mestilah jusco. Singgah jup sebab adik aku suruh belikan boxer dye. Masa kat angsana tuh segan tak segan lah aku nak pergi tempat tutt lelaki tuh. Tapi masa kat tc aku lenjan jelah sebab kaw tau dik ! hahaha

Kesimpulannya, hari tuh adalah hari yang paling penat bagi aku. Balik nak dekat pukul 12 dah la dari pagi tak rehat2. Tapi syiookk habis la sebab dah lama tak meronggeng macam tuh. Oklah better stop by here first. Nantikan next entry okeyyhh ??! Nyte reader tershayang~~

Mereka sayang saya taw * jangan jelez !!

Giler lensa jugak ini !!

Starving giler laa. mana makanan nih ??!


Notakaki : Akhir2 puasa ni banyak dapat undangan buka puasa dengan kawan2. Cehh bajet macam artis jup hehe Bagi korang yang jauh2 tuh sorry lah, aku nak berbuka dengan korang tapi jarak yang memisahkan kita. Pict aku upload besok jela, malam nih line macam hape jep..